Morning, gais! Hari ni, pagi yang sejuk2 sampai ke tulang, aku sambung entri semalam. Banyak lagi yang aku nak cerita hari ni, entri ke-3 akan disambung bulan 3 (semestinya). Bila aku dah mulakan entri ni, tiba2 timbul nostalgia masa dulu2. Macam tak sedar zaman sekolah dah lama expired. Mungkin 2-3 tahun lagi, entri aku ni akan jadi kenangan aku. Masa tengah menaip entri ni, aku tengah mengidap shingles. Hopefully entri ni akan mengingatkan aku pasal stres fizikal dan hopefully shingles tak datang lagi sampai bila2.
Okay, masa untuk sambung entri ^^
- Tempat aku masa kecik2 dulu, tak banyak tempat yang menarik untuk budak2. Apa yang aku masih ingat, abah pernah bawak aku dan adik aku pergi main2 kat fountain kecik kat bulatan jalan di Kuching. Fountain tu tak seberapa, tak ada hiburan untuk budak pun tapi aku rasa cantik sangat dan aku gembira betul hari tu. Kadang-kadang, benda simple boleh buat kita lebih gembira.
- Masa aku duduk asrama, pakaian yang aku bawa semuanya beli kat street. Aku tak tahu sangat pasal jenama pakaian. Sampailah ada kawan aku cakap- dia tak pakai baju dari street. Dia suka pakai jenama macam BUM, Goggle, Applemint. Aku tak cakap kat dia, aku rasa rendah diri bila dia cakap macam tu. Tapi mungkin, pakaian street yang aku pakai tu, aku kenal maksud rendah diri.
- Suatu masa dulu, aku masih ingat salah seorang kawan aku pernah kata family dia tak makan nasi yang dah sejuk, diorang tak lalu nak makan, Bagi aku, asalkan nasi tu tak basi, aku okay je. Lebih baik ada makanan daripada duduk kelaparan.
- Masa duduk asrama dulu, aku ada satu tudung, satu baju, satu kain, satu kasut. Aku takut hari hujan sebab aku tak ada baju ganti. Bila jadi macam ni, aku sangat cerewet jaga pakaian sekolah aku. Hasilnya, aku tak terjerumus ke lembah spesis yang suka campak baju dalam bakul dan terjeruk berminggu-minggu.
- KFC, McDonald dan Pizza Hut ialah makanan luxury masa aku sekolah dulu. Aku makan KFC sekali je sepanjang aku kat sekolah rendah (kakak aku beli burger Zinger). Kalau Pizza Hut, memang taklah. Abah aku belikan pizza lain sebagai ganti McDonald tu aku tengok dari jauh je. Sekarang ni, makanan tu bukan luxury lagi. Sebab? Aku rasa pizza yang abah beli, ayam goreng mak aku, dan burger RM1.30 tu rasa lebih nostalgia.
- Kebahagiaan aku masa remaja? Korek tanah, buat cawan kole. Aku suka zaman innocent aku, aku manfaatkan usia muda aku dengan makna kepolosan yang sebenar. Bagi aku, biar aku hidup ikut fasa usia and young forever.
- Kebanyakan perempuan suka pink or jewelry. Tapi aku tak minat sangat semua tu. Aku tak suka ikut majoriti. Being different is making identity.
- Aku pernah berangan, aku ada buku sendiri dan nama aku terpampang kat kulit buku. Sekarang, aku dah buktikan aku Mat Jenin yang menunaikan janji pada diri sendiri.
- Kalau orang tanya aku nak ubah apa kalau diberi peluang ubah masa lalu? Aku rasa aku tak perlu ubah apa2. Kalau aku ubah, aku tak tahu aku jadi apa hari ni.
- Dulu aku ikut mak abah pergi beli baju. Sampai sekarang aku masih ikut diorang. Selagi masih dapat ikut, aku akan ikut mak abah pergi jalan-jalan. Time is precious.
- Once, aku diterima masuk ke UiTM Shah Alam. Masa tu la aku belajar berjauhan dari family. Ada orang tak boleh berjauhan dengan family, tiap kali cuti umum cuti sem cuti perayaan sure balik. Aku? Aku belajar untuk terima jarak antara aku dan family. Masa tu lah melatih mental.
- Aku ni bukannya sihat sepanjang masa. Jadi aku menikmati saat-saat demam. Bagi aku, ada banyak kesedaran masa sakit berbanding masa aku sihat.
- Aku sebenarnya tak ada idea nak buat blog. Aku tak terfikir nak jadi blogger. Tapi bila kawan aku buat blog, aku pun terikut-ikut. Tak sangka dah masuk 6 tahun aku jadi blogger. Hidup ni memang unpredictable, kan?
