Friday 17 April 2015

10 Perkara Mengenai Sarawak

Sarawak, land of Hornbill. Dah lama tak update sesuatu tentang Sarawak. Entri kali ini berkenaan dengan 10 perkara mengenai dengan Sarawak. Kalau nak diikutkan memang la banyak pasal Sarawak. Jadi aku pilih 10 je. Bila taip 'Sarawak' di Google Search, apa yang akan keluar di result? Itulah yang aku selalu fikir.

Mari teruskan.

1. Gadis Sarawak
Image result for hasnol gadis sarawak
Lagu Gadis Sarawak (Sarawakian Girl) yang dinyanyikan oleh Hasnol adalah lagu popular yang dipetik dari album Sudi Katakan Sudi yang diterbitkan pada tahun 1992. Lagu ini menceritakan kecantikan gadis-gadis di Bumi Kenyalang dan keunikan budaya masing-masing.

2. Keluarga Sarawak

Image result for dollah sarawakImage result for dollah sarawakImage result for anita sarawak
Dollah Sarawak, atau nama sebenarnya Mohammad Haji Sulaiman bukan anak jati Sarawak sebaliknya anak kelahiran Pulau Pinang. Apabila berhijrah ke Sarawak, beliau diberi nama Dollah oleh sebuah keluarga dan di sana beliau telah berkahwin dengan primadona bangsawan. Hasil perkahwinan itu, beliau mempunyai 2 anak iaitu Ramlah (Siput Sarawak) dan Kuyung. Setelah kematian isteri, beliau berhijrah ke Singapura bersama anak-anaknya dan mula terlibat dalam filem Melayu hitam-putih. Memandangkan ramai yang bernama Dollah di tempat kerja, beliau dipanggil sebagai Dollah Sarawak sementara anaknya, Ramlah dikenali sebagai Siput Sarawak. Legasi Dollah yang terakhir yang bernama Ithnaini telah meneruskan nama tersebut dan dikenali sebagai Anita Sarawak.

3. Sungai Sarawak
Image result for sungai sarawak
Sungai Sarawak merupakan satu-satunya sungai yang dinamakan bersempena dengan nama 'Sarawak'. Sungai ini terletak di barat daya Sarawak dan hulu sungai ini terletak di Banjaran Kapuas. Sungai ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Sarawak Kanan dan Sungai Sarawak Kiri. Nama Sarawak ini dikatakan berasal dari sejenis galian bijih yang bernama 'Serawak' (mengandungi antimoni dan belerang). 

4. Regata Sarawak
Image result for regatta sarawak
Regata Sarawak merupakan sukan air yang wujud pada era Brooke, bermula dari Rajah Pertama iaitu James Brooke. Sukan air ini masih diteruskan sehingga sekarang dan diraikan di Sungai Sarawak. Acara dipercayai diwujudkan oleh Rajah Pertama bagi menyelesaikan masalah lumba perahu antara puak/kaum di Sarawak. Melalui pertandingan, masalah lumba perahu dapat diselesaikan sekaligus menyatupadukan puak/kaum agar bertanding secara adil.

5. Kek Sarawak
Image result for kek lapis sarawak
Kek lapis Sarawak adalah legasi kuih muih paling terkenal di Sarawak kerana keunikan, seni dan warna yang dihasilkan. Dengan nama-nama yang menarik seperti Kek Lapis Exora, Kek Lapis Evergreen, Kek Lapis Happy Day, Kek Lapis Baltimore, Kek Lapis Ariana Rose dan banyak lagi, kesemua kek itu tetap disebut sebagai Kek Lapis Sarawak. Keistimewaan setiap kek adalah terletak pada cetakan corak dan ia menjadi satu identiti kepada setiap kek.

