Salam Khamis kepada pembaca. Hari baik bagi sesiapa yang nak potong kuku. Semalam aku beria-ria nak habiskan manuskrip tapi akhirnya aku tertewas. Jadi sebelah malam, aku memerah otak nak cari jalan cerita, tiba-tiba aku teringat pula dengan entri pokok tempoh hari. Pasal pokok gharqad, semestinya. Bila difikir-fikir balik, banyak juga pengakuan dari kaum ini, kan? Aku taklah anti sangat dengan kaum ni, aku tak suka zionis je.
Pengenalan kaum
Yahudi merupakan kumpulan etnokeagaaman yang berasal dari Timur Tengah purba. Mereka menggunakan bahasa Ibrani Lama (Hebrew) dan mereka dari rumpun bangsa Bani Israil. Kaum ini mengiktiraf bangsa mereka dengan sebuah negara yang bernama Israel. Menurut catatan tradisional, agama Yahudi bermula dari ajaran Abram, Isaac dan Jacob. Mereka mengalami dua era dalam sejarah pembentukan tanah air iaitu:
- Era pertama: dalam tempoh penghakiman, Monarki Bersatu (kepimpinan 12 suku Israel- zaman David dan Solomon) dan Monarki Berbahagi (Kerajaan Israel dan Judah- selepas zaman Solomon), berakhir dengan kemusnahan Kuil Pertama.
- Era kedua: Kerajaan Hasmonea. Selepas kemusnahan Kuil Pertama, kaum ini perlahan-lahan berpecah dan menjadi minoriti di kebanyakan negara Eropah.
Sejarah mencatatkan berlaku beberapa siri penindasan terhadap kaum ini seperti penindasan pada zaman Firaun, penindasan Raja Nebuchadnezzar (Bukhti-Nashar) dari Babilonia, penjajahan Syria yang menyebabkan penahanan Yahuza, penjajahan Rom yang menyebabkan rumah ibadat Yahudi dibakar atas arahan gabenor Titus, pembunuhan di Andalus dan seterusnya tragedi Holocoust. Kejadian-kejadian tersebut menghantui sejarah Yahudi bahawa kaum mereka sering ditindas dan ditekan.
Oleh itu, mereka kini berusaha gigih untuk bangkit kerana mereka tidak mahu ditindas dan ditekan lagi.
Mengenali Siapa Mereka
Kebanyakan nabi dan Rasul Allah SWT berasal dari kaum ini bagi memimpin mereka kembali ke jalan yang benar. Namun sikap degil dan sombong telah menjatuhkan bangsa mereka sendiri. Sejak dari dahulu lagi, kaum ini tidak dikehendaki oleh mana-mana tempat pun. Beberapa siri pengusiran Anti-Semitisme telah dilakukan terhadap kaum ini di beberapa negara Eropah seperti Perancis, England, Hungary, Itali dan sebagainya.
Punca timbulnya isu pengusiran, penjajahan, pembunuhan, penindasan dan kebencian bangsa lain terhadap kaum ini ialah sikap kaum ini yang menyatakan bahawa mereka kaum yang dipilih oleh Allah SWT sebagai kaum istimewa, bersama tanah yang dijanjikan. Ia menimbulkan rasa bangga dan merasakan hanya mereka saja yang layak mendapat keistimewaan. Sistem ekonomi mereka berasaskan riba dengan menekan bangsa lain dan merampas hak orang dengan tanggapan bahawa bangsa lain tidak sama kedudukan dengan mereka. Oleh itu, riba haram jika dilakukan sesama Yahudi tetapi halal jika dilakukan dengan bangsa lain. Ia menyebabkan kemarahan bangsa lain.
Hadis-hadis berkenaan dengan Yahudi
Terdapat banyak hadis yang menyebut tentang kaum ini, bukan disebabkan kaum ini terlalu istimewa atau dimuliakan. Sebaliknya, terlalu banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh mereka sehingga tercatat menjadi sejarah. Walau bagaimanapun, mereka tidak belajar dari kesilapan lampau. Antara hadis yang sentiasa mengingatkan mereka akan kejahatan masa lalu ialah:
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum yahudi itu (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Al A'raf ayat 167)
Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi Palestin dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka, apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. (Al Israa)
Pengakuan dari Yahudi
Dunia sedang melihat Yahudi memerangi Palestin. Ramai orang Islam dibunuh dan terbunuh. Semua orang melihat Yahudi tidak menyukai Islam. Sejak dari dulu lagi Islam diburuk-burukkan dan difitnah. Walaupun kaum ini jelas sekali memusuhi Islam dan berusaha untuk menumbangkan Islam agar mereka menjadi bangsa terunggul di muka bumi ini, mereka juga sebenarnya telah mengakui hakikat kebenaran Islam. Antara kebenaran yang mereka telah akui tentang Islam sekalipun mereka berasal malu untuk mengakuinya ialah:
- Hadis sahih riwayat Al Bukhari dan Muslim berkenaan dengan pokok Gharqad. Hadis menyebut bahawa ketika Yahudi digempur oleh tentera Islam, setiap tumbuhan dan batu akan bercakap benar dan memberitahu di mana Yahudi bersembunyi, kecuali pokok gharqad iaitu pokok sekutu Yahudi. Pokok itu kini ditanah di Palestin dan disebarkan di seluruh dunia. Ia menunjukkan bahawa mereka mengakui kebenaran hadis Nabi Muhammad SAW, rasul orang Islam.
- Kaum Yahudi berusaha bersungguh-sungguh mencari ilmu pengetahuan dan memajukan bangsanya kerana beberapa firman Allah SWT telah menyebut mereka akan ditindas dan ditekan lagi di masa akan datang. Ia menunjukkan bahawa mereka mengakui firman Allah SWT dalam Al Quran, kitab suci milik orang Islam.
- Yahudi suka memburukkan Islam dengan segala macam cara. Sedangkan pada suatu ketika dahulu, Yahudi kecewa kerana nabi dan Rasul terakhir tidak lahir di kalangan mereka. Ia menunjukkan bahawa mereka mengakui kenabian sudah terlepas dari genggaman dan AlKitab sudah terlepas dari tangan.
- Hadis pokok gharqad menjadi sandaran kaum ini dalam keselamatan bangsa mereka di masa akan datang. Ia menunjukkan mereka membenarkan hakikat rukun Iman dalam Islam iaitu, percaya pada Hari Kiamat.
- Dicatatkan bahawa Pendeta Nasrani bernama Bahira pernah meminta Abu Talib segera membawa Nabi SAW pulang sebelum kedatangan mereka diketahui Yahudi, kerana Yahudi mengetahui siapa Nabi SAW dan akan berbuat jahat. Ia menunjukkan bahawa mereka mengakui kenabian Nabi SAW sehingga mereka berasa cemburu.
- Yahudi mahu merebut Masjid Al Aqsa dari dulu sehingga sekarang dengan alasan bahawa tapak masjid itu adalah tempat asal Kuil Pertama. Sebenarnya mereka mengetahui keistimewaan masjid Al Aqsa yang pernah menjadi kiblat pertama orang Islam dan peristiwa Israk Mikraj.
- AlKitab milik Yahudi menyenaraikan 12 puak Bani Israil berpandukan nama anak-anak Jacob (Nabi Yakub). Tetapi nama Nabi Yusuf digugurkan dalam senarai puak tersebut sedangkan nama adik Nabi Yusuf iaitu Bunyamin (Benjamin) dipilih, kerana mereka tidak mahu mengakui nama nabi Allah dalam puak mereka.
Jelasnya, kaum ini tak sedar yang mereka dah buat pengakuan.
@themagi2015
ruj: Haluan.org| wikipedia| hafizamri.com| kristolog.com |
No comments:
Post a Comment