Monday, 29 December 2014

Exploring Cat's Territory: Cat Museum

27 December 2014, few days before New Year, I supposed that it's time to explore a bit over the hill. Since my town is widely known as Cat City (by foreigners, for sure), and miao-miao city liao (as you know, by local chinese), there's one good place I should visit to expand my brain. The best thing is, I don't have to spend a lot of money.Yehuu~

And now, after 13 years, I came again to this territory. Welcome back to Cat Museum.

Cat Museum, also known as Muzium Kucing, is one of magical place specifically for the family of felines. For those who didn't know, Kuching is the biggest city in Malaysia, ruled by two mayors (northern and southern) so this museum is situated at the northern area.There are few places over the world that being established just for cats. As far as I can remember, Cat Museum at Kuching is included inside Travel and Leisure as one of the interesting place for cat lovers. According to Emma Sloley, this museum is dedicated for cats, as cat is a symbol of luck and fortune in Asia. Also, the museum is on a hill, showing the great views of the city of Kuching. 

Yes, Emma. You are absolutely right!

Okay, it would be boring if I didn't put any photos about this place inside this entry. Besides, uploading photos are my purpose. Yes, that's the main purpose. Cannot wait any longer, network is getting crazy...hahaha!


The great view of Northern Kuching City.

Getting silly in front of DBKU headquarters. I guess,
I'm the one who looks silly -.-
I never thought my big smile is really...big

Outside the museum's building, sending my peace
to all people around the world.



Get rest before exploring inside the belly of
the cat.

Suddenly attracted to small fishes inside the aquarium.

Ready to get swallow by this big cat. Whoa...
Inside the belly of the cat. Cat stamp is my favourite corner

Mesmerized by old photos at Kuching.

Cat's jewelry collection. Shining and glittering.

Reading the old history section. Interesting~
The spooky human and cat's head made from a coconut shell.
Made by Sarawakian, for sure.

Three mus-cat-teers, three spec-cat-tles

Getting out from the belly, selfie with
DBKU's insignia.
Frying myself under this hot weather and hoping I could
changed myself into french fries.

The last but not very least, get silly
again at the stair...hahaha!


Muzium Kucing (Cat Museum)
Address: Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050, Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: 082-446 688
Entrance fee: Free
Other fees: taking photos, charged one person only. RM3 for using phone, RM4 for using compact camera, RM5 for using type of dlsr camera.

Contact Cat Museum for more detail or visit dbku.sarawak.gov.my
@themagi2014
photo credit: dnarhas

Sunday, 28 December 2014

Saturday's Walking: Orkid-lah!

2001, aku datang ke tempat ni bersama siblings. The last food yang aku makan ialah kebab yang tak brapa nak kebab sangat. Lepas tu, tempat ni pun berubah. Masa berubah. Dan kami pun berubah. It's been 13 years kami meninggalkan tempat ni, sampailah tiba hari semalam. 

Tak sangka, Taman Orkid di Kuching semakin cantik. Yang paling cantik ialah, masuk free of charge...hahaha!

Taman Orkid di Kuching, bersebelahan dengan DUN Sarawak yang baru dibuka pada pukul 8 pagi macam tu sampailah petang dari hari Selasa sampai Ahad. Malam tak bukak, hari Isnin tutup untuk maintenance. Seperti yang dikatakan tadi, takde tiket berbayar. Apa yang korang perlu bayar cuma ais krim yang korang makan dan gifts yang korang beli kat kedai cenderahati. Other than that, no charge untuk sesiapa yang nak ambil gambar. Bergambarlah korang dengan orkid sepuas-puasnya.

Okey, memandangkan dah pergi jenjalan di situ yesterday with kakak aku, aku upload photos untuk tatapan korang. Bagi sesiapa yang suka orkid, mari meng-orkid-kan diri di sini.


Bila masuk kawasan taman ni, inilah bahagian pertama 
dalam taman yang korang akan nampak. Bermacam-
macam jenis orkid dalam taman ni, as well as visitors.

