Saturday, 30 August 2014

Kraftangan Malaysia 2014

Selamat hari Sabtu, Happy Saturday. Dah lama rasanya tak update entri pasal event di Sarawak. Niat asal nak beli barang, sempat pulak menyinggah ke Kuching Waterfront. Semalam, pameran dan jualan Kraftangan Malaysia 2014 bermula dan bermacam-macam jenis produk seni boleh dibeli, ditengok, dijadikan inspirasi dan dipegang (tapi kalau pecah consider sold la~)

Aktiviti Kraftangan Malaysia kali ini berlangsung dari 29 Ogos sampai 7 September, kalau tak tersilap tengok banner. Terlalu banyak benda yang menarik perhatian (seramik, bakul anyam, seni batik, parang, manik, siput et cetera), sampaikan aku berebut nak amek gambar seni seramik dengan salah seorang urusetia yang terliba. Dan sebelum sampai ke booth kraftangan, aku tetiba jadi pedestrian model by foreigners di India Street. Btw, tak sia-sia aku datang ke sini, aku dapat idea yang baik untuk artwork akan datang. Sekarang, masa untuk berseni-seni. Ideas, come to me...~


Sedikit gambar dari khemah Kraftangan Malaysia di Kuching Waterfront.

Seni seramik pasal ibu dan anak. Aku tertarik betul dengan
kraftangan ni. Penggunaan warna yang menarik. Ada banyak
lagi produk seramik yang menarik di gerai ni seperti
bunga raflesia, burung kenyalang dan motif-motif flora dan
fauna.
Loket yang kreatif, diperbuat dari kaca kalau tak silap aku.
Tapi masa aku pegang satu, benda ni tak berat. Semua
loket di atas semuanya ready for sale.
Baruk mini, rumah tradisi bagi masyarakat Bidayuh dalam
saiz yang lebih, lebih, lebihhh...kecil. Aku tak perasan
berapa harga benda ni tapi dari jauh aku nampak baruk mini
ni di khemah belakang.
Sekarang, batik dalam saiz yang kecik, sesuai
untuk dijadikan hiasan dinding. Aku sempat
pegang masa lalu di kedai tu petang tadi,
batik-batik tu dilukis atas kain kanvas.
Jangan sangka kayu buruk tak berguna. Kayu ni
bertukar jadi tempat duduk dengan ukiran timbul cello.
Produk kerja kayu ni dari Manly Ironwood Kraf Enterprise
(Kpg. Stunggang Dayak, Lundu). 
Selain dari baruk mini, perahu tambang pun dah
bertukar saiz. Ada banyak lagi jenis perahu mini yang
dijual. Harga produk dalam lingkungan RM35 dan ke atas.
Salah satu gerai yang menjual parang iban dan orang ulu.
Terdapat produk yang disertakan dengan bulu khinzir jadi
bagi yang Muslim, sila tanya dulu sebelum pegang.
Antara parang yang paling cantik dan kreatif- parang naga.
Bentuk bilah parang sangat menarik dan apa yang
paling best, harga parang ni sekitar RM1000+. Tak mampu
nak beli jadi ambil gambar je la.
Yang ini parang orang ulu. Bersebelahan dengan parang iban.
Kata anak tauke yang jaga gerai tu, bulu yang terjurai  dari hulu
parang tu bulu kambing, hulu diperbuat dari tanduk rusa dan sarung
diperbuat dari kayu tapang. Parang ni dijual dengan harga RM650.
Hiasan manik dengan motif orang ulu. Ramai pelancong
di gerai ni. Tarikan produk ni terletak pada warna kuning.
Produl bakul anyam dari Catherine Handicraft. Gerai bakul
ni terletak di depan sekali, tak jauh dari produk Manly Ironwood.
Ini gerai pertama yang aku singgah. Dulang air yang dijual di
gerai ni memang cantik.
Koleksi parang yang pelbagai bentuk dan rupa.
Gerai ni pun terletak di bahagian depan khemah.
Antara produk yang sangat comel, siput-siput dari Sematan,
Sarawak. Ramai yang datang singgah, harga produk pun
sangat berpatutan. Boleh dibeli untuk souvenir rakan-rakan.

Koleksi yang banyak di khemah kraftangan ialah batik, ada banyak jenis gerai yang menjual batik (Nordin Batik, Puncak Alam Batik, Aminah Batik-aku dengar dari pihak urusetia) dan banyak lagi. Dari kasut, beg tangan, dompet, baju, jubah, tudung, penghias dinding dan sebagainya, semuanya bertemakan batik. Akhirnya, aku tak beli apa-apapun, aku cuma cuci mata je hari ni..hahaha~

@themagi2014

No comments:

Post a Comment