Wednesday, 1 March 2017

99 PERISAIKOLOGI (III)

Hello March! Finally, bulan tiga sudah mari. Cepat betul hari berlalu (walaupun ada masanya aku rasa macam lambat sebab tak tahu nak buat apa). Sekarang, aku tengah bersabar dengan manuskrip-manuskrip buku aku yang belum habis diedit. Seriously aku tengah sabar. Untuk menambahkan lagi rasa bersabar tu, aku mulakan balik aktiviti membaca. Sekurang-kurangnya aku tak buang masa.

Untuk entri pertama bulan Mac, aku sambung balik entri Perisaikologi aku tu. Sebetulnya aku pun tak tahu nak tulis apa. So aku carry on je apa yang aku bakal taip lepas ni...hihi~

  1. Aku bukan kaki menyumpah. Walaupun aku dengar bahasa-bahasa teruk kat sekeliling aku, aku tak berminat nak melaungkan kata-kata tu. Paling tidak, aku cakap kat diri sendiri dengan nada suara paling perlahan. Sebab? Aku tak nampak hebat, berkuasa dan cerdik pun kalau menyumpah selantang-lantangnya.
  2. Aku bukan jenis luahkan perasaan kat FB. FB bukan diari aku, bukan tempat selesaikan masalah tapi tempat orang tengok kelemahan yang tak perlu dipertontonkan.
  3. Aku suka letak quotes kat FB. Sebenarnya aku bukan nak motivate orang lain (sebab orang akan cakap- "kau tak paham masalah aku!")...Well, aku memang tak paham masalah kau but aku memang cukup paham masalah aku so quotes tu untuk motivate aku.
  4. Kalau aku tak tahu sesuatu, aku cakap je tak tahu. Jangan tunjuk pandai sebab kalau tunjuk pandai, akhirnya terserlah jugak kebodohannya nanti.
  5. Gedik, bajet cun, perasan bagus dan sekutu dengannya tidak disenaraikan dalam kamus hidup aku. Tahap kesedaran diri aku ni tinggi. Dalam hidup ni perlu ada rasa malu. Masalah besar kalau tak ada rasa malu langsung.
  6. Biasanya kalau aku upload gambar makanan, aku sebenarnya nak try food photography. Bukannya nak tunjuk skil aku pandai masak. Aku masak sebab nak hidup, bukannya nak cakap masakan aku tu sedap.
  7. Kalau orang tanya pasal ciri-ciri lelaki idaman, why not aku tak jawab? Kalau orang cakap aku demand, takkanlah aku tak boleh cakap taste aku kot? Negara demokrasi, aku berhak tentukan pilihan (gitew~)
  8. Kalau orang tanya pasal sejarah hidup aku, aku bagi je buku teks Sejarah. Lebih baik kau study pasal sejarah negara daripada sibuk nak tahu sejarah hidup aku.
  9. Pernah aku terdengar saudara mara tanya- bila aku nak kahwin? Aku tak pedulikan soalan tu, apatah lagi nak peduli pasal hantaran. Soalan tu soalan biasa bagi orang bujang dan aku tak berkawan dengan member yang bernama 'jodoh'.
  10. Sentiasa wangi merupakan perkara yang aku rasa betul dan tak salah setiap kali aku nak keluar pergi mana-mana. Aku tak nak hidu bau busuk, so aku assume orang pun tak nak hidu bau busuk. Hidup ini kena adil.
  11. Sejujurnya aku tak tahu dan tak peduli gaya hidup hipster tu apa. Zaman sekarang zaman simpan duit untuk masa depan. Cukuplah aku tahu gaya aku bukan gaya orang gila, itu yang penting.
  12. Aku ni biasa disakiti...oleh demam, flu, migrain, sakit belakang, eye-strain. Well, aku bukannya nak cakap pasal soal hati, cinta dan sebagainya. Aku sebenarnya ukur kemampuan diri dan self evaluation ni penting untuk kelangsungan hidup. 
  13. Buku ialah dunia kedua aku. Setiap patah perkataan macam batu-bata yang aku boleh susun dan bina dunia yang lain. Kadang-kadang hidup ni tak boleh ikut lojik akal dan fakta semata-mata. Imaginasi membenarkan kreativiti tercipta.
  14. Aku bukan spesis belit selendang berjam-jam lamanya. Aku pakai bawal je, 5 minit dah setel. Masa aku tak wajar dihabiskan sesuka hati sebab ada banyak lagi perkara yang perlukan masa. Time is precious than gold, tak boleh timbang gram.
  15. Aku mengaku aku suka shopping. Tapi bukan sampai tahap habiskan duit gaji sebulan. Aku masih waras.
  16. To be honest, aku acknowledge masalah yang aku alami- minor thanatophobia. Setiap orang wajar acknowledge masalah mereka daripada menolak dan menidakkan sebab semakin kita tak boleh terima masalah yang kita hadapi, semakin beratlah beban yang kita tanggung.
  17. Aku pemarah orangnya. Tapi aku menilai tahap kemarahan aku dengan relevan. Aku akan lari ke tempat lain setiap kali marah. Tak kisahlah jadi pengecut sekejap, asalkan aku tak kesurupan, hehe~
  18. Introvert atau ekstrovert? Aku berada di tengah-tengah. Aku diam bila aku rasa aku perlu diam. Dan aku bercakap bila aku rasa aku perlu bercakap. Less is more atapun more is sometimes...needed. 
