Tuesday, 25 February 2014

Apa Yang Membuatkan Anda Menyampah?

Sejak kebelakangan ni aku slalu menyampah ngan banyak benda. Ntah, annoying gila bila aku ingat balik apa yang membuatkan aku rasa menyampah. Aku rasa kedudukan otak aku tak brapa elok skang. Tapi manusia dengan perasaan menyampah memang tak bleh dipisahkan. Ada banyak benda yang boleh membuatkan korang rasa menyampah.

Seperti?


  1. Kereta depan slow siput jalan 20-30 macam la jalan tu bapak dia punya. Dah tu bleh main tab main phone gelak sakan. Oi, tengok depan la! Tak sayang nyawa ke?
  2. Orang kat depan jalan asek asek berhenti, pastu banyak cakap halang jalan orang lain. Saudara, kalu nak bercakap sambil jalan gi kat taman bunga la. Jangan stop kat pedestrian yang tengah sesak!
  3. Kat kedai makan, orang kat sebelah cakap macam Dolby Surround rosak. Memanjang je bising. Tak boleh kecik sikit ke volume? Suara sedap takpe la jugak.
  4. Sekumpulan keluarga bawak anak kecik ke tempat public. Dah tu anak asek nangis. Buat apa bawak budak kecik gi tempat public? Tak bleh ke duduk rumah jaga anak? Tak tau ke dunia skang banyak penyakit? Saja je nak cari penyakit.
  5. Kepada sesiapa yang bayar barang kat cashier, kalu barang harga belas ringgit je tak payah la keluar not 100. Takkan takde duit kecik langsung? Akibat not besar tu la barisan depan cashier makin panjang.
  6. Kalu nak berak kat tandas stesen minyak, tolonglah....TOLONG jangan parking kat tempat pam angin! Disebabkan orang yang sarat nak berak tapi parking kat tempat pam angin ni la buat ramai customer nak pam tayar naik angin!
  7. Jangan mesej member kalu nak jual produk, bukan nak tanya khabar. Itu je yang aku nak cakap. Aku tengah annoying gila sebab sakit gusi, tetiba dapat mesej member pasal jual produk. Makin sakit gusi aku!
  8. Berhemahlah, semasa di dalam tandas. Tak payah la aku explain banyak. Tengok mangkuk tandas pun dah tau maksud aku.
  9. Astro, bil makin naik. Apa pasal?
  10. Listen, listen, listen. Interviewer dalam proses temuduga annoying gila. Tak bleh ke manis sikit muka? Apasal muka sinis je padahal gaji masuk tiap bulan? Orang yang kena interview la patutnya stres.
  11. Orang yang bekerja, sila jangan merungut banyak tentang pekerjaan anda. Dah dapat kerja pun nak bising.
  12. Kepada pihak yang berkenaan, jangan asek bagi kerja kat anak buah sendiri tapi tayang iklan kerja depan public. Nepotisme betul~
  13. Kepada pihak yang berkenaan II, peluang kerja kasi banyak sikit.
  14. Budak-budak yang syok naik motosikal, korang jangan rosakkan pam angin boleh tak? Itu je pesanan aku.
  15. Hey, signal! Kedekut betul nak bagi signal masa nak belok nak motong kat tengah jalan. Kena bayar ke bagi signal?
  16. Actually aku tak menyampah sangat kalu orang tanya pasal kawen. Aku tak peduli pun. Tapi untuk orang lain, soalan ni memang menyampah.
  17. Jangan tanya soalan baby kepada orang yang dah kawen tapi belom ada anak. Sungguh menyampah soalan itu untuk dijawab oleh pihak berkenaan.
  18. Duit, makin lama makin susut nilai ko. Hmm...
  19. Bangsa berjaya ialah bangsa membaca. Tapi apasal harga buku mahal sangat? Kalu buku tu dah 3-4 tahun berdebu atas rak, tak bleh ke kasi jual murah? Rugi banyak ke kalu jual murah buku yang tak laku? Bagi aku, lagi rugi kalu buku tak laku tu tak dibeli langsung.
  20. Nape la kat tempat aku takde IKEA? Why?
  21. Further study memerlukan banyak duit. Aku naik menyampah bila fikir pasal tu. Cit.
  22. Duit ni harta duniawi tapi skang zaman duit. Stres.
  23. Jiran sebelah, banyak-banyak terima kasih jika anda menjaga laman rumah anda dan tidak membiarkan pampers anak anda yang bertahi itu menempel di tepi jalan. Mohon sakit hati.
  24. Jiran sebelah II, banyak-banyak terima kasih jika anda menjaga anak anda supaya tidak merosakkan harta benda jiran lain.
  25. Jangan guna laman sosial untuk bash negeri orang! Perbuatan suka bash negeri orang secara terbuka tu menunjukkan anda seorang yang...(sila bina ayat mencemuh yang sesuai dengan selera anda)
  26. Institusi pendidikan sepatutnya tukar nama, jadi institusi penjagaan. Ye lah, anak-anak cuma dijaga oleh cikgu. Tak bleh kena marah tak bleh kena tegur.
  27. Aku menyampah sebab kadang-kadang aku tak tahu nak buat entri apa! Blog ni la tempat aku cari makan. Benci 3x
  28. Menyampah sungguh bila terlalu banyak keinginan. Semua tu setan...setan...nyah kau!
  29. Tolong jangan berkira sangat kepada sesiapa saja yang berkenaan. Aku tak tahan betul dengan orang yang kuat berkira.
  30. Point yang ke-30, aku menyampah sungguh sebab bulan ni bulan yang annoying dan akhirnya aku buat entri ni.

#One space for annoying things in my head. The effect of environment pressure, which contribute psychological diseases for modern society. It seems unhealthy to keep in. It's time to keep out.

@themagi2014

No comments:

Post a Comment