Showing posts with label budaya. Show all posts
Showing posts with label budaya. Show all posts

Monday, 21 October 2013

Tradisi Puisi Rakyat, Tarian dan Muzik Iban

credits: hillbertmontell-anak merdeka
Kaum Iban merupakan kaum terbesar di Sarawak dan dikenali sebagai 'The Head Hunters' pada awal pemerintahan Brooke. Kaum Iban dipecahkan dalam beberapa etnik bumiputera iaitu Dayak Iban dengan 7 pecahan:
  • Iban Skrang, 
  • Iban Miri-Bintulu-Limbang, 
  • Iban Saribas, 
  • Iban Batang Rajang, 
  • Iban Undop, 
  • Iban Lemanak,
  • Iban Malikin.
Orang Iban tradisional dikenali sebagai Dayak Laut dan mereka berasal dari Kalimantan Indonesia. Mereka berpindah ke Sarawak menerusi Batang Air Kapuas, antara sempadan Kalimantan-Sarawak dan masa perpindahan mereka hampir sama dengan kedatangan orang Eropah ke Asia Tenggara.

Pembentukan tradisi dan kepercayaan orang Iban dipengaruhi dengan sejarah perpindahan, alam sekitar dan juga adaptasi terhadap penempatan baharu. Mereka sering berpindah ke satu kawasan ke satu kawasan bagi memenuhi keperluan hidup dan ia mempengaruhi pemikiran, gaya hidup dan tindakan mereka dalam kehidupan seharian. Ia juga didorong oleh faktor kelangsungan hidup, ekologikal dan budaya mereka. Ketiga-tiga faktor itu membentuk kepercayaan terhadap kuasa alam yang menentukan nasib baik atau buruk mereka, lantas mendorong mereka untuk memikirkan cara untuk menggembirakan hati semangat yang menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Fungsi Lagu Rakyat dalam Masyarakat Iban

Lagu rakyat atau Leka Main berperanan sebagai puisi hiburan atau ritual bagi masyarakat Iban. Ia terbahagi kepada dua iaitu Leka Main sekular yang tidak serius (lebih kepada hiburan dan didikan) dan Leka Main Sakral (bersifat serius kerana bersifat magis dan pengukuhan kepercayaan). Ia dilafazkan untuk memohon keberkatan atau penyembuhan dan ia dihasilkan dengan imaginasi, estetika dan realiti budaya mereka yang dahulunya bersifat pagan dan primitif. Sepertimana syair atau sajak yang dihasilkan oleh orang Melayu secara lisan (dan sering diiringi oleh peralatan muzik seperti kompang, gendang, seruling dan sebagainya), Leka Main juga bersifat lisan dan memaparkan cara mereka berfikir, sosio-budaya dan adat istiadat masyarakat Iban dalam majlis tertentu. Pengucapan puisi rakyat ini biasanya disertai dengan upacara seperti tarian, korban (ayam jantan) dan doa.

Terdapat 20 jenis Leka Main yang menonjolkan corak pemikiran masyarakat Iban, ciri-ciri kebudayaan dan kepercayaan mereka dan antaranya ialah:
  • ensera
  • sampi (puisi doa)
  • pelian
  • pengap (zikir ritual)
  • timang
  • pantun
  • jawang
  • ganu
  • renong
  • dungai
  • sanggai (nyanyian minum tuak)

Fungsi Tarian dalam Masyarakat Iban

Sebagaimana pengap dilafazkan dalam upacara dan ritual penting dalam perayaan masyarakat Iban, tarian juga dianggap penting dalam kepercayaan dan adat istiadat. Sepertimana yang diketahui, tarian memenuhi keperluan dalam hidup mereka seperti memuja dewa, berkabung, berperang, berkahwin dan sebagainya. Tarian Ngajat, atau tarian Pahlawan merupakan identiti utama masyarakat Iban kerana ia unik dan asli, malah penuh dengan dunia mistik dan kepercayaan dewa-dewi mereka. Penari lelaki biasanya dipakaikan dengan pakaian gagung (baju burung) dan topi burung sambil membawa perisai dan pedang, manakala penari wanita pula memakai pakaian tradisi mereka yang bercorak etnik dan perhiasan-perhiasan berat di pinggang.

Tarian Ngajat biasanya diraikan dalam Hari Gawai yang disambut pada 1 Jun setiap tahun bagi meraikan pesta menuai padi. Dahulunya, tarian ini ditarikan sebelum berperang (ngayau) atau selepas menuai. Memandang adat ngayau tidak lagi dijalankan maka tarian ini ditarikan sebagai kenangan dan penghormatan terhadap para pahlawan Iban pada Hari Gawai.

