Salam Sabtu. Hari ni ada Regatta, aku tak pergi jenguk macam tahun-tahun lepas sebab keadaan jerebu + sakit tekak + orang sesak. Rimas aku. Jadi hari ni aku duduk di rumah dan baca buku. Aku baru tersedar aku beli satu buku kumpulan puisi bulan lepas tapi aku tak buat review pun.
Jadi, untuk memberi keadilan terhadap buku itu makanya aku pun buat entri ringkas ni. Oleh itu wahai buku, jangan nak bergaduh pulak dengan jiran sebukumu :)
Judul buku: Ceritera dari Daerah Luruh
Pengarang: Hamir Habeed Mohd
Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Harga: RM20.00
Keluaran: Cetakan pertama 2015
Apa yang menariknya pasal buku ni?
Selalunya, aku suka bagi review positif. Jarang aku bagi yang negatif sebab bagi aku, semua pengkarya hasilkan buku dengan harapan positif. Jadi aku akan lihat dari sudut positif. Dari segi kulit buku? Jenis paperback yang tebal, aku suka. Warna pastel yang tenang, sedikit imej daun yang bersifat nostalgia dan penggunaan font yang senang untuk dibaca dan nampak kontra.
Dari aspek saiz font isi sajak dan puisi, saiz font juga dalam saiz yang betul. Warna kertas yang sedikit kekuningan membantu mengelakkan eye-strain. Walaupun aku tak pakai spek, aku masih boleh baca dengan baik.
Untuk jumlah keseluruhan sajak dan puisi, ia dikategorikan sebagai sederhana. Tak melampau-lampau banyaknya jadi taklah shock sangat bila belek mukasurat satu persatu. Puisi dan sajak bersifat keagamaan, segar dan ada juga yang aku tak begitu faham. Mungkin difahami oleh si pengarang sahaja (berkaitan dengan diri dia sendiri). Cuma, penggunaan bahasanya ada sedikit mengelirukan. Bagi aku, yang mudah itu lebih indah. Kalau dah berbunga-bunga, kadang-kadang luruh juga daun fikiran. Tapi ada satu sajak yang paling aku suka dalam buku ni. Semestinya, 'Catatan kepada Timun'. Mudah, tapi sangat bermakna.
Macam mana dengan harga? RM20.00, murah sangat. Berbaloi untuk para penulis yang ingin meneroka teknik penulisan sajak/puisi yang baru. Sebab itulah aku beli sebab pengertian dari daerah luruh itu membawa maksud peribadi. Bak kata orang putih, 'longing and deep.' Rasa tak faham? Terpulanglah.
Yang penting, aku faham.
@themagi2015
No comments:
Post a Comment