Monday, 22 December 2014

The Pyramid: Mitos Vs. Realiti?

19 Disember 2014, Jumaat lepas, after bergembira di City One dan kemudian beralih angin di The Spring, aku dan siblings berhajat nak habiskan masa beberapa jam lagi di alam musim bunga. Alang-alang dah sampai di The Spring, haruslah berkunjung ke MBO. Ada movie baru dah release. Jadi, kami bertiga (termasuk mak aku yang ikut serta) mendongak ke skrin dan tengok movie apa yang available masa pukul 2 petang. Pilih punya pilih, adik aku menyertai pengembaraan The Hobbit 3 di Cinema 3. Kalau diikutkan, aku nak je join adik aku. Tapi, movie The Hobbit amek masa 2 jam lebih plus, tempat duduk pun dah penuh. Jadi, aku pilih The Pyramid. Promo poster macam best je... You only enter once~

The Pyramid merupakan cerita genre supernatural horror yang berdurasi 1 jam 29 minit. Masa menunggu movie tu mula, ya ampun banyak sangat iklan. Mengikuti rating yang diberikan oleh IMDb iaitu 5.2/10, aku rasa jumlah rating tu diberi berdasarkan kritik pihak profesional. Kalau aku, sebabnya tak lain dan tak bukan...


  1. Pelakon movie ni aku tak kenal, jelas sekali mereka tak terkenal sangat.
  2. Sound effect yang mengejut tak tentu pasal.
  3. Sebab ahli Freemason masuk ke dalam piramid tu tak dijelaskan sangat. Anyway, aku rasa pasal Freemason tu, kalau tak wujud pun tak apa. Nampak sangat illuminati di situ.
  4. Macam mana si Shadid (askar Mesir yang cari team Dr. Holden) jumpa jalan masuk yang lain? Curious giler aku.
  5. Masa Sunni (wartawan pengiring) terjatuh dalam perangkap dan digigit binatang pembangkai, scene kena gigit & siat tu tak sampai ke hati aku. Macam amatur.
  6. Ada banyak sangat dialog yang tak necessary.
  7. Aku terkejut bila Anubis (dewa a.k.a pemangsa) mengaum sebijik macam dinosaur. Movie ni movie dinosaur ke?
  8. Permulaan movie ni agak annoying. Footage ala-ala interview. Tapi obviously macam buang masa. Perlu ke short scene kissing antara si Nora ngan bf dia?
  9. Aku mendapati set movie ni tak begitu menarik. Professional critics kata, "dusty found-footage scares."
  10. Movie ni nak menyelami intipati pasal ancient Egyptian's afterlife. Tapi tak ada penekanan dan penjelasan tentang perkara tu melainkan kemunculan Anubis yang sibuk cari jantung dan beberapa simbol afterlife yang dibaca oleh Dr. Holden di dinding. Explain more, Mr. Director.
  11. Bila jantung Dr. Holden kena cabut, aku assume Dr. Holden mati. Tapi, walapun jantung dah keluar tapi masih hidup. Aku....ada mixed feeling pasal benda ni sebab aku rasa cerita ni supernatural tapi scene ni macam tak lojik. Why?
  12. At the end, mana datang budak yang berdiri depan Nora? Kenapa budak tu tiba-tiba masuk padahal kawasan tu dah di-quarantine? Explain this, Mr. Writer.

Basically, movie ni ditonton secara worldwide mungkin disebabkan ramai fans yang masih terkenangkan zaman kegemilangan movie yang berkaitan dengan piramid. Sebagai contoh; The Mummy, Mummy Returns, Scorpion King dan The Extraordinary Adventures of Adele Blanc-Sec (aku suka cerita ni). Pengaruh dari movie yang lama ini mungkin telah menarik perhatian penonton untuk tengok The Pyramid ni. Jelas sekali, expectation jatuh merudum.

Aku rasa, kalau jalan cerita ni diperbaiki dan beberapa scene tak penting dibuang, atau barisan pelakon diganti dan image graphic makhluk dalam piramid tu lebih realistik (tak macam robot sangat), aku rasa The Pyramid ni mungkin dapat rating lebih baik. Kalau nak dikutkan, moral dalam cerita ni dah okey (curiousity can be destructive atau some things were meant to be not discovered) dan hala tuju cerita ni pun dah ada, cuma tak cukup kuat. As I say before, perlu di-improvised. 

Kalau aku, aku bagi rating 4.5/10. Kira okey la aku bagi 4.5 sebab aku ni fans ancient Egyptian dan aku minat cerita pasal supernatural. Kalau tak aku bagi -1 disebabkan 12 perkara di atas.

@themagi2014

No comments:

Post a Comment