Terdapat beberapa jenis tarian ngajat iaitu:
  • Ngajat bebunoh: Tarian yang berunsurkan peniruan atau pengulangan aksi pahlawan di medan perang semasa pahlawan menumpaskan musuh-musuh. Ia ditarikan sebelum memulakan upacara berburu.
  • Ngajat Induk: Tarian yang ditarikan oleh golongan wanita Iban bagi menunjukkan kelembutan dan kehalusan seni budaya mereka. Tarian itu juga memaparkan gaya hidup kaum wanita dan sifat-sifat santun dalam diri mereka.
  • Ngajat Lesong: Tarian ini ditarikan oleh lelaki Iban sahaja kerana ia menunjukkan kekuatan mereka dan sifat-sifat lelaki mereka. Menerusi tarian ini, penari lelaki akan menari sambil menggigit lesung.
  • Ngajat Ngalu Temuai: Tarian ini dipersembahkan untuk tetamu yang hadir, biasanya dalam upacara perasmian atau pembukaan majlis rasmi yang dihadiri oleh tetamu kehormat.
  • Ngajat Kuta: Ditarikan oleh lelaki dan perempuan bagi sambutan majlis atau persembahan budaya.
  • Ngajat Pua Kumbu: Tarian ini lazimnya ditarikan oleh orang perempuan sambil membawa pua kumbu sebagai alat persembahan mereka.
Fungsi Muzik dalam Masyarakat Iban

Muzik memainkan peranan penting dalam masyarakat Iban, sebagai pendekatan terhadap kepercayaan, hiburan dan pendidikan. Menurut kajian dari UKM, muzik bersifat anjal, pelbagai, memenuhi aspek komunikasi dan menggambarkan imej dan ketamadunan budaya sesuatu kaum, serta membantu dalam pembangunan sosial (Norshafawati, Asiah & Fuziah Kartini, 2010). Muzik mengandungi simbol verbal (bahasa pertuturan) dan non-verbal (bahasa badan) yang menyokong komunikasi. Dalam konteks ini, muzik merupakan medium bagi masyarakat Iban dalam pembudayaan adat dan tradisi mereka.

Muzik Iban dikategorikan kepada dua jenis iaitu muzik vokal dan muzik instrumen. Umumnya, muzik vokal ialah penyampaian lagu puisi mengikut kesesuaian upacara dan muzik instrumen ialah peralatan yang digunakan bagi mengiringi muzik vokal. Menerusi kepercayaan Iban, upacara ritual perlu didukung oleh gabungan muzik, lagu atau pengap dan juga tarian. Muzik membantu dalam penghayatan kepercayaan, menyokong komunikasi yang tersirat dan penyampaian makna yang lebih berkesan.

Antara peralatan atau instrumen muzikyang digunakan oleh masyarakat Iban:
  • Enserunai/Enseranai (Kordofon): instrumen muzik Iban bertali dua diperbuat daripada tempurung atau labu. Untuk mendapatkan bunyi yang betul, tali dibasahkan dengan air liur dan si pemain memainkan enserunai dalam keadaan rehat dan tunduk. Kod muzik dimainkan seperti bermain biola, dan biasanya alat muzik ini digunakan untuk upacara kematian dan berkabung, walaupun tujuan asal muzik ini dimainkan tidak diketahui (The Metropolitan Museum of Art)
  • Engkromong/Kromong (Idiofon): Lapan buah gong kecil yang sering dimainkan oleh orang Iban dalam pelbagai upacara seperti Hari Gawai. Engkromong dipercayai wujud menerusi pertukaran budaya dari Jawa dan Bali (Jose Maceda)
  • Gendang Pampat (Membranofon): Sejenis gendang yang biasa dimainkan oleh kaum Iban (biasanya warga emas) dalam perayaan Gawai Kenyalang, Gawai Sandau Ari, kelingkang atau gawai lain yang diraikan oleh masyarakat Iban (The Borneo Post)
  • Tetawak (Idiofon): Alat muzik gong gantung yang dimainkan secara berpasangan (gong ibu dan gong anak). Gong tersebut mempunyai dinding yang tebal, diperbuat daripada tembaga dan bentuk busut di tengah. Ia terkenal dalam muzik tradisional Melayu, mengiringi tarian Sumazau di Sabah dan tarian ngajat Iban di Sarawak (Wikipedia)
  • Sape (Kordofon): Alat muzik terkenal bagi Orang Ulu, Kenyah, Kelabit dan Iban. Diperbuat daripada kayu meranti dan ia biasanya dimainkan dalam upacara ritual. Getaran yang dihasilkan oleh sape menghasilkan not bunyi yang menenangkan dan unik, berbeza dari instrumen bertali yang lain (Kosmo)
  • Engkerurai (Erofon): alat muzik yang diperbuat daripada buluh dan labu tetapi ia jarang dipamerkan dalam persembahan dan kewujudannya juga seolah-olah tidak diketahui oleh umum (Musik Tradisi Sabah dan Sarawak)

Kesimpulan

Lagu puisi, tarian dan muzik adalah asas pembentukan budaya kepada masyarakat Iban, perlambangan kepada cara berfikir, gaya hidup, konsep ketuhanan dan warisan adat yang penuh dengan sejarah, keunikan dan nilai estetika. Lagu puisi adalah penyampaian verbal, tarian adalah non-verbal manakala muzik adalah gabungan kedua-dua, digabungkan untuk menjadi satu tradisi yang berbeza dan menjadi identiti kepada kaum terbesar di Sarawak.

