Friday 14 March 2014

Serangga dan Perlambangan

credits: wikipedia
Serangga, bukan semua suka serangga. Kadang-kadang, ada segelintir daripada kita berharap lalat pupus dari dunia. Tapi, kita tak pernah ambil iktibar dan pengajaran kenapa serangga dicipta. Sebenarnya, setiap karakteristik serangga ada nasihat di sebaliknya. Seperti kata pepatah, "bagai semut penghimpun melukut", begitulah perlambangan serangga bernama semut- mereka mahkluk kecil paling rajin dan tidak pernah berputus asa.



1. Lalat
credits: maricopa.gov
Lalat, makhluk kecil yang sinonim dengan pembawa penyakit. Eropah rebah bersama tamadun kerana lalat. Serangga ini juga dikaitkan dengan kematian dan nasib malang. Tetapi pada era pemerintahan Mesir Purba kerajaan Baru (1550-1100 SM), lalat mendapat tempat sebagai serangga yang gigih dan berani. Lalat merupakan serangga yang tidak kenal makna berhenti, sehingga kita kadang-kadang tidak tahan dengan bunyi sayapnya. Mungkin, sifat itu wajar diambil kira jika kita sedang berusaha mendapatkan sesuatu- persistence is strength.

2. Lebah

credits: wikipedia
Lebah, serangga kecil yang dimuliakan oleh Islam untuk setiap titis madu yang berharga. Pada masa kini, kehidupan manusia dilihat seperti kumpulan lebah; komuniti, berorganisasi dan berkolaboratif. Lebah juga dikenali sebagai makhluk yang teliti dan diangkat menjadi simbol diraja oleh Napoleon Bonaparte kerana ia membawa maksud keseimbangan di bawah satu pemimpin. Kehidupan saling bekerjasama antara lebah pekerja dan permaisuri lebah wajar dijadikan contoh untuk hidup bermasyarakat.

3. Rama-rama/Kupu-kupu
credits: sotinpc.wordpress

Rama-rama, atau kupu-kupu, kedua-duanya dilihat sebagai serangga yang cantik walaupun pada asalnya ia berasal dari seekor ulat yang tidak digemari. Proses metamorfosis yang dialami oleh serangga ini membawa maksud yang besar; perubahan, kesabaran dan kelahiran semula. Kitaran ini wajar dicontohi oleh manusia untuk bangun dan berubah, untuk setiap kesukaran yang dihadapi.

4. Labah-labah

credits: ediblesanmarcos.wordpress
Labah-labah makhluk kecil yang istimewa. Dengan kelebihan bebenang halus yang disangka lemah, ia memerangkap begitu banyak mangsa yang lalai. Labah-labah mempunyai pengamatan yang bagus, mengawal persekitaran walaupun bertubuh kecil. Keyakinan serangga ini mengawal keadaan ketika berdepan dengan pemangsa yang lain juga mengagumkan walaupun peluang untuk tewas mungkin ada. Labah-labah juga makhluk yang bijak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan berani mengambil risiko.

5. Kala jengking

credits: medtogo.com
Kala jengking sinonim dengan bahaya, kematian dan kemusnahan. Ia juga mungkin sinonim dengan pepatah "kecil-kecil cili padi" yang membawa maksud- meskipun kecil tetapi berani. Kala jengking merupakan makhluk kecil yang bersifat dominan, jangan sesekali dipandang rendah kerana saiz badannya yang kecil. Jadi, jika kita melihat manusia yang lebih kecil dari kita (dari segi taraf hidup atau fizikal), janganlah kita memandang rendah pada mereka kerana kita tidak tahu kelebihan mereka yang tersembunyi.

6. Ulat sutera

credits: inhabitat.com
Jika ulat cacing dipandang jijik, ulat sutera dilihat sebagai sesuatu yang berharga. Kepompong ulat sutera mempunyai banyak khasiat dari segi kecantikan. Di Jepun dan China, ulat sutera merupakan simbol kesucian dan maruah. Ia juga dikaitkan dengan sifat bangsawan, kemewahan dan kekayaan. Sekadar berkata- setiap tindakan dan keputusan yang kita tentukan dalam hidup akan menentukan samada kita cuma 'ulat', atau  'ulat sutera'.


7. Cengkerik/belalang

credits: photo-macro.cz
Cengkerik atau belalang, kedua-dua serangga ini mempunyai perlambangan tersendiri. Cengkerik menjadi kegemaran kerana bunyi-bunyian yang menarik dan menenangkan. Bunyi-bunyian cengkerik juga dikaitkan dengan sifat alami dan bagi masyarakat Cina, cengkerik ini membawa maksud tuah. Manakala belalang, saudara terdekat cengkerik, dilihat sebagai simbol kemusnahan dan kematian. Sebenarnya, dalam kehidupan kita sebagai manusia, setiap manusia mempunyai sifat cengkerik dan belalang di dalam diri mereka. Pada satu-satu masa, kita akan menjadi kegemaran. Pada masa yang berlainan, kita akan dilihat sebagai pemusnah.



@themagi2014
ruj: 
prpm.dbp.gov.my
The Ultimate Illustrated Guide to DSS
Wikipedia.org

No comments:

Post a Comment