Hai Magians! Nak buat short update hari ni. Tentang lagu. Semalam aku pergi klik-klik new songs kat Youtube dan aku dengar lagu Bury a Friend by Billie Eilish. Terus aku fall in love di bulan Februari. Serius, aku memang suka lagu yang ada spooky eerie vibes. Macam serasi je dengan selera aku. Tapi lagu Bury a Friend ni bukan satu-satunya lagu yang berkonsepkan spooky eerie vibes dalam playlist aku. Since this month is full of love, aku prefer untuk love that kind of song. Baru ada feel nak mengarang cerita. Hakhak!
Okay, ini dia list lagu spooky eerie vibes dalam playlist aku. Kalau ada suggestion, sila tambah kat kotak komen. You are very welcome!
Oh September...tak sangka bulan 9 dah nak habis. Terus teringat dengan lagu Green Day- Wake Me Up When September Ends. Dan bukan satu kebetulan, entri ini entri terakhir untuk bulan September sebab aku memang siapkan 5 entri je untuk setiap bulan. Aku tak mampu nak update banyak entri macam dulu-dulu sebab kekangan kerja. Tak apa, October is around the corner.
To be honest bulan September is really full of surprise. Aku dapat berita baik. Selalunya aku sangat excited. Tapi pada usia macam ni, aku tak ada rasa nak meloncat gembira. Instead, aku terlebih bertenang. Seolah-olah aku nampak awan berarak, pokok bergoyang, daun berterbangan, burung berkicauan in slow motion. Dan aku rasa tak ada yang dapat melengkapkan momen ketenangan, melainkan muzik-muzik yang bagus.
Aku rasa aku patut ucapkan terima kasih pada kawan sekerja aku sebab dia suggest untuk tengok Kdrama Still 17. Melalui drama tu, aku kembali semula dengan habit lama which is mendengar muzik-muzik klasik. So aku nak kongsikan muzik klasik kegemaran aku. Harap music list aku membantu sesiapa yang baru nak berminat dengan muzik klasik.
1. Antonio Vivaldi- Storm
Many years ago di Kuching Waterfront, muzik Vivaldi mengiringi rentak water fountain dan lampu. Aku tak tahu pun nama muzik tu, I was around 14-15 at that time. Tapi sebagai audiens yang sedang duduk menunggu abah yang sedang menjala udang di tepi Sungai Sarawak, I was mesmerized. Vivaldi is always part of my youth.
2. Beethoven- Symphony No. 5 in C Minor (Allegro Con Brio)
Aku dah lama tahu muzik ni, iklan TV selalu guna muzik Beethoven. Tapi yang membuatkan aku tak dapat lupa muzik ni ialah- teater adik lelaki aku masa dia study. Kumpulan teater tu gunakan music note 'dda, dda, dda, ddaa' untuk dialog "My name is Macbeth!". To be honest, dialog yang disebut dengan music note Allegro Con Brio sungguh kelakar bunyinya.
3. Dmitri Shostakovich- Waltz No. 2
4. Johannes Brahms- Hungarian Dance No. 5
Pertama kali aku tahu muzik ni ialah melalui Piano Apps di Google Play Store. Masa tu aku nak sangat belajar main piano. So aku pun install Piano apps dan aku suka berlatih guna music note Hungarian Dance no. 5. Tapi sampai sekarang, aku tak pandai main piano.
5. Johann Sebastian Bach- Bouree in E Minor
6. Mozart- Symphony No. 40 in G Minor (Molto Allegro)
7. Johann Strauss Sr.- Radetzky March
Aku tak ingat kat mana aku dengar Radetzky kali pertama. Aku rasa, mungkin dari Jdrama. Kalau tak silap aku dalam drama tu muzik Radetzky dimainkan pada sesi senamrobik pagi di sekolah. Dan aku sangka, semua lagu senamrobik di Jepun guna muzik yang sama. Bila aku cari di Youtube, sampai ke sudah cuma lagu Jepun Radio Taisho je yang keluar. Thank God aku tengok Kdrama Still 17, dapat jugak cari aku cari tajuk muzik ni.
8. Niccolo Paganini- La Campanella (play by Salvatore Accardo)
Aku pernah dengar muzik ni, tapi tak ingat kat mana aku dengar. Finally aku jumpa dalam Kdrama Still 17. Aku rasa aku tak boleh lupa muzik ni sebab bunyi loceng. Bunyi loceng tu sangat...misterius?
