Monday, 19 January 2015

Mumia Yang Cantik dan Sempurna

Mumia, salah satu cara untuk mengekalkan keadaan fizikal si mati. Dalam entri yang lepas (tak ingat bulan/tahun berapa), terdapat beberapa contoh mumia yang terkenal telah disenaraikan seperti Tollund Man, Tutankhamun, mumia dari Peru, mumia Cherchen Man dsb. Untuk kali ni, selepas habis membaca di Google sambil makan tomyam, aku dah bersedia untuk sediakan senarai pendek berkenaan dengan mumia. Yang pasti untuk kali ni, aku pilih mumia yang cantik dan sempurna je.

1. Vladimir Ilyich Lenin
Vladimir-Lenin-Body

Vladimir Ilyich Lenin (10 Apr 1870- 12 Jan 1924) merupakan tokoh politik dan pemikir revolusi pada abad 20 di Rusia sekitar tahun 1917. Pada tahun 1918, Lenin cuba dibunuh tetapi terselamat. Pada Mei 1922, Lenin mengalami serangan strok yang pertama. Pada Disember 1922, Lenin mengalami strok yang kedua, menyebabkan lumpuh badan sebelah kanan dan tidak dapat mengikuti aktiviti politik secara aktif. Pada Mac 1923, Lenin diserang strok untuk kali ketiga dan menyebabkan beliau menjadi bisu serta terbaring di katil. Pada 21 Januari 1924, Lenin meninggal dunia ketika berusia 53 tahun. Mayat Lenin diawet, dipelihara dan kini menjadi koleksi muzium di Lenin Mausoleum, Moscow.


2. Rosalia Lombardo
Screen Shot 2009-12-22 At 6.37.39 Pm


Rosalia Lombardo (1918-6 Disember 1920) merupakan kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia akibat penyakit pneumonia. Keluarga Rosalia sangat berduka dengan kematiannya dan mereka memutuskan untuk meminta pertolongan Dr. Alfredo Salafia, seorang pakar taksidermi dan pengawet yang terkenal pada era dan di tempat tersebut. Mayat Rosalia adalah mayat terakhir yang dihantar ke Katakom Capuchin di Palermo, Sicily dan kesan awet pada mayatnya menyebabkan Rosalia digelar sebagai 'Sleeping Beauty'. Bahan awet Rosalia masih kekal misteri tetapi beberapa bahan dapat dikenalpasti seperti gliserin, alkohol, garam zink, formalin dan salicylic acid.


3. Saint Bernadette
Bernprof-4


Saint Bernadette (7 Jan 1844- 16 Apr 1879) yang dilahirkan di Lourdes, selatan Perancis merupakan anak seorang pemilik kilang gandum. Nama sebenar beliau ialah Maria-Bernada Soubiros. Ketika masih muda, Saint Bernadette mendakwa telah melihat 18 seruan yang menyerupai seperti 'gadis muda' di sekitar gua Massabielle ketika keluar mengumpul kayu api bersama adiknya, Marie dan kawan-kawan. Kisah Saint Bernadette mendapat liputan dari gereja katolik dan pihak media tempatan. Sejak mendapat seruan tersebut, Saint Bernadette aktif mengikuti aktiviti gereja sehinggalah meninggal dunia pada usia 35 tahun. Mayat Saint Bernadette tidak diawet secara teknikal dan hanya mengalami oksidasi apabila pihak gereja memeriksa keadaannya sebanyak 3 kali. Apabila mayat Saint Bernadette mula menunjukkan tanda-tanda kerosakan, ia dilumur dengan garam kalsium untuk mengekalkan bentuk fizikal tetapi ia menjejaskan warna kulitnya. Akhirnya, pihak gereja memutuskan untuk melakukan imbasan pada wajah dan tangan Saint Bernadette supaya pihak firma Pierre Imans dapat membuat acuan lilin untuk wajah dan tangan. Acuan tersebut akan melindungi wajah dan tangan Saint Bernadette daripada mengendur dan kusam. Walaupun tidak diawet seperti mumia yang lain, keadaan organ dalaman Saint Bernadette berkeadaan baik, lembut dan tidak mengalami dekomposisi, serta didakwa bukan satu fenomena yang semulajadi.


