Tuesday, 12 August 2014

Resepi Mee Kari corned beef

Selamat pagi, petang, malam, tak kira bila korang terbukak blog ni. Dah lama rasanya tak letak resepi. Jadi hari ni nak letak satu dalam entri. FYI, aku tak pandai sangat pun masak. Setakat merapu boleh la. Tapi, Nigella dalam channel 707 Nigella's Kitchen kata, "Am I twisting you?" jadi dalam mencipta resepi, pasti ada unsur merapu...hahaha~


Resepi Mee Kari Corned Beef

Bahan-bahan:


Mee kuning
Corned beef tin
Bawang merah potong dadu
Bawang putih potong dadu
Sayur hijau (sawi, kobis atau brokoli)
Taugeh
Kari daging sesudu setengah (untuk dua hidangan je)
Garam
Gula
Susu low-fat
Lada (atau cili, ikut tahap kepedasan anda)

Cara memasak:

1. Rebus mee kuning. Kemudian, angkat, tapis dan masukkan dalam mangkuk. 
2. Celurkan sayur hijau. Kemudian, angkat dan letak atas mee kuning.
3. Letakkan taugeh bersama mee kuning dan sayur hijau. Tak perlu dicelur.
4. Tumiskan bawang putih dan merah sampai naik bau. Masukkan corned beef, tak perlu banyak. Kacaukan, masukkan kari daging sedikit dan tuangkan air. Masukkan garam, gula secukup rasa. Masukkan sedikit susu low fat dan lada/cili.
5. Biarkan kuah mereneh sampai pekat.
6. Akhir sekali, tuangkan kuah ke dalam mangkuk. Hidangan siap. Boleh tambah bahan lain, ikut citarasa anda.

*kalau rasa tak yakin nak guna corned beef, mungkin susah nak cari corned beef keluaran tempatan, korang boleh guna minced meat sebagai pengganti. Amaran: Jangan beli jenama GreatWall.


Nak terangkan sedikit: 

"Corned beef ialah daging lembu yang diawet dengan garam. Tiada kaitan dengan jagung sebenarnya, 'corn' tu merujuk kepada garam; corns of salt. Corned beef juga dikenali sebagai salt beef atau bully beef. Corned beef yang ditinkan sangat popular kerana harganya berpatutan dan mudah disimpan. Asalnya, corned beef ialah makanan terkenal pada era Perang Dunia II. Kini, Corned beef dimanipulasikan dalam pelbagai jenis hidangan seperti bagel berintikan Corned beef, sandwich Corned beef, salad Corned beef dan sebagainya. Di negara Barat, daging khinzir digunakan selain daging lembu dan ia sangat terkenal di beberapa buah negara iaitu Amerika, UK, Ireland, Pakistan dan Filipina." (Wikipedia/Corned beef)

Okay, setakat itu je penerangan tentang corned beef. Dipendekkan cerita, corned beef ni tak begitu terkenal di Malaysia (isu logo halal) tapi ia terkenal di Malaysia timur. Corned Beef Pawada antara produk tempatan corned beef halal di Kuching. Terdapat lambakan jenama di pasaran, jadi sila berhati-hati.

@themagi2014

2 comments:

  1. oh...gittew~ tak sangka pulak corned beef ni fofuler... tak pernah makan kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. g x fofuler pun, disebabkan oleh lambakan produk cb xhalal dr china..

      Delete