Sunday, 8 December 2019

Berkarya di Media Akhbar dan Tips Menulis

Selamat pagi, semua! Hari ni aku nak kongsikan tips berkarya di media akhbar. Tak panjang berjela-jela entri kali, jangan risau...hahaha~

Okay, sebelum aku nak bagi tips aku nak bagitahu kepada mereka yang berada di Sarawak khususnya, yang suka menulis tapi tak tahu nak tulis apa atau macam mana nak memulakan kerja-kerja penulis, aku ada satu pesanan yang ringkas.

KONSISTEN

Konsisten untuk menulis, konsisten untuk belajar, konsisten untuk memperbaiki karya 
dan konsisten untuk pelbagaikan tema.

Seterusnya, aku nak imbau sikit kenangan aku menulis. Aku bermula tahun 2004, pernah menang tempat pertama kategori cerpen pada tahun 2007. Tapi 2014 barulah aku diberi peluang untuk menulis di media akhbar tempatan iaitu ruangan Wadah Bahasa dan Sastera (WBS) Utusan Sarawak. Dan melalui media akhbar, aku mula mendapat perhatian oleh penulis senior dan aku diberi peluang untuk menulis sebuah buku. Sekarang, buku tu dah diterbitkan oleh pihak DBP. Jadi, nampak tak betapa pentingnya permulaan berkarya di media akhbar?
karya certot aku yang disiarkan di akhbar Suara Sarawak

Sebenarnya menulis di media akhbar ni tak semudah yang disangka. Ramai penulis baru ada tabiat tulis dan hantar. Tapi tak semak semula ciri-ciri sebuah cerpen atau puisi. Tapi berkarya di media akhbar sangat membantu penulis muda menimba pengalaman, karya juga diulas oleh penulis senior dan penulis dapat memperkenalkan nama mereka ke dalam dunia penulisan. Jujur aku cakap, dunia penulisan ni rumit. Nak masuk bukannya mudah, nak kekal pun bukannya senang. Tapi dunia penulisan ni satu ruang yang baik untuk meluahkan pemerhatian dan pemikiran dalam bentuk penceritaan. Aku boleh katakan, menulis ni medan aku mendapat ketenangan dari kekacauan mental akibat tekanan hidup. Manusia perlukan suatu ruang untuk mencari maksud kesukaran dan aku pilih untuk menulis.

Baiklah, sekarang aku nak kongsikan tips untuk menulis cerpen dan puisi (berdasarkan pengalaman aku sendiri dan tips yang aku dapat dari penulis lain). Aku bahagikan kepada dua dan tips ini aku gunakan sepanjang aku menulis. Aku harap tips ni bagi manfaat untuk mereka yang ingin nak menulis.

Tips menulis puisi:
  • Guna ayat gramatis agar penyampaian lebih puitis
  • Jika tak tahu nak tulis tentang apa, pilih objek atau subjek. Sebagai contoh, tulis puisi tentang awan. Fikirkan apa yang dapat disampaikan melalui perkataan 'awan'
  • Gunakan perasaan. Ambil mood sebelum menulis (dengar lagu, tengok drama/filem atau berjalan-jalan)
  • Jangan bazirkan kata dalam puisi. Manfaatkan perkataan supaya tak berlebih-lebihan
  • Tentukan kepanjangan puisi. Kebanyakan penulis baru suka puisi panjang. Puisi panjang dapat menyampaikan makna tapi berkemungkinan terlalu sarat atau berlebih-lebihan. Puisi pendek selalunya lebih ringkas dan padat, tapi mungkin makna tak sampai atau hambar. Jadi untuk penulis baru, panjang puisi sebaik-baiknya sederhana.
  • Patahkan baris puisi mengikut kesesuaian. Aku dapat tips dari editor sendiri, jangan biarkan baris ayat puisi dalam keadaan tergantung, jangan diulang perkataan yang sama lebih tiga kali dan kenal pasti ciri-ciri puisi yang mana sesuai dengan penulis. Kalau aku, aku suka puisi yang ada ciri-ciri individualistik atau sinikal.
Okay, ini tips menulis cerpen:
  • Menulis cerpen ni macam bercerita. Jadi anggap proses menulis macam bercerita dengan kawan-kawan. Maksudnya, permulaan harus ada daya tarikan, persoalan dan menjentik perhatian pembaca.
  • Elak tema cliche. Aku sekarang ni tengah pantau beberapa penulis baru yang bukan dalam kategori remaja. Adoi, penulis baru ni suka betul tema cinta, keluarga dan sahabat. Tema macam ni tak cukup kuat untuk tangkap perhatian pembaca sebenarnya.
  • Baiklah kalau nak juga guna tema cliche, boleh. Tapi gunakan dari sudut perspektif yang berbeza. Dari sudut benda bukan hidup atau apa saja yang boleh menimbulkan rasa ingin tahu pembaca. Be creative untuk masukkan elemen saspen.
  • Elakkan perincian yang berlebih-lebihan dan sensitif. Kalau boleh guna teknik kiasan. Sebagai contoh: kulitnya hitam seperti arang. Okay ini perincian yang sensitif. Tapi kita nak terangkan fizikal watak. Jadi, kiaskan sedikit. Sebagai contoh: kulitnya muram kerana sering dikucup mentari. Sekurang-kurangnya kita dapat gambaran kulit watak tu gelap.
  • Penulis baru biasanya risau dengan teknik perumpamaan, simile, metafora dan pelbagai jenis gaya bahasa yang lain. Sebenarnya, tak susah. Penulis cuma perlu cari objek atau subjek yang sesuai untuk dipadankan dengan maksud ayat. Sebagai contoh, kalau penulis nak ceritakan kemalasan watak, penulis boleh samakan watak seperti seketul batu- pegun, tak bergerak dan dingin.
  • Pastikan cerpen ada 3 perkara- pendahuluan, kemuncak dan peleraian. Jangan biarkan cerpen bergerak lurus tanpa konflik atau tanpa pemikiran/pengajaran.
  • Orang selalu kata, kalau menulis kenalah berfikir di luar kotak. Kalau aku, aku kata berfikirlah di luar kotak tepi kotak atas kotak bawah kotak dan sekeliling kotak. 360 darjah, barulah dapat gambaran menyeluruh untuk jalan cerita.
  • Bacalah karya orang lain untuk tambah kosa kata.
  • Rajin-rajinlah observe keadaan sekeliling (tips tambahan gila: Kalau berani, cubalah cipta situasi. Tengok reaksi orang)
Akhir sekali, penulis kena berani bereksperimen dan mencuba. Sekarang ni aku dah cuba tulis cerita kontot (certot). Asasnya sama macam cerpen, tapi kurang 500 patah perkataan. Jadi cabarannya ialah untuk pastikan jalan cerita dan penggunaan ayat tak sarat atau berlebih-lebihan. 