4. Xin Shui a.k.a Lady Dai
Chinesemummyladydai


Lady Dai, juga dikenali sebagai Xin Shui merupakan isteri kepada Marquis of Han di Changsha, China. Kawasan pemakaman era Dinasti Han ditemui pada 1971 dan menemui beribu-ribu artifak, termasuklah mumia Lady Dai yang misteri. Lady Dai dipercayai meninggal dunia antara 178-145 BC dan berusia 50 tahun. Mumia Lady Dai antara mumia terbaik dan sempurna (tapi taklah cantik sangat) disebabkan oleh struktur kulitnya yang lembap, organ dalaman yang masih lembut, sendi yang masih dapat digerakkan, darah jenis A masih ada di dalam saluran pembuluh darah malah makanan terakhir yang dimakan beliau masih ada di dalam perut. Menurut kajian, Lady Dai meninggal dunia akibat masalah obesiti, kerosakan jantung, sakit belakang, arteri tersumbat dan dihinggap parasit. Bagaimana Lady Dai diawet masih menjadi misteri tetapi pihak arkeologi percaya cecair kemerah-merahan yang ditemui dalam makan Lady Dai merupakan kunci pada kehebatan kesan awet tersebut. Mumia Lady Dai kini dipamerkan di Muzium Provinsi Hunan.


5. Eva 'Evita' Peron
Even in death, Evita is uncomfortably lifelike. She is effectively a wax figure after the mummification process replaced all water in the body with wax.



Eva 'Evita' Peron merupakan wanita Argentina yang disayangi rakyat, dan isteri kepada presiden Argentina, Juan Peron. Apabila Evita meninggal dunia pada tahun 1952, Juan Peron memutuskan untuk mengawet isterinya dan memanggil pakar anatomi, Dr. Pedro Ana. Teknik awet Dr. Pedro Ana sangat berkesan sehingga digelar 'Seni Kematian' kerana seluruh organ, darah dan air di dalam badan digantikan dengan gliserin. Ia mengambil masa satu tahun untuk siap. Evita dipamerkan untuk tatapan umum sehinggalah berlaku penggulingan kuasa di Argentina. Evita disembunyikan di Itali dan selama 16 tahun, mumia Evita menjadi mangsa kegilaan beberapa manusia. Evita menerima beberapa kesan vandalisme dan menjadi subjek seksual penjaga mayat akibat kesempurnaan mumia Evita. Pada 1971, Juan Peron dibebaskan dari tahanan dan menuntut semula Evita di Italy. Pada 1974, mumia Evita dikembali dan disemadikan bersama keluarga yang lain di Argentina.


6. La Doncella
As if she could awake at any time, this mummy gives us the best look at how the ancient Inca dressed.


La Doncella merupakan mumia puak Inca yang mati kesejukan di gunung Llullaillaco. Beliau bersama dua orang anak kecil dipilih sebagai korban ritual puak Inca dan pada masa itu, La Doncella berusia 15 tahun. Sebelum dibiarkan mati kesejukan, La Doncella dan dua orang anak kecil dimabukkan dengan daun koka dan chicha. La Doncella merupakan korban Dewa Matahari dan melihat dari segi pakaian dan hiasan yang dipakai, beliau dilayan dengan sempurna sejak dari kecil. Beberapa helai rambut putih telah dikesan pada La Doncella, menunjukkan kesan depresi dan pihak arkeologi berpendapat bahawa La Doncella menanggung emosi yang dahsyat, menyedari hakikat bagaimana beliau akan menamatkan hidupnya.


@magi2015
Ruj: Listverse.com|Jasonponic.hubpages.com|wikipedia.org/Rosalia Lombardo|wikipedia.org/saintbernadette|

No comments:

Post a Comment