Wednesday, 31 July 2019

Tips Menulis Cerita Pendek

Image result for writing
source: boardeffect.com
Hai dearie~ Hari ni aku nak kongsikan tips menulis. Sebenarnya dari tahun lepas aku guide beberapa orang yang berminat nak menulis. Aku tak kata aku ni pandai sangat menulis. Aku belum sampai ke tahap mahaguru. Tahap guru pun belum layak. Tapi sepanjang aku menulis dan terlibat dalam dunia penulisan, dan pernah dikritik ramai penulis senior, aku rasa aku perlu kongsi apa yang aku dah belajar selama ni. Sebelum ini, aku merangkak sorang-sorang untuk belajar tulis cerpen. Tak ada yang betul-betul guide aku dari awal sampai akhir. Aku tak nak penulis muda rasa apa yang aku rasa. Sedih tau sebenarnya, bersendirian dan struggle nak cari tempat dalam bidang penulisan. Tapi syukur sekarang aku dah okay.

Sekarang ni aku tengah guide seorang penulis yang nampak berminat nak buat cerita pendek, a.k.a cerpen. Sejujurnya aku bermula dengan cerpen. Kisah di Isle of Skye, itulah tajuk cerpen pertama aku pada tahun 2004 kalau tak silap. Tapi cerpen tu teruk. Memang teruk. Cerpen pertama yang masuk newspaper Utusan Sarawak ialah Hantu-hantu Penglipurlara, tahun 2014. Dan cerpen pertama yang masuk newspaper Utusan Borneo ialah Kami Takkan Pernah Berhenti, tahun 2018.

Okay, macam mana nak buat cerpen? Cerpen ni satu kisah yang diringkaskan dalam 8-12 mukasurat. Dalam jumlah mukasurat yang limited, kena ada banyak bahagian dalam cerita tu iaitu pendahuluan, isi, suspen, konflik, klimaks dan penamat. Kalau aku nak huraikan dalam bentuk yang formal, aku tak berapa nak pandai sebenarnya. Jadi, aku akan kongsikan flow nak buat cerpen yang sedap dibaca. Aku tak kata cerpen yang hebat, okay? Tapi... sedap dibaca dan dapat diterima oleh pembaca.