Memandangkan taman ni berbukit-bukit jadi
ada macam-macam view korang boleh nampak
dan bermacam-macam laluan korang boleh guna.
Nampak rumah kat bawah tu? Yang itu surau untuk
kegunaan pengunjung Muslim.
Sesi meng-orkid pun bermula di kawasan
lorong pejalan kaki. 

Facilities yang ada disediakan oleh pihak pengurusan
taman orkid (eg: kedai cenderamata, kedai jual
minuman/aiskrim, tandas yang bersih, tong sampah
macam periuk kera, tong kitar semula, dan tempat duduk
yang selesa). Walaupun masuk free, tempat ni memang
ohsem for sure.
Koleksi pelbagai jenis orkid dalam bilik sejuk (cool room). 
Ada bilik sejuk kat dalam taman ni. Lepas berpanas kat luar dan 
berpeluh macam air terjun, bolehlah korang masuk dan merayau 
dalam bilik ni untuk beberapa minit. FYI, pintu bilik ni
sama macam pintu peti sejuk kat rumah korang. Korang tau
kan apa yang patut korang buat setiap kali masuk dalam cool room?
Jangan lupa tutup pintu...

Sebut pasal air terjun, dalam taman ni
ada air terjun buatan. Jangan sesekali
try nak terjun dan berenang dalam kolam.

The reason why aku tak kasi korang terjun dalam
kawasan air terjun. Dalam ni ada ikan koi.
Bila kaki dah penat, and then tak larat nak cari kerusi rehat 
kat kawasan taman ni, duduk je kat mana-mana batu. Just
make sure batu yang korang duduk tu berfungsi sebagai kerusi,
bukannya tempat letak bunga dsb.

Laluan yang cantik dalam bilik sejuk.Digalakkan
kepada photography enthusiast untuk datang ke
sini dan bereksperimen. Kaki selfie/duofie/
wefie pun boleh sangat masuk ke dalam ni.
Together with Vanda Taib, nama orkid yang
obviously sangat familiar bagi orang Sarawak.
Tipu le kalau Sarawakians tak tahu.
Main hide-and-seek celah pasu bunga tergantung.
Harap-harap kepala tak terhantuk.
Koleksi bunga orkid yang aku suka tengok sepanjang aku
bermain dalam taman ni. Tak tertarikkah hati korang bila nampak
bunga warna-warni. Kalau tak tertarik, sahlah buta warna.
Bahagian luar kawasan taman, korang boleh golek-
golek kat padang ni sesuka suki hati korang.
Everything is FOC.

For those yang tengah bercuti di Kuching, or obviously you are Kuchingites, korang boleh berkunjung ke sini dan bergumbira. Kata orang, nature can sooth your feelings. Gitew...hahaha~


@themagi2014
images: shield| dnarhas

Monday, 22 December 2014

Sunday Walking: Sarawak Serikin

Yesterday, 21 December, aku and family decided to spend time di Serikin. Serikin terletak di sempadan antara Sarawak (Malaysia) and Kalimantan Barat (Indonesia). So, tempat ni dikira titik pertembungan antara dua budaya la. Actually aku dah buat entri ni tahun 2012. Tahun ni, aku add-up sikit.

Bagi Malaysian people, tak kira dari Peninsular ke, Sabahan ke, or local ke, mostly semua tahu Serikin kat mana. Ada yang datang pakai motosikal, naik 4WD, kereta biasa, and even naik bas. Serombongan datang beli tikar anyam. Di Serikin, customer kena pandai haggle barang. Rugi kalau tak tahu macam mana nak dapatkan harga murah. For this year end sale, ada banyak barang menarik ditawarkan. FYI, cuma tempat ni je korang boleh masuk tak payah cap passport. Cuma selangkah ke depan, korang dah melancong ke Indonesia secara rasmi...hahaha~

