Friday 6 September 2013

Sekadar Pendapat: Keputusan Terhadap Syria?

"When the rich wage war, it's the poor who die." Jean-Paul Sartre.

Syria. Negara ni bergolak after chemical weapon conflicts. Aku tertarik untuk bercakap
credits: csmonitor
pasal perkara ni sebab aku rasa terkilan dengan keadaan negara Arab pada masa sekarang. Anytime boleh bergolak, dah macam duduk serumah dengan bom jangka. 
Aku tau, siapalah aku nak menahan perang dari terjadi dan aku juga bukannya professional columnist pasal perang ni. Lagipun, aku tak tau sebab musabab sebenar isu dalaman negara orang. Tapi aku tau masalah di Syria ni dah agak membimbangkan.

Menerusi Bloomberg, kematian jiwa di Syria melonjak sejak tahun 2011. Ramai pihak menuding jari ke arah leader iaitu Bashar Al-Assad sebab menggunakan senjata kimia dan membunuh ramai penduduk. So, menerusi U.S intervention, mungkin masalah ni akan berjaya diselesaikan. Makanya, aku terfikir;

Macam mana U.S nak selesaikan perkara ni tanpa korbankan rakyat? Sekalipun Syrian leader bersalah, kenapa libatkan orang lain yang tak berkaitan? Bagi aku, kalau api dilawan api maka hanguslah semua. Apa yang tinggal? Habuk? Debu?

Isu senjata kimia di Syria mendapat perhatian di negara-negara Barat. To be honest, aku faham akan kesan penggunaan senjata kimia ni. Recently, U.S sedang meminta bantuan dari negara yang sependapat dengan mereka.  Mereka cuba untuk menghapuskan pemerintahan diktator seperti yang mereka dakwa. Negara lain pula nakkan bukti sebelum bersetuju sertai U.S. And so I wonder;

Sekiranya mereka memerangi Syria, mereka berperang dan Syria kalah, apa tindakan seterusnya? Bagaimanakah pelan pasca perang dilaksanakan? Bagaimana dengan isu kemanusiaan? Lagi satu, sekiranya mereka memutuskan untuk memerangi Syria- adakah mereka memang berniat untuk membantu Syria atau sekadar mahu merampas teknologi dan sumber alam di Syria? Honesty is what am I talking about.

Credits: Telegraph.co.uk
Basically, isu senjata kimia ni pernah tercetus di Iraq pada era pemerintahan Saddam Hussien. Urusan masuk campur ni diyakini dapat mengatasi masalah peperangan dan kematian yang berlanjutan di sesebuah negara sama ada mereka setuju mahupun tidak. Ia juga dapat menamatkan persengketaan dan mengembalikan keamanan seperti dulu. Itu kata orang yang masuk campur, bagaimana dengan negara yang menerima intervention tersebut? Okay, try to imagine if this kind of situation happens to U.S or any big countries- we can't predict the future so, adakah mereka sudi biarkan negara lain masuk campur urusan genting di negara mereka dan biarkan negara mereka dibedil? 

Mungkin, mereka akan berfikir sejuta-dua juta kali sebelum bagi negara lain masuk campur dalam urusan dalaman mereka. Aku tak fikir mereka nak. 

Then, menerusi InfoWar, Syrian Rebel mengaku mereka terlibat dengan isu senjata kimia kepada dunia menerusi rakaman video. Seriously, aku tak pasti sama ada yang rebel ni berasal dari Syria or orang luar. Mungkin ini cuma perangkap untuk jatuhkan Syria- there are many possibilities to cheat and win. Tapi kali ini aku tak nak ajukan soalan. Aku cuma nak kata;

"Those rebels were not Jihadists. The unity between them is very weak and morality is going too low."

Aku rasa, mungkin inilah harga yang patut dibayar apabila negara hilang kebebasan. You pay everything with weapons, war and blood.

According to BBC:

|The U.S is pushing for military action in Syria in response to a suspected chemical weapons attack. But can President Barrack Obama target the country's chemical arsenal?|

Persoalan ni agak bernas sebab jika Syria benar-benar terlibat dengan isu senjata kimia,
credits: planscanada
bagaimana caranya untuk U.S musnahkan senjata tersebut? Adakah Syria mesti dibedil sampai hancur? That is not a good option. Bagi aku, aku setuju jika mereka nak musnahkan senjata tersebut, tapi aku tak setuju jika rakyat jadi mangsa. Sedihnya bila lihat kanak-kanak kecil yang mati bergelimpangan. Mereka tak buat senjata tu semua, tapi merekalah golongan yang mati dahulu. Those innocent children and women are the true jihadists.

G-20 yang akan berlangsung di Russia akan dipenuhi dengan topik ini- everyone is ready to suggest, to criticizes, to decide. Mungkin akan berlaku debat yang panjang antara negara yang terlibat tapi diharap keputusan yang diambil biarlah adil untuk semua pihak, bukannya disebabkan oleh muslihat, keinginan peribadi atau pelan jahat jangka panjang. 

#tmg2013

No comments:

Post a Comment