Showing posts with label sastera. Show all posts
Showing posts with label sastera. Show all posts

Wednesday, 11 March 2020

Bengkel Kem Penulisan Kreatif TEGAS-PEKASA 2020

Hai semua! Hari ni nak kemaskini aktiviti di awal bulan Mac. Minggu lepas aku ikut serta bengkel kem penulisan kreatif TEGAS-PEKASA di Hotel Grand Continental di Kuching. Bengkel ni atas kerjasama Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dan Persatuan Karyawan Sarawak (PEKASA) yang mensasarkan penglibatan belia dalam penulisan kreatif.

Okay, hari pertama pendaftaran dan sesi bengkel ialah pada petang 6 Mac 2020. Sesi pertama di hari pertama bermula dari jam 3 petang sehingga 5 petang. Seterusnya sesi kedua di hari pertama bermula dari jam 8 malam sehingga 10 malam. Okay, mukadimah untuk hari pertama agak menarik tapi aku masih menunggu wow factor sebab sesi pertama dan kedua di hari pertama ni adalah asas yang aku dah pelajari. Aku nakkan sesuatu yang berbeza.

Seterusnya hari kedua 7 Mac 2020. Sesi bermula pada jam 8 pagi sehingga tengahari. Diikuti sesi sebelah petang bermula pada jam 3-5 petang. Sesi sebelah malam oleh saudara Shamsul Idzham Jamil bermula 8-10 malam. Malam tu sesi menghasilkan puisi secara spontan dan juga deklamasi puisi. Sesi ni aku rasa aku tertarik sebab telah menghidupkan deria rasa aku dengan cara yang segar.

Pada hari terakhir berbengkel iaitu pada 8 Mac 2020, sesi terakhir dikendalikan oleh Tuan Mohidin Malek mengenai bahasa dan falsafah. Aku rasa aku banyak bagi feedback untuk sesi tersebut sebab aku sukakan konsep yang disampaikan. Secara keseluruhan, setiap fasilitator berkongsi sesuatu yang menarik. Antaranya ialah:
  • Dilah Tuah: "Monyet minum minuman seperti manusia di kampus universiti"- memberi makna tentang kerosakan habitat dan menghilangkan ciri-ciri haiwan dan dalam masa yang sama ada unsur sinikal terhadap manusia yang kehilangan kemanusiaan.
  • Awang Kelana: "Self talk adalah pemujukan terhadap diri sendiri"- menerapkan elemen redesign cara untuk berfikir.
  • Mohd. Ali Salim: "Feri berjalan atau bergerak (?)"- penggunaan istilah yang betul tentang sesuatu perkara.
  • Mohidin Malek: "Menyelitkan roh dalam karya"- konsep menghidupkan sebuah cerita menerusi penyampaian gramatis, mengekalkan semantik dan makna.
  • Awangku Merali: "Karya harus organik"- membawa maksud kekayaan sesebuah karya dalam setiap elemen sehingga tidak boleh dileraikan dengan mudah kerana saling berhubungkait antara satu sama lain.
  • Dayangku Azizah: "Pemikiran harus diiringi dengan tindakan"- iaitu perilaku untuk melaksanakan apa yang difikirkan dan apa yang hendak disampaikan.
  • Shamsul Idzham Jamil: "Menulis melalui ransangan deria"- secara visual dan audio bagi mendapatkan gambaran dan emosi yang tepat.
  • MOFA: "Tulis jak, jangan nunggu idea datang!"- itu je yang aku paling ingat, hahaha!
Bengkel kali ni aku boleh katakan menarik sebab penulis berhimpun dan bersama sepanjang 3 hari. Berkongsi pendapat, idea, kisah. Makan 6 kali sehari. Bab makan aku paling suka, akulah manusia paling bahagia bila cukup makan. Bengkel kali ni aku ada hasilkan puisi pendek (aku sempat deklamasi puisi tu pada sesi malam Sabtu) dan juga catatan tentang rakan sebilik (aku sampaikan pada sesi pagi Ahad). Okay, aku kongsikan hasil masa berbengkel:

Puisi Tanpa Tajuk

Malam menyelimutimu, anak
Kita berkongsi malam yang sama
Dingin menderu menyapa kita
Namun kau berbaring di tilam sepi

Betapa aku bermimpikan dunia
Sedangkan kau berharap pada lena
yang asli

Rakan Sebilik Saya

Rakan sebilik saya, yang manis. Pengemar warna merah jambu, begitu kontra dari saya. Dia pemburu pantai yang tekun. Tapi perlu disuntik ubat sesudah itu kerana alergik. Dia belum memulakan penulisan. Maka saya fikir saya harus menghantui dia sehingga dia berkarya. 

