Showing posts with label teladan. Show all posts
Showing posts with label teladan. Show all posts

Monday, 8 July 2013

Ramadhan: Peristiwa, Teladan dan Kebaikan

2013, bulan Ramadhan menjelang lagi. Untuk sape yang boleh puasa, jangan la bukak periuk pukul 10. Berpuasalah korang sepertimana yang dituntut oleh Islam. Lagipun, bulan Ramadhan cuma muncul sekali je setahun, tak mati pun korang kalu tak makan beberapa jam. So, Ramadhan, the wonderful month in Islam, apakah peristiwa yang patut korang tahu?

Peristiwa dan Teladan dalam bulan Ramadhan

  • Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan. Jadi, mengajilah anda dengan bersungguh-sungguh. Semoga dapat pahala berlipat kali ganda.
  • Para sarjana Islam mentafsirkan bahawa kitab-kitab dan suhuf terdahulu yang lain seperti Taurat, Zabur dan Injil juga diturunkan dalam bulan Ramadhan. Maka, bulan Ramadhan ini boleh diibaratkan sebagai bulan pengetahuan. Jadi, marilah kita menuju kejayaan.
  • Peristiwa Perang Badar berlaku pada bulan Ramadhan di mana 313 orang tentera Islam bertempur dengan 1000 orang tentera Musyrikin. Walaupun dengan jumlah yang sedikit, tentera Islam memenangi pertempuran ini walaupun sedang berpuasa. Jadi, teladannya di sini ialah puasa tak melemahkan anda. Apa yang penting ialah hati, minda dan juga makan sahur.
  • Pada bulan Ramadhan, Islam membuka Kota Mekah setelah orang Musyrikin melanggar Perjanjian Hudaibiah (perjanjian ini adalah genjatan senjata antara pihak Rasulullah SAW dengan pihak Quraisy). Kesan dari perkara tersebut, Islam akhirnya berjaya memasuki Kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Ini bermakna, tiada apa yang mustahil jika kita benar-benar ikhlas dan berusaha.
  • Peristiwa Rasulullah SAW ke Tabuk juga berlaku dalam bulan Ramadhan di mana Nabi SAW dan sekutunya pergi ke Rom atas tujuan mengutip zakat. Walaupun disekat adalah pemerintah Rom pada masa itu dan keadaan cuaca yang panas serta tidak selesa, mereka berjaya juga mengutip zakat dan cukai terhadap Rom. Oleh itu, bulan puasa adalah satu cabaran. Jika kita dapat menghadapinya maka kita adalah golongan yang berjaya.
  • Islam tersebar ke Yaman dalam bulan Ramadhan. Ia berlaku secara aman kerana bulan Ramadhan adalah bulan keberkatan. 
  • Bulan Ramadhan menyaksikan Khalid al-Walid meruntuhkan berhala Al-Uzza. Ia berlaku selepas Islam berjaya memasuki Kota Mekah dan Nabi SAW melakukan penyucian terhadap Kaabah. Ia juga simbolik untuk kita supaya meruntuhkan perkara buruk dalam diri kita dan menjadi insan yang lebih baik.
  • Penyerahan bandar Taif, di mana Nabi SAW pernah diusir ketika berdakwah berlaku dalam bulan Ramadhan di mana Nabi SAW bersama tentera mengepung kawasan tersebut dalam tempoh yang lama. Akhirnya, penduduk bandar Taif tunduk dan patung berhala Al-Latta dimusnahkan. Pemusnahan berhala itu akhirnya membawa perubahan pemikiran yang biasanya jumud dan konservatif.
  • Kota Andalus ditakluki oleh tentera Islam pada bulan Ramadhan, di mana penaklukan tersebut telah menyelamatkan penduduk Andalus yang telah dizalimi dan membuka lembaran baru terhadap Andalus sebagai pusat cendekiawan Islam berkembang dan menjadi pusat perhatian dunia Barat. 
  • Bulan Ramadhan juga telah menyaksikan kekalahan pihak Mongol di tangan tentera Islam di mana tentera Mongol tidak pernah kalah dalam mana-mana pertempuran sebelumnya. Peristiwa ini boleh diibaratkan pertempuran antara kebaikan dan keburukan.
Kebaikan Bulan Ramadhan

Terdapat begitu banyak kebaikan dalam bulan Ramadhan (sudah semestinya dari segi rohani) dan bulan ini kita digalakkan supaya menginsafi diri (dalam erti kata lain, kita kembali kepada fitrah asal kita sebagai manusia yang kecil dan serba kekurangan). Selain dari segi rohaniah, bulan Ramadhan adalah bulan yang sesuai dari segi pengurusan kewangan, kesihatan fizikal dan juga pengisian masa.

Dari segi pengurusan kewangan

Sepertimana yang kita ketahui (atau sedari), ramai yang komplen poket rabak masa bulan puasa. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Sebenarnya, pada bulan puasa, nafsu dan keinginan untuk makan meningkat dua kali ganda dan menyebabkan kita terdorong untuk bersifat boros. Jadi, kembali ke sudut kerohanian. Di situ, minda kita memainkan peranan untuk SABAR! Otak adalah satu ciptaan khas yang memberi ransangan untuk makan dan dalam masa yang sama memberi paksaan untuk menolak mengikut kemahuan kita. Oleh itu, campak kemahuan itu ke dalam longkang dan pilihlah keperluan.

Dari segi kesihatan fizikal

Biasanya pada bulan puasa, perut kita akan mengecut sedikit dan enjin pemproses makanan juga berehat sebanyak 50 peratus. Ini bermakna peluang untuk kelihatan cantik di pagi Raya meninngkat naik dan peluang untuk sihat juga bertambah 50 peratus. Ramadhan adalah bulan yang sesuai untuk kita mengawal pola pemakanan dan mengelak kita makan apa saja yang kita suka. Dorongan bulan puasa bukan saja untuk menginsafkan kita pada manusia lain yang tidak bernasib baik (kembali kepada sudut kerohanian) dan kemestian dalam beribadat, ia juga merupakan satu paksaan dalam penjagaan kesihatan bagi mengatasi manusia akhir zaman yang mengalami masalah karnivor dan obesiti yang tinggi. Oleh itu, bukankah bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat ideal untuk merehatkan perut dari bekerja lebih masa?

Dari segi pengisian masa

Bulan Ramadhan adalah bulan yang baik kerana banyak masa lapang. Biasanya bagi golongan yang bekerja, mereka akan makan sarapan pada pukul 8 pagi, makan ringan pada pukul 10 pagi, keluar makan tengahari pada pukul 12 tengahari dan makan petang pada pukul 3 atau 4 petang. Terlalu banyak masa dihabiskan untuk makan (dan akhirnya kerja tak siap). Bagi menggantikan masa makan, adalah lebih baik kita habiskan masa menyelesaikan kerja, atau meneliti hasil kerja kita. Bagi golongan yang bekerja di rumah, waktu makan boleh digantikan dengan aktiviti riadah bersama keluarga, membaca buku, menambah ilmu pengetahuan ataupun berjalan-jalan (kembali ke sudut kesihatan). Bukan itu saja, masa makan itu juga boleh digantikan dengan aktiviti kerohanian seperti mengaji, ke masjid dan menghadiri majlis ilmu. Bukan perut saja yang mesti diberi makan, otak kita juga perlukan sesuatu untuk 'dimakan'- food for thought ^^



"Pahala is twice during Ramadhan, so is desire."


