Monday 2 September 2013

Apa Yang Perlu Anda Faham Mengenai Sarawak

"In order to be irreplaceable, one must always be different."
Coco Chanel

Sarawak, negeri terbesar di Malaysia dan ia sebahagian daripada kepulauan ketiga terbesar di dunia, juga kepulauan terbesar di Asia. Kaya dengan spesis tumbuh-tumbuhan, serangga, haiwan, kepelbagaian kaum, kesenian, agama, sejarah, adat dan budaya, ia menjadikan negeri ini istimewa. Dan, Tuhan menjadikan kita berbeza-beza agar kita boleh saling mengenali dan mengeratkan hubungan tapi, ada yang tak suka.

Okay, aku tulis artikel ni bukan sebab aku obses, taksub, mahupun cuba untuk provok. Aku tulis ni setelah aku terbaca satu statement yang hina dari manusia yang barangkali, hina? Statement itu datangnya dari laman sosial dan ia berbunyi seperti ini: "Anda semua, keluarlah dari negara kami yang kami cintai ini. Pergilah anda, pakailah cawat anda dan duduklah anda dengan damai di dalam hutan sana. Sesungguhnya, anda hanya menumpang kasih dengan kemajuan kami selama ini." (Yang ni versi baru, yang asal tu macam taik. Seronok eh dapat dosa kering?)

Jadi, bagaimana statement seperti itu wujud? Jika diselidiki, ia berpunca dari pemahaman yang cetek. Maka, timbullah persoalan yang lazimnya ganjil, skeptikal dan kurang asam. Aku tergerak untuk menjawab sedikit persoalan-persoalan ni.

Soalan seperti:

"Ada rumah tak kat Sarawak? Rumah panjang atau dok atas pokok?"

Barangkali, rumah atas pokok macam
ni yang diorang maksudkan?
(credits: Bajiroo)
Ini ialah contoh soalan yang aku pernah terima dulu. FYI, rumah panjang untuk kaum peribumi dan rumah panjang sekarang pun dah dinaik taraf menjadi struktur bangunan batu yang dilengkapi talian telefon, WiFi dan elektrik. Sarawak juga mempunyai rangkaian hartanah yang luas dan kebanyakannya diterajui oleh Cahaya Mata Sarawak Berhad (CMSB), salah sebuah syarikat besar yang aktif dalam Bursa Saham Malaysia dan pembekal utama bahan serta material dalam pembinaan di Sarawak. Maklumat projek perumahan juga boleh diakses menerusi laman sesawang RumahSarawak bagi memudahkan orang ramai dalam urusan jual beli. Jadi, jangan tanya ni dengan orang Melayu Sarawak sebab itu bukan soalan yang relevan. Lagi satu, rumah Melayu Sarawak boleh dilihat di sekitar Kampung Tupong, Astana, kawasan Ajibah Abol dan juga di perkampungan Melayu elit di Kuching. Kami juga tidak duduk di atas pokok, ada faham?

"Camana eh nak simpan barang basah? Ada peti sejuk tak kat rumah? Ada suis tak?"

Soalan ni aku dengar dari perbualan antara member negeri lain yang pernah melancong ke Sarawak. Kawan aku cakap: "kelakar kan soalan ni?" Haha, memang pun. Aku tak sangka projek empangan Bakun yang juta-juta tu dibuat just for photography purpose je. Courts dan Singer bukak kedai barangan elektronik kat sini cuma nak pamer barang je, tak nak jual apa-apa dan projek SCORE tu dibuat sekadar untuk membuang masa (Bodoh, bisnes apakah macam ni?) Teori ringkas; barang wujud kalau ada permintaan. Kami ada elektrik maka orang jual barang elektronik, senang kan nak faham? 

"Kat Sarawak ada line henpon tak? Clear tak kat sana?"

Anda semua, tolong jangan tanya soalan ini (nak bergurau berpada-padalah sikit). Untuk publish entri ni, normally aku guna Celcom Broadband dan kadang-kadang guna Streamyx. Kalau ada tiang untuk broadband 3G, mestilah ada tiang untuk henpon. Kalau tak macam mana aku nak contact member aku kat tempat lain? Untuk orang yang tanya soalan ni (kawan adik aku bagitau), lain kali logik lah sikit kalau nak bertanya.

"Ada shopping complex besar tak kat Sarawak?"

Okay, kalu korang pergi kawasan pedalaman, memanglah korang tak jumpa shopping complex yang korang harapkan sebab tempat tu lebih untuk tujuan eksplorasi alam. Buat apa nak pegi masuk ceruk hutan kalau kaki nak membeli belah? Korang pergilah kat kawasan bandar, barulah jumpa tempat yang korang nak tuju. Nak lagi senang, internet kan ada? So, di sini aku bagi link senarai shopping complex di Kuching [KuchingShoppingComplex]

"Banyak tak buaya kat sana? Bahaya tak?"

