Sunday 13 July 2014

Ramadhan 15: Permulaan, Pertengahan, Pengakhiran

credits: jomfaham.blogspot
Akhirnya, Ramadhan ke-15. Kita sekarang berada di titik tengah bulan puasa dan tinggal 2 minggu saja lagi nak sambut hari Raya. Pada hari inilah, masa keluar jalan-jalan, aku diuji dengan kehilangan pitih. Tak apa, bukan rezeki. Kalau tak diberi ujian masa bulan puasa, kita takkan tahu sekuat mana hati kita masa bulan puasa. Tak gitew?

Tiga Fasa Ramadhan

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan..." (diriwayatkan oleh Ahmad, An-Nasa'i, Al Baihaqi dari Abu Hurairah)

Sepanjang bulan Ramadhan, kita tak sedar kita melalui beberapa fasa yang berbeza. Beberapa hari yang lalu ialah fasa pertama dalam bulan puasa. Hari ini ialah hari pertama fasa kedua. Beberapa hari saja lagi malam Lailatul Qadar, fasa terakhir dalam bulan Ramadhan. Ketiga-tiga fasa itu membawa pengertian yang berbeza iaitu:

1. Fasa Pertama: Rahmat

Fasa pertama adalah peringkat pertama dalam berpuasa dan Allah SWT mengurniakan bulan Ramadhan sebagai bulan bonus untuk beramal ibadat dan memanfaatkan masa dengan perkara-perkara yang baik. Pada peringkat ini, kita diuji dengan godaan makan dan minum dan di situlah kita berdepan dengan Jihadunnafs (jihad melawan nafsu).

2. Fasa Kedua: Pengampunan (Maghfirah)

Fasa kedua ialah peringkat kedua untuk kita memburu keampunan pada setiap rahmat yang Allah SWT berikan kepada kita. Peringkat ini peringkat yang sesuai untuk melanjutkan solat, berqiamullail, memohon petunjuk, solat sunat, berzikir, memohon ampun pada setiap kesalahan kita samada sedar atau tidak, dan sebaiknya beruzlah iaitu mengasingkan diri untuk memahami makna berpuasa.

3. Fasa Ketiga: Pembebasan Api Neraka

Fasa ketiga adalah peringkat terakhir berpuasa yang paling utama. Pada peringkat inilah amalan dilipatgandakan dan memperbanyakkan zikir, perkara-perkara sunat, qiamullail dan bersedekah. Bagi wanita yang uzur pula, zikir yang berterusan adalah ibadat ringan yang sangat dimuliakan agar mereka tidak kerugian dalam mencari keberuntungan di akhir bulan puasa. Pada peringkat ini juga, malam-malam ganjil mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada umat lain melainkan umat Nabi SAW, iaitu malam Lailatul Qadar. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa amal perbuatan itu tergantung pada penutupan, atau pengakhirannya. Maka sebab itulah penutup bulan puasa sangat penting dan mesti dimanfaatkan dengan baik. 

Biarpun kelihatan kecil, yang penting istiqomah. 


@themagi2014
ruj: blog.pmutm.my|aura-hikmah.blogspot|nasbunnuraini.blogspot|jomfaham.blogspot|blogammar.com|
belajarbahasarab.com

No comments:

Post a Comment