Apa yang utama dalam membuat cerpen?
  1. Pemerhatian: Perhatikan keadaan sekeliling. Baca buku-buku yang baik. Dengar pengalaman orang lain, atau ingat semula pengalaman sendiri. Dari situ timbulnya idea nak tulis apa.
  2. Asas cerita: Asas cerita ialah pemilihan tema dan bagaimana jalan cerita nak dibina. Perlu ada asas, takkan nak tulis cerita tanpa sebarang asas? Nanti cerita ni nak pergi ke mana? Apa tujuannya? Mana penamatnya? 
  3. Unsur pengajaran: Unsur ni penting untuk menjadikan cerpen tu bermakna. Menulis ni seronok, tapi kita perlu sampaikan elemen nasihat dan ilmu juga. Mesti ada tujuan dan mesti ada destinasinya.
Okay, untuk menyiapkan sebuah cerpen yang sedap dibaca, ada beberapa perkara yang penting untuk menjadikan cerita itu sebuah cerita yang jelas dan difahami. Antara perkara yang perlu diperhatikan ialah:
  • Kosa kata yang pelbagai- dapat mewujudkan situasi, emosi dan kejutan dengan lebih berkesan.
  • Alur cerita yang konsisten- setiap perenggan saling berhubungkait jadi tak  timbul isu cerita melompat-lompat, terkeluar dari tema atau masalah penceritaan yang tak difahami. Kalau perlu, buat rangka cerita.
  • Penggunaan dialog sesuai dengan keadaan- maksudnya setiap penerangan tak semestinya menggunakan dialog tapi boleh guna teknik briefing.
  • Penggunaan italic untuk rujukan- seperti petikan dialog yang diulang semula, perenggan mesej ringkas, perumpamaan, imbas semula dan monolog dapat membantu untuk menerangkan keadaan cerita.
  • Kedudukan noktah, koma, pembuka dan penutup kata serta pembahagian perenggan dan dialog- kekemasan amat membantu dalam menyusun alur cerita dengan lebih berkesan.
  • Pemilihan penanda wacana yang sesuai- membantu untuk 'smooth-kan' jalan cerita. Taklah pelik bunyinya dari satu perenggan ke satu perenggan.
  • Penyusunan struktur ayat- sama ada selari atau diterbalikkan, tapi pastikan maksudnya sampai dan ayatnya betul.
  • Kronologi jalan cerita- ini pun sama, nak guna teknik selari atau terbalik atau sebagainya, yang penting alur cerita masih konsisten, masih tetap dengan tema (tak ada isu kecelaruan tema), dan tidak berdepan dengan masalah struktur ayat. Jangan sampai pembaca keliru.
Untuk menulis sebuah cerpen, perlu diingatkan supaya setiap bahagian dibahagikan dengan baik. Pendahuluan tidak perlu terlalu panjang berjela, klimaks tidak berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran, unsur suspen tidak keterlaluan dan penutup cerita juga tidak terlalu ringkas (perlu ada kesimpulan dari keseluruhan tema). Masalah yang aku selalu dengar dari mereka yang baru nak menulis ialah:
  • Nak tulis apa?
  • Cerita apa yang menarik?
  • Genre apa yang orang suka?
  • Macam mana dengan gaya bahasa?
Okay, ni aku bagi tips yang aku biasa amalkan. Menjawab soalan di atas, aku bagi jawapan yang mudah dan harap dapat membantu:
  • Nak tulis apa? Tulislah apa yang dapat memberi manfaat yang baik kepada orang lain. Jangan tulis cerita syok sendiri. Boleh kalau nak tulis cerita syok sendiri, tapi simpan untuk diri sendiri sajalah, atau cari penerbit yang sama kepala dengan anda. Penerbit indie pun dah mula picky sekarang, jadi carilah isu semasa yang menarik untuk diceritakan- dari perspektif anda.
  • Cerita apa yang menarik? Sejujurnya pembaca suka genre thriller, seram dan misteri. Korang boleh masukkan elemen tu semua, tapi perlu diingatkan dalam cerpen, perlu ada tujuan dan unsur pengajaran. Dalam kita nak bercerita, biarlah cerita kita dapat 'mengajar' orang lain. Bukan sekadar hantu je memanjang.
  • Genre apa yang orang suka? Tu, aku dah bagi jawapan kat atas. Tapi tema kemasyarakatan dan cinta pun ada peminat tersendiri. Boleh gabungkan tema dengan genre tersebut. Tak ada masalah. Lebih kreatif, lebih ramai pembaca suka.
  • Macam mana dengan gaya bahasa? Okay, yang ni ambil masa sikit. Setiap penulis develop gaya bahasa mereka dalam tempoh tertentu. Nak cipta gaya sendiri ni memang perlukan masa. Tapi untuk permulaan, tak salah kalau tiru gaya penulis yang korang suka. Aku suka gaya bahasa dan gaya penceritaan Shahnon Ahmad dan Ali Majod. Ada masanya aku terpengaruh dengan cara Faisal Tehrani, Azizi Haji Abdullah atau Fatimah Busu. Jadi, tengoklah gaya penulis mana yang korang suka dan sesuai dengan jiwa. Nanti, gaya bahasa korang akan berubah dari semasa ke semasa. Apa yang penting, jangan berhenti menulis.

Ini sajalah tips menulis cerpen dari aku yang terlibat dalam penulisan cerpen sejak dari tahun 2004 sampai sekarang. Masih budak hingusan juga sebenarnya, maaflah sebab penerangan kat atas bukannya 100% formal dari buku rujukan tapi lebih ke arah pembelajaran kendiri yang aku hadap selama ni. Tapi aku harap pengalaman aku yang tak seberapa ni dapat membantu sesiapa yang ingin nak menulis cerpen tapi tak berani nak mulakan. Menulis, menulislah cerpen dengan berani. Sebab, menulis sebuah cerita dalam 8-12 mukasurat adalah lebih mencabar dari menulis dari bab ke bab. Seluruh cerita dalam jumlah mukasurat yang terhad, jadi bagi sesiapa yang berjaya menyiapkan cerpen dan cerpen anda dikategorikan sebagai 'sedap' (bukan 'hebat'), anda sebenarnya sudah pun berjaya! Best of luck, writers!

Cerpen hidup selamanya!
Puisi takkan mati!