#tmg2013

Friday, 10 May 2013

LuvIslam: Bulan Rejab

Tak lama lagi bulan Jamadilakhir akan berakhir. Tinggal beberapa bulan saja lagi sebelum menjelang bulan Ramadhan. Oleh itu, marilah kita memanfaatkan bulan Rejab dengan amalan kebaikan.

Kisah di sebalik bulan Rejab

Rejab bermaksud 'mulia'. Pada zaman dahulu sebelum Islam tersebar luas, orang Arab memuliakan bulan Rejab dengan menyembelih anak unta sebagai qurban, beribadat sepuasnya di hadapan pintu Kaabah yang dibuka luas pada 1 Rejab, kemudian melakukan sembelihan qurban yang digantikan binatang halal berkaki empat pada 10 Rejab dan bulan diharamkan berperang. Selepas kedatangan Islam amalan ini diharamkan.

Pada bulan Rejab jugalah berlaku peristiwa penting dalam kalendar umat Islam dan hidup Rasulullah SAW. Baginda melalui malam pengembaraan Isra' dan Mikraj. Ulama' bersepakat peristiwa itu berlaku pada malam 27 Rejab.

Baginda SAW turut menyaksikan tamatnya Perang Tabuk pada tahun 9 Hijrah yang berlaku pada bulan Rejab.

Bulan Rejab menurut Al-Quran

Kelebihan bulan Rejab disebut dalam dua surah yakni Surah Al- Baqarah dan Surah At-Taubah yang menyatakan bahawa:

Bulan Rejab merupakan bulan haram (termasuk bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) kerana ia dikatakan bahawa ia disebabkan oleh kebesaran kehormatannya sebagaimana besarnya dosa yang dikira dalam bulan-bulan tersebut.

Bulan Rejab juga dikenali sebagai bulan haram kerana pengharaman peperangan pada zaman jahiliyah dan juga pada zaman Nabi Ibrahim AS.

Bulan Rejab dijadikan bulan haram untuk peperangan bagi memberi laluan kepada umat menunaikan kewajipan umrah yang dilakukan pada pertengahan tahun manakala bagi bulan haram yang lain, Zulkaedah adalah bulan bagi bakal haji datang ke Mekah, bulan Zulhijjah adalah bulan untuk mengerjakan haji dan bulan Muharram adalah bulan untuk para haji kembali ke tempat masing-masing. Oleh sebab itu empat bulan ini diharamkan berperang.

Puasa di bulan Rejab

Beberapa perkara telah dibincangkan mengenai puasa di bulan Rejab berdasarkan hadis dan sunnah Nabi. Menurut riwayat seorang lelaki dari Bahilah, Baginda SAW dikatakan telah didatangi oleh seorang lelaki yang berpuasa berterusan sejak berpisah dari Nabi SAW. Lelaki itu meminta untuk terus berpuasa kerana dia yakin dia kuat untuk meneruskannya. Maka Baginda SAW bersabda: "Berpuasalah pada bulan sabar yakni bulan Ramadhan dan satu hari setiap bulan." Kemudian lelaki itu meminta lagi penambahan puasa. Lalu Baginda SAW bersabda lagi: "Berpuasalah dalam bulan suci (haram) lalu berbukalah!" (kemudian diulangi sebanyak 3 kali) sambil mengucapkan itu. Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan- Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan Baihaqi dengan sanad yang baik.

Berpuasa dalam empat bulan haram adalah puasa yang baik selepas bulan Ramadhan. Ulama bersepakat bahawa berpuasa pada empat bulan haram (dimulai dengan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah) adalah sangat dituntut namun makruh jika hanya memilih bulan Rejab sahaja.

Menurut Imam Syafie rahimahullah, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT membukakan pintu langit. Salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab juga dikenali sebagai bulan Istighfar.

Doa Bulan Rejab


Semoga Rejab kali ini dimanfaatkan dengan baik dengan memperbanyakkan ibadah dan meningkatkan lagi amalan kebaikan.

Rujukan dan pautan lain:
http://www.islah.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=137:kelebihan-bulan
http://www.hira.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=271%3Abulan-rejab-&catid=38%3Aslideshow&Itemid=1
http://trigyy.com/2012/05/islam-doa-tarikh-kelebihan-puasa-di-bulan-rejab-1433-h/
http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/05/21/bulan-rejab-datang-lagi/

#tmg2013

Wednesday, 23 January 2013

Nabi Muhammad S.A.W: Nabi dan Rasul Sepanjang Zaman

Nabi Muhammad S.A.W, nabi dan rasul terakhir yang sentiasa menjadi ingatan di dalam setiap umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul adalah hari untuk meraikan kelahiran baginda yang menjadi pendorong, pemimpin, penasihat dan juga pendakwah yang paling disayangi dan dihormati oleh golongan Muslim. Di sebalik keagungan Nabi Muhammad S.A.W, nabi dan rasul sepanjang zaman, kehalusan budi pekerti baginda adalah yang terindah dan terpuji.


Nabi Muhammad S.A.W mempunyai kelebihan daripada manusia lain. Selain dari memiliki mukjizat dan kepimpinan sebagai ketua, baginda memiliki keperibadian yang indah. Selain dari sifat sabar, tawaduk, amanah dan  digelar sebagai Al-Amin, baginda memiliki beberapa ciri-ciri keperibadian yang lain seperti:

1. Baginda tidak kisah berlapar.

Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud dari Aisyah r.a, bahawa berkata: "Adalah Rasulullah SAW apabila masuk ke dalam rumah di waktu pagi hari, baginda bertanya kepada keluarganya; "apakah kamu mempunyai makanan?" Maka apabila dijawab; "tidak", baginda berkata; "Jika begitu, sungguh aku berpuasa."

2. Baginda tidak selesa tidur di tempat yang terlalu selesa.


Diriwayatkan Nabi SAW tidur di atas tikar yang diperbuat dari kulit yang diisi dnegan sabut. Kemudian, alas tidur Nabi SAW dibuat empat lapis. Setelah menjelang pagi, baginda bertanya:
"Apa alas yang kamu bentangkan untuk aku semalam?" Beliau (Hafsah) menjawab; "Alas itu tidak lain tidak bukan alas tuan, tetapi kami jadikan empat lapis, agar lebih empuk untuk tuan."


Nabi SAW bersabda: "Hendaklah kamu kembalikan seperti biasa, sebagaimana keadaannya dulu, kerana keempukannya itu menghalangi aku dari mengerjakan solat di tengah malam."

3. Baginda mempunyai sifat pemalu melebihi gadis muda


Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan lain-lain dari Abu Said al-Khudri r.a, ia berkata: "Adalah Rasulullah SAW itu lebih sangat pemalu daripada gadis-gadis pingitannya; dan apabila baginda tidak menyukai sesuatu, kami mengetahuinya kerana kelihatan di mukanya."


Diriwayatkan oleh Ibnu al-Jauzi dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: "Adalah Rasulullah SAW apabila baginda mendatangi seorang dari isteri-isterinya, baginda memejamkan kedua matanya dan menutup kepalanya."

4. Baginda tertawa dengan cara yang tersendiri.

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Jabir bin Samurah r.a, ia berkata: "Adalah Rasulullah SAW itu lama diamnya, sedikit tertawanya."

Diriwayatkan oleh Tirmizi dari Abdullah bin Harith r.a, ia berkata: "Aku belum pernah melihat seseorang yang lebih banyak tersenyumnya daripada Rasulullah SAW."

