Remaja. Zaman yang ohsem, tapi singkat. Kalau dikira dari awal masuk Form 1 sampai habis Form 5, itulah era remaja yang sebenar-benarnya. Lepas habis Form 5, itu persediaan untuk meninggalkan era remaja dan selepas berusia 20 tahun dan ke atas, zaman remaja anda sudah pun tamat. Kejam tak bunyinya? Tak, itu hakikat.
Okay, aku pernah jadi remaja dan zaman remaja aku dah pun tamat. Kira-kira 10 tahun yang lalu. Aku tak tau sangat remaja zaman sekarang. Apa yang aku nampak, remaja zaman sekarang ni agak daring dan advance. Zaman aku tak se'daring' dan se'advance' remaja zaman sekarang. Tapi aku nak cakap jujur je lah, aku tak menikmati sangat zaman remaja. Aku ni spesis introvert + pelik. Sebab apa aku cakap aku introvert + pelik? Sebab, masa kawan-kawan aku tengah mabuk Friendster, aku pulak duduk sorang-sorang bawah rumah main pasir dan buat bentuk pasu. Aku rasa, aku sangat kreatif masa tu.
Well, kalau korang terfikir- "Nape ko fikir kau tak menikmati zaman remaja disebabkan kau main pasir?" atau "Apa maksud ko dengan 'menikmati zaman remaja?" Lalu timbul question mark kat kepala korang- "Part mana yang ko maksudkan 'menikmati zaman remaja?" Okay, aku sudi jawab soalan tu. So, untuk mereka yang dah tinggalkan zaman remaja mereka tu (bukan untuk remaja yang baru je habis SPM atau diploma), tengok bucket list yang aku senaraikan. Check mana-mana point yang pernah korang buat. Kalau lebih dari 15, memang sah korang menikmati zaman remaja korang dengan secukup-cukupnya. Kalau kurang, korang cuma melalui zaman remaja.
Sekarang, mari kita mula:
- Peminat tegar boy group atau girl group tahun semasa
- Concern dengan trend remaja terkini (pakaian, gajet, lagu, filem etc)
- Sentiasa nak sesuatu yang baru
- Gemar melepak dengan kawan-kawan kat tepi jalan/kedai makan/taman rekreasi/perpustakaan/cyber cafe/shopping complex
- Ada geng/grup tersendiri
- Suka bergosip
- Ada musuh
- Ada peminat
- Ada crush
- Ada couple
- Putus couple
- Ber'couple' lagi dan lagi a.k.a cinta monyet
- Beli/pakai barang sedondon dengan BFF
- Buat buku biodata kawan-kawan (pasal impian masa depan dan jodoh)
- Tak sabar nak habis sekolah (sebab dah bosan pakai baju sekolah)
- Kaki study group
- Kaki boikot cikgu disiplin
- Bercinta dalam kelas
- Tolong cover kawan yang bercinta satu kelas
- Jadi tukang kacau daun kawan yang tengah dating
- Jalan-jalan dengan kawan naik motosikal/kereta masa beraya rumah cikgu dan rumah kawan sekelas
- Buat kerja gila-gila (contoh: campur bermacam jenis mee segera dalam periuk dan makan dan lepas tu berak sampai nak mereput dalam jamban)
- Berhibur kat tempat tuisyen
- Suka berahsia/simpan rahsia
- Jatuh cinta kat senior
- Jatuh cinta kat kawan baik sendiri
- Ada konflik persahabatan
- Putus kawan dan lepas tu kawan balik
- Merancang nak reunion bila dah habis Form 5
- Tandatangan kat baju sekolah bila habis SPM secara rasmi
Okay, setakat ni je bucket list yang aku buat. Dah check berapa banyak point korang? Dalam 30 point kat atas, aku dapat 10 je. Tak perlu la aku mention point yang mana. Korang pulak macam mana? ^^
@themagi2016