Credits: skyscrapercity.com Electra House dan Menara Stesen Bomba yang masih dikekalkan di Open Air Market |
Jika korang taip 'Electra House' kat search, yang keluar ialah Elektra House London atau Elektra House Adjaye. Entah apa entah. Tapi bila korang taip 'Electra House Kuching,' yang keluar cuma Electra House Wikimapia, Foursquare, Panoramio, Yellow Pages, The Star archive (dah tak valid lagi) dan pasal local business. Susah jugak nak compile sedikit kisah di sebalik kewujudan pusat membeli belah yang dahulunya terkenal di Kuching.
Electra House merupakan pusat membeli belah yang terkenal pada era 60an sehingga ke era 90an. Aku masih ingat tracksuit pertama aku dibeli kat situ. Sebelum wujudnya Sarawak Plaza, Wisma Satok, the Spring, atau Boulevard Kuching, Electra House menjadi pusat pertemuan pelajar sekolah melepak dan buat temu janji. Sekarang pun masih ramai yang buat temu janji kat sini (mostly the lepaking youngsters, old champs, busy grandmas and the 'Lost Direction' members) tetapi suasana dan perasaan tu dah berbeza.
Imbas sedikit sejarah...
Credits and thanks kepada Josephians untuk foto: Lokasi stesen bomba yang digantikan dengan Open Air Market, bertentangan dengan lokasi stesen janakuasa yang kini menjadi Electra House. |
SESCO diwujudkan oleh Jabatan Kerja Raya pada 1921 bagi mengagih dan menghantar tenaga elektrik ke seluruh Sarawak. Apabila Majlis Negeri meminda Ordinan Pembekalan Elektrik (1952), Kerajaan Sarawak memegang kuasa penuh terhadap penjanaan, pemindahan dan penggunaan elektrik, dan membeli seluruh saham dari United Engineers Limited pada 1953. Pada 1955, stesen janakuasa di Jalan Power diambilalih.
Di bawah Ordinan Pembekalan Letrik Sarawak (1962), Sarawak Electricity Co. Ltd. dibubarkan dan perbadanan pembekalan elektrik Sarawak ditubuhkan pada 1963. Sebuah bangunan baru dibina di atas tapak stesen janakuasa di Jalan Power dan Electra House dirasmikan sebagai ibu pejabat SESCO pada 24 Ogos 1965. Ia menjadi pusat bangunan operasi penuh SESCO sebelum berpindah ke Wisma SESCO di Jalan Bako. Nama Electra House ini dikatakan wujud berdasarkan nama jalan (iaitu Jalan Power) dan tapak stesen janakuasa elektrik. Kewujudan Electra House pada era 60an memberi impak kepada penduduk Kuching sebagai simbol kemajuan dan juga bangunan tertinggi di Petra Jaya pada masa itu.
Electra House kini masih beroperasi sebagai pusat trafik di Kuching walaupun ia tidak sehebat dahulu. Ia masih menyimpan kenangan di kalangan remaja 60an, 70an, 80an dan awal 90an yang rata-ratanya mengingati ruang kedai makan Cina, kelab malam, kopitiam, gedung pakaian ataupun kedai tit-bit yang kini semakin pudar dan juga sudah hilang ditelan masa.
Mungkin, jika ia ditukar menjadi hab pelancongan atau pusat penginapan, Electra House akan kembali bertenaga.
@themagi2013
Ref [Trimas and appreciation to you]:mystarjob
wikipedia/sesco
Utusan Sarawak
st.joe 1976 blogspot
skyscrapercity.com
Sarawakdotcom blogspot
josephians of the seventies blogspot
Tq nice info :)
ReplyDelete