Monday, I'm back. Kembali untuk entri ke-3 untuk hari terakhir bulan November, aku sediakan entri mental sebagai kudapan minda di malam hari. Bila sebut pasal mental, ada banyak perkara yang boleh mengganggu pemikiran kita. Kalau aku, aku bengang kalau ada orang ganggu kedudukan buku aku sebab aku susun buku ikut tahun dibeli. Tapi itu tak dikira sebagai masalah mental, mungkin sedikit masalah OCD?
So, bila sebut pasal sakit mental, kita tak tahu berapa ramai yang ditimpa masalah ni. Sebab penyakit ni bukannya terus nampak dengan sekali pandang. Ada yang berpendapat, kesukaran dalam hidup punca berlakunya sakit mental. Tapi, tokoh-tokoh terkenal pun tak terlepas dari penyakit ni, sekalipun mereka terkenal dan hidup senang. Well, sakit mental boleh melanda sesiapa saja- asalkan orang itu hidup dalam tekanan.
Berapa ramai tokoh yang ada isu mental yang kita tahu? Mari semak sekarang.
Ludwig van Beethoven
Beethoven, seorang komposer dan pemuzik terkenal dari dulu sampai sekarang dipercayai mengalami masalah Bipolar Disorder, walaupun beliau meninggal dunia akibat kegagalan hati pada tahun 1827 akibat pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan. Semasa hidup, beliau juga dikatakan menunjukkan sikap terlampau teruja sehingga dapat menghasilkan senarai karya muzik yang agung. Apabila beliau mengalami kesedihan melampau, beliau menunjukkan kemarahan yang luar biasa sehingga mengabaikan penampilan beliau.
Edvard Munch
Charles Darwin
Winston Churchill
Leo Tolstoy
Tolstoy merupakan seorang penulis Rusia yang terkenal dengan karya beliau, War and Peace. Beliau tidak menunjukkan sebarang tanda masalah mental sehinggalah beliau memasuki usia pertengahan. Ketika berada di usia pertengahan, beliau mula mengasingkan diri, tidak mempedulikan harta benda, malah berputus asa di dalam bidang penulisan. Walaupun Tolstoy seorang penulis yang sangat berjaya, berasal dari keluarga yang kaya dan dikurniakan dengan 13 orang anak, beliau tetap dilanda depresi yang serius.
Abraham Lincoln
Charles Dickens
Isaac Newton
Newton, seorang saintis terkenal dari dulu sehingga sekarang dengan Hukum Newton juga tidak terlepas dari isu mental. Malah, beliau dikatakan mengalami hampir setiap simptom penyakit mental. Antara simptom yang beliau alami ialah perubahan emosi yang mendadak, Bipolar Disorder, kecenderungan bersikap psiko, beliau juga tidak dapat bersosial dengan baik, menulis surat dengan masalah delusi dan mempunyai tanda-tanda schizophrenia. Sekalipun mempunyai banyak masalah mental, beliau masih mampu meneruskan kerja-kerja kalkulus, teori graviti dan banyak lagi.
ruj: wikipedia | mentalfloss | wcvb.com
@themagi2015