Sunday, 28 December 2014

Saturday's Walking: Orkid-lah!

2001, aku datang ke tempat ni bersama siblings. The last food yang aku makan ialah kebab yang tak brapa nak kebab sangat. Lepas tu, tempat ni pun berubah. Masa berubah. Dan kami pun berubah. It's been 13 years kami meninggalkan tempat ni, sampailah tiba hari semalam. 

Tak sangka, Taman Orkid di Kuching semakin cantik. Yang paling cantik ialah, masuk free of charge...hahaha!

Taman Orkid di Kuching, bersebelahan dengan DUN Sarawak yang baru dibuka pada pukul 8 pagi macam tu sampailah petang dari hari Selasa sampai Ahad. Malam tak bukak, hari Isnin tutup untuk maintenance. Seperti yang dikatakan tadi, takde tiket berbayar. Apa yang korang perlu bayar cuma ais krim yang korang makan dan gifts yang korang beli kat kedai cenderahati. Other than that, no charge untuk sesiapa yang nak ambil gambar. Bergambarlah korang dengan orkid sepuas-puasnya.

Okey, memandangkan dah pergi jenjalan di situ yesterday with kakak aku, aku upload photos untuk tatapan korang. Bagi sesiapa yang suka orkid, mari meng-orkid-kan diri di sini.


Bila masuk kawasan taman ni, inilah bahagian pertama 
dalam taman yang korang akan nampak. Bermacam-
macam jenis orkid dalam taman ni, as well as visitors.

Memandangkan taman ni berbukit-bukit jadi
ada macam-macam view korang boleh nampak
dan bermacam-macam laluan korang boleh guna.
Nampak rumah kat bawah tu? Yang itu surau untuk
kegunaan pengunjung Muslim.
Sesi meng-orkid pun bermula di kawasan
lorong pejalan kaki. 

Facilities yang ada disediakan oleh pihak pengurusan
taman orkid (eg: kedai cenderamata, kedai jual
minuman/aiskrim, tandas yang bersih, tong sampah
macam periuk kera, tong kitar semula, dan tempat duduk
yang selesa). Walaupun masuk free, tempat ni memang
ohsem for sure.
Koleksi pelbagai jenis orkid dalam bilik sejuk (cool room). 
Ada bilik sejuk kat dalam taman ni. Lepas berpanas kat luar dan 
berpeluh macam air terjun, bolehlah korang masuk dan merayau 
dalam bilik ni untuk beberapa minit. FYI, pintu bilik ni
sama macam pintu peti sejuk kat rumah korang. Korang tau
kan apa yang patut korang buat setiap kali masuk dalam cool room?
Jangan lupa tutup pintu...

Sebut pasal air terjun, dalam taman ni
ada air terjun buatan. Jangan sesekali
try nak terjun dan berenang dalam kolam.

The reason why aku tak kasi korang terjun dalam
kawasan air terjun. Dalam ni ada ikan koi.
Bila kaki dah penat, and then tak larat nak cari kerusi rehat 
kat kawasan taman ni, duduk je kat mana-mana batu. Just
make sure batu yang korang duduk tu berfungsi sebagai kerusi,
bukannya tempat letak bunga dsb.

Laluan yang cantik dalam bilik sejuk.Digalakkan
kepada photography enthusiast untuk datang ke
sini dan bereksperimen. Kaki selfie/duofie/
wefie pun boleh sangat masuk ke dalam ni.
Together with Vanda Taib, nama orkid yang
obviously sangat familiar bagi orang Sarawak.
Tipu le kalau Sarawakians tak tahu.
Main hide-and-seek celah pasu bunga tergantung.
Harap-harap kepala tak terhantuk.
Koleksi bunga orkid yang aku suka tengok sepanjang aku
bermain dalam taman ni. Tak tertarikkah hati korang bila nampak
bunga warna-warni. Kalau tak tertarik, sahlah buta warna.
Bahagian luar kawasan taman, korang boleh golek-
golek kat padang ni sesuka suki hati korang.
Everything is FOC.

For those yang tengah bercuti di Kuching, or obviously you are Kuchingites, korang boleh berkunjung ke sini dan bergumbira. Kata orang, nature can sooth your feelings. Gitew...hahaha~


@themagi2014
images: shield| dnarhas

No comments:

Post a Comment