Tuesday, 17 December 2019

Jadual Review Braces Terakhir

Hai visitors! Hari ni aku nak update kejadian review braces aku yang terakhir dalam jadual appointment wajib aku bersama doktor. Aku mula pakai pendakap gigi ni tahun lepas iaitu bulan 7. Tapi persediaan untuk pakai pendakap gigi ni bermula pada bulan April 2018. Dan bulan ini iaitu pada 16 Disember 2019, jadual 12 kali appointment bersama doktor gigi pun dah lengkap.

Okay bagi yang tak faham maksud aku ni, proses review braces bermula selepas braces dipasang. Setiap 6 minggu, patient perlu berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan, tukar dawai, betulkan kedudukan bracket sekiranya tertanggal, teeth scaling dan pasang power chain (ikut keperluan patient). Patient perlu buat review braces sebanyak 12 kali tapi braces takkan ditanggalkan selagi kedudukan gigi tak seperti apa yang doktor gigi nak. Jadi, walaupun jadual aku dah lengkap tapi aku still pakai braces dan teruskan sesi review braces sehingga gigi aku betul-betul rapat dan cantik. Tapi review selepas jadual 12 kali tu dimaklumkan tak berbayar kecuali untuk teeth scaling, yang tu kena bayar la.

So far, macam ni la keadaan gigi aku sekarang lepas tukar dawai dan pasang power chain:


Dan ini keadaan gigi aku pada bulan April 2013. Aku masih ingat masa ni aku baru lepas buat teeth scaling untuk kali pertama kat klinik kerajaan Batu Kawa.


By the way, pemakai braces yang komited sehingga giginya menjadi cantik ialah golongan yang sangat penyabar, tinggi komitmen dan bersedia untuk berkorban. Braces bukan semata-mata cantik, ada banyak benefit kesihatan dari aspek penjagaan oral health, teeth nerves dan juga baikpulih kedudukan rahang mulut. And for my personal reason aku rasa braces ni buat aku happy tersenyum lebar. Sebab? Aku berusaha untuk pasang braces ni dengan hasil titik peluh aku bekerja.

Makanya tahun depan aku masih bersama dengan braces aku. Sebenarnya aku sendiri belum ready nak berpisah dengan braces aku sebab aku dah terbiasa tengok bracket kat gigi. Aku still dengar isu kononnya pakai braces ni membazir. Okaylah, aku tak nak cakap banyak. Aku cuma nak nyanyi lagu Zizi iaitu "beras dapur engkau takkan jadi nasi aku~" hahahaha!

Peace, love, braces :)

@theMaGi2019

Sunday, 15 December 2019

Sayang Simunjan!

Hai, Magians! Aku datang lagi, nak update entri seterusnya. Alang-alang aku tengah bercuti ni, aku tak berminat nak tahu hal kerja. Aku nak relax. Jadi aku ikut trip ke Simunjan pada hari Sabtu 14 Disember. Trip ni bukan trip suka-suka tapi sebenarnya aku dan families pergi attend majlis nikah sepupu aku di Kampung Keniong, Simunjan.

Okaylah, aku nak kongsi sikit tentang Simunjan. Dulu aku selalu dengar nama Simunjan disebut-sebut sebab dulu jiran aku di Briged PGA orang Simunjan. Orang yang berasal dari Simunjan ni ada dialek pertuturan yang unik dan senang nak kenalpasti. Sebelum daerah Simunjan ditadbir oleh Bahagian Samarahan, daerah ini dulunya di bawah pentadbiran Bahagian Kuching. Selepas 27 Julai 1986, Simunjan ditadbir oleh Bahagian Samarahan bersama 2 daerah yang lain iaitu daerah Serian dan Samarahan.

Sebelum wujudnya daerah Simunjan yang ada pada masa sekarang, daerah Sadong telah dibentuk merangkumi kawasan Simunjan (lower Sadong) dan Serian (upper Sadong) pada era pemerintahan Brooke tahun 1901. Simunjan dijadikan pusat pentadbiran pada ketika itu. Kemudian Serian dipisahkan dari daerah Sadong pada 1955 dan satu daerah baru diwujudkan iaitu daerah Serian. Daerah Sadong pula diberi nama baru iaitu daerah Simunjan. Pada 1 Januari 2002, Bahagian Samarahan mempunyai 4 daerah iaitu daerah Simunjan, Serian, Samarahan, Asajaya (dan dua daerah kecil iaitu Sebuyau dan Tebedu).

