Tuesday 1 October 2013

Oktober dan Rentetan Sejarah Dunia

Sekarang bulan Oktober. Mengingatkan aku dengan lagu Amy Winehouse-October Song, walaupun lagu tu pasal burung kenari. Setiap hari, setiap bulan, cerita baru akan tercipta. Cerita lama jadi sejarah. Apa yang pernah terjadi dalam bulan Oktober? 


1 Oktober

  • Pemain piano, Vladimir Horowitz lahir pada 1 Oktober 1904 di Berdichev, Rusia.
  • Henry Ford, pengeluar dan pencipta kereta Ford keluarkan model T pada 1 Oktober 1908, buat pertama kalinya- langkah pertama dalam perindustrian automobil.
  • 12 ketua Nazi dihukum mati di Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa di Nuremberg, Jerman pada 1 Oktober 1946.
  • Republik China ditubuhkan oleh Mao Zedong pada 1 Oktober 1949.
  • Zon Terusan Panama diserahkan kepada Panama pada 1 Oktober 1979 setelah dikawal oleh Amerika selama 70 tahun.
2 Oktober
  • Pemimpin India terkenal, Mahatma Gandhi lahir pada 2 Oktober 1869 di Porbandar, India.
  • Maharaja Jepun Hirohito mengunjungi White House buat pertama kali pada 1975.
3 Oktober
  • Presiden US Abraham Lincoln isytihar hari Khamis terakhir dalam bulan November ialah hari Kesyukuran pada 3 Oktober 1863.
  • Yugoslavia menjadi nama rasmi untuk Kerajaan Serbs, Croats dan Slovenes pada 1929.
  • Iraq mendapat kemerdekaan dari Britain dan menyertai Liga Kebangsaan.
  • Timur dan Barat Jerman bersatu semula pada tahun 1990 setelah 45 tahun perang dingin.
4 Oktober
  • Kalendar Gregorian mendapat perhatian di negara Katolik apabila Pope Gregory XIII keluarkan keputusan pada 4 Oktober 1582 bagi membetulkan kesilapan dalam Kalendar Julian.
  • Belgium mendapat kemerdekaan pada 1830- setelah terasing dari Belanda sejak 1815.
  • Pope Paul VI berkunjung ke US buat pertama kalinya pada 1965, dan orang pertama yang memanggil Amerika dengan gelaran 'United Nation'.
5 Oktober
  • Bulgaria mendapat kemerdekaan dari kerajaan Uthmaniyah pada 1908.
  • Portugal menjadi Republik pada tahun 1910 setelah berjaya dalam pemberontakan terhadap King Manuel II.
6 Oktober
  • Jurutera dan pencipta, George Westinghouse lahir pada 6 Oktober 1846. Beliau merupakan pencipta brek angin untuk kenderaan lokomotif, dan majikan pertama yang memberi percutian berbayar kepada pekerjanya.
  • American Library Association (ALA) ditubuhkan pada tahun 1876 di Philadelphia.
  • Thomas Edison menunjukkan ciptaan gambar bergerak pada 1889.
  • Austria merdeka dari Canada pada 1944.
  • Guyana mengambil perlembagaan dalam pentadbiran pada tahun 1980.
7 Oktober
  • Tentera Jerman mencerobohi Romania untuk mendapatkan telaga minyak pada era Perang Dunia II tahun 1940.
  • Kertas karbon dipaten oleh Ralph Wedgewood pada tahun 1806.
  • Istilah 'orienteering' digunakan dalam majlis buat pertama kalinya pada 1900.
  • Antisa Khvichava, wanita Georgia didakwa sebagai wanita tertua di dunia meninggal dunia pada 2012.
8 Oktober
  • Presiden Palestin Yasser Arafat berkunjung ke Israel buat pertama kalinya pada 1996 untuk berbincang dengan Presiden Israel Ezer Weizman.
9 Oktober