Ni gambar yang aku tangkap semalam>>
Bagi penggemar baju kebaya nyonya, rambanglah
mata korang bila sampai ke tempat ni. Sambil
menyelam beli baju, boleh tengok2 tikar anyam
dan barangan rotan kat sebelah. 2 in 1~
Kat kedai ni, harga kain kebaya ni RM48. Tukang
jual sanggup kurang jadi RM45. Tapi kalau korang
'ugut' tukang jual dengan cara baik (macam kakak aku),
korang boleh dapat harga lagi baik. Only RM40.
Hepi kakak aku bila dapat harga murah.
Pengunjung lalu lalang depan gerai, cari barang yang
diingini. Rasanya pak cik tu dah dapat kerusi rotan yang
dia nak. 
Kerepek dan keropok ada di mana-mana. RM10 bagi kerepek
bungkus besar, yang kecik RM5. Bagi yang suka makan jajan,
makanan ni sesuai untuk korang.
Singgah sebentar di gerai menjual barang antik. Siapa yang
suka barang antik, memang hati korang tertinggal di Serikin la
for sure. Semua harga kat sini boleh haggle.
Pelbagai jenis pakaian dijual kat sini. Ramai yang datang beli.
For those yang tak kisah jenama, kat sini sesuai untuk
korang membeli belah. 
Sekarang ni trend denim. Semua pakaian dalam bentuk denim.
Jubah denim, skirt denim, t-shirt denim, denim leggings, even
tudung pun denim.
Cenderahati diperbuat daripada kerang-kerangan. Yang macam
pelanduk tu harganya RM12. Tukang jual sanggup kurang harga
jadi RM10. Kalau hari baik, boleh dapat RM9 atau RM8.
Jangan risau pasal tempat parking di Serikin. RM2 untuk selama
mana korang bershopping di Serikin. Tapi jangan lupa bawak
payung, topi, spek hitam or kipas tangan. Kat sini panas.
Sebut pasal panas, aku beli kipas tangan. Bilah kipas lebih besar.
Puas hati aku. Harga pun murah. Mula-mula aku singgah kat satu
kedai, tukang jual bagi harga RM6 tak nak kurang. Satu lagi kedai,
harga kipas ni RM5, tak nak kurang. At last aku pergi kat kedai depan,
dapat harga RM4. Gila punya diskaun, below RM5.

Jadi, bagi sesiapa yang berniat nak datang ke sini, perkuatkan ilmu haggling korang secukupnya. Moga-moga korang berjaya dalam membeli belah di Serikin :)

@themagi2014

The Pyramid: Mitos Vs. Realiti?

19 Disember 2014, Jumaat lepas, after bergembira di City One dan kemudian beralih angin di The Spring, aku dan siblings berhajat nak habiskan masa beberapa jam lagi di alam musim bunga. Alang-alang dah sampai di The Spring, haruslah berkunjung ke MBO. Ada movie baru dah release. Jadi, kami bertiga (termasuk mak aku yang ikut serta) mendongak ke skrin dan tengok movie apa yang available masa pukul 2 petang. Pilih punya pilih, adik aku menyertai pengembaraan The Hobbit 3 di Cinema 3. Kalau diikutkan, aku nak je join adik aku. Tapi, movie The Hobbit amek masa 2 jam lebih plus, tempat duduk pun dah penuh. Jadi, aku pilih The Pyramid. Promo poster macam best je... You only enter once~

The Pyramid merupakan cerita genre supernatural horror yang berdurasi 1 jam 29 minit. Masa menunggu movie tu mula, ya ampun banyak sangat iklan. Mengikuti rating yang diberikan oleh IMDb iaitu 5.2/10, aku rasa jumlah rating tu diberi berdasarkan kritik pihak profesional. Kalau aku, sebabnya tak lain dan tak bukan...