6. Gambir Sarawak
Image result for gambir sarawak
Gambir Sarawak (nama saintifik: Uncaria Gambir), herba Borneo yang sangat terkenal selalu menjadi pilihan pelancong luar kerana dipercayai dapat membantu tenaga batin lelaki. Sebenarnya, kelebihan gambir Sarawak tidak khusus pada perkara tersebut kerana suatu ketika dahulu, gambir digunakan sebagai penahan sakit atau 'painkiller'. Ia juga berkesan melegakan sakit gigi dan pernah dijadikan ubat untuk kanak-kanak berkhatan. Pendek kata, gambir Sarawak dijadikan ubat bius atau ubat kebas untuk pesakit.

7. Muzium Sarawak
Image result for muzium sarawak
Terdapat banyak muzium di Sarawak, tetapi terdapat satu muzium khusus yang dibina pada era Rajah Kedua, Charles Brooke pada 1891. Dengan rekabentuk bangunan Victoria yang menarik dan rujukan gaya dewan bandaraya di Perancis, Muzium Sarawak merupakan muzium tertua di Borneo. Muzium ini menyimpan artifak khusus mengenai budaya asli Sarawak, koleksi serangga, haiwan laut dan darat yang diawet, pelbagai jenis barangan etnik dan juga corak hidup masyarakat di Sarawak. Ia merupakan lokasi yang terbaik untuk memahami budaya, sejarah dan seni Sarawak. Keaslian muzium ini juga telah menarik perhatian tentera Jepun yang menakluki Sarawak sehingga mereka berusaha melindunginya dari dijarah atau dibom oleh tentera Jepun yang lain.

8. Selebriti Sarawak
Image result for james wanImage result for jason loImage result for tony eusoffImage result for noh hujan
Sarawak melahirkan ramai selebriti yang mewarnai industri hiburan tanah air. Siput Sarawak dan Dayang Sofia merupakan selebriti lama yang dilahirkan di Kuching, Sarawak dan terkenal dalam filem hitam-putih. Antara selebriti Sarawak terkini yang dikenali ramai (yang aku ingat) ialah:
  • Dayang Norfaezah
  • Hafiz Suip
  • Lana Nordin
  • Sherry Merlis
  • Bob AF
  • Zach X-Factor
  • Tony Eusoff
  • Deja Mos
  • Zee Avi
  • Jason Lo
  • Michelle Wee (Melodi TV3)
  • Sharifah Zarina
  • Noh (Hujan)
  • Radhi (OAG)
  • Faye Kusairi
  • James Wan (pengarah filem The Conjuring & The Furious 7)

9. Sayang Sarawak
Sayang Sarawak lagu asli Sarawak yang terkenal, menceritakan kisah yang berlaku di Sungai Sarawak dan aktiviti penduduk di sekeliling. Sayang Sarawak juga merupakan irama pantun bermukun yang terkenal dalam budaya Melayu Sarawak selain dari Rentak Labuan, Samsudin, Menyubuh, Selendang Mayang, Air Amboi, Air Pasang, Laila Majnun, Bercerai Kasih dan Bintang Beralih. Selain dari itu, Sayang Sarawak juga nama kapal persiaran terkenal di Sungai Sarawak yang membawa pelancong melihat keindahan Sungai Sarawak sambil menikmati hidangan dan muzik yang disajikan.

10. Sarawak Rainforest Music
Image result for sarawak rainforest music festivalImage result for sarawak rainforest music festival
Sarawak Rainforest Music Festival ialah festival muzik bertaraf antarabangsa yang menampilkan muzik bergenre 'world music'. Ia menggabungkan pemuzik dari pelbagai tempat, dari pelbagai benua dan juga pelbagai jenis muzik etnik. Festival ini juga satu-satunya keraian muzik etnik bersifat antarabangsa di Malaysia dan dilihat sebagai medium penyatuan yang baik antara Malaysia dengan negara luar. Selain dari keraian muzik, Sarawak Rainforest juga mengadakan pelbagai jenis aktiviti lain seperti bengkel muzik, pameran kebudayaan, pameran kraftangan, gerai jualan dan pentas konsert muzikal.


Sarawak is interesting~
@themagi2015

Ref: Wikipedia | Sarawaktourism| The Magi| Wikimedia | Luriaz Silverian blogspot | jomjalan.com.my

No comments:

Post a Comment