9. Mozart- Rondo Alla Turca (Turkish March)
10. Vittorio Monti- Czardas
Pertama kali dapat tahu tajuk muzik ni melalui rancangan Korea, Always Cantare. Henry mainkan Czardas dalam orkestra sebagai second violinist. Dan aku baru perasan yang muzik ni digunakan dapat verse pertama lagu Lady Gaga-Alejandro. Patut la macam familiar.
Sebenarnya ada banyak lagi muzik klasik dalam playlist aku, tapi aku rasa cukup la aku share 10 je. Kalau ada yang nak extra, mungkin aku boleh suggest muzik berikut:
Bach- Toccata and Fugue in D Minor
Beethoven- Fur Elise
Carl Orff- O Fortuna, Carmina Burana
Chopin- Etude No. 12 in C Minor Op.10 no. 12 Revolutionary
Rimsky Korsakov- Flight of the Bumblebee
Francisco Tarrega- Tango Maria
Franz Schubert- Marche Militaire
Khachaturian- Masquerade Suite Waltz
London Philharmonic Orchestra- Land of Hope and Glory
Hello Mac! Pada hari yang ke-19 bulan 3, aku duduk depan desktop. Suasana petang agak panas, aku tak ada selera nak buat kerja. Lebih-lebih lagi aku tengah sakit mata. What to expect? Jadi, aku pun nak update satu entri untuk bulan ni. Sebenarnya, aku tak idea nak tulis apa. Benci betul bila tak dapat luangkan masa untuk blogging macam dulu-dulu. Banyak sangat kerja, tinggi sangat expectation, komitmen makin melampau. Kadang-kadang aku rasa, commitment is suck~
Okay, bila aku rasa perasaan suck menderu dalam otak, aku akan siapkan manuskrip yang tertangguh sambil dengar lagu. Yes, lagu. Aku dengar bermacam-macam jenis genre lagu. Tak kisahlah lagu bahasa sekalipun, sebab fokus aku pada muzik. Bukannya pada lirik lagu.
Berbalik semula dengan tajuk di atas, sekarang ni biasanya orang suka tengok variety show dari Korea seperti Running Man, Infinite Challenge atau SNL. Ataupun, peminat Korean brand lebih tertarik dengan K-Drama. Tapi aku pulak suka tengok Immortal Song, sebuah rancangan menyanyi yang menghimpunkan penyanyi Korea berbakat dan mereka nyanyi semula lagu-lagu lama yang pernah hits suatu masa dulu dalam gaya muzik yang mereka suka. Melalui program ni aku nampak ada ramai penyanyi yang bagus di Korea dan Korea bukan setakat Kpop semata-mata. Aku cukup suka macam mana mereka rearrange lagu lama sehingga menjadi 'baru' mengikut versi mereka, sampaikan aku rasa lagu tu bukan lagu orang lain tapi lagu mereka sendiri.
Well, mungkin ini yang dimaksudkan 'muzik sampai ke jiwa'. Okay, aku bagi list lagu dari Immortal Song yang aku suka. Diingatkan, lagu yang aku suka...kalau korang tak suka boleh cari lagu lain :)
Hello Januari! Hari ni hari terakhir, hari Super Blue Blood Moon akan muncul. Sebelum bulan Februari, aku nak buat entri pasal The Growlers. Seperti yang aku dah mention dalam entri Music Mood, The Growlers ialah band favourite aku dan aku nak senaraikan lagu-lagu thumbs up dalam playlist aku. Kalau ada yang tengah browsing pasal The Growlers, mungkin ada yang beranggapan band ni semacam hippies atau gypsy. Tapi sebenarnya, The Growlers ni menggunakan tema pop, rock, beat dan ditambah dengan elemen surf ala-ala tepi pantai (juga dikenali sebagai Beach Goth).
Okay, kalau aku explain panjang-panjang pun macam tak guna. For those yang suka muzik based on guitar playing, or gorengan gitar ala 70an, atau beat yang creepy dan pelik, serta lirik lagu yang segar serta tak masuk akal (mungkin certain part agak obscene), aku recommend korang dengar lagu kumpulan ni.