Apa-apapun, selamat mencuba!


@theMaGi2019

Sesi Dialog dan Bengkel Penulisan Majalah DBP

Hai semua! Hari ni, aku nak kongsikan aktiviti penulisan aku hari Jumaat lepas. By the way, aku tak ada benda yang menarik langsung nak dikongsi pasal hal kerja aku dan aku rasa hal penulisan aku lebih menarik untuk dikongsi.

Okay, 6 Disember 2019 aku ikut serta aktiviti anjuran DBP Cawangan Kuching iaitu Sesi Dialog dan Bengkel Penulisan Majalah DBP. Tetamu jemputan ialah dua orang editor dari majalah Tamadun Islam dan Tunas Cipta, serta Ketua Editor dan Timbalan Ketua Editor DBP sendiri turun padang untuk bagi ruang kepada penulis untuk bertanya tentang manuskrip, tips dan sebagainya.

Sebenarnya pada hari tu aku dapat banyak tips yang menarik daripada editor sendiri dan bagaimana untuk menghantar karya ke majalah atau karya bagaimana yang menarik perhatian editor. Antara tips yang aku sempat catat ialah:
  • Editor tak suka tema cliche (keluarga, cinta, kolej, rumahtangga)
  • Editor tolak karya terlalu banyak kesalahan ejaan dan ada unsur sensitif
  • Editor takkan siar karya yang tak lengkap maklumat peribadi penulis
  • Editor senaraihitam penulis yang guna karya ciplak
Juga editor maklumkan jenis majalah yang menyiarkan ruang cerpen dan puisi mengikut selera kegemaran penulis sama ada tema Islamik, remaja, budaya dan sebagainya. Sejujurnya aku dapat banyak input berguna dari editor sendiri, dari aspek pemilihan tema, persoalan dalam karya, perincian jalan cerita dan pemikiran penulis. Aku mengucapkan terima kasih kepada pihak yang anjurkan bengkel sebab bagi pendedahan yang bagus kepada penulis. Lagipun, bukan senang nak sertai bengkel macam ni.

Sesi bengkel bermula

Peserta bengkel yang hadir

Editor Majalah Tamadun Islam (Pn. Marsila- sebelah kiri)
Editor Majalah Tunas Cipta (Pn. Siti Noorisa- sebelah kanan)

Ketua Editor DBP, En. Haji Razali Che Mat

Sesi bergambar beramai-ramai

Bonus untuk aku, ada peserta yang beli buku Acang Merpati.
Alhamdulillah, aku rasa makin semangat nak menulis

Tahun 2020, mudah-mudahan usaha aku dalam bidang penulisan berkembang dengan hebatnya. Amin~


@theMaGi2019

Tuesday, 3 December 2019

Anugerah Tinta Kenyalang & Malam Lestari Bahasa 2019

Hai! Wow, lama gila tak update apa-apa kat blog. Bulan November terbang, just like that! To be honest bulan November tahun ni sangat tough, bagi aku la. Banyak sangat benda berlaku. Aku penat dan terpaksa stop blogging untuk seketika. Even manuskrip pun aku terpaksa hold dulu. But now, aku kembali untuk buang debu sapu habuk. 