Diriwayatkan oleh Baghawi dari Walid Murrah r.a, ia berkata bahawa apabila Rasulullah SAW terlanjur dengan ketawa, baginda meletakkan tangannya pada mulutnya.

5. Baginda dan sifat humor

Diriwayatkan oleh Tirmizi dalam Asy-Syama'il dengan sanad yang mursal dari al-Hasan al-Basri, ia berkata bahawa pada suatu hari Nabi SAW didatangi oleh seorang perempuan tua yang memohon agar dirinya dimasukkan ke dalam syurga. Maka, baginda bersabda: "Hai Ummu Fulan, sesungguhnya syurga itu tidak akan dimasuki oleh perempuan tua." Lantas, perempuan tua itu pun berlalu sambil menangis. Oleh sebab Nabi SAW tahu bahawa perempuan tua tersebut salah faham akan sabda baginda maka para sahabat menjelaskan maksud tersebut yakni Allah berfirman: "Bahawasanya Kami menjadikan mereka (orang-orang perempuan) itu dengan kejadian yang baru; maka Kami menjadikan mereka itu gadis-gadis, remaja belia; berkasih kasihan dengan suami serta bersamaan usia."

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi dari Anas r.a, ia berkata; Nabi SAW pernah berkata (memanggil) kepadaku: "Hai yang mempunyai dua telinga."

Juga diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam bahawa Nabi SAW didatangi oleh seorang wanita bernama Ummu Aiman yang meminta baginda datang menemui suaminya. Apabila Nabi SAW mendengar permintaan wanita tersebut baginda berkata: "Siapakah dia? Apakah dia yang di matanya ada putihnya?" Wanita tersebut menjawab tidak, namun Nabi SAW berkata: " Ya, tentu di matanya ada putihnya" dan bersabda, "Tidak ada daripada seorang pun, melainkan di matanya mesti ada putihnya."

6. Cara Baginda menunjukkan rasa suka atau duka.

Diriwayatkan oleh Ibnu Mandah dari Suhail bin Sa'ad r.a ia berkata: "Adalah Rasulullah SAW apabila menyukai sesuatu (perkataan atau perbuatan), baginda diam."

Diriwayatkan dari Abu Nu'aim dari Abi Hurairah r.a, ia berkata: "Adalah Rasulullah SAW apabila berdukacita, baginda membanyakkan menyentuh janggutnya."

Juga diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ka'ab bin Malik r.a, ia berkata: "Adalah Rasulullah SAW apabila gembira, berseri-serilah wajah baginda, seolah-olah sepotong dari bulan."


Antara sifat lain yang ada pada Rasulullah SAW
1. Baginda tidak suka menguap ketika di dalam solat (Tirmizi, Abi Umamah r.a)
2. Baginda tidak suka bersin dengan kuat di dalam majlis (Al-Baihaqi, Abu Hurairah r.a)
3. Baginda suka mengubah nama yang buruk kepada nama yang elok (Tirmizi, Aisyah r.a)
4. Baginda tidak pernah menonjolkan kedua lututnya (Al-Qadhi Iyadh, Asy-Syifa')
5. Baginda memberi salam terlebih dahulu sebelum menjabat tangan sahabatnya   
    (Thabarani, Jundub r.a)
6. Baginda tidak berjabat tangan dengan wanita lain, melainkan wanita yang sudah baginda  
    miliki (Bukhari, Muslim, Aisyah r.a)

Berdasarkan firman Allah SWT menerusi Al-Qalam:4, Allah SWT memuji, "Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) sentiasa dalam budi pekerti yang luhur."

p/s: Selawat dan puji-pujian ke atas junjungan Nabi SAW. Salam Maulidur Rasul.
__________________________________________________
Ruj: 
Izzuddin, A., M. (1998). Keperibadian Nabi Muhammad SAW- Perniagaan Jahabersa: Johor Bharu.
Abdullah, A. (1986). Nabi nabi dalam Al Quran- Pustaka Al Azhar: Kuala Lumpur.

#TMG2013

Saturday, 24 November 2012

Sejarah Tanah Palestin: Kisah Tanah Yang Dijanjikan

Palestin kini merupakan negara yang dilanda peperangan dan rakyatnya hidup dalam kacau bilau. Jumlah kematian juga semakin meningkat dan korban peperangan kebanyakannya terdiri dari wanita dan kanak-kanak. Israel, selaku penyebab peperangan pula terus memerangi mereka dan melaungkan sebab-sebab peperangan dicetuskan. Menurut media, mereka menyerang Palestin kerana serangan dari puak-puak gerila dan juga dikaitkan dengan serangan dari pihak Hamas. Tapi hakikat sebenar pihak Israel menggempur tanah Palestin ialah mereka mahukan 'tanah yang dijanjikan' itu dipulangkan kepada mereka.

Persoalannya, bagaimanakah janji mengenai tanah itu wujud?


Yahudi dan Islam sendiri sudah sedia maklum, tanah yang mereka diami itu merupakan tanah istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah SWT sejak ribuan tahun lampau. Kisah tanah ini bermula sejak dari zaman Nabi Ibrahim a.s. Pihak Yahudi juga percaya disitulah tanah asal usul nenek moyang mereka (Bani Israel), disitulah terletaknya Bukit Zion dan juga Kuil Solomon, kuil suci mereka. Menerusi kitab Injil, Abram dikatakan telah menerima perintah Tuhan untuk berhijrah ke Kanaan yang kini disebut sebagai 'Tanah yang dijanjikan' untuk Abram memulakan hidup baru bersama keluarga dan pengikut, beranak-pinak dan meneruskan keturunan serta hidup kekal di atas tanah yang dijanjikan

Petikan ayat dari kitab Injil (bahagian Kejadian/Genesis) telah menyebut:
  • Tuhan berkata pada Abram: Pergilah ke tanah kamu...ke tanah yang Aku akan tunjukkan kepada kamu (Kejadian 12:1)
  • Pada hari itu, Tuhan membuat perjanjian dengan Abram, berkata: "Untuk keturunan kamu yang telah Aku berikan tanah ini, dari sungai Mesir sejauh sungai besar Efrat tanah orang Keni, Kenizites, Kadmonites; Chitties,.Perizites, Refaim, Emorites, Kanaan, Gigashites dan Yevusites " (Kejadian 15:18-21)
  • "Dan Aku akan memberikan kepada kamu dan kepada keturunan kamu selepas kamu, tanah kediaman sementara kamu, semua tanah Kanaan sebagai milik kekal dan Aku akan menjadi Tuhan kepada mereka (Kejadian 17:8)
Bagi mereka, janji Tuhan adalah bersifat moral, suci dan benar. Ia menjadi pendorong Israel mendapatkan tanah Palestin dengan apa cara sekalipun. Bagi pihak Kristian pula, tanah itu tempat kelahiran penyelamat mereka, Jesus dan kuil suci mereka, Kuil Nazareth. Tanah ini telah dijadikan sasaran untuk Perang Salib antara Islam dan Kristian. Perang Salib Pertama bermula pada 1095 setelah Pope Alexander II mengeluarkan fatwa mengenai kesucian tanah tersebut pada 1063. Kristian juga mahukan tanah tersebut.