Kalau korang suka, you are what you download~
1. Empty Bones
2. For Skin
3. Little Miss Jack
4. What It Is
5. Hiding Under Cover
6. Hoopity Hip
7. Strangers Road
8. Monotonia
9. Graveyard's Full
10. Drinking Song For Kids
11. One Million Lover
12. Old Cold River
13. Wandering Eyes
14. The Fruit Is For Everyone
15. The Spell That Made A Word
16. Sunset Girl
17. She's A Lady (Cover)
p/s: enjoy the music, okay? Not the graphic :) @theMaGi2018
Happy Tuesday, gais! Aku kembali untuk entri kedua. After terlibat dengan aktiviti sukan, sekarang aku nak share pasal muzik. Since aku agak well-aware pasal mood aku sejak kebelakangan ni dan aku rasa bersenam saja tak cukup, so aku pastikan playlist aku sentiasa cukup dengan pelbagai jenis lagu dan genre. Dan aku sentiasa pastikan setiap kawasan aku mesti ada earphone (earphone di bilik tidur, headphone di tempat kerja, earphone di dalam beg dan earphone atas katil). Pendek kata, earphone/headphone tu benda paling utama selepas kad pengenalan.
Untuk senarai lagu yang aku nak kongsi kali ni, 7 lagu ni boleh dikatakan mempunyai rentak muzik yang berbeza dan unik. So far belum ada lagi muzik lagu Melayu yang pelik di telinga aku. Btw, lagu/muzik yang berbeza dari yang lain sebenarnya membangkitkan mode segar dan meningkatkan mood. Bosan kalau dengar lagu yang sama rentak. Plus, aku suka lagu yang tak perlu buat aku faham apa yang dia nak sampaikan sebab aku cuma nak enjoy muzik je. Bagi sesiapa yang satu spesis dengan aku, you are what you download.
1. MAKEBA (Jain)
Okay, aku discover lagu ni masa dalam cinema. Ada iklan Levis pada masa tu sebelum Star Wars The Last Jedi nak mula. Basically aku fall in love dengan lagu ni sebab African beat yang catchy. Bagus untuk tingkatkan mood.
2. COME (Jain)
Lepas aku discover penyanyi yang bernama Jain, aku tertarik dengan satu lagi lagu. MV untuk lagu ni sangat fresh, kreatif dan pelik. Dalam masa yang sama, rentak lagu ni santai, dan catchy. Sesuai didengar masa tengah siapkan kerja.
3. AREA (MagnusTheMagnus)
Aku pertama kali dengar lagu ni di TV untuk iklan Iphone 8. Setiap kali iklan, aku stop sekejap sebab nak dengar lagu ni. Lagu Area ni dilabel sebagai lagu 'alien party', 'universe vibe' dan semestinya, 'space distinct' yang pelik tapi meningkatkan mood bagi sesiapa yang mendengar.
4. FILTHY (Justin Timberlake)
Okay, JT is back dengan lagu Filthy. MV untuk lagu ni agak ganjil sebab JT menjadi Steve Jobs, Steve Jobs kawal humanoid and at the same time, Steve Jobs ialah sejenis data(?) Ada elemen futuristik dalam lagu ni, beat yang pelik, berbeza dari muzik yang biasa JT buat or kita dengar. Ada yang kritik lagu ni agak disruptive dari segi tempo, tapi aku peduli apa? Aku suka lagu ni.
5. LUVUHATERS (San-E)
Masa mula2 aku dengar lagu ni, aku tak berapa suka. Tapi bila banyak kali dengar, lagu ni makin menarik. Sebab? Aku suka satu part dalam lirik (sebab part itu je yang aku tahu) which is: "Actually I'm f*cking love you, hater hater. My hater hater, I'm f*cking love you." In other word, dia suka dan benci haters. Cukup ironi. Muzik pun sinis.
6. MOVE (Taemin)
Bila Taemin jadi penyanyi solo, aku tak ambil peduli sangat dengan lagu dia. Sebab aku dah terbiasa dengan genre Shinee. Tapi lagu ni memang berbeza dari beat KPOP yang biasa sebab ada elemen retro 90-an, perubahan gender stereotype dan lebih fresh dari aliran biasa. Kudos untuk koreografi sebab apa yang Koharu buat memang taste aku. Weird, Wild and Whistle.
