Monday, 23 February 2015

Merawat Jerawat

Image result for menghilangkan jerawat
credits: byejerawat.com
Jerawat ialah masalah kulit yang biasa. Bermacam-macam produk dikeluarkan untuk merawat jerawat. Setakat ni, aku guna rangkaian produk Oxy sebab produk ni sesuai untuk aku (dan yang paling penting, harga mampu milik- dah macam rumah PR1MA je bunyinya). Back to the story, produk ni biasanya berubah-ubah. Macam dulu, aku guna Safi Perfect 10 yang ada liquorice tu. Kemudian, Safi Perfect 10 bertukar jadi White Trilogy. Terus kulit aku pun memanjang je trilogi jerawat. Perubahan bahan dalam produk tu jadi tak serasi. Even Oxy pun berubah, dulu aku guna Oxy Blemish control, lepas tu jadi Oxy Acnoplex. Nasib baik produk ni masih serasi dengan aku.

Nak tak nak, aku kena la cari ikhtiar lain. Manalah tahu, produk tetiba tak serasi. Jadi aku ada backup plan sementara memburu produk baru yang lebih efektif.

So, aku pun mengorek Google dua bulan lepas (ni cerita dua bulan lepas) dan aku mendapat beberapa tips mudah, murah, dan dikatakan mujarab. Tips tradisional pun aku catat tapi ada beberapa tips dari blogger dan TV yang menarik minat aku dan aku sekarang tengah mengamalkannya.

Tips Pertama: Jangan basuh guna pencuci muka

Tips ni aku dapat dari blogger lelaki. Katanya, amalan ni baik. Bila bangun solat Subuh, dia kata jangan basuh muka guna pencuci muka sebab katanya kulit muka pada waktu pagi biasanya segar dan sensitif, sedangkan pencuci muka tu ada chemical itu-ini. Jadi, blogger itu sarankan supaya basuh muka dengan air wuduk. Kalau nak basuh muka, tunggu dalam pukul 10 pagi macam tu. Btw, aku rasa nasihat blogger tu memang baik. Walaupun taklah selicin dan semulus kulit Emma Maembong, tapi kesan nasihat tu memang positif.

Tips Kedua: Baca Bismillah

Yang ni pun aku dapat dari blogger. Kata blogger tu (aku tak tahu jantina blogger tu), masa tengah cuci/basuh/bilas/gosok muka, disarankan supaya membaca 'bismillahirrahmanirrahim' berulang-ulang-ulang-ulang kali sampailah habis proses mencuci tu. Kata blogger tu, hikmat membaca kalimah tu akan membuatkan wajah lebih lembut, lebih segar. Jerawat pun takkan membiak-biak beranak pinak, berkat sifat Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. 

Tips Ketiga: Amalan Rasulullah s.a.w

Doa ni aku dapat dari laman sesawang (anugerahquran.com) dan diriwayatkan melalui Ibnu Sunni bahawa Rasulullah saw pernah merawat seorang hamba Allah yang ada masalah penyakit kulit (yakni jerawat) dengan minyak zarirah dan doa iaitu: 

"Allahumma musogghiral kabiir wa mukabbiras soghir soggir maabi"

[Maksudnya: Ya Allah, yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil, kecilkanlah jerawatku ini.]

Memandangkan minyak zarirah memang susah nak dapat di Malaysia, doa ni pun dah mencukupi. Caranya, korang sentuh jerawat korang yang tengah bengkak dan baca doa ni.

Tips Keempat: Doa merawat jerawat yang mudah

Bagi sesiapa yang tak ingat doa yang diamalkan oleh Rasulullah saw, ada cara lain untuk ingat doa tersebut. Aku dapat ni dari blogger yang lain (siyes, aku dah lupa nama blog tu). Caranya begini:

"Ya Allah, Tuhan yang maha membesarkan dan mengecilkan sesuatu, Engkau kecilkanlah jerawatku ini."

Baca doa ni berulang kali dengan yakin. Korang pasti terkejut dengan hasilnya, sebab aku dah cuba guna doa ni dan hasilnya memang positif.

Tips Kelima: Basuh muka sebelum tidur

Yang ni aku selalu buat. Biasanya, aku akan bersihkan muka dengan tisu. Buang mana-mana jerawat masak dan minyak di permukaan kulit. Lepas tu aku akan cuci muka bersih2, sapu toner dan krim. 

Oh, sebelum aku lupa, aku ada tengok satu rancangan di TV yang menunjukkan cara wanita Jepun menjaga muka. Mula2 dia basuh muka, kemudian, dia sapu moisturizer. Lepas tu, dia wapkan muka dengan tuala panas untuk 2-3 minit. Dah tu, dia basuh muka dia sekali lagi. Seterusnya, dia sapu toner, krim dan masuk tidur. Doktor dermatologi mengesahkan cara ni mempercepatkan penyerapan moisturizer ke dalam kulit dan menjadikan kulit lebih segar, bersih dan lebih muda. Aku pernah cuba cara ni, memang berkesan. Masalahnya, aku ni malas nak rendam tuala dalam air panas.

Bagi sesiapa yang nak mencuba, jangan malas macam aku.




Okey, setakat ni je tips yang aku dapat kongsikan. Sekian~
@magi2015

3 comments:

  1. salam . saya nak tanya awak pkai produck apa ya utuk krim dan toner tuh .

    ReplyDelete