Wednesday, 8 March 2017

10 Fakta Menarik Mengenai Wanita

Selamat Hari Wanita untuk semua wanita di seluruh dunia! Hopefully hari ni indah dan gembira untuk semua wanita. Walaupun perasaan irritating aku agak membuak beberapa hari ni disebabkan certain manusia, aku try tenangkan diri dan kata- "Go to hell, heaven or mana-mana tempat yang kau rasa kau nak pergi."Malas betul nak layan perangai homo sapien yang ignorant, 'jual ikan' dan bermuka-muka.

Okay, memandangkan hari ni hari wanita, aku nak kongsikan beberapa fakta menarik yang mungkin korang tak pernah baca dalam senarai blog orang lain. Wanita ialah ciptaan yang istimewa, yang misteri, yang rumit dan ada kisah tersendiri. Wanita patut tahu hal ni ^^
Image result for witch
credits: new-monster.wikia.com
Ahli sihir selalunya dikaitkan dengan wanita. Secara majoriti, wanita lebih banyak dituduh dan dihukum sebagai ahli sihir pada abad ke-15 hingga abad ke-18 di Eropah. Pada era tersebut, kewujudan ahli sihir mewujudkan histeria besar-besaran dan pemburuan ahli sihir telah dilakukan- menyaksikan 35 000 wanita telah dibunuh menerusi statistik keseluruhan di Eropah pada tahun 1450-1750.

Image result for lilith mythology
credits: otintropacific.wordpress (Lilith)
Menurut kepercayaan lama Kristian dan Jew, Lilith merupakan wanita pertama dicipta. Namun Lilith tidak dicipta dari tulang rusuk Adam, sebaliknya dicipta dari habuk. Lilith dikatakan bersikap ego dan enggan mendampingi Adam kerana merasakan dirinya setaraf dengan Adam. Maka, Eve dicipta bagi menggantikan posisi Lilith. Kononnya, punca Adam dan Eve dikeluarkan dari syurga adalah disebabkan oleh tipu muslihat Lilith yang berdendam.

Image result for pontianak
credits: lutherniel.devianart (pontianak)
Kebanyakan hantu di Nusantara dikuasai oleh wanita dan biasanya kes kewujudan hantu berlaku apabila wanita tersebut ditimpa kematian yang dahsyat, ataupun mengikut amalan yang salah. Sebagai contoh: pontianak, langsuir, hantu kum-kum, hantu kopek, penanggalan dan lain-lain.

Image result for virgin mary
credits: pinterest (Virgin Mary)
Dari sudut agama dan sejarah, wanita boleh melahirkan anak tanpa suami. Satu-satunya wanita yang mempunyai kebolehan tersebut ialah Maryam, ibu Nabi Isa (Islam)/ Virgin Mary, ibu Jesus (Kristian).


Image result for feminism
credits: shsrattler.com
Antara lelaki dan wanita, hanya wanita saja yang mempunyai pergerakan yang digelar feminisme. Pergerakan tersebut wujud bagi mendapatkan keadilan dan hak sama rata terhadap wanita yang sering dilihat sebagai objek penindasan oleh golongan lelaki. Sehingga ke hari ini, belum ada pergerakan maskulinisme secara rasmi.

Image result for queen elizabeth 2
credits: the telegraph (Queen Elizabeth II wedding-1947)
Tidak ramai negara memilih wanita sebagai pemimpin, tetapi Queen Elizabeth satu-satunya wanita yang masih bertahan dalam sistem pemerintahan beraja di seluruh dunia.

"Image result for mumtaz mahal taj mahal
credits: daily-bhaskar.com (Arjumand Banu Begum a.k.a Mumtaz Mahal)
Wanita dan cinta tak dapat dipisahkan. Dan wanita selalu dikecewakan dari aspek curang, poligami, penipuan dan sebagainya. Tetapi statistik menunjukkan lelaki lebih cenderung kecewa dan membunuh diri berbanding wanita (Delhi: 38 lelaki, 25 perempuan/2014). Well, wanita masih ada ketabahan- just like you said, Elizabeth Tan.  Tapi bila sebut pasal wanita dan cinta, aku rasa wanita paling bertuah dalam dunia ni ialah Mumtaz Mahal sebab dapat hadiah mahal yakni Taj Mahal dari suaminya yang kaya dan suka barang mahal, Shah Jahan, raja empayar Mogul/Mughal. 

Image result for jeanne clement
credits: staying-ageless.com (Jeanne Clement)
Menurut rekod dunia, manusia yang paling panjang umur ialah wanita. Wanita-wanita tersebut ialah:
    • Jeanne Clement (122 tahun 164 hari), 
    • Sarah Knauss (119 tahun 97 hari), 
    • Lucy Hannah (117 tahun 248 hari), dan 
    • Marie-Louise Meilleur (117 tahun 230 hari). 
    • Emma Morano (117 tahun 97 hari) dan Violet Brown (116 tahun 361 hari) dicatatkan sebagai wanita tertua di dunia yang masih hidup menerusi statistik yang dikemaskini pada 06 Mac 2017.

Image result for single mom
credits: success.com
Kebanyakan wanita mampu menjaga anak dan menjadi single mom tetapi tidak ramai lelaki mempunyai kesanggupan untuk menjadi single dad. Oleh itu pada tahun 2016, Clean Bandit bersama Anne-Marie dan Sean Paul telah melancarkan lagu Rockabye yang didedikasikan untuk ibu-ibu tunggal di seluruh dunia

Image result for nuwa goddess of creation
credits: crystalinks.com (Nuwa- goddess of creation)
Walaupun wanita tidak pernah lari dari menerima penindasan dan dipandang rendah, kepercayaan di dunia menunjukkan bahawa lelaki tidak dapat lari dari menghormati wanita. Sebagai contoh:

    • Islam: Maryam, Fatimah Azzahara, Rabiatul Adawiyah, Aisyah r.a
    • Kristian: Virgin Mary, Mother Theresa, Joan of Arc, Mary Magdelene.
    • Hindu: Sita, Parvati, Gangga, Saraswati, Kali, Durga, Lakshmi, Radha, Mahadevi, Matrikas.
    • Bodhisatva: Guan Yin, Nuwa, Wangmu Niangniang, Chang E.


@themagi2017

No comments:

Post a Comment