Tuesday, 27 January 2015

Staycation di Kuching

Staycation, term yang digunakan untuk sesiapa yang bercuti dalam environment yang urban, nature tetapi bukan bersifat homestay. Ada spesis traveler ni suka buat aktiviti secara independent, tak minat aktiviti yang di-arrange. Entri sebelum ni aku dah terangkan serba sedikit tentang info homestay di Sarawak. Untuk entri kali ini, aku terangkan sikit pasal lokasi staycation di Kuching. Memandangkan aku ni Kuchingites so aku bagi list staycation di Kuching. Mungkin ada yang dah plan nak bercuti 3-4 hari masa Chinese New Year bulan dua nanti or cuti sekolah bulan tiga ataupun plan percutian korang untuk tahun ni.

Oqay, let's get started.


Credits: Sarawak-hotel









1. Grand Margherita Hotel
Bagi sesiapa yang sukakan environment moden+ ala2 Venice+ gila Wifi+ tempat tidur selesa, Grand Margherita adalah hotel yang terbaik untuk staycation korang. Ada 288 bilik yang lengkap, Wifi 24/7 di seluruh ruang hotel, terletak berdekatan dengan Kuching Waterfront (korang boleh keluar jalan2 makan angin makan kuih di tebingan Sungai Sarawak), boleh singgah ke Parkson, UTC, Sarawak Plaza dan Tun Jugah, pergi ke seberang sungai naik perahu tambang ataupun bergambar sakan dengan tugu kucing di tengah bulatan. Semuanya terletak berhampiran dengan hotel ini. Bab makan jangan risau. Kawasan ni dikelilingi oleh pelbagai jenis restoran (Topspot Foodcourt paling femes) dan kedai makan di seberang sungai pun ada. Kalau tak nak keluar dari hotel pun tak apa, hotel ni menyediakan makanan yang lazat2 di Orchid Garden Coffee House. Sebagai contoh, hidangan Asam pedas ekor lembu, Ikan kurau sejati dan Buttered prawns antara menu kegemaran di hotel ini. 


Credits: Agoda











2. Riverside Majestic Hotel
Bagi sesiapa yang frust tak dapat booking bilik di Grand Margherita, don't worry. Korang boleh try booking bilik di Riverside Majestic Hotel. Dua-dua hotel ni berjiran, sister hotel katakan. Terletak di kawasan yang strategik (ada restoran, ada shopping complex bla3), hotel ni mempunyai pilihan bilik yang banyak (ada 18 tingkat kesemuanya). Sesuai dengan taraf 5 bintang, semestinya ada Wifi, bilik lengkap, layanan mesra dan makanan yang various. Menu terkenal di hotel ini ialah Majestic burger dari Cafe Majestic Coffee House. Antara menu savoury yang lain ialah Steamed Sea Bass with Mukah Sauce di River Palace Restaurant. Bila bosan, korang boleh singgah main boling kat kawasan berhampiran ataupun tengok wayang di Lotus Five Star Cinema. (sila rujuk aktiviti di no.1)


Credits: damaibeachresort.com










3. Damai Beach Resort
Tak nak tersekat di kawasan yang terlalu sesak? Korang boleh melarikan diri ke tempat yang lebih nature, lebih ekslusif dan lebih damai. Damai Beach Resort, lokasi yang terletak di tepi pantai dan terdapat pelbagai tawaran yang menarik di resort menerusi pakej seperti pakej family, pakej study break dsb. Bagi sesiapa yang nak memanjakan diri, Santubong Spa & Retreat bersedia untuk membantu. Bagi sesiapa yang tak nak berenang di laut, tempat berenang di darat disediakan iaitu swimming pool. Bukan itu saja, Ballroom by the Sea di resort ini merupakan tawaran terbaik sebab inilah satu-satunya ballroom di Sarawak yang mengadap ke Laut China Selatan dan melihat keindahan Gunung Santubong. Ballroom ni muat untuk 600 orang, lengkap dengan semua jenis fasiliti dan sesuai bagi sesiapa yang ada plan nak buat reunion eksklusif. Bagi penggemar sukan golf, yang sukakan suasana country dan bersantai-santai, Damai Golf & Country Club merupakan lokasi yang inklusif (memang pricey sikit tapi berbaloi). 


Credits: borneoadventure















4. Sarawak Cultural Village (SCV)
Kampung Budaya Sarawak merupakan destinasi pelancongan popular di Sarawak, Kuching khususnya kerana tarikan pelbagai jenis seni rumah etnik ada di sini. Pengunjung bukan saja berpeluang merasai pengalaman unik budaya dan tradisi pelbagai etnik di Sarawak, malah pengunjung sendiri berpeluang untuk menginap di sini. Korang boleh pilih accomodation yang mana korang nak berdasarkan etnik pilihan korang (Iban, Melanau, Bidayuh, Orang Ulu or Malay houses) dan korang tak perlu risau dengan basic facilities seperti air-cond, kipas, bilik mandi, tandas dan ruang makan. Semuanya disediakan. Bergantung dengan jenis bilik yang korang pilih, harga pakej juga berbeza mengikut jumlah hari korang menginap. Sebagai contoh- RM170 2 hari 1 malam untuk seorang. Setiap pakej disertakan dengan 4 set makan (sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan supper) dan terdapat aktiviti pendidikan seperti mempelajari tarian etnik dan bermain alat muzik tradisional. Pendek kata, dalam satu harga pakej tu ada bermacam-macam perkara menarik. Mostly, pakej di SCV ni digemari oleh pelancong luar.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:


  • Grand Margherita Hotel (T): +6082 423111 (W): www.grandmargherita.com
  • Riverside Majestic Hotel (T): +6082 247777 (W): www.riversidemajestic.com
  • Damai Beach Resort (T): +6082 846999 (W): www.damaibeachresort.com
  • Sarawak Cultural Village (T):+6082 846411 (W): www.scv.com.my (E): enquiry@scv.com.my
  • Damai Golf & Country Club (T): +6082 846088 (W): www.damaigolf.com
  • Sarawak Economic Development Corporation (SEDC)  Tourism & Leisure Group (W): www.sedctourism.com
Dipetik dari Borneo Talk vol.34 Oct-Dec 2014 page 52-53

@magi2015

No comments:

Post a Comment