Sejarah Tanah Dijanjikan menerusi Al-Quran>>>

Islam tidak pernah menafikan keistimewaan tanah Palestin, malah ia tercatat di dalam Al-Quran dan tanah itu merupakan kawasan kota tamadun tertua di dunia. Tanah Palestin juga mendapat tempat istimewa di hati setiap umat Islam di seluruh dunia kerana Masjid Al-Aqsa (masjid ketiga paling mulia bagi orang Islam) pernah dijadikan sebagai kiblat untuk bersolat sebelum Masjidil Haram menjadi pengganti. Ia juga tempat di mana Rasulullah SAW melalui malam Israk dan Mikraj, serta tanah itu menjadi saksi untuk kisah lahir dan wafat para Nabi yang disebut di dalam Al-Quran. Surah Al-Maidah ayat 21 juga menyebut:
  • (Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat). "
Kisah tanah ini bermula dengan penghijrahan Nabi Ibrahim a.s bersama isteri pertama, Sarah dan anak lelaki mereka, Ishak (asal keturunan Bani Israel) dan meninggalkan isteri kedua, Hajar dan anak lelaki mereka, Ismail (asal keturunan Nabi Muhammad SAW) di tanah tandus (yang akhirnya menjadi kawasan tanah suci Mekah). Kemudian, kisah ini berlanjutan ke zaman Firaun di mana Nabi Musa a.s membawa pengikut (Bani Israel) lari menyeberangi Laut Merah yang dibelah menggunakan mukjizat tongkat Nabi Musa a.s. 

Walau bagaimanapun, kaum Bani Israel ini mula besar kepala dan membuat bermacam-macam permintaan pada Nabi Musa a.s. Bani Israel percaya bahawa mereka merupakan kaum terpilih untuk dilindungi, sentiasa dirahmati malah dikurniakan dengan tanah kekal untuk mereka diami dan juga lokasi untuk mewujudkan sebuah negara moden. Namun, mereka ingkar pada perintah Allah SWT.


Kesinambungan Bani Israel menuntut janji>>>

Kisah tanah yang dijanjikan itu berlanjutan hingga ke zaman Talut di mana Talut memerangi Jalut yang berkuasa di tanah Palestin selepas wafatnya Nabi Musa a.s. Talut atau Thalut, merupakan tokoh bagi Bani Israel kerana berjaya menumpaskan kerajaan kejam Jalut dengan bantuan Nabi Daud a.s. Berdasarkan petikan Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah:
  • [247] Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu." Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa Pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta-harta." Nabi mereka berkata: "Sesungguhnya manusia itu Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan Sains Pengetahuan dan kegagahan tubuh badan dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa Pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan AllahMaha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya."
  • [251] Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa Pemerintahan, dan Hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah Manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya Rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.
Setelah Talut berjaya menakluki Palestin dari Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung oleh Nabi Daud a.s dan seterusnya diperintah oleh Nabi Sulaiman a.s  dengan bala tentera yang tidak terkira banyaknya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin). Jika dilihat dari sudut Yahudi, Nabi Daud a.s (atau King David) dan Nabi Sulaiman a.s (King Solomon) merupakan dua raja yang menjulang kegemilangan Bani Israel dan Bani Israel menguasai Palestin untuk beberapa tempoh sehingga lahirnya Nabi Isa a.s.


Kesan kelahiran Nabi Isa a.s>>>

Sebelum kelahiran Nabi Isa a.s oleh gadis sunti bernama Maryam, Bani Israel memiliki tanah Palestin. Apabila Nabi Isa a.s lahir, dan membesar bersama mukjizat dan sifat kenabian, satu agama baru wujud dan memuliakan Nabi Isa a.s sebagai anak Tuhan, agama itu dikenali sebagai agama Kristian. Kewujudan agama ini berkembang pesat dan tersebar luas dengan mempercayai Nabi Isa a.s diturunkan untuk menyelamatkan umat manusia dari terus sesat dan mendapat perlindungan dari Tuhan. Kemudian, kerajaan Rom telah menjadikan Kristian sebagai agama rasmi di bawah pemerintahan Constantine dan mula memerangi pihak Bani Israel bagi mendapatkan tanah suci mereka, tanah kelahiran Jesus.

Palestin dan Bani Israel mengalami tekanan yang hebat di bawah pemerintahan Rom. Setelah bertahun-tahun menerima serangan dari Rom, Palestin akhirnya berjaya ditakluki dan dijarah. Bani Israel pula diusir dari tanah Palestin dan mereka lari menyelamatkan diri ke setiap pelusuk dunia.


Kedatangan Islam oleh Nabi Muhammad SAW>>>

Tanah Palestin menjadi taklukan pihak Rom Kristian untuk beberapa ketika sehinggalah kedatangan Islam. Walaupun pada hakikatnya Islam sudah wujud lebih awal dari Kristian dan Yahudi, agama Islam dikenali di seluruh dunia pada era pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Baginda melakukan perluasan empayar Islam, bermula di Madinah dan akhirnya ke seluruh kawasan tanah Arab. Palestin turut menerima tempias tersebut dan ramai yang memeluk Islam. Pada 638 Masihi, Palestin berjaya diambil oleh kerajaan Islam dan menjadi tanah suci bagi umat Islam yang ketiga selepas Mekah dan Madinah.


Perkongsian kuasa di tanah yang dijanjikan>>>

Setelah Islam berjaya menakluki Palestin, golongan Kristian berasa amat malu dengan kehilangan tanah suci tersebut dan tidak dapat menerima kewujudan agama baru selepas wafatnya Nabi Isa a.s. Kemudian, perang antara agama berlaku dan sejak dari tahun 1000 masihi, tentera Kristian melakukan pelbagai jenis usaha untuk merebut tanah kelahiran Penyelamat mereka. Perang Salib Pertama akhirnya tercetus setelah mendapat restu dari Pope Alexander II yang mengeluarkan fatwa pengampunan dan kemuliaan terhadap sesiapa yang membebaskan Palestin dari kuasa Islam. Di situ bermulanya perjuangan dan penglibatan Raja England yang digelar Richard the Lionheart dalam misi Perang Salib.

Pada 1099, Palestin berjaya ditakluki Kristian dan diperintah selama 200 tahun.

Walau bagaimanapun, Islam berjaya menakluki Palestin pada zaman pemerintahan Salahuddin Al-Ayyubi yang pernah menentang Richar the Lionheart dalam siri Perang Salib yang seterusnya. Menerusi pemerintahan Islam, rakyat Palestin yang diusir iaitu Bani Israel dibenarkan pulang dan hidup aman di kampung halaman. Pemerintahan Islam ini berlanjutan ke zaman Turki Uthmaniyah.


Kejatuhan Uthmaniyah, kebangkitan kuasa Barat>>>

Kerajaan Turki Uthmaniyah mula merosot pada awal abad ke-19, kesan dari konflik dalaman dan krisis pemerintahan. Akibat dari masalah tersebut, empayar Islam semakin lemah dan pihak Barat (yakni Britain dan Perancis) mengambil peluang untuk menawan semula tanah Palestin.

Menerusi Perang Dunia I yang tercetus pada 1941, Britain-Perancis dan Rusia membentuk Pakatan Bertiga dan kemudian disertai oleh Amerika dan Itali. Kerajaan Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat namun kalah oleh pihak Pakatan Bertiga dan kerajaan Islam Timur diambil alih oleh pihak Britain. Pihak Britain menjalankan misi menyuburkan semangat nasionalisme di Tanah Arab, yang membuatkan golongan Arab sendiri yang menumbangkan Uthmaniyah dan pemerintah Arab pada masa itu pula menjadi tali barut Britain.

