Saturday, 24 May 2014

Testing Instagram Widget

Selamat Sabtu, tak ada benda panjang2 atau ilmiah nak dimasukkan dalam entri. Hari ni aku nak leisure je. Then aku stumble on Lyssa Faizureen punya tutorial...betul ke spelling nama blogger ni? Sejak dua menjak ni aku agak ber-insta2, entah hape yang aku post. Jadi aku ingat aku nak link blog ngan Instagram aku. Well, aku dapat code, aku klik HTML/Java button dalam layout, aku pasang link dan aku off private. Maka terpasanglah widget itu di dalam blog aku. Korang bley refer kat sidebar. Actually cara si Lyssa ni lebih mudah dari tutorial lain (so, trimas Lyssa for ur info). Yang lain tu banyak sangat step, mual aku.

Makanya, ini la HTML code yang aku copy dari Lyssa punya blog:


<center><center><a class="followgrambutton" username="id username" rel="232149750"
href="http://followgram.me/id username">Follow @id username </a><script type="text/javascript"
src="http://widget.stagram.com/in/id username/?
s=70&amp;w=2&amp;h=2&amp;b=1&amp;p=5" allowtransparency="true"
style="border:none;overflow:hidden;width:169px;height:154px" frameborder="0"
scrolling="no"></frames>
</center>


Yang kaler merah tu korang bley ubah ikut id username korang, yang biru korang bley adjust tinggi-lebar. Skang ni aku just testing mesting pasang widget ni. Katanya dalam observation gitew. Kalau aku suka, lama la hayat Instagram dalam blog ni. Kalau aku tak suka, good-bye my lover. Kepada blogger kat luar, yang aktif berselfie dan Instagram penuh dengan gambar duckface korang, try la code ni, bergumbiralah dan kongsi ke-best-an korang. Let picture talks on your behalf.

Basically aku suka gak ber-insta ni even aku bukanlah kaki selfie (retired since 2012). Inilah dunia teknologi, bila camera is available dan sharing is caring, alam maya kini bertimbun dengan hasil seni manusia. 'Gram' terlalu kecik untuk Insta, mungkin Instagram akan bertukar menjadi 'Instakilo'.

Err, aku nak wat entri pasal gambar vintaj nanti. Now? Masa untuk bergolek-golekkan...hepi Saturday!

@themagi2014

Thursday, 22 May 2014

Tamadun Melayu Sarawak di sebalik Sejarah Imperialisme

"Lamun huwus kalah Nusantara ingsun amukti palapa...- 
Aku tidak akan makan buah palapa kegemaranku sehingga aku menyatukan Nusantara."
(Petikan dari Sumpah Palapa, Patih Gajah Mada)

Pengenalan

Sarawak sebuah negeri yang besar, kaya dengan budaya dan penemuan sejarah dari segi arkeologi. Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia dan sebahagian dari kepulauan Borneo yang tua, ada banyak perkara berkenaan dengan Sarawak masih belum jelas dan kurang difahami. Pensejarahan Sarawak pada masa lampau masih tidak lengkap malah tidak ada buku yang khusus berkenaan dengan sejarah Sarawak, terutama sekali sejarah Tamadun Melayu Sarawak yang wujud lebih lama sebelum era Brooke. Kebanyakan penerbitan naskhah ilmiah lebih menjurus ke arah dinasti Brooke, kerajaan Rajah Putih di Nusantara yang berakhir pada 1941 setelah 100 tahun mentadbir. Tetapi di sebalik penerbitan nakshah berkenaan dengan dinasti Brooke yang bermula sejak awal pentadbiran James Brooke sehinggalah perkhidmatan Charles Brooke yang terakhir, perdebatan tentang kesahihan fakta banyak kali ditimbulkan oleh Bertram Brooke dan Anthony Brooke.

Penerbitan naskhah Rajah Putih

Timbunan naskhah berkenaan dengan Rajah Putih Sarawak dari dulu sehinggalah sekarang memberi sensasi kolonial yang gah di mata masyarakat dunia. Pengembaraan James Brooke ke Kepulauan Brooke dan akhirnya menjadi pemerintah di sebuah negara kecil kedengaran seperti hikayat pengembaraan yang hebat, sekali gus mengaburi sejarah lampau Sarawak yang sebenar. Identiti dinasti Brooke mempengaruhi identiti Sarawak begitu lama, seolah-olah Sarawak tidak wujud dan tidak ada sejarah tersendiri sebelum ketibaan James Brooke.

