Thursday, 8 January 2015

Year of 2015: Ber-resolusi lagi

credits: myexposition.wordpress.com
Today is 8 January 2015. Rasanya tak lambat sangat aku nak wish Happy New Year (lambat ke?). Walaupun aku ada baca, sesetengah orang nak sambut maal hijrah...tanak sambut new year gregorian, aku tetap nak wish. Bukannya aku tak sambut Maal Hijrah (setiap kali Maal Hijrah aku pakai baju terbaik, gitew~), tapi at the same time kita pakai kalendar Gregorian (payday, Br1m dan bonus pun guna kalendar Gregorian) maka, janganlah negatif sangat.

For the  first month in this year, aku nak mulakan entri dengan ringkas je. Aku takkan merepek panjang lebar tinggi rendah.

Tahun lepas tahun yang susah untuk kita semua. Pesawat hilang, pesawat kena tembak, tanah runtuh, banjir besar, jenayah itu ini dan penutup tahun lepas, pesawat Air Asia dari Surabaya terhempas ke lautan. Takziah aku untuk semua family. Actually aku pun naik flight hujung tahun lepas, dan alhamdulillah, aku diberikan kesempatan untuk jenguk tahun baru.

Bila kita diberikan kesempatan baru untuk bernafas lagi, hidup lagi, bekerja lagi, kumpul duit lagi, itu bermakna, pintu untuk ke syurga masih ada. Aku tak kata aku ni mulia al fatanah, tapi wajiblah kita berjuang menentang syaiton. Anyway, bila masuk tahun baru, kita selalu pasang azam baru. Aku pun sama. Tapi sebelum berusaha untuk capai azam baru, what happen dengan azam lama? Makanya, haruslah kita membikin azam cocok dengan diri kita (tiba-tiba jadi channel Pelangi...hahaha)

About doa, doa yang baik akan diterima Tuhan. Doa yang baik bukan maksudnya baik untuk kita tapi buruk untuk orang lain. Standard doa aku ni selalunya worldwide *mr.worldwide~ 

Itu dia, aku ber-resolusi lagi.

Resolusi 2015 untuk diri sendiri

  1. Usaha semalam sudah membuahkan hasil, semoga aku tak henti mencuba.
  2. Rezeki Tuhan datang dalam pelbagai cara, semoga aku sentiasa bersyukur.
  3. Peluang keemasan pasti akan tiba, semoga aku sabar menunggu.
  4. Cabaran tak pernah berhenti menduga, semoga aku kuat berjuang.
  5. Keberkatan adalah satu keindahan, semoga aku tak henti berdoa.
Emm, dah macam sajak pulak resolusi aku. 

Resolusi 2015 untuk masyarakat
  1. Terimalah ujian sebagai penyatuan. Banjir telah menyatukan kita. Harap-harap, takde banjir pun kita tetap bersatu.
  2. Terimalah semua kaum dan agama dengan ikhlas. Kita dah lama hidup bersama. Janganlah disebabkan nak glemer, korang sanggup sebar fitnah. Buruk oo padahnya.
  3. Bangsa kita bangsa merdeka, tiap-tiap sambut merdeka dan hari Malaysia. Jangan biar hati kita terus dijajah.
  4. Teruskan berzikir, Malaysia. Jangan bila ditimpa musibah, baru nak berzikir. TV channel, kasi putar balik surah Al-Fatihah. Tak rugi pun korang siarkan, tak sampai dua minit pun.
  5. Apapun yang datang menimpa, kita kembali lagi sebagai satu. All for one, one for all.
Resolusi 2015 untuk dunia
  1. Negara besar, tolonglah jangan selalu sangat masuk campur hal dalaman negara orang. Sila terasa untuk negara berkenaan.
  2. Pinjam lagu Akim, "Jadikan malamku lebih indah, jadikan siangku lebih terang." Maksudnya, aku tak nak pencemaran.
  3. Jauhilah kami dari bala bencana dan sebarang malapetaka.
  4. Heal the world, dalam apa jua bentuk, cara dan sebagainya. Itulah yang aku harapkan.

Resolusi 2015 untuk keluarga
  1. Always the same thing: aku harap kita sentiasa bersama, bahagia dan gembira. Selamanya. Selamanya. (takde kaitan dengan lagu sokong harimau malaya)
Resolusi 2015 untuk kawan-kawan
  1. Kebahagiaan, kegembiraan, kesihatan dan segala macam kebaikan, itulah yang aku doakan untuk mereka.
  2. Tak kisahlah lupa muka aku, muka aku memang jenis forgettable. Tapi yang pasti, aku tak lupa muka korang...hehehe
Itu je resolusi aku kali ni, sekian (mari reramai aminkan)
@magi2015

No comments:

Post a Comment