Dan ada catatan yang aku buat tapi aku tak ingat untuk sesi yang keberapa:

"Merendah mengingat lembah. Meninggi terlupa diri..."

Apa-apapun, aku mengucapkan jutaan terima kasih terhadap semua yang terlibat sebab menghadiahkan pengalaman dan ilmu yang berharga sepanjang 3 hari aku berbengkel di situ. Dan semestinya, terima kasih sebab bagi aku kenyang, hehe~

Okay, aku kongsikan gambar sepanjang 3 hari berbengkel:

6 Mac 2020 (Jumaat)




7 Mac 2020 (Sabtu)








8 Mac 2020 (Ahad)











@theMaGi2020

Sunday, 8 December 2019

Berkarya di Media Akhbar dan Tips Menulis

Selamat pagi, semua! Hari ni aku nak kongsikan tips berkarya di media akhbar. Tak panjang berjela-jela entri kali, jangan risau...hahaha~

Okay, sebelum aku nak bagi tips aku nak bagitahu kepada mereka yang berada di Sarawak khususnya, yang suka menulis tapi tak tahu nak tulis apa atau macam mana nak memulakan kerja-kerja penulis, aku ada satu pesanan yang ringkas.

KONSISTEN

Konsisten untuk menulis, konsisten untuk belajar, konsisten untuk memperbaiki karya 
dan konsisten untuk pelbagaikan tema.

Seterusnya, aku nak imbau sikit kenangan aku menulis. Aku bermula tahun 2004, pernah menang tempat pertama kategori cerpen pada tahun 2007. Tapi 2014 barulah aku diberi peluang untuk menulis di media akhbar tempatan iaitu ruangan Wadah Bahasa dan Sastera (WBS) Utusan Sarawak. Dan melalui media akhbar, aku mula mendapat perhatian oleh penulis senior dan aku diberi peluang untuk menulis sebuah buku. Sekarang, buku tu dah diterbitkan oleh pihak DBP. Jadi, nampak tak betapa pentingnya permulaan berkarya di media akhbar?
karya certot aku yang disiarkan di akhbar Suara Sarawak

Sebenarnya menulis di media akhbar ni tak semudah yang disangka. Ramai penulis baru ada tabiat tulis dan hantar. Tapi tak semak semula ciri-ciri sebuah cerpen atau puisi. Tapi berkarya di media akhbar sangat membantu penulis muda menimba pengalaman, karya juga diulas oleh penulis senior dan penulis dapat memperkenalkan nama mereka ke dalam dunia penulisan. Jujur aku cakap, dunia penulisan ni rumit. Nak masuk bukannya mudah, nak kekal pun bukannya senang. Tapi dunia penulisan ni satu ruang yang baik untuk meluahkan pemerhatian dan pemikiran dalam bentuk penceritaan. Aku boleh katakan, menulis ni medan aku mendapat ketenangan dari kekacauan mental akibat tekanan hidup. Manusia perlukan suatu ruang untuk mencari maksud kesukaran dan aku pilih untuk menulis.

Baiklah, sekarang aku nak kongsikan tips untuk menulis cerpen dan puisi (berdasarkan pengalaman aku sendiri dan tips yang aku dapat dari penulis lain). Aku bahagikan kepada dua dan tips ini aku gunakan sepanjang aku menulis. Aku harap tips ni bagi manfaat untuk mereka yang ingin nak menulis.

