Salam Jumaat. Ramadhan ke-23 hari ini. Oke, malam ganjil dalam 10 malam terakhir. Tinggal beberapa hari lagi nak Raya. Beberapa hari lepas aku giat memburu shopping complex, sebab sale murah masa hari perayaan je. Selepas menyambar seluar sepasang, baju 2 pasang, 2 buah komik (what--?), cadar katil, dan juga air bikarbonat beberapa botol...aku perasan sesuatu. Okey, air bikarbonat. Raya di Sarawak memang tak lepas dari air bikarbonat. Hari minggu aku nampak bertimbun-timbun macam bukit air bikarbonat di pasaraya. Lepas 3 hari, timbunan air bikarbonat dah jadi busut.
Jadi, selain air bikarbonat (a.k.a air gas)...mari korek fakta tentang raya di hometown aku.
1. Air Bikarbonat
credits: paschabau.net |
Okey, yang ni memang juara. Aku tak perlu mention banyak.
2. Kek Lapis
credits: wow.my |
Sangat femes, tapi dah tahun lepas rumah aku tak naik kek lapis.
Kami beli kek butter, pandan and marble sebab aku bukan fan kek lapis
3. Pakai baju raya sampai sebulan
credits: my.shop.88db.com |
To be honest, agak rimas sebenarnya pakai selama
sebulan tapi aku pakai juga. Semangat~
4. Kuih bahulu
credits: recipes.cooki13.com |
Err, kuih ni untuk sarapan pagi di tempat aku. Available 24 hours.
Optional untuk dijadikan kuih raya.
5. Kelupis
Kelupis merupakan hidangan biasa di tempat aku. Ada banyak jenis,
tapi kelupis jenis yang ni yang paling glemer di Kuching.
6. Kunjungan Hari Raya
credits: utusan.com.my |
Aku tak tahu rumah orang lain, tapi rumah aku open
30 hari. Aku amek OT cuci cawan (duh~)
7. Ketupat Palas
credits: brownyboyspeaks.wordpress.com |
Ketupat jenis ni agak rare di tempat aku. Masa
aku study di Shah Alam, ketupat ni femes.
Tapi tempat aku, ketupat serban pasti ada.
8. Pasang pelita
Yang ni salah satu budaya yang paling aku suka.
Tapi aku duduk perumahan, susah nak pasang pelita.
Bahaya oo, budak main api kat luar. Di tempat aku,
pasang pelita juga disebut sebagai 'bertuntong'.
Okey, setakat ni je yang aku ingat. Siapa yang tahu lebih banyak, boleh share.
Teruskan berpuasa dan salam Ramadhan untuk korang :)
@theMaGi2015
No comments:
Post a Comment