Wednesday, 1 October 2014

Kenali Bentuk Badan Anda

October fitness! Tiba-tiba bersorak pasal kesihatan hari ni. Happy October, peeps. Semalam hari terakhir bulan September so tak habis2 main mp3 'Wake me up when September ends'. Hari ini terasa nak menulis tentang body shape for women. Penting ni sebab Raya Haji tak lama lagi, pasti ada yang pasal niat nak makan sesuka-suki hati mereka. Oleh itu, nak bagi tips sikit pasal bentuk badan, makanan idaman, cara untuk turunkan berat badan dan menambahkan tenaga.

1. Thyroid  (Kategori T)

Kalau anda memiliki bentuk badan yang langsing, bentuk kaki yang panjang, struktur tulang yang seimbang, raut wajah yang bujur/panjang dan bentuk pinggang yang tinggi, bentuk badan anda berada di dalam kategori T. Penari atau model cenderung mempunyai bentuk badan seperti ini (contoh selebriti: Anne Hathaway)

Zon Bahaya kategori T: Berat badan naik di bahagian bahu dan lutut, termasuk paha, atas punggung dan sekitar pinggang.

Makanan kegemaran kategori T: Makanan manis, makanan kanji, kafein (kopi), pemanis tambahan, nikotin. Masalah biasa bagi golongan T ialah kerap meninggalkan sarapan pagi

Diet yang sesuaiMakan lebih banyak ikan dan makanan protein. Lebihkan sayuran dan kurangkan karbohidrat.

Tahap tenaga: Akibat tabiat makan yang tidak tetap, tahap tenaga juga tidak menentu, mudah mengidam makanan manis dan mengalami depresi bila letih atau stres.

Info tambahan: Orang yang memiliki bentuk badan T tak mudah mengalami kenaikan berat badan dan mempunyai kadar metabolisme tinggi. Mereka jarang mempunyai selulit dan jika ada, selulit berlaku di bahagian pinggul dan belakang paha.

2. Adrenal (Kategori A)

Kalau anda mempunyai bentuk badan yang berotot dan bahagian atas badan lebih cenderung untuk besar berbanding bahagian bawah, memiiliki payudara yang besar dan pinggang yang ramping, anda berada di dalamm kategori A (contoh selebriti: Sofia Vergara)

Zon Bahaya kategori A: Berat badan naik di bahagian atas badan (bahagian depan abdomen iaitu perut, payudara) dan membentuk 'apple shape'. Bentuk badan cenderung ke dalam kategori 'body-building' sedangkan punggung, pinggul dan kaki mereka kekal kelihatan cantik dan langsing. Jika melakukan latihan, mereka sesuai untuk dijadikan sebagai atlet.

Makanan kegemaran kategori A: suka makan makanan masin, makanan berkalori (contoh: makanan segera), alkohol.

Diet yang sesuai: Makan lebih banyak sayuran, kurangkan makan makanan berdaging terutama sekali daging (lembu, sapi atau kambing) dan elakkan makanan berlemak.

Tahap tenaga: Cergas sepanjang hari, dan tahap tenaga turun menjelang malam.

Info tambahan: Mereka yang memiliki bentuk badan kategori A umumnya seorang yang peramah, mesra, mudah bergaul tetapi sangat pemarah jika diasak/provokasi.

3. Gonadal (Kategori G)

Kalau anda memiliki bentuk badan yang cenderung ke arah 'pear-shape' dan bahagian atas badan yang langsing, mengalami masalah selulit dan kelihatan sangat feminin, anda berada di dalam kategori G (contoh selebriti: Jennifer Lopez)

Zon Bahaya kategori G: Kesan berat badan naik mudah kelihatan di bahagian atas punggung dan pinggul. Sukar turunkan berat badan walaupun dengan diet rendah kalori dan deposit lemak kebanyakannya berkumpul di pinggul dan menjadi selulit. Biasanya, mereka mengalami masalah hormon tak seimbang iaitu 'oestrogen dominance' iaitu lebih banyak hormon oestrogen berbanding progesterone.

Makanan kegemaran kategori G: Sukakan makanan berlemak, berkrim dan pedas.

Diet yang sesuai: Makan lebih banyak sayuran, kurangkan makanan pedas dan elakkan makan makanan pedas kerana makanan pedas membuatkan mereka lebih berselera.

Tahap tenaga: Mempunyai tahap tenaga yang kuat walaupun berada dalam keletihan.

Info tambahan: Mereka golongan yang baik hati, mesra dan ambil berat dengan orang lain. Disebabkan kerap mendahulukan orang lain berbanding diri sendiri, mereka meletakkan diri mereka di dalam stress dan keletihan.

4. Pituitary (Kategori P)

Kalau anda mempunyai bentuk badan genit dan sering dilihat lebih muda dari usia, anda berada di dalam kategori P. 

Zon Bahaya kategori P: Kesan berat badan naik ke seluruh bahagian badan membuatkan mereka kelihatan seperti anak patung montel. Mengalami masalah metabolisme rendah. Mengalami masalah limfa dan menghasilkan cecair simpanan yang membuatkan mereka kelihatan lebih gempal. Cecair tersebut bergabung dengan lemak bengkak dan menghasilkan lebih banyak bahagian selulit.

Makanan kegemaran kategori P: Gemarkan makanan manis, bertenusu.

Diet yang sesuai: Makan lebih banyak makanan berprotein tinggi, seimbangkan makan makanan berdaging dan berlemak. Kurangkan jumlah pengambilan karbohidrat serendah yang mungkin.

Tahap tenaga: Tahap tenaga merosot selepas waktu senja tapi cergas menjelang pagi. Mereka lebih suka membuat aktiviti di rumah berbanding di luar.

Info tambahan: Mereka yang berada dalam kategori P biasanya ceria dan gembira pada sebelah pagi. Mereka juga ada banyak idea dan pintar. Sukar untuk melihat struktur tulang bagi orang yang mempunyai bentuk badan P.


Okey, masa untuk tengok cermin. I am T type. Sekarang, giliran anda untuk kenal pasti bentuk badan anda!

@themagi2014
Ruj: Women's health, Starfit4Life Oct 2013| Health consultant: Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar, obstetrician & gynaecologist.|images: topdrawerlingerie.com.au

No comments:

Post a Comment