Saturday 12 July 2014

Ramadhan 14: Judah dan Gergaji

credits: clker.com
Sabt, Sabat, Sabatikal; semuanya membawa maksud yang sama iaitu hari Sabtu. Ya, hari ini hari Sabtu. Suatu ketika dahulu, hari Sabtu merupakan hari beribadat yang dikhaskan oleh Allah SWT untuk Bani Israil. Sehingga sekarang, mereka masih memuliakan hari Sabtu, cuma mereka terpesong begitu jauh dari jalan yang asal.

Okay, hari ni entri pasal kerajaan Judah, juga disebut sebagai Judea. Ia sebuah kerajaan silam kebanggaan Yahudi suatu masa dahulu dan aku yakin mereka nak kembalikan kegemilangan tu. Cuma, mereka tak ada tanah air. Jadi, macam mana? Mereka memutuskan untuk mencuri tanah air orang lain. Oh, dahsyatnya.Aku rasa, hati orang Bani Israil ni memang keras nauzubillah. Berapa banyak nabi dan rasul diutus untuk kaum mereka, tapi bodoh tak habis-habis. Isu perang pun tak habis-habis.

Apa itu Kerajaan Judah?

Kerajaan awal Judah dipercayai wujud pada 930SM-586SM dan ibu negeri ialah Jerusalem. Selepas kematian Saul (Talut), takhta pemerintahan diambilalih oleh David (Nabi Daud) menerusi pemilihan dari puaknya sendiri iaitu puak Judah. Kerajaan Judah berkembang di bawah pemerintahan Nabi Daud a.s dan hidup aman damai. Kemudian, kerajaan itu diambilalih pula oleh anak David iaitu Solomon (Nabi Sulaiman) dan kedua-dua belas puak di dalam kerajaan bersatu. Konflik dalaman timbul selepas wafatnya Nabi Sulaiman. 10 dari 12 puak menolak anak Nabi Sulaiman iaitu Rehoboam sebagai pengganti. Hanya puak Judah dan Benjamin kekal setia pada Rehoboam. Dua puak ini membentuk Kerajaan Judah (kerajaan selatan) dan puak selebihnya membentuk entiti baru iaitu Kerajaan Israel (kerajaan utara).

Selepas 586SM, kerajaan Judah ditakluki Babilonia dan berlaku pengusiran yang teruk dibawah pemerintahan Raja Nebuchadnezzar. Gabenor dari Babilonia menjadi wakil kerajaan Judah untuk beberapa ketika sebelum gabenor itu mati dibunuh dan masyarkat Judah hidup tanpa pemimpin.

12 Puak Bani Israil

Israel terdiri dari 12 puak dan suatu ketika dahulu mereka bernaung di bawah pemerintahan Talut, Daud dan Sulaiman. 12 puak Israel ini dinamakan sempena dengan nama leluhur mereka iaitu 11 anak lelaki Nabi Yaakub iaitu:

1. Rubin (Rueben)
2. Sham'un (Simeon)
3. Lawi (Levi)
4. Yahuza (Judah)
5. Zabulun (Zebulun)
6. Yasakar (Issachar) 
7. Dan (Dan)
8. Jad (Gad)
9. 'Ashir (Asher)
10. Naftali (Naphtali)
11. Bunyamin (Benjamin)

Nama anak Nabi Yaakub yang ke-11 iaitu Nabi Yusuf tidak termasuk dalam senarai nama puak Bani Israil kerana terpisah dari bapanya kerana dicampak ke dalam perigi oleh abang-abangnya, Simeon dan Yahuza yang cemburu. Kisah Nabi Yusuf (Joseph) juga tiada dalam rekod  Yahudi. Melalui Nabi Yusuf, keturunan disambung dan menurunkan dua puak yang lain iaitu:

1. Ephraim
2. Manasseh 

Sejarah Awal Puak Bani Israel

Bani Israil bermula dari keturunan Nabi Ibrahim a.s (Abraham) yang mempunyai dua orang isteri iaitu Sarah (Sarai) dan Hajar (Hagar). Melalui Hajar, lahirlah Ismail (Ishmael) dan melalui Sarah lahirlah Ishaak (Isaac). Ishaak mempunyai dua orang anak iaitu Iesu (Esau) dan Yaakub (Jaacob). Nabi Yaakub mempunyai 4 orang isteri dan mempunyai 12 orang anak. Yusuf dicampak ke dalam perigi oleh abang-abangnya yang cemburu. Namun nasib menyebelahi Yusuf dan hidup senang di Mesir. Mereka semua pun berhijrah ke Mesir dan kehidupan mereka terpelihara sehinggalah Nabi Yusuf wafat.