@theMaGi2019

Tuesday, 30 July 2019

Suplemen untuk Perasaan

Image result for supplement good for anxiety
source: irish examiner
Hai semua! Bulan 7 tak lama lagi nak berangkat pergi. Bulan 8 nak datang. Sedar tak sedar, tahun 2019 ni dah semakin singkat. Tinggal 5 bulan lagi sebelum tahun 2020. Walaupun masa aku kecik dulu aku dimomokkan tahun 2020 nanti kereta akan terbang di udara, bandaraya bertukar jadi kota alien dan sebagainya, aku rasa bukan itu yang aku risaukan.

Dengan keadaan ekonomi dan cabaran hidup masa sekarang, aku rasa itu yang lebih merisaukan. Jadi sebagai makhluk bernama manusia yang berdepan dengan kerisauan (yes, aku mengaku aku ada simptom anxiety dan kawan aku, pakar psikologi suruh aku buat check up tapi aku tak nak), aku tahu aku perlukan sesuatu untuk bertenang. Makanya aku buatlah apa yang aku biasa buat.
  • menulis
  • melukis
  • bercerita
  • call orang
  • apa lagi?
Okay, suplemen. Ya betul. Aku makan vitamin suplemen, bukan untuk mencerahkan kulit apalagi dan menyangkal bahawa makanan yang aku makan tu tak ada vitamin. Tak, bukan itu yang aku nak bagitahu. Pada awalnya aku makan suplemen sebab untuk keperluan gigi aku. Aku tengah pakai teeth braces jadi aku makan suplemen yang ada zinc, kalsium dan Vitamin D3. Baik untuk gigi yang tengah kena kepit dengan dawai. Tapi lepas tu aku makan suplemen yang lain. Untuk emosi aku. Tak cukup kalau sekadar menulis melukis et cetera untuk tenangkan perasaan. Jadi, aku makan suplemen yang sesuai. Mungkin sesiapa yang berdepan dengan masalah kerisauan yang tak terlampau kronik, boleh cuba makan suplemen yang aku tengah amalkan sekarang ni. Harap membantu ya!

1. Magnesium
Magnesium ni mineral penting untuk manusia. Ia membantu menghasilkan hormon serotonin (juga dikenali sebagai 'happy neurotransmitter' dalam otak manusia). 

2. Fish Oil (Omega 3)
Omega 3 membantu menyokong perkembangan otak dan sistem saraf. Benda ni baik untuk keperluan kognitif, dapat mencegah simptom depresi.

3. Multivitamins/minerals
Produk multivitamins/minerals banyak kat pasaran. Pilih je mana yang sesuai dan affordable dari segi harga dan halal (untuk mereka yang Muslim). Kandungan vitamin seperti A, B, C, D dan E bukan setakat baik untuk diet tapi untuk mengelakkan simptom atau masalah anxiety iaitu:
  • Vitamin A ialah antioksidan, baik untuk merawat masalah kerisauan.
  • Vitamin B terutama sekali B kompleks, dapat membaikpulih masalah nervous system, sekaligus mengurangkan gejala kerisauan atau depresi.
  • Vitamin C pun antioksidan. Dapat merawat oxidative dalam nervous system. Oxidative yang terganggu boleh menyebabkan kerisauan.
  • Vitamin D membantu untuk menyerap vitamin lain dengan lebih berkesan. Kekurangan Vitamin D menyebabkan masalah kekurangan vitamin yang lain, boleh menyebabkan peningkatan terhadap simptom kerisauan.
  • Vitamin E pun sejenis antioksidan. Ia dapat mengurangkan stres dalam tubuh dan seimbangkan hormon semula serta mengurangkan simptom kerisauan.
Semua produk ni ada di farmasi. Produk yang aku makan dari jenama Redoxon, BioLife, Blackmores dan 21st Century. Harga tak lebih dari RM50 untuk setiap produk. Aku tak makan suplemen setiap hari tau. Risau takut aku overdose vitamin.

@theMaGi2019

Monday, 22 July 2019

Sarawak Run 2019

Holla gais! Aku kembali lagi di bulan Julai yang penuh dengan situasi ups and downs. Ya, begitulah hidup seorang manusia. Tak ada problem tak sah. So, untuk menenangkan brain and nerves and all sorts of hormones, aku sertai larian 5 KM Sarawak Run di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Route kali ni okay, sangat okay. Masalahnya, dah 2 bulan aku bermalas-malasan. Makanya end result memang tak dapat dielakkan. Aku semput, aku lambat, aku sakit badan dan stamina ke laut.