  • Uganda mendapat kemerdekaan pada 1962 setelah dipegang oleh Britain selama 70 tahun.
  • Kemboja isytihar menjadi Republik Khmer pada tahun 1970.
  • John Lennon, anggota The Beatles lahir pada 9 Oktober 1940 di Liverpool, England- yang mati dibunuh di New York pada 8 Disember 1980.
10 Oktober
  • Ho Chi Minh kembali ke Hanoi, Vietnam pada 1954 selepas berundur dari trup Perancis bagi menamatkan pertelagahan selama 7 tahun antara Vietnam Komunis dan pihak Perancis.
  • Hanoi sambut ulang tahun ke 1000 sebagai ibu negara Vietnam pada 2010.
  • Google beli Youtube pada 2006 dengan harga $1.6 bilion.
11 Oktober
  • Raja Henry VIII England dikurniakan gelaran 'Defender of Faith' oleh Pope Leo X pada 1521 di atas penerbitan buku Raja yang menentang idea Martin Luther yang cuba membina mazhab baru selain dari Katolik.
  • Albert Einsten memberi amaran kepada Presiden Franklin D. Roosevelt berkenaan dengan teori atom yang mungkin disalahguna oleh pihak Nazi Jerman. Einstein mencadangkan agar pihak US membangunkan ujian bom- di situ bermulanya projek rahsia Manhattan pada 1939.
12 Oktober
  • Christopher Columbus mendarat buat pertama kalinya ke sebuah daratan (pada 1492) yang diisytiharkan sebagai El Salvador bersempena dengan kerajaan Sepanyol setelah 33 hari berlayar tanpa henti.
  • Paraguay mendapat kemerdekaan dari Sepanyol dan Argentina pada 1811.
  • Brazil mendapat kemerdekaan dari Portugal pada 1822.
13 Oktober
  • Maharaja Rom Claudius mati selepas memakan cendawan, diracun oleh isterinya sendiri, Permaisuri Agrippina pada 54 AD.
  • Greenwich ditubuhkan sebagai kawasan standard masa universal pada 1884 bagi mengukur dan mengira masa di seluruh dunia.
14 Oktober
  • Penaklukan Norman berlaku menerusi Perang Hasting dan menyaksikan Raja Harold XII England, raja berketurunan Saxon terakhir dikalahkan dan dibunuh oleh trup William of Normandy.
  • Presiden Theodore Roosevelt ditembak oleh golongan fanatik pada 1912 di Milwaukee tetapi terselamat disebabkan oleh kot tebal, bekas kaca mata dan lipatan kertas ucapan yang terletak di dalam poket dada.
15 Oktober
  • Napoleon Bonarpte berhijrah ke St. Helena- sebagai buangan selepas kalah dengan pihak British dalam perang Waterloo.
  • Pengintip Perang Dunia I (penggoda, pelacur kelas atasan, bekas penari eksotik dan ejen Jerman), Mata Hari dihukum mati dengan hukuman tembak dari skuad Perancis di Vincennes Barracks.
16 Oktober
  • Universiti Yale ditubuhkan pada 1701 dengan nama Sekolah Kolej Conneticut dan nama tersebut kemudian ditukar pada 1718 bersempena dengan nama Elihu Yale, seorang dermawan terkenal.
  • Permaisuri Marie Antoinette, isteri Raja Louis XVI dihukum bunuh pada 1793 kerana Revolusi Perancis dan pemerintahan yang bengis- juga dikenali sebagai permaisuri yang boros dan biadab.
17 Oktober
  • Pope John Paul I, Ketua Paus Gereja Katolik yang ke-263 lahir pada 17 Oktober 1912 dan menjadi ketua pada 1978 tetapi mati di Rom 34 hari kemudian.
  • Komposer Jerman terkenal, Johann S. Bach berkahwin dengan anak buahnya sendiri, Maria Bach pada 1707.
  • Albert Einstein tiba di US pada 1933 sebagai pelarian dari Nazi Jerman.
