Wednesday, 20 August 2014

Produk Pelik Yang Patut Anda Tahu

Selamat hari Rabu. Semalam tak sempat update entri sebab ada hal. Temporary jew, demi meneruskan projek penulisan yang tercinta. Tengoklah macam mana nanti. Entri seterusnya pasal Silklite kot? Sekarang, aku nak bergurindam pasal produk yang sepatutnya wujud. Dalam kehidupan seharian kita, ada banyak benda yang kita ingin untuk bantu kita selesaikan masalah. Tapi benda yang kita inginkan mungkin agak pelik untuk dipasarkan. 

Mari kita semak produk yang mungkin berguna untuk kita, mungkin juga tidak...hahaha~

1. Cawan yang boleh dimakan


Biasanya masa parti, kita sediakan pinggan cawan jenis pakai buang. Bila parti selesai, kita pun merungut sebab banyak sampah perlu dibuang. Bukan ke lagi baik kalau cawan tu diperbuat daripada agar-agar so lepas minum, makan je cawan tu. Sambil minum, sambil makan. Lagi senang, tak gitew?

Masalah cawan ni mungkin, korang tak boleh letak sesuka hati. Kalau letak atas lantai, ada ke yang nak kunyah cawan tu lepas minum?






2. Penyidai tuala dengan sinaran UV nyahkuman

A towel dryer that not only dries your towels, but disinfects them with UV light.

Nah, amek kau. Inilah dia rekaan yang belum dizahirkan dalam bentuk produk. Penyidai tuala ni beserta sinaran UV yang boleh membunuh kuman. Rekaan dari China menerusi Pure Design ni bercita-cita untuk membantu pengguna dalam penggunaan tuala yang sentiasa bersih, tak berbau dan berkuman. 

Adakah rekaan ni setimpal dengan harga? Itulah persoalannya. Kalau aku, aku tukar tuala lain je kalau tuala yang sebelum dah berbau. Lagi senang.






3.  Kasut sneaker dengan kemudahan khemah


Shoes that easily transform into a mobile shelter.





Bagi penggemar kasut sneaker, dan juga orang yang sangat suka pergi berkhemah, rekaan ni pasti sesuai sangat untuk korang. Dengan rekaan kelakar dari DesignBoom.com, kasut sneaker ni boleh diubah menjadi sebuah khemah. Boleh muat seorang je. Korang boleh lihat sendiri di sebelah, penggunaan kasut ni sangat mudah. Korang cuma sarungkan kasut tu ke kaki macam kasut biasa. 



Yang tak berapa nak praktikal ialah bila korang nak tukarkan fungsi kasut tu menjadi khemah. Kalau nak berkhemah dari malam ke pagi, duduk terkangkanglah korang sepanjang tempoh tu.

Macam bodoh je aku tengok.




4. Kerusi yang ada mukasurat

A chair that consists of "pages."






Kalau korang jenis penggemar buku, kaki buku dan buku ialah inspirasi korang, kerusi dengan ada mukasurat ni sangat sesuai untuk perabot rumah. Menerusi Yankodesign.com, rekaan kerusi yang diilhamkan dari buku ni sangat mudah digunakan, menarik dan berbeza dari kerusi-kerusi biasa. Pengguna boleh ubah ketebalan kusyen dan pelapik kusyen penyandar dengan menyelak 'mukasurat'. Ikut keselesaan korang.


Syarikat pereka barang perabot, sila bertindak sekarang. Aku betul-betul nak kerusi ni.






5. Gajet pengumpul debu kapur tulis dan hasilkan kapur tulis yang baru.

A chalkboard trolling gadget that converts chalk dust to new sticks of chalk.
Gajet luar biasa, rekaan Yonggu Do dan Eunha Seo, rekaan ni dipercayai dapat membantu para guru yang masih guna kapur tulis. Debu-debu kapur tulis akan dikumpul semula dan hasilkan kapur tulis yang baru. Proses ni mengambil masa yang singkat dan boleh dilakukan di dalam kelas. Dalam masa yang sama, para guru dapat mengajar kepentingan kitar semula dan penjagaan alam sekitar. 