Sarawak Run yang berlangsung pada 21 Julai (Ahad), bersempena  dengan Hari Sarawak pada 22 Julai which is today merupakan salah satu acara yang diadakan bagi meraikan hari tersebut. Di Sarawak, hari ni cuti umum. Aku manfaatkan hari ni dengan sesi hibernate yang sungguh cemerlang, tapi tak berapa bahagia sebab sakit badan tu masih terasa. For my personal record, 50 minit untuk 5 KM which means aku spend masa 10 minit untuk 1 KM. Inilah record paling tak baik untuk 5 KM aku, bayangkan kalau aku cuba 10 KM. 

By the way, aku rasa event ni starting yang baik selepas lama sangat malas dan tak fokus. Aku rasa macam tak normal. Now, it's time to back on track. Jadi diri sendiri, habiskan projek, kurangkan stres and be proud dengan ekzema di muka. Orait, sekian~

MBKS di waktu pagi, aku dan kakak aku baru je sampai.


Suasana pagi di starting point, ramai participants
kali ni.

Gambar ni aku ambil selepas aku lalu di checkpoint,
aku tak nak minum air. 1st time aku tak berhenti kat
checkpoint.

Gambar ni sebelum membelok ke simpang finishing line.
Aku dah semangat nak habiskan larian.

Finally, berjaya habiskan larian. Memandangkan aku tengah 
menghidap ekzema dan dah berapa hari aku tak pakai mekap 
kat muka so aku pakai mask untuk mengelakkan orang 
gerun tengok aku, haha!


Medal ke-6 and still counting. Doakan aku sihat
dan dapat berlari untuk bulan akan datang.


@theMaGi

Tuesday, 16 July 2019

Manikarnika Review: Wanita Dalam Perjuangan

Yeah, hai! Hari ni aku nak update satu movie yang aku dah tonton 2 minggu lepas. Aku rasa dah banyak orang bagi review so aku pun berkenan nak tengok cerita ni. Based on sinopsis movie, Manikarnika ni sebuah filem sejarah yang menceritakan perjuangan Ratu Jhansi yang bernama Lakhsmi Bhai atau nama sebenarnya, Manikarnika. Aku rasa nama sebenar Ratu Jhansi ni cantik.

Image result for manikarnika
source: thehindu.com
Maka, lepas tu aku pun tengok movie ni dengan penuh rasa curious dan enthusiastic sebab aku memang suka movie sejarah. Ramai yang bagi komen tentang keberkesanan lakonan Kangana Ranaut sebagai Manikarnika. Well, lepas aku tengok cerita ni aku mengakui Kangana Ranaut membawa watak Lakhsmi Bhai dengan sangat baik.

Point yang menarik perhatian aku ialah sesudah Manikarnika menjadi Ratu Jhansi. Sebelum tu, aku tak begitu tertarik dengan karakter Manikarnika. Aku rasa macam gambaran Manikarnika tu tak cukup power. Atau tak cukup perisa, macam ada sesuatu yang kurang dalam penceritaan Manikarnika di awal usia. Aku anggap kekangan masa dalam movie itu sendiri. Bagi sesiapa yang belum tengok, aku suggest korang tengok movie ni sebab movie ni menimbulkan rasa patriotik. 