7. ORGEL (Shinee)
As usual, sebenarnya aku dengar lagu KPOP sebab muzik. Kedua, aku tak nak tahu lirik tu pasal apa. Sebab ketiga? Sila rujuk sebab pertama. Kebanyakan lagu kumpulan Shinee ni jenis fast beat, electronic pop, popping (common beat bagi dunia KPOP). Walaupun ada sesetengah lagu kumpulan ni mellow, soft pop, ala retro dan juga santai, tapi aku rasa lagu ni lebih menarik sebab muzik lagu ni segar, misteri dan pelik dalam masa yang sama. Mungkin bunyi music box tu yang menjadikan lagu ni bagus untuk mood.
*Bonus
8. FOR SKIN (THE GROWLERS)
Shht...aku update entri ni semata-mata nak buat penambahan dalam senarai. Lagu ni antara lagu thumbs-up dalam playlist aku dan wajib di-replay banyak kali. Apa yang menarik pasal lagu ni ialah drumbeat yang seakan-akan bunyi heartbeat, misteri, a pinch of creepiness (aku bayangkan tengkorak menari masa dengar lagu ni)...and okay, aku rasa aku sorang je yang dengar lagu jenis macam ni untuk mood improvement.
p/s: Btw, The Growlers ialah band favourite aku. Nanti aku buat song list. Manalah tahu mungkin ada yang minat ^^
Hello Oktober! Aku kembali lagi, terbabas untuk entri yang ke-9. Selalunya aku update 5 entri untuk satu bulan. Tapi memandangkan jadual aku tak tentu arah, so semuanya jadi tak betul. Lagipun, ini blog aku so aku boleh update apa je yang aku suka walaupun ada yang tak suka. Anda sakit kepala? Makanlah panadol.
So, kali ni aku nak update entri pasal Music Ask. Apakah benda ni? Aku tengok benda ni thru FB dan aku tertarik nak jawab semua soalan tu. Ataupun sebenarnya aku nak share lagu-lagu yang aku suka. Well, perlukah aku nak buat intro seperti esei 1500 patah perkataan?
Let's proceed~
So, ini dia jawapan aku untuk soalan di atas:
Red Blooded Woman- Kylie Minogue
One More Night- Maroon 5
Island in the Sun- The Weezer
Somebody That I Used to Know- Gotye
Hymn For The Weekend- Coldplay ft. Beyonce
Bailando- Enrique Iglesias ft. Sean Paul
Rain- The Script
Drinking Song for Kids- The Growlers
Cuckoo- Jannabi
King of Sorrow- Sade
Memories- Kid Cudi
Sugar Gimme Some- Trick Daddy
You Can Win If You Wan- Modern Talking
I Will- The Beatles
Under Paris Skies- Andy Williams
Sealed It With A Kiss- Brian Hyland
Back To You- Louis Tomlinson ft. Bebe Rexha
Orinoco Flow- Enya
Corner Of The Earth- Jamiroquai
Careless Whisper- George Michael
Mona Lisa- Will.I.Am
Cha, Cha- Chelo
Empty Bones- The Growlers
Mama- My Chemical Romance
You Know I'm No Good- Amy Winehouse
Madness In Love- Raphael Gualazzi
Time In A Bottle- Jim Croce
Happy Ending- Mad Soul Child (Jinsil)
Tic, Tic, Tac- Carrapicho
Never Give Up- Sia
Korang ada senarai lagu yang menarik? Boleh kongsi kat kotak komen ^^
Selamat pagi, visitors. Jam menunjukkan pukul 10 pagi, suasana kat tempat kerja pun tenang. Tapi dalam otak ni, Tuhan je tahu. Berserabut fikiran aku, tengok mee goreng dalam mangkuk pun rasa rimas semacam. Tak disangka-sangka, penghujung tahun macam ni banyak betul dugaan dan cabaran.