Pada 1915, Britain memiliki kawasan Iraq. Kemudian, impian utama mereka akhirnya menjadi kenyataan apabila berjaya merampas tanah Palestin dari Islam pada 1917. Kemenangan mereka mendapatkan Palestin didorong oleh misi suci raja terdahulu mereka, Richard the Lionheart dalam Perang Salib.


Penyebab kemenangan Britain>>>

Seorang saintis bahan letupan, Chaim Weizzmann telah mencipta bahan letupan yang sangat efisien dan berkhidmat untuk Britain bagi mencapai misi menakluki Palestin. Menerusi ciptaan bahan letupan tersebut, Britain menang besar dan Weizzmann sangat gembira kerana misi beliau juga bakal tercapai, kerana beliau merupakan anak Israel yang mahukan tanah tersebut.

Menerusi Deklarasi Balfour, Weizzmann berjaya melobi dalam perjanjian tersebut (kerana pihak Britain berasa terhutang budi pada Weizzmann) dan akhirnya Britain bersetuju menyerahkan Palestin kepada pihak Israel, walaupun pihak Britain cuba memujuk Weizzmann supaya menerima Uganda, Paris atau London sebagai tukaran. Namun, bagi Weizzmann, mereka tetap mahukan Palestin.

Pada 1919, perjanjian dipersetujui oleh setiap pihak, termasuk pemerintah Arab, Emir Faisal I dan Palestin menjadi milik Israel. Pada tahun itu jugalah Perang Dunia I tamat. Kerajaan Uthmaniyah di Istanbul kalah teruk pada 1918 dan diambil alih oleh sistem sekular mula dilakukan. Akhirnya, misi Perang Dunia I yang sebenar ialah mendapatkan Palestin dengan memusnahkan negara lain demi menutup cerita yang sebenar-benarnya.


Israel dan Holocaust>>>

Setelah zaman Perang Dunia I tamat, terdapat seorang lelaki muda yang mahukan peperangan. Beliau lahir dengan bakat melukis (tetapi tidak dapat melukis wajah manusia dengan sempurna) dan mempunyai cita-cita untuk pergi berperang kerana mahu dianggap sebagai wira. Akhirnya, lelaki yang berasal dari Jerman itu berjaya mencapai impiannya dan meninggalkan legasi yang sangat menggerunkan; Holocaust, dan beliau ialah Adolf Hitler, pemimpin kuku besi yang sangat benci pada Yahudi, atau Israel. Disitu bermulanya era Perang Dunia II.

Menerusi Holocaust, Hitler menjalankan misi pembunuhan Yahudi beramai-ramai dan pemusnahan kaum yang digelar sebagai Action T4 pada sekitar tahun 1944-1946. Jutaan kaum Yahudi mati dibunuh di Jerman dan di kawasan Eropah dan menjadikan kos peperangan dan makanan semakin meningkat. 

Pada 1948, Britain dan sekutu terpaksa berundur dari Palestin kerana menanggung kerugian yang besar. Pada tahun yang sama juga, Israel diberikan pengadilan kesan dari misi Holocaust dengan mengurniakan sebahagian Palestin sebagai tanah mereka dengan sokongan PBB dan Amerika. Sebahagian kaum Yahudi akhirnya berhijrah ke Amerika, diberi perlindungan, pendidikan dan juga bantuan kewangan sehingga mereka berkembang dan berjaya menakluki pentadbiran  ekonomi di Amerika.

Akhirnya, Amerika kini menjadi sekutu penuh Israel. 


Pergerakan Israel/Yahudi bagi mendapatkan negara>>>

Seperti yang dinyatakan di atas, Bani Israel mengakui Nabi Ishak a.s sebagai bapa keturunan mereka, mengagungkan Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Daud a.s dan Nabi Sulaiman a.s sebagai nabi yang melindungi mereka dan kisah mereka juga terkandung begitu banyak di dalam kitab Injil, yang ternyata bukan milik Bani Israel tetapi Kristian. Mereka juga menumpang dalam misi Perang Salib bagi mendapatkan Palestin, membantu Britain bagi mendapatkan Palestin, meminta simpati dunia bagi mendapatkan Palestin dan mengawal Amerika bagi mendapatkan Palestin. Kedua-dua Perang Dunia tersebut merupakan antara gerakan tersembunyi Israel bagi mendapatkan Palestin. Tetapi, Palestin masih belum jatuh ke tangan mereka sepenuhnya.

Pada 1897, Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melakukan persidangan pertama bagi membela nasib Yahudi yang ditindas oleh Kristian di Eropah. Ia bertujuan bagi mendapatkan sebuah negara bagi bangsa Yahudi. Weizzmann, lelaki di sebalik kejayaan Britain merupakan orang kuat yang melakukan usaha melobi bagi mendapatkan Palestin.

Antara sebab Israel dipersetujui oleh pihak Britain dan juga Kristian ialah mereka mahu memisahkan Palestin dari negara Islam. Mereka mahu memecahbelahkan perpaduan Islam di sebelah Asia dan Afrika Barat bagi mengelakkan kewujudan empayar Islam yang seterusnya. Oleh sebab itu, dua agama tersebut bersetuju untuk saling bekerjasama bagi menentang kebangkitan Islam kerana mahu melindungi Palestin dari dimiliki semula oleh negara Islam yang lain. 

Semasa Perang Dunia II, seramai 119000 orang Yahudi berkhidmat sebagai tentera. Pada 1942, seramai 19000 orang Yahudi mengikuti  angkatan bersenjata Inggeris (10% adalah perempuan). Oleh sebab sebahagian Eropah mengamalkan anti-semitisme (anti Yahudi), maka mereka beranggapan hanya Palestin saja tanah yang dapat mengembalikan maruah dan impian mereka mencipta negara moden yang diidam-idamkan oleh nenek moyang mereka. Apabila Harry Truman menjadi presiden pada 1945, beliau menjadi bahan sasaran pihak Yahudi bagi mendapatkan Palestin. Truman bersetuju untuk membahagikan Palestin kepada tiga kawasan yakni:
  • bahagian pertama diambil oleh Israel
  • bahagian kedua diambil oleh Arab
  • bahagian ketiga diambil oleh pihak PBB
Walaupun ditentang oleh rakyat Palestin, ia tidak membuahkan hasil malah rakyat Palestin pula yang dituduh menceroboh dan merampas tanah tersebut dari tangan kaum Israel kerana tanah itu telah dijanjikan oleh Tuhan kepada mereka. Selain daripada isu janji, penaklukan bahagian pertama oleh Israel menyaksikan perubahan demografi Palestin di mana rakyat Palestin terpaksa melarikan diri ke negara jiran kerana serangan Israel dan jumlah penduduk Israel meningkat dengan mendadak (datang berpindah semula ke Palestin secara sukarela dan dipujuk selepas kawasan Israel diisytiharkan). 