Antara buku-buku lama berkenaan dengan Rajah Putih yang diterbitkan pada masa pemerintahan James Brooke dan Charles Brooke ialah:
  • The White Rajah: The History of Sarawak by Steven Runciman.
  • The White Rajahs of Sarawak from 1841-1941 by Robert Payne.
  • A History of Sarawak Under Its Two White Rajahs by Baring-Gould & A. Bampfylde.
Buku-buku tersebut, hasil karya dari barat pernah dijadikan bahan rujukan untuk menerbitkan buku teks pada awal 1960an dan memaparkan idea kuasa imperialisme di Kepulauan Melayu dan dalam masa yang sama menutupi kisah-kisah awal berkenaan dengan Sarawak. Padahal, tamadun Melayu di Sarawak tiba jauh lebih awal seperti kerajaan Bo-ni, Santubong, Samarahan, Sadong, Kalaka, Tandang Sari, Saribas dan Kuala Rejang.  Lambakan buku berkenaan dengan kuasa dari Barat telah menimbulkan kepincangan dalam penstrukturan sejarah mengenai Sarawak.

Sarawak Lama

Menurut teori, perkataan 'Sarawak' dikatakan wujud dari kata-kata 'Serah pada awak', merujuk kepada pemberian Sarawak kepada James Brooke sebagai hadiah menentang lanun. Tetapi sebenarnya istilah Sarawak sudah wujud sebelum James Brooke tiba dan dahulunya, Sarawak disebut sebagai Sawaku dan saiz Sarawak tidaklah sebesar sekarang. Bahagian Sarawak pada masa kini dahulunya di bawah pelbagai kuasa seperti Majapahit, Srivijaya, Brunei dan juga Johor. Legenda Santubong juga mempunyai pengaruh Hindu-India (agama anutan Majapahit) yang kuat seperti riwayat asal usul dua puteri itu berasal dari anak dewa dan keramat. 

Terdapat beberapa kerajaan yang telah memerintah bahagian-bahagian di Sarawak yang hampir dilupakan oleh ramai pihak dan ramai juga penduduk Sarawak tidak mengetahuinya. Petikan Alamat Zaman Ketahtaan Nagari Barunai, tulisan Jawi-Melayu Brunei telah mencatatkan bahawa empayar Majapahit meluaskan empayar hingga ke Sarawak dan Brunei membayar ufti kepada Majapahit setiap tahun.

"Alkisah peri mengatakan zaman dahulukala di nagari Barunai berugama kafir pada zaman itu nagari Barunai mengantar upti ka Majapahit satahun satampayan air pinang muda maka apakala Awang Alak Batatar menjadi raja tiadalah baginda menghantar upti lagi ka Majapahit ratu Majapahit pun sudah mati dan Patih Gajah Mada pun mati nagari Majapahit pun tiada daya damikian riwayatnya..." 

"Baginda di Juhur empat menteri yang basar-basar dan babarapa pagawai dan ngaskar dangan...babarapa dayang-dayangnya dianugerahi nobat nagara ganta alamat sarta sakalianalat-alat kerajaan yang barbagai-bagai dan dianugerahi...buah nagari iaitu Kalaka dan Saribas dan Rajang dan Sabangan dan Samarahan dan Sarawak ..."(Petikan dari Alamat Zaman Ketahtaan Nagari Barunai, teks lama salasilah Brunei)

Kuching, atau Sarawak pada suatu masa dahulu antara negeri yang tersenarai dalam petikan dari teks lama Brunei dan mempunyai sejarah tersendiri dari segi penempatan, sosio-politik dan ketamadunan Melayu Sarawak. Terdapat hubungan tersendiri di antara Sarawak, Brunei, Majapahit, dan Johor iaitu bagaimana saiz Sarawak pada masa kini sebenarnya milik Brunei yang dikuasai oleh Majapahit dan membayar ufti setiap tahun. Apabila Brunei berjaya bangkit sebagai sebuah empayar besar, Sarawak dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian dan ditadbir oleh pangeran dari Brunei. Seterusnya, hubungan diraja antara Brunei dan Johor terjalin menerusi beberapa siri perkahwinan iaitu Awang Alak Batatar dari Brunei memperisterikan puteri dari Johor yang berdarah diraja dari Melaka. 