Antara part yang aku tertarik (dan aku nak kongsikan di sini) ialah:
  • Babak Manikarnika dilayan dengan sangat baik oleh suaminya, Raja Jhansi. Aku nampak betapa dia dihargai dan dididik untuk menjadi seorang isteri, seorang pemimpin dan seorang wanita yang berani oleh suami dia sendiri. Kata orang, seorang isteri akan menjadi sangat berjaya jika mendapat sokongan dari suami sendiri.
  • Bila Manikarnika bertentang mata dengan pegawai British, aku sukakan pendirian Ratu Jhansi tu untuk tidak tunduk pada penjajah. Babak tu membuktikan bahawa Manikarnika mempertahankan hak mereka sebagai penduduk asal India dan tak mahu orang luar memandang rendah dengan mereka.
  • "English is just a mere language"- ayat ini diungkapkan oleh Manikarnika bila dia disindir tak faham bahasa Inggeris. Walaupun dituturkan dalam bahasa Inggeris, tapi sindiran ini tepat tembus sampai ke jantung. Dengan kata lain, sebenarnya semua bahasa punya keistimewaan dan keindahan tersendiri. Bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang supreme, sebab bahasa Inggeris pun sebenarnya terhasil dari campuran banyak bahasa, bukannya stand alone.
  • Seterusnya, babak pertarungan Manikarnika menyelamatkan anaknya ketika perang. Pertarungan yang hebat, walaupun ada CGI yang aku tak berapa tertarik, tapi Kangana Ranaut menunjukkan skil pertarungan yang bagus dan riak wajah yang cukup mengesankan. Maksudnya, dia dapat menjiwai wataknya dengan amat baik.
  • Babak Manikarnika menentang adat untuk isteri yang kematian suami membawa maksud kemampuan untuk berdikari dan bertanggungjawab. Konsepnya mudah, hidup mesti diteruskan walaupun sakit.
  • Boleh tak aku nak bagitahu yang mekap Manikarnika ni cantik dan berubah-ubah ikut fasa kehidupan dia? 
  • Untuk babak terakhir iaitu Manikarnika bertarung menentang British, percikan darah ke muka Manikarnika menunjukkan keberanian luar biasa seorang wanita. Konsepnya ialah wanita ni pada asalnya makhluk yang lemah. Tapi bila mereka pilih untuk berani, wanita akan bergerak terus takkan toleh ke belakang lagi. Sampailah Manikarnika cedera parah dan tahu dia takkan ada peluang untuk bertarung lagi, dia memilih untuk membakar diri sendiri. Okay, babak ini menunjukkan sifat berkuasa terhadap diri sendiri sampaikan mayat dia pun dia tak nak orang sentuh, dia lebih rela mayatnya terbakar rentung. Dan sebelum dia membiarkan dirinya terbakar, dia sempat bagi senyuman bangga. Senyuman tu aku rasa, satu hadiah yang takkan dilupakan. Meskipun Jhansi ditakluk, British menguasai India dalam tempoh yang lama dan Manikarnika terkorban dalam peperangan, sejarah dia sebagai Ratu Jhansi yang berani takkan dapat dihilangkan. 
Image result for manikarnika
source: livemint.com
Untuk karakter yang lain, aku kesian dengan budak yang bernama Lakhsmi, tak pasal-pasal dibunuh oleh pegawai British sebab nama dia sama dengan nama Ratu Jhansi. Pelakon dari Barat pun menjiwai watak mereka dengan baik- entah apa perasaan mereka masa berlakon sebab movie tu mengisahkan sikap tamak penjajah (sikap nenek moyang mereka sendiri). Karakter dalam keluarga Manikarnika tak begitu strong, karakter dalam keluarga suami Manikarnika pula agak sederhana. Mungkin movie ni nak fokus pada perjalanan hidup Manikarnika, well aku boleh terima. So far, ceritanya bagus dan menyenangkan. Props dan wardrobe pun sangat cantik, especially babak dalam perpustakaan peribadi. Kalaulah aku dapat perpustakaan peribadi macam tu, alangkah bahagianya.

Okaylah, aku membuat keputusan aku nak bagi 3.9/5 bintang. Malaysia, bila lagi nak buat movie yang berunsurkan sejarah dan kekuatan wanita ni? Disney pun nak keluarkan movie dengan konsep yang sama tak lama lagi which is Mulan. Takkan asyik repeat tema gangster, rempit, cinta, mafia, drift dan lawak je kot? Bagi la ilmu kat penonton movie, kami ada hak nak belajar sejarah dalam bentuk yang mengagumkan.

@theMaGi2019

Misteri Asal-Usul Melayu Sarawak

Hai! Lama tak kemaskini info sejarah. Jadi, hari ni aku nak kongsikan satu artikel. Harap bermanfaat untuk mereka yang memerlukan.

Melayu ialah satu rumpun bangsa yang kompleks dan merupakan nama khas bagi satu kelompok suku bangsa di sekitar Kepulauan Melayu atau nama am bagi pelbagai kelompok Bahasa Melayu-Polinesia. Sebelum ini, aku pernah ditanya mengenai kewujudan Melayu di Sarawak semasa melanjutkan pengajian di Shah Alam sebab bagi sesetengah orang, Sarawak tak ada Melayu dan jujur aku tak dapat bagi jawapan yang jelas sebab aku sendiri pun tak pasti. Kalau nak diikutkan, istilah Melayu datangnya dari perkataan ‘Malayu’ yang diambil dari nama Kerajaan Malayu di kawasan Sungai Batang Hari, Jambi. Malah, suku Jawa juga di dalam rumpun Melayu yang sama iaitu penghuni Kepulauan Melayu. Jadi, bagaimana orang Melayu Sarawak wujud?