Now kita berbalik semula dengan kisah kami nak pergi majlis kahwin. Ingatkan dah masuk dekat kawasan pasar Simunjan, kami dah sampai la ke tempat yang dituju. Rupanya, jauh lagi. Sebelum nak sampai ke Kampung Keniong, kena lalu banyak kampung yang lain. Bentuk demografi Simunjan ni berbukit bukau so ada la rasa macam naik kawasan tanah tinggi macam Cameron Highland. Kalau ikut kata makcik aku, kami kena lalu area balai polis, teruskan driving sampai jumpa SK Temiang kemudian teruskan driving sampailah nampak simpang masuk ke SK Keniong. Tak sangka jarak dari balai polis ke Temiang dan ke Keniong tu, masha-Allah... rasa macam nak pergi camping masuk hutan. Kami bertolak pukul 6:43 pagi dari Kuching dan sampai ke tempat dituju pada jam 9:00 pagi. Itu pun abah aku yang driving, kalau aku mungkin pukul 10-11 pagi baru sampai.

Just info tambahan, Kampung Keniong ni sebenarnya kampung masyarakat Iban yang dah memeluk agama Islam. Kampung ni memang sangat terpencil tapi nasib baik laluan masuk ke kampung ni bertar. Lepas habis majlis, kami pun singgah balik ke pasar Simunjan. Masa nak pergi bukan main lambat nak sampai, bila balik cepat pulak rasanya. Memandangkan ini kali pertama aku ke Simunjan dan kali pertama juga nampak kawasan Sungai Sadong iaitu sungai utama di Simunjan, aku rasa aku dapat gambaran yang baik untuk sambung menulis manuskrip.

Sayang Simunjan!








@theMaGi2019
[Klik pautan berikut untuk info lanjut mengenai Bahagian Samarahan]

Cipta Memori @ Brooke Museum

Hello Sunday! Aku update lagi, kali ni pasal jalan-jalan selepas makan di Mr. Dakgalbi. Sesudah makan begitu kenyang, aku plan nak buat sesi 'longgarkan' perut. Actually aku memang plan nak jalan-jalan cari idea hari Jumaat tu sebab otak aku tepu. Dalam fikiran aku, aku nak bersiar-siar, bermula dari sekitar India Street, terus ke Squre Tower, kawasan Kuching Waterfront dan berjalan sampai ke area The White Barok. Depan White Barok tu tempat tunggu perahu tambang, aku nak pergi ke seberang which is Kampung Boyan. Dari Kampung Boyan, aku jalan kaki dan pergi ke Brooke Museum.

Brooke Museum ialah Fort Margherita. Dulu pernah berfungsi sebagai Muzium Polis selama puluhan tahun. Kubu ni dulu dalam kawasan Kem PDRM Briged PGA dan aku membesar di kem tu dari aku kecik sampai remaja. Aku berpindah bila aku berusia 18 tahun. So tempat ni memang aku sangat familiar dan even tempat ni dah sunyi sebab kem polis dah tak ada lagi dan sekolah rendah aku yang berjiran dengan kubu pun dah jadi ghost town, aku boleh bayangkan keadaan 20 tahun yang lepas tanpa sebarang masalah.

Kemudian, kawan aku kata dia nak ikut sekali sebab dia tak pernah pergi ke Fort Margherita. Jadi aku pun gerak la ke sana dengan kawan aku, kami berdua jalan kaki. Konon-konon feeling macam tourist sebab kebetulan hari Jumaat so ramai pulak tourist dari luar negara. To be honest, banyak kenangan aku kat seluruh kawasan kubu ni. Zaman kanak-kanak aku, zaman persekolahan, zaman membesar semuanya di kawasan yang sama. Kali terakhir aku pergi ke kawasan ni pada tahun 2014 tapi tak lama sebab hari tu hari terakhir sebelum sekolah aku ditutup dan berpindah ke tapak baru. Bila kawan aku join sekali dalam pengembaraan mencari idea dan membuang stres, aku secara tak langsung jadi tour guide. Walaupun hari tu memang panas, aku rasa berbaloi sebab cuaca panas tu memudahkan plan aku dan gambar pun cantik.

Bagi sesiapa tanya berapa bayaran masuk, RM10 per person untuk adult local macam aku. RM5 untuk kid local. Bayaran untuk pengunjung bukan Sarawak berbeza, ada tour package disediakan tapi aku rasa kawan aku beruntung sebab dapat tour guide tanpa bayaran, hahaha!

Tak sabar tunggu muzium yang lain open untuk lawatan :)

Tempat ni berdepan dengan The White Barok

Lepas sampai ke seberang (Kpg. Boyan), kena lalu kawasan ni.
Kalau sorang-sorang and penakut, aku tak suggest korang guna
laluan ni. Aku suggest korang naik jambatan Darul Hana, pergi
ke Pangkalan Sapi/Batu and try ambil Grab. Mintak hantar ke 
Fort Margherita

Ni kali pertama kawan aku baru sampai ke Fort Margherita


Dan aku tak tahu berapa kali aku ke sini. Tak sempat nak kira,
kawasan ni tempat aku bermain masa kecik2 dulu


Pertama kali kawan aku masuk ke dalam Fort Margherita

Dan pertama kali dia naik spiral staircase. Agak sempit
tangga ni, muat untuk seorang. Boleh kalau nak naik
berdua, tapi romantik sikit la, hahaha!

