Gawai merupakan perayaan yang penting dalam adat turun temurun suku kaum Iban dan juga Bidayuh. Ia bersifat keagamaan dan juga kemasyarakatan. Festival seperti ini menyatupadukan mereka dan mengukuhkan kekuatan kaum mereka supaya generasi akan datang tidak ketinggalan merayakan semangat-semangat yang tidak akan pernah dilupakan. Walaupun kebanyakan daripada mereka menukar agama Kristian, festival ini terus diraikan sebagai ingatan terhadap adat resam mereka.
Gawai Batu
Gawai Batu merupakan festival musim permulaan menanam padi. Sebelum menanam padi, mereka percaya bahawa semangat padi haruslah bersama dengan mereka dan mengikut pantang larang untuk mendapatkan rahmat, rezeki dan pelindungan daripada dewa-dewa mereka. Menerusi perayaan ini, terdapat nyanyian atau jampi untuk memuja semangat yang pernah dibukukan dalam Pengap Gawai Batu keluaran Borneo Literature Bureau pada tahun 1968.
Menerusi perayaan ini, golongan wanita akan mengadakan upacara dengan tarian memuja Sempulang Gana, Tuhan Tanah menerusi kepercayaan orang Iban dan mereka percaya bahawa penanaman padi adalah upacara penuh ritual dan pantang larang.
Gawai Burung
Gawai Burung merupakan festival yang dianjurkan untuk Tuhan Peperangan Sengalang Burong, antara perayaan yang terhebat dan pertama kali diraikan oleh Sera Gunting di rumah panjang. Terdapat beberapa jenis Gawai Burung iaitu Gawai Kenyalang, Enchaboh Arong dan juga Gawai Mata. Perayaan tersebut diraikan mengikut kepentingan dan jumlah belanja dalam juga 9 peringkat yang dipecahkan iaitu:
- Kalingkang (tiang diperbuat daripada buluh payan)
- Sandong (tiang diperbuat daripada pokok selangking)
- Sawi (tiang diperbuat daripada pokok pinang ataupun bahagian tengah kayu pokok durian)
- Salangking (tiang diperbuat daripada bahagian tengah kayu pokok selangking)
- Mulong Merangau (tiang diperbuat daripada kayu poko durian yang diukir kelihatan seperti pokok sagu)
- Gajah Meram (tiang diperbuat dari kayu kuku dan dihias dengan tengkorak dan daun kelapa isang)
- Meligai (tiang diperbuat daripada kayu kuat yang dihias dengan perhiasan)
- Ranyai atau Mudur Ruruh(tiang diperbuat daripada susunan lembing pahlawan yang pernah digunakan melawan musuh)
- Gerasi Papa (tiang diperbuat daripada ukiran muka mambang)
Dalam setiap peringkat Gawai Burung tersebut akan didirikan 9 tiang candi di mana patung burung kenyalang akan diletakkan semasa festival diadakan. Menerusi Enchaboh Arong, ia dilakukan bagi meraikan ketibaan ketua rumah panjang yang baru dan perayaan itu ditaja oleh pahlawan yang pernah bertempur dengan pernah memenggal kepala musuh. Bagi Gawai Mata pula, ia merupakan satu upacara yang dilakukan secara kecil-kecilan bagi pahlawan yang menerima satu-satu alamat atau petanda menerusi mimpi dengan memberikan persembahan makanan kepada semangat seperti Panggau atau Enting Naing. Upacara ini juga boleh dilakukan bagi menyembuhkan orang yang tengah sakit.
Gawai Antu
Gawai Antu merupakan salah satu perayaan yang diraikan oleh orang Iban dan Bidayuh bagi meraikan orang yang sudah meninggal dunia. Ia disambut oleh Iban Krian di bahagian Saribas, dengan mengadakan upacara beburong, korban ayam atau khinzir. Ia dimeriahkan dengan beberapa acara lain seperti sabung ayam, persembahan piring dan juga mantera pengap.
Pada awalnya, perayaan ini dilakukan bagi memohon bantuan nenek moyang yang terkenal (tanpa mengira tarikh kematian) dan perayaan ini dilakukan setiap satu generasi atau 30 sekali di rumah panjang. Bagi memulakan perayaan ini mereka melakukan perjumpaan sebanyak dua kali dengan beberapa persiapan seperti mencari buluh, kayu dan juga membuat arak beras
Gawai Dayak
Gawai Dayak merupakan sambutan perayaan musim menuai padi yang diraikan pada 1 Jun. Pada hari tersebut, ngabang atau kunjungan dilakukan bagi mengeratkan hubungan dan semangat kejiranan. Bagi anak-anak gadis, mereka menyertai Kumang Gawai atau ratu festival dengan menggayakan pakaian tradisional manakala lelaki pula menyertai Keling Gawai. Perayaan ini disambut secara besar-besaran di Sarawak dan turut diraikan oleh kaum-kaum lain sebagai lambang bersatu hati dan semangat kejiranan. Pada hari tersebut, rumah dihiasi dengan perhiasan seperti pua kumbu dan menghidangkan makanan berupa pulut, pansuh dan juga tuak. Mereka juga menghidangkan beberapa jenis kuih muih tradisional seperti kuih sarang semut (penganan tatok), kuih cuwan atau penganan celup, dan juga penganan iri.
Ucapan rasmi untuk hari Gawai Dayak ialah Gayu Guru Gerai Nyamai Senang Lantang Nguan Menua yang bermaksud panjang umur, kesihatan baik, murah rezeki dan kekayaan. Pada era kolonial British di Sarawak, perayaan ini tidak dilihat sebagai satu perayaan sehinggalah ia dimasukkan ke dalam Sarawak Gazette pada 25 September 1964 sebagai cuti umum dan diraikan buat pertama kalinya pada 1965.
Terdapat perayaan Gawai yang lain seperti Gawai Tuah, Gawai Besimpan (Festival menyimpan padi) dan juga Gawai Tajau (Festival Tempayan).

Ribuan terima kasih dan penghargaan untuk senarai artikel yang berikut
http://en.wikipedia.org/wiki/Gawai_Dayak
http://gnmawar.wordpress.com/gawai-iban/gawai-burong-the-iban-bird-feastival/
http://www.theborneopost.com/2013/03/03/gawai-batu/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gawai_Antu
http://hornbill.cdc.net.my/yzm/gawaiantu.pdf