Menurut artikel Asal Usul Melayu Sarawak: Menjejaki Titik Tak Pasti oleh Jeniri Amir, seorang pensyarah Fakulti Sains Sosial UNIMAS, masyarakat Melayu Sarawak bersifat kompleks dan terhasil daripada beberapa proses. Salah satu daripada proses tersebut ialah penghijrahan. Walau bagaimanapun, bukan suku Jawa sahaja yang ada di Sarawak. Penghijrahan masyarakat Melayu Sumatera ke Sarawak berlaku pada kurun 12-15 ketika Sarawak menjadi kawasan terpenting dalam perdagangan entrepot pada era pentadbiran Srivijaya. Suku Bugis juga boleh didapati di sekitar dan juga Samarahan menerusi pembudayaan makanan tradisi mereka, burasak. Dengan kata lain, perkembangan masyarakat Melayu Sarawak adalah tidak seragam sehingga kini para pengkaji masih berdepan dengan kesulitan.

Istilah ‘Masuk Melayu’
Di Sarawak, istilah ‘masuk Melayu’ ialah istilah yang biasa digunakan bagi mereka yang memeluk agama Islam, menganggap diri sebagai Melayu dan dianggap Melayu oleh orang yang sebangsa dengannya. Secara autoriti dan juga Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, sesuatu kelompok dianggap sebagai Melayu apabila bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat Melayu dan beragama Islam. Secara hakikatnya, Melayu dan Islam saling berkaitan kerana gerakan dakwah Islam suatu masa dahulu mendapat penerimaan dari masyarakat Melayu dan identiti Islam menjadi identiti Melayu. Apabila proses perkahwinan campur berlaku, anak daripada hasil perkahwinan tersebut dianggap sebagai Melayu dan wujudlah istilah ‘masuk Melayu’.

Kepelbagaian Melayu dalam Melayu Sarawak
Kewujudan Melayu Sarawak datangnya dari pelbagai proses seperti penghijrahan, asimilasi mutlak dan amalgamasi. Menariknya, Melayu merujuk kepada masyarakat yang tinggal di pesisir laut dan beragama Islam pada era Rajah Putih. Malah, terdapat teori mengatakan perpindahan Melayu ke Sarawak pada era kemuncak pemerintahan Melayu di Sumatera dan Melaka. Cuma, tiada bukti kukuh mengenai perpindahan secara besar-besar pada era tersebut. Tetapi ada yang berpendapat Melayu ialah kaum asal dan peribumi di Sarawak.

Menarik? Mengelirukan? Tapi berminat nak tahu lebih lanjut? Ya.

