Wednesday, 12 February 2014

Resepi Dumpling Express

#Takde bende nk pos jd aku wat entri ni..hehe, sekian~
yang ni guna kiub
tomyam Maggi

Dua minggu lepas selera makan aku berubah (sebelum ditimpa sakit gusi sbb gigi nak tumbuh). Kat CH707 dan CH703 asek promot Chinese dumpling sempena CNY. Jadi aku teringin nak makan. Tapi obviously aku xkan klua g beli. Jadi aku buat sendiri iaitu:

Kulit dumpling

1. Amek tepung, marjerin/mentega dan air.
2. Campurkan ketiga-tiganya. Tapi jangan banyak sangat air. Nanti lembik sangat.
3. Gaulkan, uli dan hempuk guna penumbuk sampai jadi doh.
4. Pastu, biarkan kat tepi.

Isi dumplinng
yang ni guna perencah
Maggi kari

Terpulang ka ikut selera dan kemampuan. Kalu nak mewah guna la minced meat, seafood, abalone...bla3. Nak murah, guna la telur ayam- egg scramble yang dicampur dengan minced onion, lada, garam, cendawan etc...

Cara2 nak buat

1. Kemudian, masukkan isi dumpling dalam kulit dumpling, buat macam bunjut. Pastu gelek-gelek guna tapak tangan sampai jadi cam bola.
2. Pastu masukkan dalam air mendidih, masukkan perencah (apa-apapun boleh- nak murah aku guna Maggi kari). Jangan lupa masukkan sikit gula sbb perencah tu masin.
3. Bila dumpling dah cantek masak, masukkan veggies seperti kobis, bunga kobis, brokoli, cendawan butang, and dada ayam yang dipotong kecik2/udang/sotong.
4. Biar gravy mendidih sekejap- 30 saat. Seterusnya, siap dihidangkan.


Senang kan? Dengan perencah Maggi, sebab tu la jadi express. Boleh guna kiub tomyam/ayam atau perencah mee sup ayam/asam laksa Maggi kalu nak kelainan.

Tips

Untuk menjadikan dumpling korang gravy di dalam, bekukan sup ayam (kuah je). Bila dah beku, cedokkan kuah yang beku tu, masukkan dalam dumpling dan pastikan dumpling tu tak terbuka or berlubang dalam air mendidih. Sup beku tu nanti akan cair di dalam dumpling dan dumpling korang lebih sodap. Good alert- makan dengan berhati-hati, gravy dalam dumpling tu boleh membuatkan mulut korang melecur ^^

@themagi2014

No comments:

Post a Comment