As you wish, itulah kata-kata yang sesuai untuk tajuk entri aku kali ni. Hari ni hari Jumaat, aku berminat nak post benda2 baik je. Berkenaan dengan permintaan. Apa yang korang hajatkan selama ni? Kalau aku, dalam 1000 impian, biar la satu yang tercapai. Manusia ni tak boleh dapat semua benda yang dia nak. Pepatah pun Barat ada menyebut, "if you get everything, you get crazy."
Sebelum wujudnya kita kat bumi ni dan sebelum bermulanya tamadun di dunia, seperti yang korang tahu, Nabi Adam a.s adalah manusia pertama yang diciptakan dan hidup di syurga. Iblis, malaikat mulia yang dicipta daripada api tak nak sujud pada Adam a.s. Maka, Iblis pun dicampak keluar kerana bersikap sombong.
Dirawikan bahawa Iblis mempersoalkan kenapa dia mesti bersujud pada Adam a.s sedangkan dia lebih mulia manakala Adam a.s hanya dicipta daripada tanah? Ketika para malaikat sujud pada Adam a.s, Iblis memalingkan muka sebab dia merasakan dia jauh lebih baik dari manusia dan Iblis sedikit pun tidak menyesal dengan tindakannya. Maka, wajah Iblis yang cantik menjadi hodoh.
Tapi sebelum Iblis dicampak keluar, dirawikan bahawa Iblis meminta sesuatu pada Allah swt iaitu:
- Memandangkan para nabi selamat dari Iblis, Allah swt membenarkan Iblis mendekati anak cucu Adam.
- Setiap kali anak cucu Adam beranak, Iblis juga akan beranak.
- Allah swt membenarkan Iblis memasang jerat dan tipu daya pada manusia.
- Allah swt membenarkan Iblis menemani manusia dalam harta dan anak, malah sesatkan mereka dalam agama dan perbuatan yang batil.
- Iblis dibenarkan untuk berbuat apa saja yang dikehendaki.
Mendengar permintaan Iblis yang begitu banyak dan menakutkan, Adam a.s juga meminta sesuatu pada Allah swt iaitu:
- Ketika Iblis cuba mendekati ,setiap umat dijaga oleh malaikat.
- Setiap kebaikan yang dilakukan diberikan pahala 10 kali ganda.
- Allah swt menerima taubat anak cucu Adam selama mereka masih hidup.
- Allah swt mengampuni dosa anak cucu Adam tak kira apapun dosa dilakukan.
Untuk Adam a.s, Allah swt memberikan utusan berupa kitab sebagai panduan untuk anak cucu Adam. Maka, Iblis pun bertanya apakah utusan yang mewakili dirinya? Allah swt berkata:
- Utusan Iblis adalah tukang tenung.
- Kitab Iblis adalah perangai buruk.
- Hadis Iblis adalah kebohongan.
- Kitab (Quran) bagi Iblis ialah syair.
- Tukang azan bagi Iblis ialah seruling.
- Masjid Iblis ialah pasar.
- Rumah Iblis ialah tandas.
- Makanan Iblis ialah sesuatu yang tidak disertakan dengan nama Allah swt.
- Minuman Iblis ialah sesuatu yang memabukkan.
- Perangkap Iblis ialah perempuan.
Setelah mendengar permintaan mereka diperkenankan, Adam a.s dan Iblis berasa senang. Di situlah bermulalah 'perang' antara manusia pertama dengan musuh pertamanya. Moga-moga, peperangan ini berakhir di pihak yang benar.
@themagi2014
ruj: Mukashafah al Qulub, Imam Bukhari.