Jadi, aku senaraikan beberapa kemungkinan kewujudan Melayu ke Sarawak dari sumber-sumber atau jalur-jalur berikut:
  • Melayu PeribumiMelayu Peribumi merupakan penduduk asal yang mendiami Sarawak. Mereka tidak berhijrah dari tempat lain dan mengamalkan kehidupan tradisional. Ia dibuktikan dengan penemuan istilah ‘Melayu’ di dalam catatan Cina dan Barat sejak dari abad ke-7 lagi. Malah, sebelum kedatangan Brooke, melayu peribumi sudah pun wujud dan tinggal bersama kaum peribumi yang lain, sama seperti melayu di Brunei, Tanah Melayu dan Indonesia.
  • Melayu BruneiSarawak pernah ditadbir oleh kesultanan Brunei dan ia bermula pada abad ke-15 iaitu pada era Awang Alak Betatar. Setelah Awang Alak Betatar memeluk Islam dan memakai gelaran Sultan, pengaruh Islam diluaskan kepada penduduk Brunei dan perlahan-lahan cara hidup penduduk berubah ke arah yang sesuai dengan istilah ‘Melayu’. Seterusnya, para pembesar Melayu Brunei dihantar ke segenap bahagian di Sarawak seperti Saribas, Kuching, Samarahan, Kalaka, Lidah Tanah dan juga Sadong. Kedatangan pembesar Melayu Brunei dari abad ke-15 sehingga abad ke-20, suatu tempoh yang sangat lama telah menyumbang kepada kewujudan Melayu Brunei dan pertalian tersebut kekal sehingga ke hari ini.
  • Melayu SumateraMenurut hikayat Datuk Merpati dan Syair Saribas, Melayu dari Kuching berasal dari Sumatera manakala Melayu dari Saribas pula mendakwa mereka berasal dari keturunan Datu Gudam yang juga berasal dari Sumatera. Penempatan awal Melayu Sumatera dipercayai bermula di Lidah Tanah iaitu di sekitar Sungai Sarawak pada awal abad ke-15. Bukan itu saja, kenyataan Melayu datang dari tanah seberang dikaitkan dengan nama-nama perkampungan Melayu di Kuching seperti Kampung Boyan, Kampung Gersik, Kampung Surabaya dan Kampung Panglima Seman. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa penduduk Kampung Boyan berasal dari Jawa dan dibawa masuk oleh Pengiran Muda Hashim dan pada asalnya mereka menetap di Kampung Permutus, sebuah penempatan yang berhampiran dengan India Street yang sudah tidak wujud lagi. Penduduk asal Kampung Gersik pula dipercayai dari Sumatera dari sebuah kawasan bernama Kayong, berhijrah sekitar abad-19.
  • Melayu dari asimilasi kaumMelayu asimilasi ialah golongan peribumi yang berasimilasi setelah memeluk agama Islam dan meninggalkan amalan animisme serta mengamalkan gaya hidup sesuai dengan prinsip Islam. Di Sarawak, melayu campuran mewujudkan golongan yang berasimilasi apabila orang Dayak menikahi orang Melayu sehingga wujud istilah ‘masuk Melayu’. Ia juga membuktikan bahawa Melayu sudah ada di Sarawak sebelum kedatangan Brooke. Malah pada abad ke-15 pada pemerintahan Sultan Brunei di Sarawak, banyak suku seperti kaum Dayak, Melanau dan Kedayan memeluk agama Islam dan mereka mengubah cara hidup mereka sehingga menjadi seorang Melayu. Selain itu, beberapa kaum minoriti yang sudah pupus pada awal abad ke-19 akibat proses asimilasi mutlak seperti Pegu, Seru dan Bliun antara yang terawal memeluk Islam dan mengamalkan kehidupan seperti masyarakat Melayu. Sebagai contoh, orang Pegu merupakan kaum dari hulu Sadong yang berpindah ke Samarahan dan mereka sering diserang Dayak Laut. Berkemungkinan mereka dilindungi oleh kaum Melayu yang menyebabkan mereka pun memeluk Islam. Wanita kaum Seru pula memilih untuk bernikah dengan lelaki Melayu dan akhirnya seluruh kaum memeluk agama Islam. Terdapat pendapat lain yang mengatakan kaum-kaum peribumi bukan Islam tertarik hati untuk memeluk agama Islam kerana keperibadian pedagang Islam yang datang berdagang.
  • Melayu dari bangsa Arab/India MuslimPedagang dari Arab dan India Muslim dipercayai datang ke Sarawak pada abad ke-5. Sebahagian daripada mereka menetap dan menikahi wanita tempatan. Ia menyebabkan proses asimilasi dan akulturasi berlaku. Pada era pentadbiran Kesultanan Brunei di Sarawak, ramai pedagang Arab dan India Muslim datang berdagang. Keperibadian dan ilmu pengetahuan mereka ternyata amat mempengaruhi penduduk tempatan dan menyebabkan mereka memilih Islam dan perlahan-lahan mengubah gaya hidup mereka sebagai seorang Melayu. Malah, pengaruh Sultan ke-3 Brunei yang berketurunan Arab telah menguatkan lagi usaha dakwah di Sarawak. Penyebaran agama Islam secara aktif pada tahun 1521 Masihi di Sarawak telah mewujudkan golongan Melayu dari yang memakai gelaran sayyid/syed, tungku dan juga wan.
Rujukan:
  • Jeniri Amir (2015). Asal-usul Melayu Sarawak: Menjejaki titik tak pasti. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 8(1) UNIMAS. 
  • Ahmad Nasir Mohd Yusoff (2016). Islam di Sarawak: Sejarah Awal dan Faktor-faktor perkembangan Islam di Sarawak. Jurnal Al-Anwar, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT),1(1): 1-19
  • Sanib Said (2013). Sejarah yang Hilang. Kota Samarahan: UNIMAS
  • Mohamed Anwar Omar Din (n.d.). Asal Usul Orang Melayu. Jurnal Melayu (7) 2011: 1–82. Diambil dari http://journalarticle.ukm.my/3186/1/1.pdf

@theMaGi2019