  1. Pelakon movie ni aku tak kenal, jelas sekali mereka tak terkenal sangat.
  2. Sound effect yang mengejut tak tentu pasal.
  3. Sebab ahli Freemason masuk ke dalam piramid tu tak dijelaskan sangat. Anyway, aku rasa pasal Freemason tu, kalau tak wujud pun tak apa. Nampak sangat illuminati di situ.
  4. Macam mana si Shadid (askar Mesir yang cari team Dr. Holden) jumpa jalan masuk yang lain? Curious giler aku.
  5. Masa Sunni (wartawan pengiring) terjatuh dalam perangkap dan digigit binatang pembangkai, scene kena gigit & siat tu tak sampai ke hati aku. Macam amatur.
  6. Ada banyak sangat dialog yang tak necessary.
  7. Aku terkejut bila Anubis (dewa a.k.a pemangsa) mengaum sebijik macam dinosaur. Movie ni movie dinosaur ke?
  8. Permulaan movie ni agak annoying. Footage ala-ala interview. Tapi obviously macam buang masa. Perlu ke short scene kissing antara si Nora ngan bf dia?
  9. Aku mendapati set movie ni tak begitu menarik. Professional critics kata, "dusty found-footage scares."
  10. Movie ni nak menyelami intipati pasal ancient Egyptian's afterlife. Tapi tak ada penekanan dan penjelasan tentang perkara tu melainkan kemunculan Anubis yang sibuk cari jantung dan beberapa simbol afterlife yang dibaca oleh Dr. Holden di dinding. Explain more, Mr. Director.
  11. Bila jantung Dr. Holden kena cabut, aku assume Dr. Holden mati. Tapi, walapun jantung dah keluar tapi masih hidup. Aku....ada mixed feeling pasal benda ni sebab aku rasa cerita ni supernatural tapi scene ni macam tak lojik. Why?
  12. At the end, mana datang budak yang berdiri depan Nora? Kenapa budak tu tiba-tiba masuk padahal kawasan tu dah di-quarantine? Explain this, Mr. Writer.

Basically, movie ni ditonton secara worldwide mungkin disebabkan ramai fans yang masih terkenangkan zaman kegemilangan movie yang berkaitan dengan piramid. Sebagai contoh; The Mummy, Mummy Returns, Scorpion King dan The Extraordinary Adventures of Adele Blanc-Sec (aku suka cerita ni). Pengaruh dari movie yang lama ini mungkin telah menarik perhatian penonton untuk tengok The Pyramid ni. Jelas sekali, expectation jatuh merudum.

Aku rasa, kalau jalan cerita ni diperbaiki dan beberapa scene tak penting dibuang, atau barisan pelakon diganti dan image graphic makhluk dalam piramid tu lebih realistik (tak macam robot sangat), aku rasa The Pyramid ni mungkin dapat rating lebih baik. Kalau nak dikutkan, moral dalam cerita ni dah okey (curiousity can be destructive atau some things were meant to be not discovered) dan hala tuju cerita ni pun dah ada, cuma tak cukup kuat. As I say before, perlu di-improvised. 

Kalau aku, aku bagi rating 4.5/10. Kira okey la aku bagi 4.5 sebab aku ni fans ancient Egyptian dan aku minat cerita pasal supernatural. Kalau tak aku bagi -1 disebabkan 12 perkara di atas.

@themagi2014

Sunday, 21 December 2014

Collin Classics di MPH

Sambungan entri, pasal buku lagi. Selepas membeli belah di City One, ada POPULAR Book Fair kat situ, kami singgah ke The Spring, one of the grand and splendid shopping complex di Kuching. Only at The Spring aku dapat melepaskan kegirangan di MPH. MPH cuma ada kat The Spring je.

Di MPH skang terdapat koleksi buku klasik siri Collins yang sangat menarik. Just named it, buku klasik bahasa Inggeris apa yang korang suka? Sherlock Holmes? Hasil karya Sir Arthur Conan Doyles? Mark Twain? Buku Gulliver's Travel? Semuanya ada. Apa yang penting ialah, timing. Sebelum ni aku ada singgah kat MPH sebab nak cari buku klasik Frances Hodgson Burnett tapi selalu je takde stok. But this time, aku berjaya jumpa, yeah~


Aku pernah baca karya Frances Hodgson Burnett
sebelum ni melalui e-book tapi satisfaction level
tu kurang sebab bau buku ni lebih aromatic berbanding
e-book (well, technology..). Ingatkan nak beli A Little Princess
jew tapi alang2 dah sampai, beli satu lagi, The Secret Garden.
Tetiba ternampak buku Arabian Night. Dah lama aku cari buku
ni (aku suka buku compact2 ni). Makanya, membelilah aku
tanpa ragu-ragu.