Kesimpulan

Seperti yang tercatat dalam sejarah, pengaruh diraja Brunei dan Melayu Bangsawan Sarawak diperkukuhkan dengan ikatan perkahwinan. Melayu Bangsawan Sarawak itu sendiri telah membangunkan bandar maritim Santubong yang maju di Kuala Santubong dan ia bermula dari kisah Raja Jarum dari Jawa dan kedatangan Datuk Merpati. 

Pengaruh Johor (empayar Johor-Riau) terhadap Sarawak berterusan di dalam kerajaan besar Brunei menerusi pemerintahan Sultan Tengah, saudara kepada pemerintah kerajaan Johor yang diminta menjadi Sultan di Sarawak memandangkan peluang Sultan Tengah untuk naik takhta di tempat sendiri adalah tipis. Sultan Tengah ialah satu-satunya Sultan yang mentadbir Sarawak yang telah mati dibunuh oleh pengikutnya di Batu Buaya, Santubong selepas kembali dari Sambas. Setelah kemangkatan Sultan Tengah, Sarawak kemudiannya kembali semula kepada Brunei secara penuh sehinggalah James Brooke tiba.

Entri akan datang: Kerajaan Silam Sarawak

@themagi2014
Rujukan:

Kertas kerja Pensejarahan Melayu: Mempengaruhi Makna Lama dari Prof. Madya Sanib Said- Felo Kanan Kursi Nusantara Institut Pengajian Asia Timur UNIMAS, Kota Samarahan, Sarawak, 24 April 2007
Sarawak Gazette, Arkib Negara, Teks lama Brunei dan rujukan ilmiah dari barat (rujukan dari kertas kerja Prof. Madya Sanib Said)
Hikayat Datuk Merpati (Haji Mohammad Tahir Abd. Ghani-terbitan 1989 DBP)
Laman sesawang Malayauniversity.blogspot.com

Wednesday, 21 May 2014

Hanya UntukMu

credits: sumutpos.co
Aku tahu kau melihatku,
Ketika aku jaga dan lena,
Aku tidak peka,
Maka aku terleka,
Kau ada di sampingku,
Aku tidak mendengar apa-apa,
Walaupun kau sudah berkata,
Dalam setiap nafasku.

Kau ada di mana-mana,
Aku tidak melihatnya,
Aku tidak sedar,
Maka aku tersasar,
Kau tidak pernah pergi,
Mungkin aku yang meninggalkanmu,
Walaupun kau sudah menahanku,
Dalam setiap deriaku.

Kau sentiasa ada,
Maafkan aku,
Aku tidak sempurna,
Kau sedia kekal padaku,
Dalam apa jua keadaan,
Duhai Tuhanku dengarkanlah,
Walau apapun terjadi,
Hidup matiku hanya untukMu.

200514- inspirasi opick
@themagi2014

Tuesday, 20 May 2014

Tambah Vocab Anda

Setiap kali waktu makan, aku suka duduk depan TV (or lappy) dan tengok citer. Kata orang, tak elok. Tapi bagi aku, masa makan ialah masa yang sesuai untuk hadam sesuatu untuk otak (food for thought kata orang barat) selain dari hadam makanan dalam perut. Apa yang bestnya, aku dapat digest 2 benda dalam satu masa. Tak salah, kan? Kat bawah ialah vocab yang sempat aku tangkap.

Well, kadang-kadang aku rasa cara aku memang pelik.

Vocab dari TV show How I Met Your Mother

1. Affirmative : menyokong usul atau tindak tanduk seseorang
2. Exculpate: bersihkan dari tuduhan kesalahan
3. Zamboni: Jenama, mesin untuk meluncur di atas ais
4. Bosom: dada manusia, payudara wanita
5. Pilates: latihan senaman yang dilakukan dengan peralatan yang khusus
6. Fanny pack:  beg kecil yang diletakkan di pinggang, beg untuk menyimpan barang kecil dan peribadi
7. Kudzu: Tanaman menjalar dari kawasan Asia yang digunakan sebagai makanan haiwan dan kawalan hakisan.
8. Faucet: cecair mengalir (seperti air paip)
9. Jeopardy: pendedahan yang menyebabkan kematian, kehilangan atau kecederaan (bahaya)
10. Bollocks: istilah lucah (British) yang merujuk kepada buah zakar lelaki.


