Friday, 16 January 2015

Yay! Top Novelis 2015

Dapat risalah ni di MPH,
dan semestinya FOC c:
Akhirnya, hari ini hari Jumaat. Hari membersihkan 'debu' dalam blog. Aku baru je selesai menggarap, mengarang dan menggoreng manuskrip untuk dihantar ke pertandingan Top Novelis Mutiara Minda 2015 anjuran MPH dan Reader's Digest. Saje je nak cuba nasib, tak pernah try tulis novel sampai complete. Selalunya separuh je siap, dah tu biar kat dalam folder sampai bertukar jadi jeruk. Memandangkan aku ni menjurus ke arah penulisan cerpen *daku sa-orang cerpenis, memang mencabar sangat masa nak siapkan manuskrip. Aku asyik tanya, bila nak sampai 80 ribu patah perkataan ni?!

Okey, tinggal 15 hari lagi sebelum tarikh tutup penyertaan. Aku mula menulis manuskrip aku pertengahan bulan Disember tahun lepas (tapi banyak skip hari sebab demam, hilang idea dan merayau hujung  minggu). Tapi kalau dikira halus2, aku habiskan kerja dalam masa sebulan. Well, not bad. Bagi sesiapa yang nak mencuba nasib, gunakan 15 hari tu secukupnya. Pulunlah korang, sampai pengsan.



Panduan penyertaan senang je iaitu:
Bila tak ada idea,
aku makan...^^

1. Aksara: Times New Roman (tak payah guna Calligraphy, Bleeding Cowboys, Arab Dances bagai..)
2. Langkau 2.0 baris
3. Format Pdf atau .doc
4. Tema: bebas (bukannya kebebasan)
5. Saiz aksara 12pt
6. Jumlah perkataan: 80 ribu- 120 ribu
7. Kategori: Fiksyen
8. Genre: Bebas (isu sensitif seperti agama, politik, bangsa, kebudayaan, politik dan peribadi tidak dibenarkan)


Apa lagi pasal pertandingan ni? Oh...ada lagi...pesanan untuk penulis di luar sana.
  • Jangan ciplak/plagiat/terjemah cerita orang.
  • Hantar by mail or email
  • Sertakan resit kedai MPH untuk penyertaan (member MPH reader's Circle tak payah guna resit, pakai no.kad korang)
  • Tajuk manuskrip tak lebih dari 5 perkataan.
  • Cubaan nak menggoreng
    manuskrip.Harap2 tak
    hangus la... :p
  • Jangan lupa buat sinopsis manuskrip (aku dah blaja kesilapan ni masa join tahun lepas)

Orite...itu jelah benda penting dalam pertandingan ni. Jujur aku cakap, aku join kontes ni sebab godaan hadiah tempat pertama, which is 'epal'. MacBook Air 11-inch, hebat ooo...Tapi dah adat bertanding, kalau tak menang, redha je la (goodbye epal...).

Oh, pasal borang tu? Korang Google je, nak mintak kat aku pun buleh. Memandangkan aku ni dok oversea, aku takut nak hantar manuskrip by mail. Jadi pakai emel lagi cepat, dan tak membazir duit timbang kilo kat pejabat pos. 400 mukasurat, banyak tu. Untuk menjawab apa-apa kemusykilan, direct je tanya kat TNMM 2015 page di Facebook. 

Sempena tahun baru, jom mulakan dengan cabaran baru. Dengan berkat hari Jumaat ni, impian aku dan korang menjadi kenyataan. Amin ^^

@magi2015

No comments:

Post a Comment