- Menjadi single ni agak common buat masa sekarang. Tapi ramai juga yang risau lama sangat single. Aku ni, juara single dari zaman remaja sampailah zaman almost 30. Aku tak risau pasal single ni. Single mengajar aku menikmati privasi dan berkuasa veto terhadap diri sendiri.
- Sejak duduk sendiri ni, duit belanja dapur sama level dengan selera makan aku. Baru aku tahu perasaan abah aku beli barang dapur masa aku dan adik-beradik aku masih sekolah. Tanggungjawab memang berat, lebih berat dari beras sekampit.
- Setiap kali hari hujan, aku teringat aku berlari pergi ke sekolah dalam hujan tak bawa payung. Mak aku menunggu kat rumah, sebab bekas makanan tu dia yang punya. Bila aku balik tak bawa apa2, mak aku tak marah pun. Rupa2nya mak jumpa bekas makanan dalam beg sekolah aku. Disebabkan kejadian tu, sampai sekarang aku selalu toleh belakang setiap kali aku bangun dari mana2 tempat yang aku duduk.
- Aku tak ramai kawan. Kawan FB pun tak banyak. Aku tak kisah sangat kawan sikit. Bukan senang nak jaga kawan yang ramai. Makin ramai kawan, makin banyak perangai, makin banyak isu dan makin banyak 'gunting dalam lipatan'.
- Pernah sekali masa di universiti, aku cuma ada RM8. Aku dah bayar semua yuran, kos buku dan nota. Yang tinggal cuma RM8. Hari2 aku makan maggi asam laksa + dahfa ikan sampai gastrik. Sampai bila2 pun, aku hargai sijil degree aku sebab aku tahu berapa banyak kesusahan yang aku perlu hadap.
- Sepanjang aku belajar, aku tak pernah jejakkan kaki ke KLCC walaupun aku ingin sangat nak pergi KLCC. Sebab pertama? Aku tak tahan naik turun bas. Sebab kedua? Aku sedar duit aku cukup untuk makan, bayar sewa bilik dan yuran belajar.
- Again, pasal zaman kampus. Aku jarang beli baju baru. Kalau beli pun, pakaian biasa. Bukan macam pakaian sekarang. Bagi aku, duit pinjaman tu bukannya untuk shopping baju. Dan aku masuk u bukannya nak beli baju.
- Zaman belajar aku agak susah. Susah bukannya disebabkan duit semata-mata. Bila difikirkan balik, aku dan kawan2 aku cuma berdepan dengan satu benda je. Being childish. Dan benda tu mencipta kenangan.
- Masa kecik2 dulu, aku suka makan ayam. Mak abah aku berusaha ajar aku makan sayur rebus. Terima kasih pada parent sebab ajar aku makan sayur rebus. Aku diajar makna kesederhanaan.
- Ada beberapa orang kawan aku suka share pasal relationship diorang kat aku. Aku pun bagi nasihat berbakul-bakul kat diorang. Yang lucunya, aku sendiri tak pernah ada relationship. Sebenarnya aku belajar dari pengalaman diorang.
- Antara sneaker dan heels, aku prefer sneakers. Aku tak pakai benda yang menyeksakan kaki. Obviously, pilihan terletak di tangan atau kaki diri sendiri.
- Sepanjang aku hidup, pernah aku argue- kenapa aku selalu jumpa orang yang tak suka aku? Why? Bila sampai ke tahap ni, aku jawab balik apa yang aku pernah argue- HIDUP memang macam tu~
- Ada sekali masa aku kecik2 dulu, aku tak nak terima gender aku. Aku nak jadi macam karakter dalam anime shonen feveret aku masa tu. Now aku rasa tak ada kaitan antara gender aku dan anime shonen yang aku suka. Lesson learn? Tu semua cuma permainan psikologi.
- Aku selalu fikir pasal zaman tua. Tapi tua ni tak dapat dielakkan dan aku tak boleh fake ketuaan walaupun calit bedak 10 inci. That's life, aku kena terima dengan gembira *sambil makan kek birthday.
- Sepanjang tempoh aku menjadi tauke ladang anggur yang berjaya (aka penganggur), aku belajar satu benda penting iaitu- hidup ni kena menunggu. Nak lahir kena tunggu pintu rahim bukak, nak menikah kena tunggu jodoh datang, nak mati kena tunggu ajal sampai. So tak salah menunggu, kan?
- Once, aku pernah fikir pasal masa depan aku. Apa yang aku dapat suatu hari nanti. Sebenarnya aku tak perlu pun fikir semua tu. Buat penat otak je. Masa depan ni perahsia orangnya.
- Bila korang dah baca sampai ke bahagian ni, aku rasa macam aku ni bagi motivation/quotes. Sejujurnya, aku cuma nak uji aku ni emo ke tidak masa tulis semua ni. To be truth, ada la sikit. Lebih baik aku mengaku daripada menipu diri sendiri. Tak gitew?
@themagi2017
No comments:
Post a Comment