  19. Aku suka mengarang dalam bahasa Inggeris. Bukannya aku nak menunjuk aku pandai atau aku tak suka bahasa ibunda. Aku cuma nak belajar dan pembelajaran takkan pernah berhenti walaupun dah habis sekolah. Orang yang tak nak belajar tu sebenarnya orang yang bersedia untuk mati (sebab hidup pun satu pembelajaran).
  20. Aku tak pandai memujuk orang. Sebab memujuk akan membuatkan aku terpaksa mencari ayat yang baik (mungkin aku terpaksa menipu). 
  21. Bagi aku, hidup ni perlu ada prinsip untuk mengatur rutin. Kalau tak, bayangkan hidup tanpa peraturan, bayangkan negara tanpa undang-undang dan bayangkan manusia tanpa pegangan agama.
  22. Aku percaya pada kuasa emancipation. Tiada siapa suka diperhambakan dan dikongkong.
  23. Aku agak feminist, tapi aku tak begitu feminin. Aku cuma tak nak hipokrit sebenarnya. Hipokrit tak menjadikan sesiapa nampak elok pun.
  24. Aku seorang collector. Korang boleh tengok sendiri collection yang aku ada dalam blog ni. Bagi aku, setiap item ada cerita tersendiri. Dan dalam masa yang sama, setiap orang yang aku kenal ada kisah tersendiri. Aku sukakan kepelbagaian sebenarnya. It makes everything beautiful.
  25. Manusia yang punya impian dan cita-cita ialah manusia yang berani hidup. Sebab tu aku sentiasa membina impian dan mengejar cita-cita, sebab hidup tak ajar aku jadi pengecut.
  26. Kritikan ialah benda yang paling aku benci. Tapi aku terima juga sebab perubahan muncul di sebalik kritikan.
  27. Aku suka lagu yang membina semangat. Sebab aku perlukan semangat sebelum mulakan kerja. Dan semangat tu melahirkan keikhlasan sepanjang aku bekerja. Ikhlas tu penting untuk ringankan beban yang tak nampak di mata.
  28. Orang pernah cakap aku ni misteri. Bukankah misteri itu bagus? Misteri mewujudkan tanda-tanya. Tanda-tanya melahirkan rahsia. Dan rahsia itu sesuatu yang istimewa. Aku tak berminat nak cakap semuanya pasal aku kat depan orang. Kira untung la aku tulis entri ni walaupun cuma 10% je. 
  29. Kalau aku tak sukakan sesuatu, aku akan cakap aku tak suka. Aku tak boleh paksa diri sebab aku tahu aku takkan boleh tanggung benda yang aku tak suka. Honesty is a virtue.
  30. Aku suka hari lahir. Tapi aku tak berminat untuk sambut parti hari lahir. Bagi aku, sambutan hari lahir tu mengingatkan aku pada hakikat umur yang bertambah dan ajal. Jadi aku lebih prefer beli hadiah untuk diri sendiri sebagai self-reward kerana berjaya mengharungi kehidupan.
  31. First impression aku terhadap seseorang ialah melalui gigi. Gigi yang cantik boleh menyenangkan hati aku. Sebab? Aku pun tak tahu. Mungkin aku suka tengok gigi cantik sebab gigi aku tak begitu cantik. But still, aku bersyukur sebab aku ada gigi dan aku tak rongak.
  32. Semua orang ada konflik hidup, termasuk aku. Tapi semua orang berhak menentukan bagaimana konflik diselesaikan, termasuk aku. Dan setiap orang berpeluang untuk keluar dari konflik, termasuk aku. 
  33. Aku suka hari hujan. Hujan mengingatkan aku dengan nostalgia zaman dulu. Kadang-kadang, masa lalu boleh membantu untuk membina masa depan. Kita belajar dari kesilapan.
  34. Kalau aku nak dapatkan sesuatu tapi belum mampu, aku akan postpone niat aku. Aku percaya pada rezeki. Kalau benda tu milik aku, aku akan dapat jugak suatu hari nanti.
  35. My opinion, nasihat ni umpama jalan penyelesaian atau harapan. Aku takkan beri nasihat kalau aku sendiri tak mampu nak selesaikan masalah orang lain. 
  36. Aku tak ada kepakaran mengekspresikan kasih sayang tapi aku sentiasa belajar. Sebab manusia bukan batu dan kasih sayang tu terapi yang baik untuk ketenangan jiwa. Jadi mari mulakan hari dengan menyayangi diri sendiri :)
  37. Aku lebih prefer bergaul di dalam kelompok yang kecil berbanding kelompok yang ramai. Aku berkenalan untuk kualiti, bukannya kuantiti.
  38. Aku suka cerita seram/supernatural. Sebab kisah-kisah gelap ada pengajaran yang tersirat.
  39. Aku tak pandai buat apa-apa yang berkaitan dengan pastry. Sebab manusia tak sempurna dan tak tahu semua perkara. 
And finally, 99 Perisaikologi pun tamat dengan jayanya. Kudos to me sebab dapat bertahan mengarang entri yang paling memeningkan kepala (kepala aku la). See ya untuk entri seterusnya!

No comments:

Post a Comment