Tips menulis puisi:
  • Guna ayat gramatis agar penyampaian lebih puitis
  • Jika tak tahu nak tulis tentang apa, pilih objek atau subjek. Sebagai contoh, tulis puisi tentang awan. Fikirkan apa yang dapat disampaikan melalui perkataan 'awan'
  • Gunakan perasaan. Ambil mood sebelum menulis (dengar lagu, tengok drama/filem atau berjalan-jalan)
  • Jangan bazirkan kata dalam puisi. Manfaatkan perkataan supaya tak berlebih-lebihan
  • Tentukan kepanjangan puisi. Kebanyakan penulis baru suka puisi panjang. Puisi panjang dapat menyampaikan makna tapi berkemungkinan terlalu sarat atau berlebih-lebihan. Puisi pendek selalunya lebih ringkas dan padat, tapi mungkin makna tak sampai atau hambar. Jadi untuk penulis baru, panjang puisi sebaik-baiknya sederhana.
  • Patahkan baris puisi mengikut kesesuaian. Aku dapat tips dari editor sendiri, jangan biarkan baris ayat puisi dalam keadaan tergantung, jangan diulang perkataan yang sama lebih tiga kali dan kenal pasti ciri-ciri puisi yang mana sesuai dengan penulis. Kalau aku, aku suka puisi yang ada ciri-ciri individualistik atau sinikal.
Okay, ini tips menulis cerpen:
  • Menulis cerpen ni macam bercerita. Jadi anggap proses menulis macam bercerita dengan kawan-kawan. Maksudnya, permulaan harus ada daya tarikan, persoalan dan menjentik perhatian pembaca.
  • Elak tema cliche. Aku sekarang ni tengah pantau beberapa penulis baru yang bukan dalam kategori remaja. Adoi, penulis baru ni suka betul tema cinta, keluarga dan sahabat. Tema macam ni tak cukup kuat untuk tangkap perhatian pembaca sebenarnya.
  • Baiklah kalau nak juga guna tema cliche, boleh. Tapi gunakan dari sudut perspektif yang berbeza. Dari sudut benda bukan hidup atau apa saja yang boleh menimbulkan rasa ingin tahu pembaca. Be creative untuk masukkan elemen saspen.
  • Elakkan perincian yang berlebih-lebihan dan sensitif. Kalau boleh guna teknik kiasan. Sebagai contoh: kulitnya hitam seperti arang. Okay ini perincian yang sensitif. Tapi kita nak terangkan fizikal watak. Jadi, kiaskan sedikit. Sebagai contoh: kulitnya muram kerana sering dikucup mentari. Sekurang-kurangnya kita dapat gambaran kulit watak tu gelap.
  • Penulis baru biasanya risau dengan teknik perumpamaan, simile, metafora dan pelbagai jenis gaya bahasa yang lain. Sebenarnya, tak susah. Penulis cuma perlu cari objek atau subjek yang sesuai untuk dipadankan dengan maksud ayat. Sebagai contoh, kalau penulis nak ceritakan kemalasan watak, penulis boleh samakan watak seperti seketul batu- pegun, tak bergerak dan dingin.
  • Pastikan cerpen ada 3 perkara- pendahuluan, kemuncak dan peleraian. Jangan biarkan cerpen bergerak lurus tanpa konflik atau tanpa pemikiran/pengajaran.
  • Orang selalu kata, kalau menulis kenalah berfikir di luar kotak. Kalau aku, aku kata berfikirlah di luar kotak tepi kotak atas kotak bawah kotak dan sekeliling kotak. 360 darjah, barulah dapat gambaran menyeluruh untuk jalan cerita.
  • Bacalah karya orang lain untuk tambah kosa kata.
  • Rajin-rajinlah observe keadaan sekeliling (tips tambahan gila: Kalau berani, cubalah cipta situasi. Tengok reaksi orang)
Akhir sekali, penulis kena berani bereksperimen dan mencuba. Sekarang ni aku dah cuba tulis cerita kontot (certot). Asasnya sama macam cerpen, tapi kurang 500 patah perkataan. Jadi cabarannya ialah untuk pastikan jalan cerita dan penggunaan ayat tak sarat atau berlebih-lebihan. 

Apa-apapun, selamat mencuba!


@theMaGi2019

Sesi Dialog dan Bengkel Penulisan Majalah DBP

Hai semua! Hari ni, aku nak kongsikan aktiviti penulisan aku hari Jumaat lepas. By the way, aku tak ada benda yang menarik langsung nak dikongsi pasal hal kerja aku dan aku rasa hal penulisan aku lebih menarik untuk dikongsi.

Okay, 6 Disember 2019 aku ikut serta aktiviti anjuran DBP Cawangan Kuching iaitu Sesi Dialog dan Bengkel Penulisan Majalah DBP. Tetamu jemputan ialah dua orang editor dari majalah Tamadun Islam dan Tunas Cipta, serta Ketua Editor dan Timbalan Ketua Editor DBP sendiri turun padang untuk bagi ruang kepada penulis untuk bertanya tentang manuskrip, tips dan sebagainya.

Sebenarnya pada hari tu aku dapat banyak tips yang menarik daripada editor sendiri dan bagaimana untuk menghantar karya ke majalah atau karya bagaimana yang menarik perhatian editor. Antara tips yang aku sempat catat ialah:
  • Editor tak suka tema cliche (keluarga, cinta, kolej, rumahtangga)
  • Editor tolak karya terlalu banyak kesalahan ejaan dan ada unsur sensitif
  • Editor takkan siar karya yang tak lengkap maklumat peribadi penulis
  • Editor senaraihitam penulis yang guna karya ciplak
Juga editor maklumkan jenis majalah yang menyiarkan ruang cerpen dan puisi mengikut selera kegemaran penulis sama ada tema Islamik, remaja, budaya dan sebagainya. Sejujurnya aku dapat banyak input berguna dari editor sendiri, dari aspek pemilihan tema, persoalan dalam karya, perincian jalan cerita dan pemikiran penulis. Aku mengucapkan terima kasih kepada pihak yang anjurkan bengkel sebab bagi pendedahan yang bagus kepada penulis. Lagipun, bukan senang nak sertai bengkel macam ni.

Sesi bengkel bermula

Peserta bengkel yang hadir

Editor Majalah Tamadun Islam (Pn. Marsila- sebelah kiri)
Editor Majalah Tunas Cipta (Pn. Siti Noorisa- sebelah kanan)

Ketua Editor DBP, En. Haji Razali Che Mat

Sesi bergambar beramai-ramai

Bonus untuk aku, ada peserta yang beli buku Acang Merpati.
Alhamdulillah, aku rasa makin semangat nak menulis

Tahun 2020, mudah-mudahan usaha aku dalam bidang penulisan berkembang dengan hebatnya. Amin~


@theMaGi2019

Tuesday, 12 November 2019

Siaran Karya di Akhbar Tempatan!

Hai, selamat pagi dunia! Aku rasa agak excited minggu ni sebab ada pagi Isnin dah dapat berita baik. Ok, mungkin minggu lepas nasib aku tak berapa baik. Aku nyaris kena sambar kilat, lampu tidur meletup, tragedi makanan basi berturut-turut, ular masuk dalam rumah, dan selepas tu terlibat dengan kemalangan kecil di jalan raya. Semua tu terjadi minggu lepas. Tapi kemudian minggu ni, aku rasa ada sesuatu yang baik akan berlaku.

Yup, something good is happening. Puisi aku disiarkan di Suara Sarawak untuk kali pertama. Kemudian, aku berjaya dapat salinan puisi aku yang disiarkan di Utusan Borneo pada bulan September. Dan student aku dah berjaya jadi penulis melalui karya puisi yang disiarkan di Utusan Sarawak. Aku tumpang gembira.

Macam tak benda lain yang aku nak update dalam blog, kan? Haha!

Tapi aku nak abadikan kenangan ni. Selepas berdepan dengan banyak hal pada pertengahan tahun, kemudian masalah di awal September, sekarang aku bersedia untuk menutup tahun 2019 ni dengan segala jenis kebahagiaan. Ok, aku nak share karya yang disiar di akhbar tempatan. Semoga banyak karya aku diterbitkan dan disiar selepas ni. Semoga aku jadi penulis terkenal lepas ni, ahahaha~

Amin.




@theMaGi2019

Sunday, 30 June 2019

Bengkel Perolehan Cerita Rakyat 2019: Hari ke-2

Okay, sambungan untuk sesi bengkel perolehan di DBP Cawangan Sarawak. Untuk hari ke-2, 30 Jun 2019 dan juga hari terakhir bulan Jun, pagi-pagi aku dah datang ke DBP dan siapkan bahan untuk pembentangan judul dan sinopsis cerita rakyat dari perspektif kanak-kanak. Sejujurnya, aku memang struggle untuk turunkan aras pemikiran aku ke tahap kanak-kanak, laras bahasa pun banyak yang diubah dan aku cuba ubah gaya penulisan aku ke paras yang lebih mudah, sesuai untuk pemahaman kanak-kanak. Bengkel ni menerangkan metodologi dan perspektif penulisan buku mengikut usia, sesuatu yang baru bagi aku sebab aku penulis buku dewasa. Plus, memandangkan cerita rakyat kanak-kanak ni merupakan projek buku bergambar, maksudnya aku kena turunkan lagi level aku. Sebagai illustrator yang sangat cinta pada creepy, dark and odd artwok, aku kena bertukar lagi- aku kena melukis sesuatu yang manis, yang comel, yang menghiburkan. Wow, aku rasa macam berubah habis tahun ni.


So, sepanjang bengkel dan juga pembentangan judul yang aku rasa aku present tak sampai 5 minit pun sebab aku straight to the point, tak banyak komen negatif yang aku terima. Cuma aku cuma dapat pertanyaan pasal certain words yang menarik perhatian such as manang dan guci. Overall, pemilihan cerita rakyat aku tu tak ada masalah besar. Aku cuma perlu proceed penulisan dan ilustrasi as a guide untuk editor. 


Jujur la aku nak bagitahu, bengkel ni satu kejutan bagi aku. Perolehan bahan untuk bengkel ini pun satu kejutan bagi aku. Dan aku datang ke bengkel kali ni pun dengan kawan, selalunya aku sorang-sorang je... ini pun satu kejutan sebenarnya, hahaha! Apa-apapun, aku nak ucap tahniah kepada semua peserta yang sertai bengkel ni, aku harap semuanya berjaya terbitkan buku cerita rakyat kanak-kanak pertama dan lebih bersemangat dalam bidang penulisan. By the way, sertai bengkel ni sebenarnya dapat pertemukan aku dengan rakan penulis lain iaitu Cikgu Yusuf Mustanir, Dr. Idris Boi, Osman Zaini, Faizal Jarawi dan ramai lagi. Maka, bulan Jun berakhir dengan penuh semangat!

Okay, masa untuk menulis~

@theMaGi2019

Bengkel Perolehan Cerita Rakyat Kanak-Kanak DBP 2019

Assalam, selamat pagi! Aku nak mulakan entri sebelum berakhirnya bulan Jun dengan perasaan yang penuh humble lagi bersyukur sebab dengan tak disangka-sangka, aku diundang untuk menghadiri bengkel perolehan dari DBP pada tahun ini, untuk kali kedua. Kali pertama, aku diundang untuk perolehan manuskrip karya kreatif. Melalui undangan tersebut, aku berjaya terbitkan buku kedua aku, Acang Merpati melalui kerjasama antara DBP Sarawak dan DBP Kuala Lumpur (boleh rujuk pautan berikut untuk info lanjut: bengkel penulisan 2015)

Okay, back to story. Pada 29 Jun 2019, hari Sabtu yang selalunya aku manfaatkan dengan tidur dengan aman lagi damai, aku pilih untuk sertai bengkel cerita rakyat Sarawak untuk kanak-kanak. Aku tak expect pun pasal bengkel ni, apalagi genre penulisan buku kanak-kanak, lebih-lebih lagi buku bergambar untuk budak Tahap 1. Untuk bengkel kali ni, pembimbing yang hadir ialah pensyarah UPM yang pakar dalam penulisan buku kanak-kanak iaitu Profesor Madya Dr. Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. Pengarah DBP Sarawak yang baru pun ada sekali untuk bagi sepatah dua kata mengenai tujuan bengkel diadakan. 

Dalam masa yang sama, penerangan dari bahagian editorial buku kanak-kanak yang diterangkan oleh ketua editor pun ada- mengenai konsep buku yang dikehendaki, jenis buku kanak-kanak, insentif, royalti, lesen buku dan sebagainya. Aku malas nak menaip banyak-banyak pasal benda tu semua. Sebab aku rasa bimbingan penulisan lagi penting. Plus, aku ni penulis buku thriller/jenayah/psikotik/seram. Nak tukar genre dari gila ke tahap lurus bendul itu sungguh susah sebenarnya. But still, undangan ke bengkel yang boleh dikatakan agak restricted dari segi jumlah peserta dan bukan mudah nak masuk ke dalam circle penulis DBP, aku hargai peluang ni dan aku rasa tak salah kalau aku cuba tukar genre. Lagipun, rugilah aku kalau aku tak pergi sebab aku dapat goodies dari DBP dan makanan yang disedia untuk peserta semuanya sedap.

Alright, aku attach beberapa gambar masa hari pertama bengkel:


Pengarah DBP Sarawak bagi sepatah dua kata

Ketua editor bahagian buku kanak-kanak bagi penerangan

Sesi bimbingan penulisan cerita kanak-kanak dari pembimbing bengkel

Editor kanan bahagian buku kanak-kanak bagi penambahan info

Sesi bergambar bersama semua peserta, pengarah, pembimbing dan warga DBP yang lain pada hari pertama bengkel

Sebelum sesi bimbingan bermula, kena la selfie dengan peserta di sebelah...hahaha!


@theMaGi2019

Friday, 1 July 2016

Bengkel Pemurnian Manuskrip DBP 2016

Pada 18 dan 19 Jun 2016, Dewan Bahasa dan Pustaka mengundang aku ke bengkel pemurnian manuskrip di DBPCS. Bengkel tersebut merupakan sambungan dari bengkel DBP tahun lepas dan sebetulnya, banyak perkara yang aku kena hadapi sebelum lahirnya buku aku yang pertama dengan pihak DBP. Bersempena dengan bulan Ramadhan al-Mubarak, aku berdoa semoga urusan aku dipermudahkan, amalan aku diterima dan masalah aku berjaya diselesaikan.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa bengkel berlangsung ialah:

Ceramah pemurnian manuskrip dari SM Zakir
Mencatat nota penulisan untuk rujukan
Penerangan mengenai hak dan royalti dari Puan Zaiton
Para peserta membentangkan draf dan jalan cerita manuskrip

Sepanjang bengkel berlangsung selama dua hari, aku bertemu semula dengan penulis-penulis yang aku jumpa tahun lepas seperti Hajah Beb Sabariah, Yusuf Mustanir, Dr. Idris Boi dan ramai lagi. Harap-harap, manuskrip aku dengan pihak DBP berjaya diterbitkan. Tak sabar nak tunggu 'anak kedua' lahir selepas lahirnya 'anak sulung' aku dengan pihak Lejen Press ^^


@themagi2016

Tuesday, 8 December 2015

Bengkel Penulisan Dewan Bahasa dan Pustaka 2015

Salam Selasa untuk hari ke-8 bulan Disember. Hari ni aku nak buat short entry tentang aktiviti di awal bulan Disember. FYI, aku mendapat undangan sebagai peserta oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk bengkel penulisan dan perolehan karya kreatif. Bertempat di Ruai Belaga Hotel Grand Continental dari 4 hingga 6 Disember, aku mendapat peluang untuk bertemu dengan penulis berpengalaman dan mendapat bimbingan dari sasterawan negara iaitu SN Datuk Anwar Ridhwan. Boleh dikatakan...aku dah jumpa pintu masuk ke alam penulisan. Apa yang aku perlu buat ialah masuk ke alam tu dan rebut peluang.

Bila aku fikirkan balik, mampu ke aku buat dan siapkan novel after bengkel ni? Harap-harap, aku tak dihinggap penyakit malas. Okey, sedikit gambar semasa bengkel penulisan untuk dikongsi :)

Sesi suai kenal dan main sambung ayat. Penulis Cikgu Yusuf Mustanir
tengah khusyuk fikir macam mana nak sambung ayat yang aku
tulis.
Suasana sekitar bilik Ruai Belaga di Tingkat 1 Hotel Grand
Continental Kuching
Tempat duduk untuk peserta.
Sesi bimbingan penulisan bermula oleh SN Datuk Anwar Ridhwan.
Sempat snap gambar fail~
Mempelajari struktur novel 'Penyeberang Sempadan'.
Sesi pembentangan sinopis/draf novel untuk bengkel penulisan pada
hari kedua. Penulis Cikgu Hidayah peserta pertama yang berani
bentang draf.
Masuk hari ketiga, sesi bimbingan pun  selesai dan dapat sijil. Trimas
Hajah Bibi Sabariah (penulis Beb Sabariah) sebab tolong snap gambar ni ^^

@themagi2015