Monday, 22 December 2014

Sunday Walking: Sarawak Serikin

Yesterday, 21 December, aku and family decided to spend time di Serikin. Serikin terletak di sempadan antara Sarawak (Malaysia) and Kalimantan Barat (Indonesia). So, tempat ni dikira titik pertembungan antara dua budaya la. Actually aku dah buat entri ni tahun 2012. Tahun ni, aku add-up sikit.

Bagi Malaysian people, tak kira dari Peninsular ke, Sabahan ke, or local ke, mostly semua tahu Serikin kat mana. Ada yang datang pakai motosikal, naik 4WD, kereta biasa, and even naik bas. Serombongan datang beli tikar anyam. Di Serikin, customer kena pandai haggle barang. Rugi kalau tak tahu macam mana nak dapatkan harga murah. For this year end sale, ada banyak barang menarik ditawarkan. FYI, cuma tempat ni je korang boleh masuk tak payah cap passport. Cuma selangkah ke depan, korang dah melancong ke Indonesia secara rasmi...hahaha~

Ni gambar yang aku tangkap semalam>>
Bagi penggemar baju kebaya nyonya, rambanglah
mata korang bila sampai ke tempat ni. Sambil
menyelam beli baju, boleh tengok2 tikar anyam
dan barangan rotan kat sebelah. 2 in 1~
Kat kedai ni, harga kain kebaya ni RM48. Tukang
jual sanggup kurang jadi RM45. Tapi kalau korang
'ugut' tukang jual dengan cara baik (macam kakak aku),
korang boleh dapat harga lagi baik. Only RM40.
Hepi kakak aku bila dapat harga murah.
Pengunjung lalu lalang depan gerai, cari barang yang
diingini. Rasanya pak cik tu dah dapat kerusi rotan yang
dia nak. 
Kerepek dan keropok ada di mana-mana. RM10 bagi kerepek
bungkus besar, yang kecik RM5. Bagi yang suka makan jajan,
makanan ni sesuai untuk korang.
Singgah sebentar di gerai menjual barang antik. Siapa yang
suka barang antik, memang hati korang tertinggal di Serikin la
for sure. Semua harga kat sini boleh haggle.
Pelbagai jenis pakaian dijual kat sini. Ramai yang datang beli.
For those yang tak kisah jenama, kat sini sesuai untuk
korang membeli belah. 
Sekarang ni trend denim. Semua pakaian dalam bentuk denim.
Jubah denim, skirt denim, t-shirt denim, denim leggings, even
tudung pun denim.
Cenderahati diperbuat daripada kerang-kerangan. Yang macam
pelanduk tu harganya RM12. Tukang jual sanggup kurang harga
jadi RM10. Kalau hari baik, boleh dapat RM9 atau RM8.
Jangan risau pasal tempat parking di Serikin. RM2 untuk selama
mana korang bershopping di Serikin. Tapi jangan lupa bawak
payung, topi, spek hitam or kipas tangan. Kat sini panas.
Sebut pasal panas, aku beli kipas tangan. Bilah kipas lebih besar.
Puas hati aku. Harga pun murah. Mula-mula aku singgah kat satu
kedai, tukang jual bagi harga RM6 tak nak kurang. Satu lagi kedai,
harga kipas ni RM5, tak nak kurang. At last aku pergi kat kedai depan,
dapat harga RM4. Gila punya diskaun, below RM5.

Jadi, bagi sesiapa yang berniat nak datang ke sini, perkuatkan ilmu haggling korang secukupnya. Moga-moga korang berjaya dalam membeli belah di Serikin :)

@themagi2014

No comments:

Post a Comment