Hari kedua Ramadhan. Terus mengira sampai malam Lailatul Qadar. Korang tahu kan, cerita 7 malam terakhir bulan puasa disebut sebagai malam 7 lekor? Bukan keropok lekor, tapi malam 7 lekor (atau likor) merupakan malam Iblis dan sekutu dilepaskan semula setelah diikat pada permulaan bulan puasa. Jadi sekarang, Iblis dan sekutu tengah diikat. Kalau korang terasa nak menipu, memfitnah atau buat perkara yang tak baik masa bulan puasa ni, itu masalah perangai korang. Jangan salahkan Iblis pulak ye! Hahaha...
Tapi, apa-apapun, mari kenali musuh anda
Pengenalan Diri
Nama penuh: Iblis La'natullah
Tarikh Lahir: Sejak enggan sujud kepada Nabi Adam a.s setelah diperintahkan oleh Allah SWT
Status diri: Fasiq kelas pertama
Agama: Kufur
Tempat singgah: Hati orang yang lalai
Tempat tinggal tetap: Neraka Jahanam, tempat paling celaka
Kawasan: Semua tempat yang tiada usaha mengingati Allah SWT
Tunjuk arah perjalanan: Bengkang-bengkok
Isteri di dunia: Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan berkelakuan buruk
Kaum kerabat: Semua golongan tirani (thogut)
Status Pekerjaan
Jenis pekerjaan: Perniagaan berskala besar
Modal: Angan-angan kosong
Musuh perniagaan: Setiap orang Islam
Dalil/Hujah: Fatamorgana
Motto perniagaan: Hipokrasi asas akhlak
Visi perniagaan: Jalan ke neraka
Uniform: Segala warna
Kesukaan: Orang yang leka dan lalai mengingati Allah SWT
Kelemahan: Istighfar
Lambang korporat: Sebarang batu
Pejabat: Tandas, bilik air, tempat kotor
Sifat/Pendirian: Muzabzab (tidak tetap pendirian), mengikut angin dan keperluan diri sendiri
Rakan kongsi: Golongan munafik, syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber rezeki: Harta haram
Bilik operasi: Tempat maksiat
Jenis perkhidmatan: Menawarkan dan menggalakkan kemungkaran
Arahan: Mengarahkan manusia melakukan kejahatan
Jawatan: CEO berhaluan kiri
Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari kiamat
Teman sejawat: Orang yang mendiamkan diri, tidak menegakkan kebenaran
Strategi perniagaan: Berbohong, menipu dan putar-belit
Ganjaran: Dosa dan segala jenisnya
Kaedah komunikasi: Mengumpat, mengadu domba dan mengintip
Maklumat Peribadi yang Lain
Makanan kegemaran: Daging orang mati, bangkai, makanan haram
Yang ditakuti: Orang bertaqwa
Yang dibenci: Orang yang selalu mengingati Allah SWT
Daya tahan: Sesungguhnya, tipu daya Iblis sangat lemah
Kegemaran: Menggoda dan menyesatkan
Cita-cita: Semua orang menjadi kafir
Ajal: Pada waktu tertentu menjelang akhirat
Hobi kegemaran: melakukan perlakuan songsang
Pengikut terbanyak: Wanita
Hiburan kegemaran: Penghibur yang memuja dunia
Janji yang ditawarkan: Kefakiran semata-mata
Penyebab menangis: Bila orang sujud kepada Allah SWT.
"Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya."
Semoga Ramadhan tahun ni bermakna untuk korang semua ^^
@themagi2014
ruj: Risalah SMKTAHO Jun 2000/Ogos 2004
No comments:
Post a Comment