Hakikat yang menyakitkan hati Israel Zionis>>>

Menurut Israel, rakyat Palestin merupakan penceroboh negara suci mereka. Selain dari isu diceroboh, isu janji Tuhan kepada mereka juga turut diambil kira. Bagi cendekiawan Yahudi, perkataan Palestin itu berasal dari Philistine, yakni nama musuh mereka sedangkan pada asalnya tanah Palestin sudah diduduki oleh rakyat Palestin yang terdiri dari bangsa Kanaan  beribu-ribu tahun lamanya sebelum Nabi Musa a.s tiba dan menyelamatkan mereka dari penindasan Firaun dan bertindak menghapuskan fakta tersebut pada 1948 di mana bahagian pertama Palestin menjadi milik mereka. Malah, Bani Israel mendakwa bahawa taraf Ishak sepatutnya lebih baik kerana Ishak diberikan janji tanah yang kekal manakala perihal Ismail adalah seperti berikut:
  • "Perihal Ismael, Aku telah mendengarkan permintaanmu; ia akan Kuberkati, Kubuat beranak cucu dan sangat banyak; ia akan memperanakkan dua belas raja, dan Aku akan membuatnya menjadi bangsa yang besar." (Kejadian 17:20)"
Maksud di atas: Nabi Ismail telah berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan dengan keturunan yang baik dan patuh kepadaNya. Menerusi keturunan Ismail maka lahirlah Muhammad. 

Menerusi petikan surah Al-Baqarah ayat 58 telah menyatakan bahawa kemasukan Bani Israel ke Palestin adalah bersyarat, tidak angkuh dan bersyukur dengan kurniaan diberikan:

  • Dan (kenangkanlah) ketika kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa Sahaja yang kamu sukai. dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: 'Ya Allah ampunilah dosa kami' Supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan kami akan tambah pula Pahala orang-orang yang berbuat baik ".
Namun begitu, mereka terlupa akan syarat tersebut.


Islam, Israel Zionis, Kristian dan Pengakuan terhadap Nabi Yang Terakhir>>>

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi dan rasul terakhir selepas Nabi Isa a.s. Baginda merupakan keturunan kepada Nabi Ismail a.s, yakni anak kepada Nabi Ibrahim a.s yang menjadi permulaan kepada kisah Bani Israel. Malah, ramalan kenabian nabi terakhir juga wujud dalam kitab Injil dan juga dari pihak Bani Israel itu sendiri iaitu:
  • Mesiah/Penyelamat, iaitu kelahiran Nabi Isa  a.s (disebut sebagai Jesus/Yesus)
  • Yohanes si pembaptis
  • Nabi yang akan datang, yakni Muhammad.
Setelah dua penantian menjadi kenyataan, ketiga-tiga agama (Islam, Kristian dan Yahudi) menantikan kedatangan ramalan yang terakhir. Ramalan kenabian telah dilihat pada Rasulullah ketika Baginda berusia enam tahun dan mengikuti bapa saudara (Abu Talib) ke Syam (Syria) untuk berdagang. Setelah tiba di Basra, seorang pendeta bernama Bahira melihat tanda kenabian tersebut pada Nabi Muhammad SAW (Nabi dipayungi oleh awan) dan mengingatkan pendeta tersebut pada ramalan bahawa Nabi yang ditunggu-tunggu itu sudah tiba dan Nabi itu beragama Islam.

Oleh itu, pendeta tersebut meminta rombongan Abu Talib kembali semula ke Mekah dan bersumpah pada Latta dan Uzza (patung berhala terkenal pada zaman tersebut) bahawa ramalan kenabian tersebut bukan satu pembohongan. Kisah kenabian ini berulang lagi selepas Nabi dihantar berdagang oleh Khadijah dan baginda dilihat oleh seorang pendeta yang menyatakan bahawa baginda merupakan nabi yang ditunggu-tunggu. Kemudian, saudara Khadijah, Waraqa ibn Naufal (seorang pengkaji naskhah kuno Injil dan seorang Kristian) menyatakan kepada Khadijah bahawa Muhammad memiliki ciri-ciri seorang Nabi yang ditunggu-tunggu.

Apa yang menjadi kebencian Bani Israel dan golongan Kristian terhadap Nabi Muhammad SAW ialah baginda terkeluar dari susur galur Nabi Ishak dan baginda juga bukan beragama Kristian. Umat Islam juga dikaitkan dengan sifat keganasan sedangkan Islam pada masa kini hanya anti-Zionis (membenci golongan yang menyakiti rakyat Palestin dan umat Islam dengan memerangi mereka) dan bukannya anti semitisme. Jika difikirkan dari sudut agama, Kristian merupakan golongan pertama yang mengamalkan anti-semitisme di Eropah dan Yahudi pula golongan pertama yang menyokong Kristian apabila isu keratan ayat dalam nyanyian suci  yang memuji Muhammad disingkirkan dan digantikan dengan petikan ayat yang baru iaitu:

(Song of Solomon/Kidung Agung 5:10 yang baru)

My beloved is white and ruddy, the leader among 10,000 people (Kekasihku itu putih dan merah sehat, pemimpin diantara 10.000 orang)

(Song of Solomon/Kidung Agung 5:16 yang asal)

His mouth is most sweet: yea, he is altogether *lovely. This is my beloved, and this is my friend, O daughters of Jerusalem(Mulutnya yang paling manis: sifat-sifat, dia adalah sama sekali indah. Ini adalah kekasihku, dan ini adalah kawanku, hai puteri-puteri Yerusalem)

*'lovely' itu dieja sebagai 'mahamadim' (atau muhammad)

Kedua-dua agama ini saling menyokong antara satu sama lain, hanya untuk membuktikan bahawa nabi mereka nabi yang benar walaupun terdapat petikan di dalam kitab Injil yang menyatakan bahawa

Jesus said to them:" Have you never read in the Scriptures: The stone rejected by the artisans building has become the cornerstone: it happened from the side of God, an act marvelous in our eyes. For that reason, I say unto you, that the kingdom of God shall be taken from you and given to a people who will produce its fruit. "
  • "The stone rejected by the artisans" ialah Ismail yang disingkirkan oleh Sarah, 
  • "an act marvelous in our eyes" ialah Bani Israel berasa ajaib kerana nabi biasanya lahir dari kelompok mereka (seperti Ibrahim, Ismail, Musa, Daud dan Sulaiman) dan
  • "the kingdom of God shall be taken from you and given to a people who will produce its fruit" memberi maksud bahawa Tuhan menarik semula kerajan yang pernah dikurniakan kepada Bani Israel dan menyerahkan kepada bangsa yang akan menghasilkan buah kepada kerajaan tersebut (iaitu keturunan Bani Ismail) yang disokong oleh hadis Bukhari (Manaqib dan Al-Fadhail) yakni: 
"Sesungguhnya manusia itu menyaksikan perumpamaan diriku dengan Nabi-Nabi sebelumku adalah seperti perumpamaan seseorang yang membina sebuah rumah, ia mengindahkan dan menghiasi rumah itu, kecuali hanya satu tempat batu saja di salah satu sudut bangunan itu, maka orang-orang berthawaf (berkeliling) disekitarnya, mereka takjub terhadap bangunan itu seraya berkata: "Tidakkah lubang ini diletakkan satu batu?" Beliau (Nabi Muhammad SAW) berkata: "Akulah satu batu itu dan akulah Penutup para Nabi"

Perumpamaan tersebut berlaku pada zaman Nabi Ibrahim di mana Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah bersama anak, Ismail dan menemui batu Hajar Aswad untuk melengkapi binaan Kaabah. Pada zaman Nabi Muhammad pula, Mekah mengalami banjir dan batu Hajar Aswad itu terjatuh dari kedudukannya. Batu itu dibawa di atas kain yang direntang dan dimasukkan semula ke tempatnya oleh Nabi Muhammad, simbolik yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan penutup para Nabi terdahulu.