  • Saintis menemui planet baru yang berdekatan dengan sistem solar, Alpha Centauri B pada 2012.
18 Oktober
  • John Owen menjadi orang pertama dalam mencatat rekod berlari pecut 100 yard dalam tempoh 10 saat pada tahun 1890.
  • British Broadcasting Corporation (BBC) ditubuhkan pada 1922.
19 Oktober
  • Stok market di Wall Street jatuh teruk pada 1987 dalam tempoh 1 hari sahaja dan dikenali sebagai 'Black Monday'.
  • The Beatles rekod lagu hit mereka 'I Want to Hold Your Hand' pada tahun 1963.
20 Oktober
  • Isteri Presiden US J.F Kennedy, Jacqueline Kennedy berkahwin semula pada tahun 1968 dengan jutawan Greek, Aristotle Onassis setelah 5 tahun menjadi balu kepada  J.F Kennedy yang dibunuh.
  • The Beatles mendapat rekod emas dalam 'Yesterday' pada tahun 1965.
  • Ratu Elizabeth II merasmikan Sydney Opera House di Australia pada tahun 1973.
  • IBM PC DOS versi 2.1 dikeluarkan oleh Microsoft pada 1983.
  • Saintis menemui galaksi baru UDFy-38135539, dilihat sebagai objek paling jauh yang berjaya dipantau dari planet Bumi pada 2010.
21 Oktober
  • Thomas Edison berjaya mencipta lampu pijar yang bercahaya selama 13 jam pada 1879 di makmal peribadi Menlo Park.
  • Perang Trafalgar berlaku antara British dan gabungan Perancis dan Sepanyol pada 1805. British berjaya mematahkan serangan, dipimpin oleh Admiral Horatio Nelson yang cedera di atas kapal Victory.
22 Oktober
  • Komposer terkenal dari Hungary, Franz Liszt lahir pada 22 Oktober 1811, terkenal dengan karya muzik Hungarian Rhapsody No.2, Liebestraum No.3, Simfoni Faust dan Dante.
23 Oktober
  • Hungary isytihar menjadi Republik setelah 33 tahun trup Soviet Rusia menentang undang-undang Komunis pada 1989.
  • Perdana Menteri Ukraine, Vitaly Masol meletak jawatan, menjadi pegawai Soviet pertama yang berundur dari pemerintahan selepas diasak oleh himpunan besar pelajar yang protes.
  • Pelakon Charlie Chaplin berkahwin dengan Mildred Harris (17) pada 1918.
24 Oktober
  • Stok market di New York Stock Exchange jatuh pada tahun 1929 dan syer dijual dalam keadaan panik. Ia dikenali sebagai 'Black Thurday.' Lima hari selepas itu, kejadian yang sama berlaku lagi dan ia dikenali sebagai  'Black Tuesday.'
  • United Nations ditubuhkan pada 1945.
25 Oktober
  • Pelukis, pengukir dan pakar seramik yang terkenal, Pablo Picasso lahir pada 25 Oktober 1881 di Malaga, Spain.
  • Virus Hepatitis ditemui pada 1984.
26 Oktober
  • Ngo Dinh Diem menuntut Selatan Vietnam sebagai Republik dan mengisytiharkan dirinya sebagai Presiden pada 1955.
  • Pensil kayu bermata grafit digunakan buat pertama kali pada 1492.
  • Jordan dan Israel tandatangan perjanjian keamanan pada 1994.
27 Oktober
  • Stesen bawah tanah New York mula beroperasi buat pertama kalinya pada 1904 dan menjadi stesen bawah tanah dan juga bawah air pertama di dunia.
  • Peneroka British, Kapten James Cook lahir pada 27 Oktober 1728 di Yorkshire, England dan mencatat penemuan New Zealand, Australia dan kepulauan Hawaii dalam peta dunia.
  • Presiden Theodore Roosevelt dilahirkan pada 27 Oktober 1858 di New York dan nama beliau menjadi ilham kepada penciptaan patung Teddy Bear.
