Thursday, 23 October 2014

Makanan yang menggalakkan tidur



Makan ialah satu keperluan. Kita makan untuk terus hidup, bukan hidup untuk terus makan. Makanan ada banyak jenis. Sebagai contoh, makanan yang sikit tapi mengenyangkan; makanan banyak tapi tak mengenyangkan; makanan sikit tapi mahal; makanan banyak tapi murah; makanan yang buatkan kita jadi hiper; dan juga makanan yang menggalakkan tidur. Bagi sesiapa yang susah nak tidur pada sebelah malam dan dalam masa yang sama nak berdiet, makanan ini sesuai untuk diamalkan. 


thestar.com
Pisang: Pisang mengandungi melatonin, seratonin dan magnesium. Bahan-bahan tersebut dapat merehatkan otot dan merangsang keinginan untuk tidur.

girlish.com
Susu suam: Susu suam mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang berfungsi seperti sedatif. Kalsium membantu otak untuk menyerap tryptophan. Ia juga mempengaruhi psikologi dan mengingatkan kita pada zaman kanak-kanak bahawa susu suam membawa maksud 'bertenang, jangan bimbang.'

keepingbee.org
Madu: Madu yang dicampurkan dalam susu suam atau teh herba dalam kadar yang sedikit baik untuk menggalakkan tidur. Tahap kemanisan yang banyak menggalakkan kecergasan tetapi tahap kemanisan yang sedikit memberi isyarat pada otak agar berehat.

peedika.com
Kentang: Makan kentang rebus atau kentang lecek dalam kadar yang sederhana dapat mengelakkan asid yang mengganggu keinginan untuk menguap. 
eatingwell.com
Roti gandum penuh: Roti gandum penuh (whole wheat bread) yang dimakan dalam kadar yang sederhana membantu melepaskan insulin, yang merangsang tryptophan ke arah otak dan bertukar menjadi serotonin.

howtomakeorangejuice.com
Jus oren: Jus oren juga mengandungi asid amino yang berfungsi seperti sedatif yang dapat melegakan perasaan dan merehatkan otak, sekaligus merangsang keinginan untuk tidur.


Bagi sesiapa yang nak tidur, tak peduli sangat pasal diet, coklat bar, ayam turki dan sandwich tuna juga dapat menggalakkan rasa tidur. Bagi yang suka mencicip, kacang almond, biskut oat dan kurma sesuai untuk dimakan beberapa jam sebelum masuk tidur. 

p/s: dalam proses untuk mendapatkan tidur berkualiti ^^

@themagi2014
ruj: Health StarFit4Life| Sharecare.com|Justforhearts.org

No comments:

Post a Comment