Penutup: Israel dan Janji>>>

Perang yang berlaku di Palestin dimulakan dengan kisah janji dan masih diteruskan sehingga ke generasi kini. Walaupun tidak semua yahudi menyokong usaha ini namun isu janji dan perwarisan tanah suci tersebut sebenarnya bersifat kabur. Malah, kisah janji ini lebih banyak memusnahkan daripada membina sebuah negara contoh. Sungguhpun mereka menyatakan bahawa mereka berhak dan mereka memerangi serta membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa atas sebab janji tersebut, ia masih tidak tertunai dan menyusahkan ramai pihak dari hari ke hari. Mereka sudah berperang demi Palestin selama beratus-ratus ribu tahun lamanya tetapi segala impian masih belum terlaksana. Mengapa? Jawapannya terkandung dalam kitab Injil iaitu tanah itu dikurniakan kepada Bani Israel sebagai harta warisan anak cucu tetapi tanah itu tetap milik Tuhan.

Selain itu, janji tersebut hanya termaktub kekal untuk generasi seterusnya berdasarkan kepada nilai-nilai yang ditetapkan Tuhan dalam perjanjian tersebut, ketaatan dan berdasarkan kasih serta takut kepada Tuhan yang Satu (Kaiser Jr., 1981). Kegagalan untuk memenuhi perjanjian yang digariskan oleh Tuhan akan membawa bencana kepada mereka menerusi petikan kitab Injil iaitu:
  • Kegagalan untuk mematuhi boleh membawa kepada peperangan, bencana, kehilangan tanah, atau kematian sendiri (Ulangan 4:26)
Bani Israel sangat percaya bahawa Tuhan tidak akan memungkiri janjiNya terhadap nabi-nabi terdahulu menerusi petikan dalam Kitab Injil iaitu "Tetapi pemisahan sedemikian tidak boleh keadaan kekal; bagaimana Allah dapat menafikan diriNya dan gagal untuk sempurnakanlah perjanjian-Nya dengan Abram, Ishak, dan Yakub (Imamat 26:42)?" dan janji tersebut sangat suci serta bersifat kekal. Tapi, jika difikirkan sedalam-dalamnya, hanya Allah SWT saja yang bersifat kekal seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Ikhlas.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”
(Surah Al Ikhlas)



p/s: Bukan yahudi saja yang zionis, segelintir kristian yang obses dan puak Islam yang radikal dan berhaluan kiri juga antara golongan zionis.

Thursday, 25 October 2012

Pengertian Aidil Adha

10 Zulhijjah merupakan tarikh untuk perayaan Hari Raya Haji atau juga dikenali sebagai Hari Raya Aidil Adha. Pada hari tersebut, haiwan ternakan (Al-An 'am) ditumbangkan dan daging sembelihan disedekahkan kepada orang ramai. Namun, di sebalik kegembiraan berkumpul dan bergembira dengan keluarga, adalah lebih baik untuk kita mengimbas sedikit pengertian Aidil Adha sebagai peringatan; kisah pengorbanan seorang bapa kepada Allah swt.

Hari Raya Aidil Adha disambut di seluruh dunia, perayaan terbesar bagi umat Islam selain Hari Raya Aidil Fitri yang jatuh pada 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun, bermula dengan takbir Raya pada malam 10 Zulhijjah, diikuti oleh solat sunat Aidil Adha pada sebelah pagi dan khutbah lalu diteruskan dengan ibadah korban. Pada 10,11, 12, dan 13 Zulhijjah, hari tersebut dikenali sebagai Hari Tasyrik (yang bermaksud Hari Makan Minum), hari yang diharamkan untuk berpuasa.


Kisah di sebalik Aidil Adha ini bermula dengan mimpi Nabi Ibrahim as (juga dikenali sebagai Abraham bagi orang Kristian) yang memerintahkan Nabi Ibrahim as supaya menyembelih anaknya yang bernama Ismail (atau Ishmael). Kemudian, Nabi Ibrahim as memberitahu pada isterinya, Siti Hajar mengenai mimpi tersebut. Pada sangkaan Siti Hajar (disebut sebagai Hagar dalam kitab Injil), mimpi itu hanya mainan tidur tapi ternyata mimpi itu merupakan wahyu dari Allah swt dan Nabi Ibrahim as menerimanya dengan penuh kerelaan.

Walau bagaimanapun, orang ramai menyangka Nabi Ibrahim as sudah gila kerana sanggup menyembelih puteranya sendiri. Pada hari yang dijanjikan, Nabi Ibrahim as dan anaknya tiba ke sebuah bukit, dan cuba diganggu oleh syaitan yang menyerupai seperti manusia. Di situ, Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as melontar batu bagi menghalau hasutan syaitan (yang akhirnya menjadi sebahagian daripada ibadah haji iaitu ibadah melontar ketiga-tiga Jamrah iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah). Setelah berjaya melepaskan diri dari gangguan syaitan, Nabi Ibrahim as menjalankan tugasnya dengan penuh keredhaan. Namun, putera Nabi Ibrahim as akhirnya digantikan dengan seekor qibas dan mereka mengucapkan syukur kepada Allah swt di atas rahmat dan kasih sayangNya.


Maka, pengertian pengorbanan yang sebenar adalah; kasih sayang kita terhadap Pencipta haruslah melebihi kasih terhadap makhluk.

Pengertian Aidil Adha

  • Pada 10 Zulhijjah, Adam dan Hawa telah dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah di luar kota Mekah (juga menjadi sebahagian daripada ibadah haji)
  • Berdasarkan hadis terjemahan, amalan yang lebih disukai oleh Allah swt terhadap anak-anak Adam ialah melakukan ibadat korban.
  • Pada hari raya Aidil Adha, disunatkan memakai pakaian yang cantik, bersih serta memakai wangi-wangian. Menurut hadis riwayat Muslim,  "Sesungguhnya Allah swt itu Maha Indah dan menyukai keindahan."
  • Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas ra yang bermaksud, 'Rasulullah saw telah datang ke Madinah sedangkan mereka sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah saw bertanya, "Hari apakah yang dua hari ini?" Mereka menjawab; kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah. Kemudian, Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah swt telah menggantikan dua hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha."
  • Ibadat korban menjadi satu kewajipan kepada umat Islam sebagai peringatan kepada kesanggupan Nabi Ibrahim as mengorbankan anaknya sendiri untuk Allah swt yang kemudiannya digantikan kepada qibas (atau juga disebut sebagai domba).

Hari Raya Aidil Adha berdasarkan kalendar Hijrah

1433: 26 Oktober 2012 (tahun ini)
1434: 15 Oktober 2013
1435: 4 Oktober 2014
1436: 23 September 2015
1437: 11 September 2016
1438: 01 September 2017
1439: 21 Ogos 2018
1440:11 Ogos 2019
1441: 31 Julai 2020
1442: 20 Julai 2021
1443: 09 Julai 2022


Rujukan:


[p/s: Salam Aidil Adha untuk para pembaca. Semoga Aidil Adha pada tahun ini bermakna untuk anda semua]

Tuesday, 25 September 2012

LuvIslam: Kisah dan keberkatan setiap hari

Isnin
Daripada Abu Qatadah Al Ansaari berkata Nabi saw ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka baginda bersabda, "padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama  diturunkan kepadaku. (Muslim)

Maklumat:  hari mulia untuk Nabi saw, digalakkan berselawat ke atas nabi, dan mengucap penghormatan kepada baginda. Peristiwa yang berlaku pada hari Isnin ialah naiknya Nabi Idris as ke langit, naiknya Nabi Musa as ke bukit Tursina, malaikat Jibril turun kepada Nabi saw buat kali pertama, amalan Nabi saw dilaporkan, dan bukti keesaan Allah swt diturunkan (qul huwallahu ahad). Hari Isnin dikaitkan dengan Nabi Adam as, merujuk kepada asmaNya Al Hayy yang bermaksud Yang Maha Hidup, manifestasi kehidupan dan permulaan, mirip dengan kejadian Nabi Adam as.


