Salam Ahad kepada pengunjung blog. Sungguh indah malam ini, dihiasi jerebu. Memandangkan aku tak keluar ke mana-mana dan besar kemungkinan aku akan menjerukkan diri di dalam rumah bulan Oktober nanti, aku mula kumpul bahan untuk menulis. Tapi sebelum tu, haruslah menyemak hobi-hobi pelik yang aku ada.
Setem, duit syiling, duit kertas, buku komik, keychain, melukis, mewarna, merapu dan sebagainya...apa lagi hobi yang aku tak pernah sebut dalam blog ni? Oh yes, hobi kumpul hang tag. What the--?
Okey, hobi kumpul hang tag ni bermula few odd years ago. Aku sendiri pun tak pasti bila tapi masa tu aku tak anggap kumpul hang tag sebagai hobi. Semuanya bermula semacam habit yang ganjil. Bila beli seluar, beli baju or beli apa saja barang yang disertakan dengan hang tag, aku akan simpan hang tag tu. Lama-lama, aku kumpul lebih 60 jenis hang tag berlainan jenama, bentuk dan warna.
Bagi yang tak tahu hang tag tu apa, mari sini aku terangkan.
Menurut Dictionary.com, hang tag ini ialah tag yang disertakan dengan produk (sama ada pakaian atau merchandise lain). Tag tersebut mempunyai maklumat berkenaan dengan produk seperti pengilang, jenis produk, cara penggunaan dan sebagainya.
Hang tag ni boleh dianggap sebagai little ambassador bagi produk tersebut dari segi penjenamaan, kualiti, keaslian dan sejarah. Rekaan hang tag adalah berbeza mengikut jenama dan pembuatan hang tag pula dianggap sebagai seni kraf. Hang tag ialah lambang kepada estetika produk dalam menyampaikan maklumat secara ringkas, bergaya dan kemas.
Okey, bila sebut pasal rekaan hang tag, keunikan adalah perkara utama (pendapat aku la~). Aku pernah beli seluar Applemint, hang tag seluar tu berbentuk epal (sesuai dengan namanya). Stokin berjenama Playboy yang aku beli tahun lepas pula disertakan dengan hang tag berbentuk tapak kaki. Hang tag Nicole antara hang tag favourite aku sebab ada ciri-ciri doodle dan berwarna-warni. Hang tag pakaian budak pun cantik (aku kebas hang tag pakaian anak buah aku) sebab nampak comel. Aku juga kumpul hang tag pakaian lelaki (aku kebas hang tag adik dan bapak aku) sebab terdapat ciri-ciri maskulin yang menonjol.
So, bagi yang tak ada hobi yang spesifik atau menyimpan impian untuk terjerumus ke dalam hobi baru, bolehlah try kumpul hang tag macam aku. Don't worry, hobi ni lebih kurang macam kumpul setem. Jadi, apa tunggu lagi? Marilah kumpul hang tag secara berjemaah :)
@themagi2015
No comments:
Post a Comment