Okay, 29 November hari tu aku dapat jemputan makan malam untuk Anugerah Tinta Kenyalang & Malam Lestari Bahasa. Jemputan tu unexpected, aku plan nak habiskan hari tu untuk tidur je tapi Tuhan tak bagi aku sorang-sorang kat rumah. So, aku pun pergi ke majlis tu yang bermula jam 7:30 malam dan selesai sekitar jam 10:50 malam. Memang happening malam tu, aku tak menyesal pergi dinner tu sebab ada beberapa event yang aku pergi sebelum ni aku rasa menyesal sikit sebab makanan tak sedap. Tapi event DBP ni, makanan memang sedap!

Okay, kat sini aku nak ucapkan tahniah kepada SMK Subis sebab menang majalah terbaik secara keseluruhan, kategori bahasa dan kategori sekolah menengah. Dan aku ucapkan syabas kepada SMK Tun Abang Haji Openg (sekolah aku dulu) sebab berjaya naib johan untuk majalah terbaik secara keseluruhan dan dapat bertahan selama berbelas-belas tahun. Aku respect dengan usaha pihak sekolah untuk pastikan majalah sekolah tak terkeluar dari senarai Top 3. Dan juga ucapan tahniah untuk SMK Bandar Samariang sebab dapat tempat ketiga untuk majalah terbaik keseluruhan.

Sebenarnya malam tu ramai penulis yang memenangi pertandingan dan karya mereka mendapat pengiktirafan. Aku tak ada rezeki tahun ni untuk kategori buku umum (novel). Tak apa, nanti aku cuba lagi. Sekurang-kurangnya aku syukur sebab tahun ni aku kembali semula ke ruangan akhbar. Seingat aku, aku stop hantar karya ke ruangan akhbar bermula tahun 2017 sebab masa tu aku fokus urus manuskrip novel. Mana-mana karya yang tersiar sekitar 2018 tu karya yang aku dah lama hantar sebenarnya, baru terpilih untuk disiarkan. Dan bila pergi ke majlis macam ni, aku teringat balik momen aku pergi ke Majlis Tinta Kenyalang tahun 2008, aku johan untuk kategori cerpen sekolah menengah. Dan sekarang aku kembali sebagai penulis yang tak berapa nak senior, hahaha!

Orait, tahun depan aku akan pastikan karya aku disiar di ruangan akhbar dan pada masa yang sama aku make progress dengan manuskrip novel aku yang lain. Semoga Tuhan perkenankan doa aku. Dan harap-harap aku dijemput lagi tahun depan. Sebab? Aku memang suka berkumpul dengan orang same-minded macam ni. Aku rasa macam aku...'hidup'. 

Emm, itu saja. Aku kongsikan gambar. Harap lebih banyak golongan muda di Sarawak berminat dalam  penulisan. Minat saja tak cukup, kena gigih untuk mendalami bidang penulisan. Ah, aku teringat saat aku struggle nak masuk dalam bidang ni. Sangat struggle. Bermula tahun 2004, tahun 2014 baru orang nampak aku. 10 tahun. So, jangan uji kesabaran aku, hahaha!

Gambar sepanjang majlis:





















Bergambar dengan Abizai Abi, penerima SEA Write Award tahun 2017
untuk kenangan. Mungkin aku pun ada rezeki dapat award ke menang
pertandingan ke tahun depan nanti. Amin.


@theMaGi2019

Tuesday, 12 November 2019

Siaran Karya di Akhbar Tempatan!

Hai, selamat pagi dunia! Aku rasa agak excited minggu ni sebab ada pagi Isnin dah dapat berita baik. Ok, mungkin minggu lepas nasib aku tak berapa baik. Aku nyaris kena sambar kilat, lampu tidur meletup, tragedi makanan basi berturut-turut, ular masuk dalam rumah, dan selepas tu terlibat dengan kemalangan kecil di jalan raya. Semua tu terjadi minggu lepas. Tapi kemudian minggu ni, aku rasa ada sesuatu yang baik akan berlaku.

Yup, something good is happening. Puisi aku disiarkan di Suara Sarawak untuk kali pertama. Kemudian, aku berjaya dapat salinan puisi aku yang disiarkan di Utusan Borneo pada bulan September. Dan student aku dah berjaya jadi penulis melalui karya puisi yang disiarkan di Utusan Sarawak. Aku tumpang gembira.

Macam tak benda lain yang aku nak update dalam blog, kan? Haha!

Tapi aku nak abadikan kenangan ni. Selepas berdepan dengan banyak hal pada pertengahan tahun, kemudian masalah di awal September, sekarang aku bersedia untuk menutup tahun 2019 ni dengan segala jenis kebahagiaan. Ok, aku nak share karya yang disiar di akhbar tempatan. Semoga banyak karya aku diterbitkan dan disiar selepas ni. Semoga aku jadi penulis terkenal lepas ni, ahahaha~

Amin.




@theMaGi2019