Selasa
Rasulullah saw ditanya mengenai hari Selasa, maka Baginda menjawab, "Hari Selasa adalah hari berdarah. Para sahabat bertanya: mengapa demikian Ya Rasulullah? Lalu Baginda menjawab, "kerana pada hari itulah Hawa berhaid dan putera Nabi Adam as membunuh saudaranya sendiri."

Maklumat: hari sesuai untuk berbekam. Peristiwa lain yang berlaku pada hari Selasa ialah wafatnya Nabi Yahya as, wafatnya Nabi Zakaria as, meninggalnya tukang sihir Firaun, meninggalnya Asiah binti Muzahim isteri Firaun dan meninggalnya Habil putera Nabi Adam as. Nabi Harun as dan Nabi Yahya as dikaitkan dengan hari Selasa, merujuk kepada asmaNya, melihat (Bashaar) dan pemaksa (al Qashaar). Menurut Muhyiidin Ibn Arabi, "jika harimu hari selasa maka Nabi Harun dan Nabi Yahya merupakan temanmu tempat melekat petunjuk yang Haqq."


Rabu
Nabi saw ditanya tentang hari Rabu. Maka Baginda menjawab, "Hari Rabu adalah hari bencana terus menerus. Para sahabat bertanya: mengapa demikian Ya Rasulullah? Lalu Baginda menjawab, "kerana pada hari itulah Allah swt menenggelam (menghancurkan Firaun) dan kaumnya, memusnahkan kaum Ad dan Tsamud yang ingkar pada kerasulan dan kenabian Nabi Saleh as."

Maklumat: Hari Rabu sesuai untuk makan ubat dan menyembuhkan penyakit. Peristiwa lain yang berlaku pada hari Rabu ialah kehancuran Qarun, Firaun, kaum Nabi Hud as, dan juga Namruz bin Kanaan. Nabi Isa as dikaitkan dengan hari Rabu, melekat padanya sebuah rahsia.


Khamis
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Al-Zajaji dalam Al-Amali, daripada Ali kwh, beliau berkata: "Jika kamu mempunyai urusan maka bersegeralah melakukannya pada hari Khamis kerana Nabi saw pernah memohon kepada Allah swt agar umatnya mendapat keberkatan pada pagi hari Khamis:" 

Maklumat: Hari yang baik untuk berdoa dan berhajat. Juga elok untuk berpuasa sunat dan melakukan amal kebajikan. Peristiwa yang berlaku pada hari Khamis ialah Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja Mesir, Bunyamin saudara Nabi Yusuf datang ke Mesir untuk berjumpa dengan Nabi Yusuf, Nabi Yaakub ke Mesir untuk berjumpa dengan anaknya, Nabi Yusuf dan Nabi saw memasuki Kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiyah. Nabi Musa as dikaitkan dengan hari Khamis, melekat padanya rahsia-rahsia tentang perintah agama dan misteri kedekatan kepada Allah swt.

Jumaat
Hadis Abu Hurairah ra meriwayatkan Rasulullah saw pernah bersabda, "kita adalah umat yang terakhir, tetapi kita umat yang lebih dahulu pada hari kiamat nanti. Kerana setiap umat diberikan kitab sebelum kita sedangkan kita diberi kitab sesudah mereka. Kemudian hari ini (hari Jumaat) hari yang ditentukan oleh Allah swt kepada kita, Allah telah memberikan petunjuk kepada kita pada hari tersebut, maka umat lain akan mengikuti kita, besok (hari Sabtu) umat Yahudi dan lusa (hari Ahad) umat Kristian."

Maklumat: penghulu segala hari. Hari yang mustajab untuk berdoa, hari penambahan kurnia, hari penuh keampunan dan barakah. Juga hari yang baik untuk melangsungkan perkahwinan, mengeratkan silaturrahim serta berjamaah (solat jumaat) dan sesiapa yang ke rahmatullah pada hari Jumaat terlepas dari fitnah kubur. Peristiwa lain yang berlaku pada hari Jumaat ialah Nabi Adam as dicipta, disingkirkan dari syurga dan turun ke bumi, wafatnya Nabi Adam as dan pernikahan Nabi saw dengan Siti Khadijah.Nabi Yusuf as dikaitkan dengan hari Jumaat, merujuk kepada nama 'Uruba' (nama asal hari Jumaat sebelum kedatangan Islam) yang bermaksud 'hari keindahan dan perhiasan', juga dikenali sebagai hari berjamaah (solat Jumaat, pertemuan Nabi Yusuf dengan ayahanda tercinta dan hari penyempurnaan manusia)

Sabtu
Menurut Rasulullah saw, hari Sabtu adalah hari tipu daya.

Maklumat: Hari yang sesuai untuk berburu. Peristiwa yang berlaku ialah tipu daya kaum Nabi Nuh as, Nabi Saleh as, Nabi Musa as, Nabi Isa as, tipu daya kaum Musyrikin terhadap Nabi saw, tipu daya Bani Israil terhadap laranganNya dan tipu daya saudara-saudara Nabi Yusuf as terhadap Nabi Yusuf as. Nabi Ibrahim as dikaitkan dengan hari Sabtu, merujuk kepada maksud Kalaam iaitu berbicara dan juga keabadian (mungkin keabadian Nabi Ibrahim as kepada Allah swt yang tidak berbelah bagi, namun makna keabadian ini masih belum jelas sepenunhya)


Ahad
Hari Ahad adalah hari penciptaan, Allah berfirman, "dan Dia mengadakan di bumi gunung ganang yang menetapkannya supaya tidak berhayun-hayun kamu dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju."

Juga berfirman dalam Surah Hud: 7 yakni, "dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa sedangkan ArasyNya berada di atas air (ia menjadikan semua itu untuk menguji kamu) siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) berkata bahawa kamu akan dibangkitkan hidup sesudah mati, tentulah orang-orang yang ingkar berkata, ini tidak lain hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)

Maklumat: Hari Ahad membawa pengertian tunggal dan satu (seperti Surah Al-Ikhlas). Ia hari pertama Allah swt mencipta alam. Menurut sabda Nabi saw, hari Ahad hari yang sesuai untuk bercucuk tanam dan membuat binaan. Peristiwa yang berlaku pada hari Ahad ialah Allah swt menciptakan langit, bumi, neraka, anggota badan Nabi Adam as, dan tujuh lautan. Nabi Idris as dikaitkan dengan hari Ahad, merujuk kepada matahari yang menjadi pusat 7 planet dan penyebab dari segala sesuatu kehadiran, dalam masa yang sama, Nabi Idris as ialah 'penemu kebijaksanaan', permulaan putaran bagi setiap lingkaran.

*Sebarang pendapat, pembetulan, dan cadangan sangat dialu-alukan. Sekian.