Produk ni, elok juga kalau wujud.




6. Stapler untuk setkan tarikh

For teachers: a date stapler.


Rekaan dari Gonglue Jiang menerusi laman Yankodesign.com, stapler ni juga sangat membantu para guru atau pekerja yang bekerja bahagian admin. Dengan stapler ni, korang cuma perlu setkan tarikh dan gunakan macam korang guna stapler biasa. Fungsi stapler ni lebih kurang macam cop. Tapi, stapler ni lagi mudah sebab cop akan obsolete, tak boleh guna lama. Yang ini lebih tahan lama.

Tapi kalau harga mahal, tak berbaloi juga nak beli. Lebih baik tulis tangan.



7. Pen Highlighter yang pudar selepas 6 bulan.

A highlighter that fades in six months.
Biasanya, pen highlighter bertahan sangat lama. Korang boleh cek buku sekolah korang sekarang. Besar kemungkinan, kesan pen tu kelihatan di muka surat sebelah. Bagi membantu para pelajar dapat menjual buku mereka dalam keadaan baharu tanpa kesan pen highlighter, mungkin rekaan ni sangat membantu korang. Kesan pen akan pudar selepas 6 bulan. Jadi, tak ada masalah untuk jual buku dengan harga yang berpatutan.



8. Wayar kabel penyambung yang nipis dan melekat macam pita pelekat.

This extension cord, which is flat and sticky like tape so no one will trip over it.Pernah tersepak, tersangkut, tersandung atau jatuh tersungkur akibat wayar kabel penyambung (extension cord)? Ini dia, rekaan dari Chen Ju Wei yang selamat untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Dengan wayar yang nipis dan melekat macam pita pelekat, takkan ada isu kaki tersepak wayar. Malah, wayar ni boleh diletakkan di mana saja; bawah karpet, tepi almari, celah rak. Menarik juga produk ni~




9. Mesin bancuh kopi ikut rujukan peribadi seseorang.


A coffeemaker that uses handprint recognition to make the perfect cup of coffee according to personal preference.
Bagi penggemar kopi, apa yang lebih membahagiakan bila dapat minum kopi seperti yang korang inginkan? Tak terlalu panas, tak terlalu sejuk, tak terlalu pahit, tak terlalu manis, tak terlalu menyengat, tak terlalu harum ataupun tak terlalu berkafein. Untuk dapatkan kopi seperti ini, korang perlukan mesin bancuh kopi rekaan WenYao Cai dengan fungsi 'handprint recognition'. Ia membantu membancuh kopi mengikut rujukan peribadi seseorang dan mendapatkan secawan kopi yang sempurna. 



Hish, nak minum kopi pun perlu handprint recognition.





10. Mesin cetak dengan kuasa solar tanpa dakwat katrij.

Instead of using ink, this printer TANS the paper using solar energy.

Sebagai seorang penulis, mesin cetak ialah kepentingan. Malang sekali, mesin cetak aku perlukan dakwat katrij yang mahal. Berderai rambut aku dibuatnya. Rekaan dari Hosung Jung, Junsang Kim dan Yonggu Do, mesin cetak generasi baru ini menggunakan tenaga solar, tak perlu cucuk kat mana-mana suis dan dari tenaga solar itu ia menjana 'dakwat' tanpa memerlukan dakwat katrij. Ia dikenali sebagai tanning paper.


Kalau hari malam, macam mana nak print eh? Ada solar energy bank ke? 





Bagi aku, tak kiralah pelik, aneh atau uniknya produk tu, apa yang penting ialah produk tu mestilah praktikal dan harga berpatutan. Kalau mahal tak guna juga. 

@themagi2014
ruj: buzzfeed



No comments:

Post a Comment