Vocab dari TV show Grimm

1. Quilt: selimut yang dijahit dua lapis dan diisi dengan lapik kapas.
2. Megillah: sebuah cerita yang panjang, melibatkan banyak perkara
3. Arson: perbuatan membakar harta benda (bangunan) dengan sengaja


Vocab dari TV show Once Upon a Time

1. Charlatan: Seseorang yang berpura-pura tahu akan sesuatu kebolehan atau ilmu (penipu)
2. Midas: legenda raja Phrygian yang mempunyai kuasa menukarkan apa saja yang disentuh menjadi emas.
3. Miller: mesin untuk mengisar tepung


Vocab dari Variety TV show Running Man (eng sub)

1. Celibate/ Celibacy: tidak berkahwin, membujang
2. Trilobite: artifak kehidupan marin era Palezoic yang terbenam berjuta tahun, mempunyai segmen badan yang terbahagi kepada alur di atas sirip belakang dan timbul di permukaan dengan bentuk 3 cuping.
3. Beanie: Topi kepala
4. Calamari: menu makanan (sotong)
5. Sol:  Matahari


Vocab dari movie Nanny McPhee The Big Bang
1. Treacle: sirap gula, campuran ubat yang digunakan untuk merawat keracunan.
2. Parlor: bilik resepsi yang digunakan untuk perbualan secara peribadi atau menyambut tetamu.




Vocab dari movie Benjamin Button

1. Kismet: takdir, nasib
2. Molasses:sirap gula pekat berwarna coklat gelap, diperbuat daripada buah-buahan dan sayuran manis yang direbus sehingga pekat.
3. Pygmy: kelompok manusia dari garis khatulistiwa Afrika dengan ketinggian di bawah 5 kaki (1.5 meter)



Vocab dari movie The Hunger Games

1. Catnip: Sejenis tanaman saka yang berbunga dan mempunyai sejenis bahan/ cecair yang dapat menarik perhatian kucing.
2. Cornucopia: dekoratif motif dengan bentuk tanduk kambing atau, stor penyimpanan yang menyimpan banyak barang.


Vocab dari TV show Supernatural

1. Bubkes: Jumlah yang sedikit, tidak mendapat apa-apa
2. Seance: sesi spiritual, komunikasi antara manusia dengan makhluk halus
3. Sorority: kelab untuk wanita, organisasi pelajar perempuan yang berkongsi minat dan aktiviti sosial secara bersama.
4. Mausoleum: Ruang perkuburan peribadi yang besar (bangunan)
5. Bogus: tidak asli, palsu
6. Frat: organisasi sosial pelajar lelaki. Ditubuhkan sebagai medium untuk berkongsi cita-cita, minat dan aktiviti secara bersama
7. Gamecock: ayam sabung
8. Yahtzee: permainan dadu (Hasbro)

Vocab dari Anime Yakitate (eng sub)

1. Loquat: Pokok malar hijau dari Asia, pokok keluarga ros yang berbuah. Buah berwarna kuning, kecil dan dijadikan sebagai jeruk.
2. Grand Prix: peringkat tertinggi dalam pertandingan antarabangsa (perlumbaan penunggang kuda atau perlumbaan kereta)

Vocab dari animation Avatar Aang: The Last Airbender/ Avatar Korra

1. Catacomb: laluan bawah tanah, perkuburan bawah tanah
2. Convergence: bergerak selari dalam koordinat yang lurus
3. Avatar: kelahiran semula (kepercayaan terhadap dewa Hindu Vishnu)


Vocab dari Korean V-show Gag Concert (eng sub), Strong Heart

1. Iffy: Perkara yang tidak jelas, meragukan dari segi kualiti atau kondisi
2. Decalcomania: proses memindahkan gambar atau rekaan ke atas permukaan kertas atau kaca



Ruj: Merriam Webster, Concise Student Dictionary Sasbadi
Google search (images), wikipedia
@themagi2014