Ok, aku tak nak cakap banyak. Memandangkan banyak benda yang aku kena selesaikan sebelum the end of this year, aku nak share sikit terapi muzik yang aku dengar. Based on tajuk entri kat atas, korang selalu kaitkan kpop dengan muzik rancak. Tak jugak. Kenapa aku perlukan lagu kpop sebagai terapi muzik? Mesti ada yang cakap- "bukannya ko paham pun bahasa korea..." Sebenarnya, itulah tujuan aku dengar lagu korea. Aku bukannya nak paham pun lirik lagu tu, aku nak dengar muzik. Aku nak dengar rhythm lagu tu je. Itulah terapi muzik bagi aku. And if ada yang cakap- "ko cakap kau dengar lagu bukan nak paham lirik kan? Kenapa kau tak dengar lagu arab ke, jepun ke, perancis ke, jerman ke?" Okaylah, nanti aku share lagu arab, jepun, perancis, jerman yang ada dalam playlist aku. Mesti ramai tak sabar, menjerit-jerit nak tau tajuk lagu tu semua *rolling eyes~
Now, aku share beberapa ketul lagu yang aku dengar sejak kebelakangan ni. Harap korang pun suka.
Heize ft. Dean- And July
Sedap muzik lagu ni, boleh ulang banyak kali. Tak jemu dengar.
Heize- Don't Know You
Lagu ni pun nice, aku memang suka lagu jenis macam ni.
Mad Soul Child- Ask
Bila dengar lagu ni, sedap je rasa kepala. Sekali sekali nak juga
tenangkan otak dengan lagu yang lebih soft.
Primary ft. ChoA Iron- Don't Be Shy
Rentak lagu ni agak playful, jadi elok untuk add up mood untuk
jiwa yang tengah kacau.
Primary ft. Gaeko & Zion T- See Through
Rentak lagu ni lebih playful dari lagu kat atas. Sesuai untuk
cari mood ataupun masa tengah rehat hilangkan penat.
(Moonlight Paradise) Jannabi- Cuckoo *UPDATE
Aku update satu lagi lagu yang aku suka dengar sejak
kebelakangan ni sebab muzik and suara penyanyi tu happy
gila. Mood aku yang sering ke laut ni sekelip mata je balik ke
Good morning, peeps! Back to Monday. Memandangkan aku duduk sorang, mengadap PC sambil merenung langit yang tak berapa nak biru, aku pun berhajat nak update satu entri. Tak ada kaitan pun dengan laporan cuaca. Aku just nak update pasal lagu-lagu feminis.
Ooo...tunggu kejap. Why aku nak buat entri pasal feminisme? Adakah aku seorang feminis? Aku sendiri pun tak pasti, terpulang pada korang nak judge. Tapi lagu-lagu yang berunsurkan feminis ni seolah-olah menyampaikan satu mesej iaitu: perempuan juga ada kuasa untuk menentukan, memilih dan membuat keputusan.
Okay, aku tak nak tulis panjang sebab aku penat beberapa hari ni. So, let's proceed dengan lagu feminis feveret aku.
Grace- You Don't Own Me (ost Suicide Squad).
Lagu asal; dinyanyikan oleh Leslie Gore dengan tajuk yang sama.
Lagu dan muzik adalah kesukaan ramai. Siapa yang tak suka? Sejak kebelakangan ni aku dengar macam-macam lagu senyum. Semuanya senyum. Bila difikirkan balik, berapa banyak lagu senyum ni? Okey, aku bagi lagu senyum-senyum untuk korang.
1. M. Daud Kilau- (Senyumlah) Cik Mek Molek
Inilah lagu yang sangat menekankan kepentingan senyuman. Ya, senyuman itu memaniskan muka. Senyum itu sedekah. Maka, janganlah suka bermuram dorja.
2. Izwan Pilus- Kembali Senyum Basically lagu ni pasal pasangan kekasih. Tapi the main point lagu ni ialah, senyum ialah pengubat luka. Deep meaning. 3. Malique feat Najwa- Senyum
Lagu ni antara lagu senyum moden yang disertakan dengan rap. Bagi rappers, sila cuba rap lagu sambil senyum. Mampukah anda?
4. Qierra feat Mark Adam- Senyum Lagi
Bagi sesiapa yang patah hati atau berdokaceta, lagu santai ni ada satu mesej tersirat: senyum lagi dan jangan kasi musuh senang hati, ha3~
5. Aziz Harun- Senyum
Kalau korang tak tahu lagu ni, nampak sangat tak dengar radio. Entah berapa kali si Aziz ni berkempen tentang senyum, sebab senyum boleh membuatkan orang terpikat. Well, kalau dah terpikat, dia tak kisah...apa salahnya?
Okey, setakat ni yang aku tahu. Korang tahu lagu senyum yang lain. Sila share di kotak komen, terima kasih :)