Bersempena dengan bulan puasa ni, adalah lebih elok utk aku share benda yang baik2 je. At least dapat jugak kutip pahala sikit2. Dan biasanya orang tak nak buat banyak movement masa berpuasa sebab takut hilang tenaga. Betul, aku pun sama, aku spend beberapa jam untuk hibernate. Tapi itu tak bermakna aku tak bergerak langsung, kan?
Terdapat beberapa senaman ringkas yang membantu korang selesa dan mengelakkan korang cepat rasa lapar. Senaman ni aku belajar dari TV dan sangat ringkas. Bagi pompuan yang nak ramping di pagi Raya, senaman ni sesuai untuk korang iaitu:
Senaman regangan
Macam ni lah rupanya. Sori, lukis guna Paint je.. |
Senaman pelvis
Senaman batu, gunting dan kertas
Senaman ni paling ringkas. Pertama sekali, buat penumbuk dan tonjolkan sedikit jari telunjuk dan jari hantu. Kemudian urut bahagian bawah telinga sehingga ke bawah secara perlahan-lahan. Senaman ni elok untuk melegakan urat kepala dan mengelakkan pening. Senaman kedua ialah, guna jari untuk buat bentuk gunting tapi rapatkan jari telunjuk dan jari hantu. Kemudian, tekan bahagian bawah telinga sehingga ke belakang tengkuk. Senaman ni elok untuk meransang urat saraf dan menegangkan kulit leher. Senaman ketiga ialah dengan melipatkan ibu jari dan membuat simbol 4. Kemudian urut dari sisi ketiak sampai ke tengah tulang dada. Senaman ni elok untuk merangsang organ dalam, limpa, dan pengaliran darah.
Senaman Solat

Senaman Puasa
Puasa juga sebenarnya satu senaman. Dengan berpuasa, perut dalam keadaan berehat dan meningkat kadar metabolisme badan. Berpuasa dapat menurunkan kadar kolesterol, merendahkan tahap glukos, dan meningkatkan kekenyalan dinding saluran darah.
Walaupun korang puasa, itu tak bermakna korang tak boleh bersenam =)
#tmg2013
No comments:
Post a Comment