Nabi Yaakub dan anak-anaknya keluar dari Mesir kerana tidak tahan ditindas. Penghijrahan itu dipimpin oleh Nabi Musa dan ia disebut di dalam Kitab Ibrani sebagai Exodus. Selepas penghijrahan tersebut, Nabi Musa berpuasa 30 hari sebelum Kitab Taurat diturunkan namun 10 hari ditambah kerana Nabi Musa membersih mulutnya dengan dedaun. Kelewatan 10 hari itu menyebabkan beberapa pengikut Nabi Musa a.s berubah hati.

Setelah 40 tahun hidup bergelandangan bersama Nabi Musa (40 tahun itu berpunca dari 40 hari puasa Nabi Musa, tambah 10 hari kerana mencuci mulut), pembantu Nabi Musa iaitu Yusha (Joshua) dipilih menjadi pemimpin baru. Mereka tiba di tanah Kanaan dan memulakan kehidupan baru dengan membahagikan mereka dalam 12 puak (memasukkan nama Ephraim sebagai ganti nama Yusuf). Puak Manasseh pula dikatakan puak yang 'hilang' dan segelintir keturunannya kini berpecah-pecah ke sebelah timur. 

Kedua-dua belas puak itu disebut sebagai Bani Israil bersempena dengan gelaran Nabi Yaakub iaitu Israil yang membawa maksud 'hamba Allah' atau 'tentera Allah'.

Kaitan Judah dan Gergaji

Pernah dengar perumpamaan 'seperti gergaji dua mata'? Itu bermaksud, bersikap munafik untuk mendapat untung. Itulah yang berlaku pada:
  • Nabi Yusuf, dikhianati oleh saudaranya sendiri kerana saudaranya mahukan perhatian dari bapa mereka, Nabi Yaakub.
  • Nabi Ibrahim, dikhianati oleh keluarganya sendiri kerana mereka tidak mahu dipandang serong oleh masyarakat.
  • Nabi Musa, dikhianati oleh segelintir pengikutnya kerana mereka tidak mahu bersusah payah hidup bersama Nabi Musa.
  • Nabi Isa dikhianati oleh pengikutnya, Judas Iskariot yang menjual Nabi Isa kepada tentera Rom demi tawaran beberapa keping wang perak.
Itulah kaitan Judah dan Gergaji. Mereka berjanji tetapi mereka mengkhianati. Sama saja dengan sifat 'gergaji bermata dua'. Antara contoh yang paling dahsyat ialah kisah puak Judah dengan nabi bukan rasul iaitu Nabi Isaiah (Yesaya).

Nabi Isaiah ialah penasihat kepada Raja Hizkia, raja yang memerintah kerajaan selatan yakni kerajaan Judah. Ketika Raja Hizkia jatuh sakit, kerajaannya diserang oleh kerajaan Babilonia. Raja Hizkia memohon agar kerajaannya selamat dari serangan. Doanya diterima oleh Allah SWT dan Nabi Isaiah menerima mimpi bahawa usia Raja Hizkia dilanjutkan 15 tahun lagi. Dalam tempoh tersebut, Raja Hizkia berjuang dan berjaya menyelamatkan kerajaan dan meninggal dunia sesudah perang. Tetapi kerajaan Judah porak peranda akibat kehilangan pemimpin. Nabi Isaiah berusaha untuk membaiki keadaan dengan berdakwah dan menyeru mereka agar yakin pada Allah SWT.

Namun, di dalam keadaan serba terdesak, seruan Nabi Isaiah kedengaran seperti satu bebelan dan menambah kerunsingan mereka. Mereka menjadi marah, lalu berniat untuk membunuh Nabi Isaiah agar tiada siapa yang menyibuk dalam kehidupan mereka lagi. Kemudian, sebatang pohon terbuka dan melindungi Nabi Isaiah dari dibunuh oleh kaumnya sendiri. Malangnya, Iblis menghasut mereka dan menarik sedikit hujung baju jubah Nabi Isaiah agar kelihatan di mana Nabi Isaiah disembunyikan. Melihat keadaan itu, mereka pun mengambil gergaji lalu menggergaji pokok tersebut. Nabi Isaiah pun terbunuh oleh kaumnya sendiri.


Begitulah perihal Bani Israil, sehingga kini masih bersifat gergaji. Mereka menjadikan alasan Holocaust sebagai lesen untuk berperang. Tak mustahil, bangsa ini akan tumbang dan hidup porak peranda akibat perbuatan bangsanya sendiri. 

p/s: harap-harap tumpullah mata gergaji tu lepas ni..heh~


@themagi2014
ruj: Wikipedia (Kerajaan Judah)|Wikipedia (Bani Israil)|
JewishVirtualLibrary.com| Bambangbelajar.wordpress| Republika.co.id| Pekanrabu.com

No comments:

Post a Comment