Nak tahu berapa harga satu buku ni? Only RM9.90.
Kualiti kertas yang selesa untuk mata, murah, compact, paper pun 
dari responsible sources dan ada complete glossary kat ending. 
Apa yang tak best obviously font yang kecik (so sape rabun tegar jangan beli
buku ni, beli buku edisi yang lagi besar).

Emm, stakat ni je la review aku. Aku takkan buat review pasal content
sebab buku-buku ni memang legend tahap klasik. Sebab itulah buku-buku
klasik ni mampu bertahan sampailah sekarang. A Little Princess diterbitkan
pada tahun 1905, The Secret Garden ditulis sebelum Perang Dunia I dan
buku Arabian Night, folklore dari Arab dan ditulis semula oleh Sir Richard Burton
sekitar tahun 1800. Mostly ditulis pada era seni kesusasteraan.

Kualiti buku klasik memang best. Setuju tak?

@themagi2014

Saturday, 20 December 2014

POPULAR Sarawak BookFair

Semalam ada book sale di City One, Kuching. Gila aku dibuatnya. For the first time (first time rasanya), ada book fair by POPULAR dan the largest sale so far. Memang murah-murah-murah amat harganya dan rebate pun berbaloi. Memandangkan aku frust sebab Big Bad Wolf punya book fair jauh sangat dari tempat aku, POPULAR datang untuk mengubat hatiku yang lara.


Bagi sesiapa yang holiday di Kuching dan jenis suka kedai buku (macam aku), boleh la singgah ke City One 1st floor dari 19 Disember 2014 hingga 28 Disember 2014. Rugi kalau tak singgah :)

Check out Popular Book Fair>>

Bagi penggemar komik dan novel tempatan, ada rebate 20%-25%.
Rebate dan diskaun tu lebih kurang maksudnya.
Buku-buku fiction dan non-fiction dijual dengan harga serendah
RM6.90. Rebate buku bacaan ni kebanyakannya 25% dan ke atas.
Buku bacaan yang pelbagai, masa ini la beli buku
dan buat mini library dalam bilik (macam aku~)
Beberapa siri buku yang berharga RM40 ke atas kini dijual
semurah RM10 dan RM18.
Harga stationary jatuh merudum, parent digalakkan beli barang
sekolah anak kat sini. Beg sekolah berjenama pun murah,
sekitar RM20+.
Jangan pedulik sama background...harga asal froggy book
holder ni RM16.90. Sempena booksale, RM10. Guna kad
member Popular, dapat lagi murah. Below RM10.
Rosemary's Baby, movie thriller seram terkenal tahun 1968, dibintangi
oleh Mia Farrow. Hasil tulisan Ira Levin sekarang diterbitkan lagi.
Rugi aku tak beli. Harga asal RM43.90 then after diskaun jadi RM12.
At the first sight, aku terus jatoh centa sama ini buku. Opening yang
witty, dan harga pun murah (RM6.90 jew), wajib disambar buku ni.

Komik murah, harga asal Lawak Kingdom ni RM9.50 (harga
Sabah & Sarawak). After rebate 20% jadi RM7.60. Buku-buku
ni takde potongan lagi guna kad member sebab dah ada rebate.
Buku ni pun sama, rebate 20%. Kaki komik Gempak Starz macam aku
mustahil kalau tak beli komik...hahaha~

So unbelievable...habis membeli belah kat book fair ni, aku tersinggah pulak kat MPH The Spring. Azam nak beli classic books membara-bara uolls~

@themagi2014