Friday, 24 October 2014

Anjing memang tak salah, tapi...

Salam Jumaat, hari ni entri pendek. Tentang kempen sentuh anjing. Maklumlah, isu sentuh anjing ni agak mengejutkan (pada pendapat akulah, tak tahulah orang lain macam mana). Sebab? Dulu, jiran kiri kanan aku kebanyakannya non-Muslim. Anjing belaan diorang merayau menempel kat kawasan rumah aku. Malah, ada kawan non Muslim aku yang bela anjing, tapi aku tak menolak pun bila dia ajak datang rumah. Sebab aku hormat dia. But still, aku tak bercita-cita pun nak sentuh sebab aku tahu, sentuh anjing tu haram. Kalau ada manusia yang kata: "Anjing tu memang la haram disentuh, tapi kau boleh samak lepas kau sentuh." Itu memang betullah, memang aku boleh samak tapi apakah bodohnya aku? Dah tahu haram, lagi nak sentuh. Dah tu sibuk nak samak. Kan lagi senang aku tak sentuh, jadi tak payah samak-menyamak?

Secara harfiahnya, teori aku macam ni:
  • Sentuh anjing tu haram. Takpe, boleh samak. Esok kita sentuh lagi, lepas tu samak lagi. Lepas tu sentuh lagi, samak lagi.
  • Tinggal solat tu dosa. Takpe, esok kita solat. Lusa kita tinggalkan solat. Lepas tu solat lagi, tinggalkan solat lagi.
  • Buat maksiat tu haram. Takpe, esok kita taubat. Kemudian, kita buat maksiat lagi. Lepas tu, taubat, lepas tu buat maksiat lagi
  • Tak pakai tudung tu tak baik. Takpe, nanti pakai. Lepas tu, bukak balik. Kemudian, pakai lagi. Esok lusa, bukak balik.

Cuba fikir balik, perbuatan macam di atas ni bukan ke kerja yang sia-sia dan seolah-olah menunjukkan betapa teruknya pendirian dan keyakinan kita. Macam bangunan yang tak ada tiang asas.

Tapi, jangan cakap aku benci anjing.

Aku tak pernah mendera makhluk Tuhan tu (tapi pernah la aku acah anjing dengan campak batu sebab anjing tu nak gigit kaki aku). Bapak aku pernah tolong anjing yang tersepit kat pagar tak jauh dari rumah aku. Itu yang dinamakan belas ihsan terhadap haiwan tak boleh disentuh sembarang seperti anjing. Tak perlu bela belai. Ingat tak kisah perempuan yang tolong anjing yang kehausan dan akhirnya mendapat tempat di syurga? Korang kena faham betul-betul, perempuan tu tolong. Bukannya belai. Bukannya bela. Tolong, bela, dan belai tu tak sama. 

Mazhab Syafie menyebut bahawa anjing tak boleh disentuh. 

Sila fahamkan makna 'menyentuh' dan 'tersentuh'. Menyentuh tu sengaja, tersentuh tu tak sengaja. Bagi yang tak sengaja tu disediakan cara untuk menyucikan diri iaitu melalui samak. Bagaimana dengan yang sengaja? Fikir sendiri. 

Mazhab ni sebenarnya bentuk pemikiran. Berbeza dari segi fiqh, bukan dari segi aqidah. Ada 4 mazhab yang selari dengan Islam iaitu mazhab Syafie, Maliki, Hanbali, dan Hanafi. Tapi, Syiah tak dianggap sebagai mazhab (sebab ada keraguan dalam aqidah). Wujudnya kepelbagaian dalam mazhab ni sebenarnya menurut keadaan demografi. Korang kena ingat, Islam ni memudahkan. Nak bagi contoh sikit:

  1. Mazhab Syafie menyatakan gerak lebih 3 kali dalam solat menyebabkan solat tu batal. Tapi di Mekah tak dapat guna mazhab ni sebab keadaan tempat solat terlalu sesak. Depan belakang kiri kanan orang lalu. Jadi Islam beri kelonggaran untuk penduduk di Mekah dengan menggunakan mazhab lain. Kalau tak, kesian kat penduduk sana yang tengah bersolat. Sampai Subuh pun tak habis ulang solat Isyak.
  2. Mazhab ni membantu memudahkan situasi. Sebagai contoh, kalau kerajaan A menetapkan semua orang pergi masjid jalan kaki sebab keadaan jalan raya terlalu sesak dengan kenderaan. Takkanlah kerajaan B ikut jugak sedangkan jalan raya tak sesak dan tempat parking kat masjid pun bertingkat-tingkat?
  3. Mazhab mengikut populasi. Maksud aku, tengok jiran kiri kanan kita. Bagi negara Arab yang dihuni 99.9% orang Islam, takkan sapa jiran dan kata "Merry Christmas?" Islam ni agama yang tolak ansur. Kalau negara kita ni ada pelbagai kaum, sila hormat kepercayaan lain. Tak salah ucap "Merry Christmas" dengan kawan-kawan kita, dengan jiran kita. Takkan nak kata, "Sori, tak boleh wish sebab haram." Kecik hati diorang.
  4. Malaysia guna Mazhab Syafie, sesuai dengan keadaan. Bayangkan, kita guna mazhab lain. Masjid tak sesesak mana, tapi makmum boleh gerak sesuka hati masa solat. Siap boleh garu punggung, mengensot, angguk-angguk. Tak relevan kan?

Timbul isu, kalau kita pergi kat Arab sana, boleh tak tukar mazhab?

Ni jawapan aku: sila konsisten dengan mazhab anda. Konsisten membuatkan kita menjadi lebih fokus, tak keliru, tak ragu, tak gila dalam menjalankan kehidupan seharian dan amal ibadat. Mencampuradukkan mazhab ni tak boleh. Imam Al-Ghazali sendiri mengamalkan mazhab Syafie sahaja walaupun tahu tiga mazhab yang lain. Apa yang penting sebenarnya ialah:

Jangan rumitkan benda yang tak rumit. Jangan remehkan benda penting.

Fikir-fikirkan. Jangan sampai terbabas :)

@themagi2014
ruj:lamankongsi.com

No comments:

Post a Comment