28 Oktober
  • Universiti Havard ditubuhkan pada 1636 di Cambridge, Massachusetts. Nama universiti ini bersempena dengan John Havard, seorang Puritan yang menderma perpustakaan dan sebahagian daripada estet miliknya. 
  • Arca The Statue of Liberty didedikasikan untuk Pulau Bedloe, di pelabuhan New York. Ia merupakan hadiah daripada Perancis ketika Perang Revolusi Amerika pada 1886 dan direka oleh Frederic Auguste Bartholdi. Arca tersebut dibina setinggi 92.9 meter atau 300 kaki.
  • Republik Czechoslovakia ditubuhkan, gabungan tiga wilayah- Bohemia, Moravia dan Slovakia pada 1918.
  • Dr. Jonas Salk dilahirkan di New York pada 1914- doktor pertama yang berjaya menemui vaksin penyakit kanak-kanak Polio pada 1952. Dengan vaksin tersebut, jumlah kematian disebabkan oleh Polio menurun sebanyak 95% di US.
  • Pengasas Microsoft, Bill Gates lahir pada 28 Oktober 1955 di Seattle, Washington. Beliau menubuhkan Microsoft bersama Paul Allen dalam mereka perisian komputer IBM dan menjadi jutawan pada usia 31 tahun- malah kekal sebagai jutawan sehingga sekarang.
29 Oktober
  • Penjelajah British, Sir Walter Raleigh dihukum bunuh oleh Raja James I  pada 1618 kerana memberontak
  • Pakar propaganda Nazi Jerman, Paul Joseph Goebbels lahir pada 29 Oktober 1897 di Rheydt, berdekatan dengan Dusseldorf, Rusia. Paul mengawal keseluruhan media di Rusia pada era Nazi, pengikut setia Hitler dan anti Semitik yang terlibat secara langsung dalam pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi. Paul kekal setia kepada Hitler sehingga ke akhir hayat dengan membunuh diri di bunker Hitler selepas meracun keenam-enam anaknya.
30 Oktober
  • Buat pertama kalinya selepas dipisahkan dalam Zaman Ais, Britain berhubung semula dengan benua Eropah menerusi ciptaan kereta api di bawah Terusan Inggeris pada 1990.
  • Christopher Columbus menemui daratan Dominica pada 1493.
31 Oktober
  • Martin Luther menampal 95 Tesis di hadapan pintu gereja Wittenberg-menyoal tindakan gereja yang menjual surat pengampunan dosa dan tindak tanduk yang bertentangan dengan ajaran. Ia menjadi titik permulaan kepada penubuhan mazhab Protestan di Jerman pada 1517.
  • Memorial Kebangsaan Gunung Rushmore siap dibina pada 1941 setelah 14 tahun diusahakan. Ia dibina dengan rekaan wajah Presiden George Washington, Thomas Jefferson, Abraham Lincoln dan Theodore Roosvelt sebagai lambang politik, filosofi, pemeliharan, pemuliharaan dan penemuan kepada negara Amerika.
  • Mayat Joseph Stalin, bekas pemimpin Rusia dikeluarkan dari ruang makam Red Square dan dikebumikan semula di dinding batu Kremlin pada 1961 bersama hero Soviet yang lain yang tidak digemari. Nama Stalin juga dibuang dari bangunan kerajaan, kilang-kilang dan juga setiap jalan. Ia dilaksanakan di bawah pemerintahan Nikita Khrushchev.
  • Mahatma Gandi, pemimpin India yang terkenal mati dibunuh oleh 3 orang berbangsa Sikh ketika beliau berjalan-jalan di kebun pada 1984.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut:

@themagi2013

No comments:

Post a Comment