Dia nak selfie dengan James Brooke

Dan aku nak selfie dengan Charles Brooke. Entah kenapa
aku rasa macam Charles annoying bergambar dengan
aku. Muka dia macam ada ekspresi

Yang ini Sarawak's war song. Aku baru tahu Sarawak ada lagu perang

Dan yang ni salinan asal nota lagu kebangsaan negara Sarawak
suatu masa dahulu

Yang ni sedikit catatan mengenai seorang wanita jelita yang
pernah suka pada James Brooke tapi cintanya tak dibalas

Aku tertarik dengan keris Melayu abad ke-19. Keris antara
senjata kegemaran Brooke dari aspek praktikal, nilai seni dan
juga elemen mistik

Masa ni aku dan kawan aku tengah berehat di tingkat 3

Dan ini tingkat atas sekali. Kami berdiri atas puncak kubu.
Boleh nampak bangunan tinggi dan hotel di seberang. Awan
pun nampak cantik

Masa ni aku bergambar di ruang tinjau kubu yang berhadapan
dengan Sungai Sarawak. Ada teropong kat situ, tapi berdekad 
rosak. Teropong tu cuma dekorasi je

Kawan aku duduk dekat kawasan ruang tinjau, berlatar
belakangkan DUN baru

Suasana di sekitar kubu. Langit sangat biru, jangan
tanya tahap kepanasan aku masa tu

Sebelum balik, kawan aku bergambar depan pintu masuk kubu.
Dia struggle nak buka mata sebab silau

Lepas dipanggang, kami pun naik perahu tambang.
Masa untuk cari benda sejuk

Kembali ke Plaza Merdeka, kami singgah ke Stone Ice kat tingkat
bawah. Tak jauh dari Mr. Dakgalbi. Finally, pengembaraan tamat.
Mula pada pukul 1:30 petang, berakhir pada 7 malam


@theMaGi2019

Sesi Makan di Mr.Dakgalbi@Plaza Merdeka

Hai Ahad! Hari ini aku ada kesempatan nak kemaskini blog. Sebelum ni aku selalu tak ada masa, sibuk dengan kerja, which is not good untuk kesihatan secara overall. Okay, kali ni aku nak up kisah jalan-jalan cari makan. Aku rasa ni bukan food review yang betul la, aku cuma nak perkenalkan restoran makanan Korea yang baru di Plaza Merdeka, one of the most spectacular shopping mall di Kuching sebab terletak in the middle of Kuching's culture and history, iaitu di titik tengah India Street, Carpenter Street, Gartak Street, Gambier Street, Main Bazaar dan Kuching Waterfront.

Mr. Dakgalbi, restoran makanan Korea ni terletak di tingkat bawah Plaza Merdeka, bersebelahan dengan farmasi Watson. Ada satu lagi restoran makanan Korea kat tingkat yang sama iaitu Nene Chicken tapi konsep Nene macam KFC. Mr.Dakgalbi punya konsep macam restoran kat Korea sana. Jadi aku dan kawan aku pun try la hari Jumaat, kami cuti masa tu.

Source: Plaza Merdeka Page (Facebook)
Memandangkan kami memang baru 1st time makan di situ, agak confuse la masa nak pilih menu sebab menu di restoran ni mostly dalam bentuk set ikut jumlah customer. Kawan aku try set makan untuk 2 orang dengan harga RM76. Dalam set tu ada:
  • Daun salad
  • Daun kobis
  • Ramen
  • Daging yang dah siap dipotong
  • Nasi + seaweed
  • Cheese leleh
  • Radish (boleh refill)
  • Kimchi (boleh refill)
  • Salad mayonis (boleh refill)


Minuman tak termasuk dalam set, nak tambah nasi putih pun boleh. Set ni akan disediakan secara live depan mata so bersedia la bau makanan melekat kat baju, hahaha! Dan bila semua dah siap, aku dan kawan aku agak terkejut sebab set ni bukan sekadar 2 orang dapat makan, 4 orang pun boleh sebenarnya.


Jadi kesimpulannya, aku dan kawan aku makan sampai kenyang sampai tak boleh bangun dari kerusi. Tapi memang sangat berbaloi sebab makanan sedap, aku paling suka radish dan ramen. Daging pun sangat lembut, sedap dimakan bersama daun salad. Orange juice aku RM5, gelas besar. Pekat and sejuk tapi tak banyak ais so rasa juicy tu sampai ke sedutan terakhir. By the way, ini bukan promosi berbayar okay? Aku cuma nak bagi suggestion untuk mereka yang nak spend masa untuk makan-makan.

Aku dan kawan aku nanti nak try set lain. Nanti kalau dah try aku akan update.  Bagi aku, food therapy is one of my best therapy. Bak kata George Bernard Shaw:

"There is no love sincerer than the love of food."

p/s: kami tak dapat habiskan, so take-away la endingnya.

@theMaGi2019