"Yummeyh~" (credits:
Always Both Tumblr )
Ya, Sarawak memang banyak buaya. Buaya memang bahaya. Aku tak nafikan. Tapi, lokasi lapangan terbang kami terletak di darat, jauh dari kawasan sungai dalam. Kami ada jalan raya yang cantik dan highway yang bertingkek-tingkek, jauh dari kawasan sungai dalam. Kawasan membeli belah, pusat rekreasi dan tempat pelancongan kami juga terletak di darat, jauh dari kawasan sungai dalam. Lainlah kalau korang nak berenang di Sungai Rajang, Sungai Baram, sungai-sungai keruh di kawasan terpencil atau nak terjun ke dalam sangkar Jong Crocodile Farm- yang itu aku jamin, memang bahaya.

"Ada makanan lain tak selain ulat mulong?"

Ya, memang ada. Sarawak kaya dengan pelbagai jenis makanan. Mungkin korang terlalu terpengaruh dengan rancangan TV yang korang tonton. Jangan risau, tak susah nak cari nasi atau makanan halal kat sini, jika itu yang korang cuba maksudkan. Jadi, aku bagi link untuk senarai makanan femes kat Sarawak [SarawakFood].

"Selain dari perahu, ada tak kenderaan lain?"

"Kami sedia membuat kenderaan
custom made, jika itu yang anda
maksudkan" (credits: Sharenator)
Soalan ni, membuatkan aku rasa kesian. Aku pernah dengar soalan ni, bukan ditujukan kat aku tapi kat member senegeri yang lain. Bagi menjawab soalan itu, dengan bersopan dan hormatnya aku mnjawab: "Kami mempunyai pelbagai jenis kenderaan yang anda mahukan seperti kereta, kenderaan FWD, lori, treler, motosikal, basikal, skuter, van, bas dan apa saja jenis kenderaan moden yang biasa anda nampak di tempat anda sendiri." Aku dah macam jurujual kereta kan? Perahu tambang, seperti yang korang ketahui tu cuma kenderaan alternatif antara kampung yang berdekatan dan juga ke pangkalan yang berdekatan. Ia juga lebih ke arah tarikan pelancongan. Adakah saya difahami?

"Ada tak yang masih pakai cawat?"

Okay, soalan ni kerap kali aku terbaca kat blog orang lain tak kiralah orang domestik ke orang luar. Mari sini aku terangkan. Mostly orang yang pakai cawat terdiri dari golongan peribumi, tapi itu dulu. Walaupun ada di kalangan mereka masih lagi memakai cawat, ia cuma untuk sambutan perayaan, adat istiadat atau seni persembahan. Ada juga golongan tua yang kurang selesa untuk memakai seluar, mungkin disebabkan keadaan sekitar tak membenarkan mereka untuk berpakaian lengkap. Lagipun, negara ni negara demokratik so, apa masalah korang kalau mereka nak pakai? Ada ribuan puak asli kat dunia ni and kebanyakannya masih pakai cawat, korang tak argue pun pasal tu?

"Ada masjid atau surau tak kat sana?"

Mesti ada yang tertanya-tanya, ada jugak ke soalan macam ni? Bagi menjawab soalan itu, ya. Memang ada. Sangat tidak relevan. Sangat skeptikal. Macam mana orang Islam kat sini nak solat Jumaat, solat 5 waktu, or solat sunat seperti solat Hari Raya kalau tak ada masjid, atau surau? Jadi, bagi orang yang betul-betul kecil pengetahuannya mengenai masjid atau surau di Sarawak, silalah bertanya secara private. Janganlah korang rasa bangga nak tanya soalan ini depan public. Itu membuatkan korang kelihatan....(paham-paham sendirilah)

"Ada Melayu tak kat Sarawak?"
"Bukan setakat orang Melayu,
orang-orang pun ada kat sini"
(credits: Makescarecrows)

Soalan ni membuatkan aku rasa nak mengucap panjang. Aku rasa dah banyak jugak aku explain kat entri sebelum ni. Tak terdaya rasanya jari ini nak taip panjang-panjang. Kalau nak tahu, Melayu merupakan populasi ketiga tertinggi kat Sarawak, selepas Iban dan Cina. Kebanyakan Melayu berasal dari Kalimantan, kepulaun Jawa (Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur) dan juga dari Sumatera. Melayu Sarawak juga mengalami proses kahwin campur dengan kaum lain seperti Melayu Brunei, kaum Iban, Bidayuh, Cina dan bangsa lain. Tapi kebiasaannya, orang Melayu di Sarawak dipanggil sebagai Melayu Sarawak. Tidak ada istilah seperti Melayu Iban, Iban Melayu atau Melayu Dayak. Seriously, memang tak ada. Jadi aku bagi link pasal Melayu kat sini [MelayuSarawakMelayuSarawakMukun| MelayuSarawakJawa]


Kesimpulannya, manusia hidup dalam perbezaan. Menerusi perbezaan, wujudnya kepelbagaian. Dari kepelbagaian, wujudnya kemajuan. Dan dari kemajuan, wujudnya peradaban. Maka, jadilah orang yang maju dan beradab.

#tmg2013

1 comment: