Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Wednesday, 15 January 2020

2020: Benda Yang Aku Tak Suka, Jadi Suka

Image result for love hate
source: yourtango.com
Hai gais! Saja nak update sesuatu hari ni, hari ke-15 di bulan pertama tahun baru. Or, dah half month di bulan Januari. Hmm... macam ni rasanya di usia 32, di tahun 2020. Still, aku masih bengap drive kereta, hahaha!

Okay, sebenarnya aku cuma nak kongsi hal-hal dulu yang buat aku curious pada masa sekarang. 20 tahun berlalu, sesuatu yang aku sendiri rasa unbelieveable. Pada tahun 2000, aku masa tu budak-budak lagi, nak ambil exam UPSR. Bila ingat zaman kanak-kanak, seriously aku nampak buruk gila. Jauh sangat beza dengan budak umur 12 tahun zaman sekarang. 

Tapi bukan benda tu yang aku nak cakap. Sebenarnya bila masuk fasa usia 30+ dan di tahun 2020 ni, aku sedar yang ada beberapa perkara yang aku tak suka, sekarang aku jadi suka. Aku tahu ni semua normal sebab faktor usia dan faktor hormon tapi tabiat u-turn aku ni makin ketara sejak kebelakangan ni.

Aku buat senarai ringkas:
  1. Dulu aku tak suka masak. Aku rasa kerja memasak ni gegirl sangat. Sekarang aku suka. Sebab kalau tak masak, aku mati kebulur kat rumah. So perasaan suka tu develop secara semulajadi.
  2. Dulu aku tak suka mekap. Geli aku, tak suka nampak feminin. Tapi lepas hidap ekzema kat muka and then sembuh, aku mula pakai mekap sebab nak tutup parut ekzema. Dan perlahan-lahan, aku suka mekap.
  3. Dulu aku tak suka idea kerja makan gaji. Sekarang, aku rasa kerja makan gaji is not a bad thing. Boleh dapat pengalaman bekerja dengan orang walaupun tak semua pengalaman tu best but menarik untuk dijadikan idea menulis.
  4. Dulu aku tak suka pakai baju kurung, kalau boleh aku tak nak pakai baju kurung. Sekarang aku rasa baju kurung is the best traditional cloth terutama sekali baju kurung kain cotton. And now aku dah mula prefer untuk try kebarung dan baju kurung kedah. Hmmm, pengaruh kawan-kawan ni~
  5. Dulu, aku tak suka kasut yang ada tumit. Kalau boleh aku nak pakai semua kasut sneaker tak kira apa majlis sekalipun. Sekarang parent aku tak payah paksa aku beli kasut perempuan, aku sendiri pergi pilih and beli . Tapi still, aku tak reti pakai heel runcing dan lebih dari 2 inci. Aku tak rela seksa kaki aku. And yes, aku masih pakai sneaker.
  6. Dulu, aku tak suka pakai barang kemas. Aku punya opinion, kulit aku tak sesuai pakai emas, nampak buruk. Sekarang aku dah mula pakai. Tak banyak macam mami jarum la. Tapi so far, okay jugak. Entah apa yang aku anti sangat kat emas, tak tahu la.
  7. Dulu aku tak suka berkebun. Aku cuma reti makan je, tak nak tanam apa-apa. Entah apa yang merasukiku, tahun ni aku minat gila berkebun. Macam-macam benda yang aku dah try tanam dan so far hasil tanaman aku menjadi.
  8. Dulu aku tak suka senyum nampak gigi sebab gigi aku muncung ke depan. Sekarang aku suka senyum nampak gigi. Terima kasih teeth braces kerana mengembalikan keyakinanku. Ya, gitu deh~
  9. Dulu aku tak suka try tudung kaler lain. Aku prefer tudung hitam je. Sekarang aku suka cuba macam-macam warna tudung, kecuali pink. Pink tu warna kegemaran aku masa kecik-kecik dulu. Bila masuk usia remaja, terus out from the list.
  10. Dulu aku tak suka makan sayur. Aku nak makan ayam hari-hari. Sekarang, aku boleh lapar bila nampak ulam-ulaman. Seriously, bila hormon dewasa hits me so hard... selera makan pun berubah. 
Bila aku fikir balik, bahaya jugak bila declare tak suka. At the end, aku u-turn and it slaps me back... hahaha! Apa kata aku kata aku tak suka duit? Maybe lepas tu aku u-turn dan dapat banyak duit? What a theory~

But well, benda yang kita tak suka mungkin baik untuk kita. Sebab tu Tuhan bagi kita u-turn. Who knows?

@theMaGi2020

Wednesday, 2 January 2019

Selamat Datang, Januari 2019!

Oh, finally. Tahun 2018 dah berangkat pergi. Rasa macam sekejap je, padahal nak habiskan 365 hari tu memang struggle. Serius, aku mengaku aku struggle sepanjang tempoh 2018. Struggle di tempat kerja, struggle nak berdepan dengan anxiety, struggle nak seimbangkan waktu kerja dan waktu menulis, struggle nak selesaikan masalah kewangan, struggle itu ini dan banyak lagilah. Paling teruk aku rasa, aku struggle nak jadi more understanding kononnya padahal orang lain tak peduli pun apa yang aku fikir. Makanya biarlah tahun 2018 jadi lesson learn. At least, aku berjaya lepasi tahun 2018.

Walaupun tahun 2018 tahun yang boleh dikatakan agak dark bagi aku, ada beberapa perkara yang aku appreciate. Yes, tak semua benda buruk je yang berlaku sepanjang tahun 2018. Ada juga benda yang menarik sebenarnya. Tapi manusia ni cenderung nak ingat benda buruk. 

Okay, mari kita mulakan :)

Tahun 2018 ialah tahun pertama aku join running event di Kuching. Aku tak pernah join sebelum ni. So, pada 7 Januari 2018 aku sertai Loving Society Charity Run di Kuching Waterfront untuk 5 KM. Ini swafoto aku yang pertama di tahun 2018. Selepas event ni, aku sertai beberapa running event yang lain. At the end of 2018, aku dah join 8 running event di sekitar Kuching.

Sambutan ulangtahun ke-30. Fasa pertama di usia angka 3. Aku celebrate di tepi pantai bersama member. Actually sebenarnya aku sambut usia 30 aku di tempat berkursus, pagi birthday aku buat jumping jack 10 kali dan poco-poco dengan geng berkursus...sebab peserta kursus kena bersenam sebelum buat LDK...haha! Tak kisah la lambat celebrate, sebab yang penting semua happy.

2018 ialah tahun kelahiran dua buah buku aku, iaitu Acang Merpati dan Niqab. Menjadikan jumlah buku yang aku berjaya hasilkan ialah 3 buah buku. Aku pernah target untuk hasilkan 3 buah buku sebelum usia aku masuk 31. Well, KPI tercapai.

Manuskrip Darah Perawan akhirnya aku jilidkan pada tahun 2018 dan dijadikan koleksi peribadi. Sebenarnya manuskrip DP ni dah lama aku buat. Aku buat storyline masa aku sekolah menengah. Kemudian aku taip sikit-sikit masa aku jadi penganggur berjaya (sekitar 2012-2013). Aku pernah try hantar manuskrip ni untuk contest tapi tak berjaya. Aku dengar manuskrip ni tak sesuai diterbitkan sebab tak ada nilai lokaliti. Lantaklah lokaliti ke tidak, ini imaginasi aku. Penat aku tulis, so aku jilidkan untuk koleksi peribadi. Mana tahu lepas aku meninggal nanti, manuskrip ni jadi berharga.


Bersempena dengan kelahiran buku Acang Merpati terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, aku dijemput untuk pelancaran buku Karya Penulis Sarawak yang bertempat di DeTAR UNIMAS. Ini kali pertama aku dijemput sebagai penulis. Haha, serius aku awkward. Sebab aku ni jenis cepat bosan dan tak sabar nak larikan diri dari majlis. Tapi aku sangat berterima kasih pada DBP sebab percaya dengan hasil kerja aku. Lepas ni aku akan gigih menulis!

Mini reunion, mungkin ni title sesuai. Dah lama tak jumpa member satu sekolah, aku pun join member aku makan-makan di White Barouk. Serius aku rasa macam baru semalam kami semua habis Tingkatan 5. Tapi sebenarnya dah 13 tahun berlalu. Zaman Form 5 kitorang tahun 2005. Tapi bila tengok balik gambar ni, sesungguhnya aku rasa kitorang awet muda. Silalah jeles.

Penghujung 2018, aku join Wattpad untuk mengembangkan sayap dan ekor dalam bidang penulisan. Aku dah lama nak join, tapi aku bagi peluang manuskrip aku berjuang di meja editor. Dan bila aku rasa manuskrip aku dah penat, why not aku serlahkan manuskrip aku di ruangan yang lain? Aku harap aku rajin update Wattpad tahun ni...hahaha!

Best Nine di Instagram. Mostly hasil artwork. Tahun ni tahun yang struggle jadi aku spend masa melukis agak banyak sebagai terapi. Seronok sebenarnya melukis ni, lagi-lagi melukis benda yang tak normal. Okay, jangan judge aku. Aku tak peduli pun.

Akhirnya sekali pada tahun 2019, buku Niqab aku kembali ke dalam carta, terus naik ke tempat pertama. Aku rasa berita ni beri aura positif untuk aku. Aku harap tahun 2019 dipenuhi dengan perkara positif. Aku tahu aku tak boleh elak benda negatif tapi aku harap biar benda positif lebih banyak dari benda negatif. Last but not least, aku harap tahun ni dipenuhi dengan keberkatan dan ketenangan. Penat dowh struggle~

@theMaGi2019

Wednesday, 19 December 2018

Book Session: Membedah Ghostpital

Oo yeah. Dah petang. Aku tak sabar nak balik kerja. Tapi sebelum aku balik, aku rasa aku patut update entri. Ringkas je. Pasal buku. 

Kali ni aku nak kongsikan satu buku yang aku baru je beli hari Sabtu lepas di MPH. Pada mulanya aku dah cross my heart, tak nak beli buku. Sebab aku dah beli more than 10 books dalam tempoh tak sampai 2 bulan. Banyak lagi yang belum dibaca. Tapi itu la, aku ni spesis reader yang tamak lagi haloba. Pantang nampak buku berkenan di hati, terus nak sambar. Dah tu tak ada duit ni beli barang dapur. Padan muka. Tapi buku ni aku tak boleh kata tidak. Sebelum ni aku ada baca kat socmed. Member sekerja pun ada share pasal buku ni dan aku dimaklumkan buku ni takde dijual kat kedai. Kalau nak beli, beli online. Jadi bila aku nampak buku ni dekat bookshelf MPH, aku rasa...whoa (diiringi muzik ala-ala di syurga~)

Maka, aku pun membeli buku Ghospital by Dr. Kamarul Ariffin. Best book of 2016 ni. Lagi-lagi bertemakan kisah seram, memang menepati taste aku. Apa yang best pasal buku ni? Mari, aku bagi list ringkas. Tak nak spoiler alert okay?
  • Aku suka semua cerita. Sebab? Penulis guna bahasa yang santai, ringkas. Terus sampai dia punya punch line.
  • Walaupun buku ni fokusnya pasal seram, penulis selitkan juga info kesihatan. Bagus tu, dapat ilmu tambahan.
  • Another ilmu tambahan? Medical terms yang banyak. Sebagai rakyat marhaen, at least aku dah tahu branula tu apa, lokum tu apa. 
  • Selain kisah seram, ada juga kisah misteri. Macam kisah phantom limbs. I like~
  • Banyak-banyak cerita dalam buku ni, aku dapat ilmu baru. Tentang kes kematian gadis di Paris tahun 1880 dan kaitannya dengan patung CPR Resusci Anne serta lagu Smooth Criminal. Memang eye opener untuk aku.
  • Aku suka macam mana penulis surprisekan aku dengan ending cerita. Especially kisah pesakit kronik mintak Xray.
Disebabkan kesantaian buku ni, aku baca sampai habis tau. Aku tak postpone langsung. Hari Sabtu beli. Hari Ahad baca. Hari Ahad jugak aku khatam. Sebenarnya ni bukan buku seram pertama yang aku baca tentang hospital. Tapi aku rasa cara penyampaian cerita dalam buku ni lebih sesuai untuk aku. 

Thank God aku jumpa buku ni. Memang jodoh buku ni dengan aku. Sebab buku ni tinggal satu je. Kalau nak beli, kedai buku kena restock. Aku memang pantang kalau buku yang aku nak kena tunggu restock baru dapat beli. So, boleh la aku menulis dengan aman selepas selesai baca buku. Aku tengah sibuk ber-Wattpad sekarang ni. Boleh follow tau (cari nama Shield Sahran dalam Wattpad).

Aku dan kisah seram...berpisah tiada ^^
@theMaGi2018

Monday, 26 November 2018

Writer's Thought: Ada Sesiapa Nak Jadi Penulis?

Image result for writer
source: writer/wikipedia
Good evening, to all darlings. November tinggal berapa hari je lagi. Melalui blog yang aku jarang update (mampu update 5 entri je untuk setiap bulan, tak macam dulu), aku rasa mungkin dah tiba masa untuk aku cerita sikit habit aku selepas waktu bekerja iaitu menulis. Tak banyak pun buku yang aku hasilkan, baru 3 buah buku. Tapi ada yang berpendapat menulis ni tak susah.

Okey, aku nak cerita sikit. Kisah sebelum dan selepas buku-buku aku 'dilahirkan'. Ada sesiapa nak jadi penulis? 

Permulaan sebelum wujudnya minat

Dulu, aku ni teringin ada koleksi buku bacaan. Malangnya abah aku tak mampu nak tunaikan permintaan aku. Dari awal lagi aku sedar aku memang cenderung untuk memiliki buku. Aku suka bau buku. Aku suka pegang buku. Dan perkataan pertama yang aku pandai eja ialah 'buku' (masa tu umur aku 5 tahun, disebabkan perkataan tu aku terus dihantar masuk tadika setahun kemudian). Tapi aku sedar aku takkan dapat perpustakaan peribadi jadi aku buat cerita sendiri, atas dinding bilik. Mak aku terus bertukar jadi singa.

Kemudian, bookseller datang ke sekolah buat promosi jualan. Bayangkan apa perasaan aku berdiri di depan buku-buku baru? Aku nak sangat buku, aku nak beli. Aku merayu depan abah, aku nak beli dua buah buku. Tapi abah tak nak bagi duit, abah kata "alah, bukannya kau baca pun." Aku tak putus asa, aku merayu lagi. Aku siap sembunyikan buku tu dekat celah timbunan buku paling bawah (padahal nanti bookseller tu akan jumpa jugak dan letakkan balik ke tempat asal). Malangnya rayuan aku tetap tak berjaya. Aku mampu tengok member yang berduit beli buku. Aku rasa macam patah hati sangat. Kemudian bookseller datang sekali lagi. Aku mintak duit nak beli buku kat abah tapi aku tak berharap sangat. Entah tiba-tiba, abah bagi duit RM5. Aku pun beli buku karangan Mana Sikana berharga RM4.50 yang bertajuk Tuhan Maha Kuasa. Ironi tajuk buku tu, kan?

Lepas tu, aku cubalihkan keinginan aku tu kepada kawan-kawan. Bercerita depan member dapat kurangkan rasa nak membaca. Tapi masih tak cukup. Buku latihan jadi mangsa. Orang lain, termasuk parent aku tak tahu betapa gembiranyaku bilaku berjaya siapkan cerita dalam buku latihan. Rasa macam...buku aku diterbitkan.

Kisah aku dan Nilam

Nilam ni bukan orang, tu program galakan membaca di sekolah. Semua sekolah tahu program ni. Sebenarnya, aku pernah memenangi Nilam peringkat emas. Dan aku terima timbunan buku sebagai hadiah. Demi Tuhan aku rasa buku-buku tu macam emas. Sampai sekarang aku masih simpan. Masaku aktif dalam program tu, aku ada baca satu buku- Debu Merah by Shahnon Ahmad. Dari situlah aku berminat nak menulis cerita. Buku tu kakak sulung aku yang punya dan aku sentiasa ingat quotes kegemaran aku dalam buku tu-


"Merdeka sampai ke bulu-bulunya..."

Cerpen Pertama

Pada tahun 2002, aku pernah hantar cerita seram pendek ke editor majalah sekolah. Tapi tak berjaya. Cikgu aku cakap, ceritaku tu tak ada value- sebab cerita aku pasal alat muzik berhantu, haha. Tahun 2003, aku tak berani nak hantar cerita ke majalah sekolah. Takut jugak cerita aku kena reject lagi. So, aku bertenang dan belajar untuk terima kritikan. Tahun 2004, aku dengar DBP cawangan Sarawak buka pertandingan menulis cerpen. Masa tu aku tak fikir panjang, aku terus join dan dalam masa yang samaku merangkak belajar cara menulis cerpen dari guru kelas aku, Cikgu Azeman Jarani. Seriously, cerpen pertamaku...hmm, lebih 20 mukasurat, font Monocorsiva, kisah anak cari bapak sampai ke ladang epal di Isle of Skye (pengaruh Faizal Tehrani) dan gaya bahasa ke laut. Hahaha~

Pada akhir pertandingan, aku dapat sijil penghargaan sebab sudi sertai. Masa tu aku rasa, cerpen aku not bad. Tak sangka kalah, malah tak dapat saguhati. Kemudian aku dengar kawan aku yang ikut serta pertandingan tu dapat saguhati. My God, aku rasa teruknya aku. Hampir rasa nak give up. Tapi aku tak give up pun. Aku menulis lagi dalam paperpad, habiskan 5-6 batang ballpen dan kemudian simpan cerita tu dalam kotak. Dalam tempoh yang sama aku mengimpikan sebuah novel pengembaraan fantasi yang aku karang sendiri, macam novel Harry Potter, macam novel Lord of the Rings. Dan aku buat, sampai habis paperpad dan semuanya aku tulis tangan. Kemudian aku simpan cerita tu, aku percaya mungkin suatu hari nanti impian aku akan tercapai.

Tahun 2007, sekolah aku adakan pertandingan menulis cerpen. Aku ikut serta dan aku dapat bimbingan dari guru kelas aku, Cikgu Sapiah Issa. Hasil tunjuk ajar cikgu, aku dapat tempat pertama. Dan cikgu aku calonkan cerpen tu untuk bertanding di DBP melalui pertandingan majalah sekolah Sarawak. Tahun 2008, cerpen aku menang tempat pertama menewaskan cerpen dari seluruh sekolah menengah yang lain. Aku rasa kemenangan tu beri keyakinan baru untuk aku. Cerpen pertama untuk pertandingan DBP tahun 2004 banyak mengajar aku. Cerpen pertama yang menang di DBP tahun 2008 juga banyak mengajar aku.

Apa akan terjadi 4 tahun akan datang? Aku selalu fikir macam tu.

Cerpen-cerpen tidur

Tahun 2008, aku sambung belajar di UiTM Shah Alam, fakulti Information Studies (sekarang disebut Information Management). Sebelum sambung belajar, aku ada tulis banyak cerpen guna laptop kakak nombor 2. Tapi aku tak hantar ke mana-mana. Aku anggap cerpen tu latihan menulis untuk aku. Pengaruh buku komponen sastera masih melekat di kepala masa tu so aku biarkan mood menulis tu berkembang. Tapi lepas duduk di Shah Alam dan sibuk dengan kelas, habit menulis jadi perlahan. Aku ada cuba nasib ikut pertandingan menulis novel remaja, cerpen, sajak. Tapi semuanya tak menjadi. Entahlah, aku tak ambil kisah sangat. Aku pilih untuk fokus belajar. Jadi sepanjang tempoh 2008-2011, aku 'tidurkan' semangat menulis. Idea menulis pun ikut tidur.

Bermula sekali lagi

Lepas habis belajar tahun 2011, dengan rasminya aku jadi penganggur. Aku nak bekerja, aku hantar banyak resume tapi satu pun tak panggil aku pergi interbiu. Masa tu aku rasa down nak mampus. Kawan aku sorang demi sorang dapat kerja, kakak aku asyik ulang pasal mintak kerja, saudara-mara asyik tanya bila nak kerja, manusia kiri kanan tak habis-habis sebut pasal kerja. Well, dilema student yang dah graduate (so kepada adik-adik yang baru habis study dan susah nak dapat kerja, bertabahlah). Lagi teruk aku ni tak ada lesen, tak ada transport, nak ulang-alik naik bas duit pun tak ada. Maka, mereput la aku kat rumah. Dan untuk mengubat hati yang kecewa, aku kembali semula pada habit yang hampir dilupakan. Menulis. Menulis. Menulis. Aku menulis untuk hilangkan tekanan. Aku menulis untuk lupakan dunia. Aku menulis untuk gembirakan diri sendiri. Itulah niat aku menulis masa aku menganggur. 

Lepas menulis banyak cerpen, aku simpan semua cerpen tu dalam folder. Masa tu aku berterima kasih sangat dengan laptop zaman study aku (aku panggil laptop aku Ulquiorra). Dan dalam masa yang sama, aku struggle untuk mulakan sekali lagi habit lama. Bertahun-tahun aku tinggalkan semangat menulis tu jadi bila nak mulakan semula, rasa tumpul. Bukan mudah nak tajamkan semula benda yang dibiarkan tumpul. Bermula dari penghujung tahun 2011 sehingga ke tahun 2013, aku gunakan tempoh tersebut untuk cari semula diri aku dalam bidang menulis. Merangkak-rangkak, tapi orang tak nampak. Orang tak tahu pun. Malah, bila ada pakcik aku tanya- "Kau tak kerja, buat apa sekarang?" Aku pun jawab, "Sekarang menulis, tulis cerita. Tulis dalam blog." Kau tahu apa pakcik aku cakap? Dia cakap-"Apa? Blog? Blog apa? Blok batu bata?" Lepas tu dia ketawa sinis berdekah-dekah. Menyakitkan hati aku.

Ye lah, masa tu zaman kegelapan aku. Facebook aku pun sunyi sepi, krik krik. Kawan pun tak ramai, tak ada yang tahu kesusahan aku masa tu. Cuma ada sorang dua yang sedia mendengar angan-angan aku, dengar impian aku, dengar cerita merapu aku. Huge thanks to dear Nurul Akhma dan Amiebee. Itulah ada pepatah kata-


"Hard times reveal true friends"

Sayangku, Hantu-hantu Penglipur Lara

Aku menulis banyak cerpen sepanjang aku tak bekerja. Aku spend masa di rumah, duduk dalam bilik dan almost mereput. Abah aku tak kisah aku tak bekerja sebab kalau aku bekerja, aku akan mintak duit poket untuk tambang bas dan makan. Jadi, aku pun pilih duduk rumah sebab aku malas nak bertekak dengan abah pasal kerja. Dan aku tahu ramai yang assume aku malas sebab tu aku setuju je duduk rumah tanam anggur.

Sebenarnya, bila kerap sangat resume kena reject, dapat interbiu pun orang tak bagi kerja dan tengok member lain makin maju ke depan, ada kesan psikologi jugak pada aku. Aku jadi penakut. Aku takut nak keluar rumah, aku takut nak cuba sesuatu yang baru. Aku jadi makin melekat depan laptop. Aku yang tak pernah ada masalah pronunciation tiba-tiba jadi gagap sebab jarang bercakap dengan orang. Aku agak anti sosial masa tu. Dan pada tahun 2013, kakak sulung aku dapatkan kerja untuk aku. Kerja kontrak, jadi pembantu pengurusan murid prasekolah untuk 3 bulan. Aku pun setuju, sebab aku perlu duit. Dalam tempoh tersebut, aku dapat semula keyakinan untuk berdepan dengan orang. Dan aku dapat keyakinan untuk hantar cerpen aku ke akhbar. Jadi penghujung 2013, aku pun beranikan diri hantar cerpen yang paling aku sayang iaitu Hantu-hantu Penglipur Lara sebab aku dapat inspirasi masa tengah bersihkan kubur nenek aku di bulan puasa. Tahun 2014, cerpen itu pun diterbitkan oleh Wadah Bahasa dan Sastera DBP di Utusan Sarawak.

Cerpen Hantu-hantu Penglipur Lara tu, membuka pintu rezeki aku dalam bidang penulisan cerpen dan juga puisi. Lapan cerpen empat puisi diterbitkan, untuk penulis yang baru muncul dan aku segera dikenali oleh penulis senior. Aku tahu pasti ada kritikan. Tapi kalau aku tak dikritik, aku takkan tahu apa kesilapan aku dalam bidang penulisan. Masa tu aku nekad, aku nak jadi penulis. Sebab menulis beri aku kepuasan peribadi. Dan aku berangan-angan untuk tengok nama sendiri di atas kulit buku. Angan-angan tu memang selalu menghantui aku sejak dari dulu lagi. Aku nak sangat angan-angan tu direalisasikan. Dan aku pernah bagitahu dengan member sebilik aku (nama dia Nor Iliani) masa duduk di universiti dulu. Aku nak librarian katalogkan nama aku dalam library.

Cincang: Dendam Terbalas, impian pun terbalas!
Image result for cincang dendam terbalas
Pada tahun 2015, aku dapat idea untuk menulis novel psiko-thriller. Diinspirasikan dari kisah benar, pengalaman arwah datuk aku. Tapi aku ubahsuai cerita ikut imaginasi aku. Dalam masa yang sama aku dapat undangan bengkel pengumpulan manuskrip dari DBP cawangan Sarawak. Mereka adakan projek untuk dapatkan karya baru dari penulis Sarawak. So, aku buat dua manuskrip dalam tempoh yang sama sambil dengar idea pelik-pelik dari adik aku. Manuskrip yang bertajuk Sate berjaya disiapkan, manuskrip kedua yang tak bertajuk dirombak semula sebab pengkritik tak setuju dengan karakter yang aku cipta. Dengan penuh rasa berdebar, risau, excited, aku hantar Sate ke Lejen Press. Aku berani mati je hantar. Aku tak nak fikir kemungkinan selepas tu.

Tahun 2016, entah apa yang terjadi, tiba-tiba pulak datang berita gembira. Aku berjaya dapat kerja. Masa tu aku dah bersedia nak commit dengan kerja aku sebagai penulis sepenuh masa. Tapi aku terima juga rezeki dapat kerja di sektor awam. Dalam tempoh aku sibuk dengan urusan kerja, tiba-tiba aku dapat berita yang manuskrip Sate aku berjaya diterbitkan dengan nama baharu, Cincang: Dendam Terbalas! Bayangkan betapa gembiranya aku masa tu! Aku masih ingat aku tak boleh tahan senyum bila nampak nama sendiri atas kulit buku. Betul la kata pepatah-


"Everything comes to you at the right time. Be patient."

Kelahiran 'anak-anak' yang seterusnya


Selepas kelahiran Cincang, tahun 2017 menyaksikan aku berusaha untuk menyiapkan stok manuskrip dan follow up manuskrip untuk DBP. Aku ikut serta bengkel pemurnian, aku sentiasa contact editor di KL (thanks kak Hafedah sebab tahan melayan kerenah penulis). Kemudian member penulis, Asmar Shah (penulis Lejen Press) bagitahu tentang syarikat buku FIXI nak cari penulis baru. Tema novel, ikut selera Fixi. Aku terus join, aku hantar manuskrip yang berjudul Nadia yang Terakhir. Tapi Fixi mintak aku tukar tajuk sebab tema Fixi ni, dorang suka satu perkataan je untuk judul buku. So, aku letak la nama Nadia. Pada penghujung tahun 2017, Fixi umumkan pemenang. Ada enam orang penulis berjaya dalam pertandingan tersebut. Tapi aku tak rasa kecewa. Sebab?

Kawan aku, Siti Fatimah depan
Kedai Fixi sambil pegang buku
Niqab
Manuskrip aku menang saguhati dan akan diterbitkan pada penghujung tahun 2018! Finally, hajat aku nak terbitkan novel under Fixi akhirnya terlaksana! Berbaloi aku tak cukup tidur! Jadi dalam ruang entri blog ni, aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga pada arwah Asmar Shah sebab berkongsi info dengan aku. Aku takkan lupa jasa dia sampai bila-bila.

Dan pada tahun ini, tahun 2018, tahun yang tinggal sebulan lebih je lagi sebelum masuk tahun 2019, aku menerima kelahiran 'anak-anak' iaitu novel Acang Merpati terbitan DBP dan novel Niqab (tajuk asal: Nadia/ Nadia yang Terakhir) oleh Fixi. Tahun akan datang, aku rasa aku perlu buat stok manuskrip baru. Tak salah bersiap sedia, kalau nak bertanding, manuskrip dah ada untuk disemak, diedit dan dijadikan calon bertanding, haha!

Nak jadi penulis?

Aku pernah tanya diri sendiri- "nak jadi penulis?" Kenapa? Aku selalu cakap, aku nak jadi terkenal macam JK Rowling. Aku nak buku aku menarik dan kaya dengan sejarah macam buku JRR Tolkien. Aku selalu sebut macam tu. Tapi aku nak jadi penulis bukan sebab nak jadi jutawan. Aku tak tahu berapa lama aku hidup atas muka bumi ni. Aku ada impian, nak tinggalkan legasi dan impian aku di dalam memori orang lain. Dan aku rasa, buku ialah medium yang paling sesuai. Buku ialah produk yang wujud dari zaman purba, hidup merentas zaman. Aku tak nafikan, kerja menulis ni bukannya senang. Aku perah otak aku lebih teruk dari aku perah kain. Aku tak cukup tidur, aku campurkan masa menulis ke dalam masa makan (and vice versa), kadang-kadang aku terkena penyakit anxiety disorder bila tak ada idea menulis. Aku penat, aku bengang, aku rasa nak lempar kerusi terbalikkan meja tapi in the end, aku gembira bila impian aku tercapai. Bak kata pepatah orang puteh-

"Writing is somewhere between torture and fun." 

Berjumpa dengan Anwar Ridhwan
tahun 2015
Seingat aku, masa aku study di UiTM Shah Alam, ada member sama rumah aku (nama dia Siti Farhanah tapi aku panggil dia Kak Long) promote nama aku pada lecturer dia. Kak Long tu student penulisan kreatif, lecturer dia Abdul Ghaffar Ibrahim, also known as Pak Agi- sasterawan negara. Atas nasihat Kak Long, aku print koleksi cerpen aku dan aku bagi Pak Agi baca. Takut jugak sebenarnya, yang membaca tu sasterawan negara. Aku ni penulis yang baru nak merangkak. Tapi Pak Agi kata setiap penulis memang ada cara tersendiri dan penulis perlu bina identiti jadi senang orang nak kenal.
Berjumpa dengan SM Zakir
tahun 2016
Dulu aku tak terfikir pun yang aku betul-betul nak serius dalam bidang penulisan ni jadi aku tak ambil kisah sangat. Tapi sekarang, aku rasa dah tiba masanya aku bina identiti aku dan tentukan cara penulisan aku. Last sekali (lepas perjumpaan tu), Pak Agi kata- "jangan putus asa" dan salam tangan aku. Aku dapat motivasi tambahan. Dan motivasi tu sangat membantu aku sampai sekarang. Plus, masa manuskrip Acang Merpati dinilai oleh dua orang penulis prolifik Anwar Ridhwan-sasterawan negara dan S.M Zakir (S.M Zakir ni anak penulis sasterawan negara, S.Othman Kelantan), dua-dua bagi support dan kata, struktur bahasa aku semakin baik. Aku rasa, positives comments ni memang bagus untuk morale support.

Dan pada akhir entri ni aku sedar yang journey aku dalam bidang penulisan baru nak bermula sebenarnya. Cerpen-cerpen, sajak-sajak, novel yang berjaya diterbitkan tu cuma proses warming up. Aku tak tahu berapa banyak manuskrip yang akan berjaya jadi buku bacaan umum, atau berapa banyak manuskrip yang akan dijilidkan untuk koleksi peribadi tapi aku tetap nak menulis. Bagi aku, bekerja tu tanggungjawab aku untuk bayar segala bil dan hutang, dan menulis tu mengisi kekosongan dalam hidup aku yang banyak dikikis oleh tanggungjawab. Jadi seorang penulis, bukan sekadar menulis sebenarnya. Setiap penulis ada sebab yang tersendiri dan melalui sebab itu keinginan untuk menulis mampu digerakkan. Kalau sebab tak mencukupi, maka sebab itu juga akan mengakhiri keinginan. Kalau orang tanya apa sebab aku menulis, aku dah bagitahu di atas. Buku ialah medium untuk aku tinggalkan impian dan legasi. Mungkin tak banyak buku yang aku mampu hasilkan tapi aku tak kisah. Kalau ribuan buku dihasilkan tapi tak menyentuh hati seorang pembaca, aku lebih rela hasilkan sedikit buku tapi melekat di hati ramai pembaca untuk selama-lamanya.

At the end of the day, aku rasa aku cuma nak petikkan satu quotes yang sentiasa dekat dengan hati aku.

"If I waited for perfection, I would never write a word."- Margaret Atwood


@theMaGi2018

Wednesday, 28 February 2018

Thoughts: Bila Kau Berdepan dengan Depresi

Image result for deal with depression
credits: theknclan.com
Hello, MaGians! Aku kembali lagi, sebab aku tak ada pilihan. Aku kena cukupkan 5 entri untuk bulan ni dan hari ni hari terakhir bulan 2. So, aku kena tulis something. Sejujurnya aku tak ada idea nak tulis apa dan aku tak nafikan bulan ni sangat memenatkan. Aku banyak kerja, aku sibuk habiskan kerja, aku turun awal balik lambat, makan tak sempat, sakit bertindan-tindan tapi at the end, aku dapat warning kononnya aku tak buat kerja, tak tolong rakan sekerja, hari-hari mengamuk dan berkelakuan kasar. Eh, apa dia ingat aku ni beruang ke apa?

Memang aku tak nafikan, stres ni berpunca dari sikap manusia sekeliling. Manusia zaman sekarang ni suka mengkritik. Hari-hari mengkritik. Kalau kritikan tu sedap didengar, okaylah jugak. Tapi kritikan tu rasa macam telan pisau cukur, lebih teruk dari telan racun. Dan orang yang mengkritik tu pulak lebih kurang je perangai atau mungkin lagi teruk. Rumah mereka ni tak ada cermin ke? Ke dia pecahkan semua cermin sebab dia tak nak cermin kritik muka dia?

Jadi, inilah masalahnya. Kritikan, kritikan, kritikan disangka akan membangunkan kemampuan seseorang. Tapi tengoklah jenis kritikan. Kalau kritikan tu berunsur fitnah, negatif dan sinikal, kemampuan takkan berkembang. Yang berkembang mungkin rasa menyampah dan sakit hati. Malah, benda-benda macam ni kalau dikumpul secukupnya boleh mencetuskan tekanan bagi mereka yang dah berusaha tapi dipertikaikan. Lepas tu muncul la soalan-soalan yang menambahkan stres seperti:
  • Aku tak cukup rajin ke? 
  • Kenapa orang cakap aku tak buat kerja? 
  • Apasal orang cakap macam tu kat belakang aku? 
  • Kenapa kena komplen padahal aku dah tolong dari A sampai Z?
  • Apasal orang cakap itu ini?
  • Korang tak tahu ke aku penat dengan semua ni?
  • Apa yang korang nak sebenarnya?
Bila persoalan ni timbul, akan muncul rasa tak puas hati terhadap diri sendiri. Yang mengkritik tu rasa dia dah jalankan tanggungjawab memimpin. Yang kena kritik tu akan mula mengkritik diri sendiri. Setiap ketua kena ingat, setiap manusia ada had sabar tersendiri. Kemampuan untuk menerima kritikan tu berbeza, penerimaan psikologi setiap individu adalah berlainan dan tempoh untuk bertahan dari kritikan juga tak sama. Bila berlakunya proses self-critic, isu anxiety akan muncul diikuti dengan stres. Jika perkara untuk berlanjutan, kemurungan akan tercetus sehingga emosi mangsa akan bertukar-tukar. Berpotensi untuk mengidap masalah split personality. Selalunya kalau timbul masalah ni, pihak atasan akan anggap ko tu biadab dan suka melawan. Mereka tak tahu pressure boleh ubah manusia sekelip mata kalau dah masa dah sampai. Bak kata orang, time-bomb dah bermula.

Aku tahu, tak mudah nak lawan rasa murung. Aku pun ada masa-masa gelap. Biasanya orang akan kata- "Rileklah, aku pun ada masalah. Taklah murung macam kau." Ataupun, "Rileklah, tu semua dugaan. Kau ada iman, kan?" FYI, murung ni penyakit sebenarnya. Kerosakan hormon dalam otak akibat gangguan emosi. Bila emosi terganggu, selera makan pun terganggu, aktiviti harian pun terganggu, tahap kesihatan fizikal pun terganggu dan akhirnya, bila badan sakit fikiran pun ikut terganggu. Semuanya saling berkaitan. So, bagi sesiapa yang diberi Tuhan hati kering hati kental hati tak ada perasaan tu aku ucapkan tahniah. Bagi sesiapa yang baru merasakan pahitnya rasa murung tu, aku nasihatkan, sayangilah diri anda. Mungkin korang benci semua benda, tapi at least jangan benci diri sendiri. Itu permulaan pertama untuk perjalanan yang sangat jauh demi menjinakkan depresi anda.

Untuk langkah-langkah seterusnya, aku nak kongsi tips yang mudah. Aku faham bukan mudah nak jumpa pakar dan berdepan dengan masalah psikologi ni. Harap-harap, tips aku ni dapat membantu meringankan beban di fikiran mereka yang diganggu masalah ni.

Bila anda sedar anda berdepan dengan depresi?
  1. Langkah pertama: Luahkan perasaan benci. Tulis dalam kertas then bakar, tulis dalam diari then bakar atau tulis atas tanah then pijak sepuas hati. Anggaplah itu terapi untuk hapuskan rasa benci dalam diri anda.
  2. Langkah kedua: Berbual dengan kawan. Cari kawan yang bersifat neutral. Bukan kaki kencing, spesis membawang atau batu api. Kawan yang neutral ni akan banyak mendengar dan kurang mengkritik.
  3. Langkah ketiga: Sentiasa bersama keluarga, sertai aktiviti komuniti. Jangan bersendirian ketika kecewa. Pastikan ada seseorang di sisi anda. Pastikan fikiran anda diisi dengan pengalaman baru yang mengujakan.
  4. Langkah keempat: Tengok rancangan kelakar. Gelak sepuas hati. Berikan sepenuh perhatian pada rancangan dan lupakan manusia yang merosakkan emosi anda. Ketawalah dan anggap diri anda bahagia. Anda berhak untuk ketawa dan merasai bahagia.
  5. Langkah kelima: Elakkan membaca artikel yang menyedihkan. Artikel sedih sangat mudah mempengaruhi mereka yang ada depresi. Kalau terbaca, cepat-cepat tukar baca komik. Pastikan hormon serotonin anda di paras yang betul.
  6. Langkah ketujuh: Cari hobi. Fokuskan perhatian pada hobi. Kembangkan pemikiran anda melalui hobi. Jadikan hobi sebagai self therapy.
  7. Langkah kelapan: Makan. Pastikan apa yang anda ingin makan, anda cari, beli dan makan. Jangan sekat keinginan anda sehingga anda lapar dan stres anda bertambah.
  8. Langkah kesembilan: Cari ruang untuk bersendirian dan bertenang. Pastikan anda berehat secukupnya. Berikan keselesaan pada diri anda.
  9. Langkah sembilan: Diam. Diam tak bermakna anda kalah. Diam ialah self-control. Hanya anda yang boleh kawal diri anda.
  10. Langkah kesepuluh: Pakar dan ubat hospital adalah penyelesaian terbaik. Tapi anda perlu yakin pada diri bahawa anda ialah pakar dan ubat untuk mengawal diri sendiri. Percaya bahawa anda boleh kawal time-bomb dalam diri anda. Anda kuat. Anda boleh lakukan.

"Aku tahu, depresi tak mudah dijinakkan. Tapi kalau hari ini kau dapat bertahan, maka kau seorang yang hebat. Kau pasti akan memenangi pertarungan ini. Apa yang kau perlu buat ialah, peluk depresi dan katakan- aku akan kuasai kau tak kira apapun yang berlaku."- SS

@theMaGi2018