Salam Isnin buat pengunjung blog. Isnin sudah kembali untuk semua pekerja, tapi tidak bagi budak sekolah sebab masih cuti. Sebetulnya, masa aku tengah mengarang entri ini, aku tengah siapkan kerja ilmiah untuk kakak aku. Tapi sempat juga kemas blog. Mungkin sebab aku tak sabar nak bagitahu pasal semalam. Semalam aku, pergi The Spring, aku singgah ke rumah kedua aku (MPH, semestinya) dan aku beli peluru berbentuk buku. Hairan? Tak payahlah hairan sangat...
Sebetulnya, member penulis aku dalam laman sosial dah lama gembar-gemburkan buku sajak dari seberang ni. Aku belum berkesempatan nak beli (dengan kata lain, aku tengah pokai masa tu). Sekarang aku berjaya membelinya dan dah baca beberapa sajak yang sangat menarik. Mungkin, aku bukan orang yang layak sangat nak review buku ni tapi aku tetap nak review sebab aku sekarang dah pun berkecimpung dalam penulisan sajak. Ada yang tak puas hati? Maaf, itu bukan masalah aku.
Judul buku: Aku Ingin Jadi Peluru
Pengarang: Wiji Thukul
Jenis: Kumpulan sajak/puisi
Penerbit: Kedai Hitam Putih (Kelantan, Malaysia)
Selenggaraan bersama: Pustaka Obscura
Harga: RM25.00
Cetakan: Mac 2015
Apa yang Menariknya tentang Aku Ingin Jadi Peluru?
Mari lihat dari aspek luaran iaitu kulit buku. Peluru adalah tembakan yang menebak ke titik yang paling lemah, ditonjolkan dengan terjahan terus ke jantung dengan gabungan warna hitam dan merah. Ada metafora di situ. Biasanya, bila kita disindir, rasa sakitnya sampai ke jantung. Lainlah jika anda spesis alien atau bukan homosapien, mungkin perasaan sinis tu tak sampai.
Sekarang, kita masuk ke aspek dalaman iaitu isi kandungan. Wah! Banyak sekali ya karyanya! (sila tukar mod ritma bahasa anda ke bahasa seberang). Terus terang aku cakap, karyanya bersifat kemanusiaan. Dalam bentuk formula, karya-karya buku ini ialah Reality+ Locality= Humanity. Aku, sebagai penulis cerpen dan sajak selalu bermain dengan isu sekeliling (sebagai contoh, aku selalu gunakan pengalaman aku sendiri, pengalaman keluarga atau sahabat dalam menyatakan permasalahan dalaman). Ia menggamit pemikiran dan persoalan terhadap dilema yang dihadapi oleh manusia. Setiap bait kata yang digunakan oleh pengarang adalah melalui sudut mata pengarang itu sendiri, dan membawa kita kesusahan yang pernah beliau rasanya. Orang yang cerewet, kedekut dan bakhil, suka merungut, tak tahu nak bersyukur, berjalan dongak ke langit dan apa saja anekdot untuk makna kesombongan disarankan untuk membaca buku ini (aku cuma nak bagitahu, aku suka karya Reportase dari Puskemas)
Seterusnya, kita beralih ke aspek bahasa. Ada seorang penulis tersohor memberi nasihat kepada aku, dalam memahami sesuatu situasi, aku mesti belajar menjiwai bahasanya. Bahasa yang digunakan dalam buku ini kebanyakan bahasa tempatan, membuatkan kita rasa dekat dengan maksud yang disampaikan. Mungkin saiz huruf agak kecil, sebab abah aku terpaksa merenung buku tu. Tapi disebabkan abah aku orang Jawa dan datuk aku anak kelahiran Kota Semarang, secara lahiriahnya bahasa dalam buku ini memang mengingatkan aku dengan diri aku sendiri. Ya, aku bersyukur masih sempat nulis entri~
Akhir sekali, dari aspek harga. Aku sangat menghargai harga dan buku ini. Untuk karya yang mempunyai maksud yang begitu dalam dan wujud sebelum aku lahir, harga yang ditetapkan lebih dari berbaloi. Harga buku ini semacam satu dorongan untuk orang luar agar memilikinya, memahaminya dan mendengar wakil suara yang tak pernah kita dengar secara harfiah.
Bagi aku, tak rugi memperolehi kesedaran dalam setiap helaian kertas dan setiap isi bait.
@themagi2015
No comments:
Post a Comment