@themagi2013
p/s: Diharap artikel ini dapat membantu anda =)

Monday, 1 April 2013

Budaya Bodoh Kesukaan Ramai: April Fool

April Fool, hari untuk mengenakan orang. Dengan kata lain, kita memperbodohkan orang lain. Hari bodoh ni disambut pada 1 April (yakni pada hari post ni ditulis tapi korang jangan risau-post ni takkan memperbodohkan korang).

Asal- Usul April Fool

Asal budaya ni bermula pada suatu tarikh yang tak dapat dikenalpasti. Ia juga dikenali sebagai All Fool's Day (takde pulak budaya All Clever's Day). Sesetengah kroni menganggap budaya ni satu pesta atau festival yang harus diraikan, tetapi ada juga yang percaya hari tersebut bermula dengan kisah penggunaan kalendar baru, yakni Gregorian. Walaupun ia tidak diiktiraf sebagai cuti umum tetapi 1 April menjadi hari untuk bergurau senda dan juga hari malang.

Kaitan 1 April dan 1 Januari

Pada zaman dulu (bukan zaman nenek datuk korang), kerajaan purba seperti kerajaan Rom dan Hindu meraikan hari Tahun Baru pada 1 April, sekaligus menyambut kedatangan Vernal Equinox iaitu musim bunga. Pada Zaman Pertengahan di Eropah, Tahun Baru diraikan pada 1 April kerana tarikh tersebut hampir  dengan adat Feast of Annunciation pada 25 Mac. Oleh itu, 1 April merupakan tarikh Tahun Baru yang bersamaan dengan 1 Januari pada zaman kini.

Kewujudan Kalendar Gregorian

Pada 1582, Pope Gregory XIII mencipta kalendar baru iaitu kalendar Gregorian (kalendar yang kita gunapakai sekarang- 1 tahun ada 12 bulan, Januari sampai Disember dan selang 4 tahun ada tahun lompat, penambahan hari dalam bulan Februari). Kalendar Gregorian ini dicipta bagi mengatasi masalah kalendar terdahulu iaitu Kalendar Julian yang dicipta oleh Julius Caesar.

Walau bagaimanapun, penggunaan 1 Januari sebagai tarikh Tahun Baru tidak diterima atau diketahui ramai pada Zaman Pertengahan di Eropah, menyebabkan hari 1 April tetap disambut sebagai hari Tahun Baru dan menjadi bahan ejekan golongan lain yang menerima-pakai kalendar baru. Tetapi budaya April Fool ini sudah lama disambut di England sebelum isu penggunaan kalendar baru timbul dan diiktiraf di England pada 1752. Ini bermakna hari bodoh ni memang dah lama wujud.

Teori lain mengenai April Fool

Terdapat banyak teori dan fakta mengenai April Fool selain dari kisah musim bunga dan penolakan kalendar Gregorian sebagai kalendar baru. Antaranya ialah:

1. Menurut Joseph Boskin, profesor di Universiti Boston, amalan ini bermula pada zaman Constantine apabila penghibur (pelawak) diraja bergurau berkenaan dengan isu menguruskan empayar. Constatine yang terhibur dengan jenaka tersebut meminta Kugel, salah seorang penghibur diraja menjadi raja untuk satu hari yang mustahil tetapi Kugel memandang perkara tersebut berdasarkan perspektif humor. Teori ini kemudian dicetak oleh Associated Press pada 1983 berulang-ulang kali sehinggalah mereka sedar bahawa teori Boskin tersebut cuma lawak April Fool untuk mereka.

2. Setiap kawasan dan kerajaan wujud denga budaya masing-masing setiap kali musim bunga menjelang. Sebagai contoh, golongan Roman meraikan festival Hilaria pada 25 Mac sebagai hari bergembira untuk kebangkitan Attis. Golongan Hindu pula meraikan perayaan Holi untuk bergembira, manakala untuk golongan Yahudi pula, perayaan Purim disambut berdasarkan kalendar Jew. Mungkin, bagi menandakan kedatangan musim baru (daripada tahap sejuk beku ke tahap bunga-bunga), orang zaman dulu-dulu ni mencipta perayaan bagi menggembirakan hati mereka.

3. Tabiat manusia berkenaan dengan gurau senda ternyata mewujudkan hari seperti hari April Fool. Di Perancis, April Fool disebut sebagai Poisson d'Avril yang bermaksud April Fish. Gambar ikan akan dilekatkan di belakang rakan-rakan sekolah dan menjerit "Poisson d'Avril" apabila mangsa menyedari akan gambar ikan yang dilekatkan di belakang badannya. 

4. Medieval Feast of Fools diraikan pada 28 Disember pada Zaman Pertengahan di Eropah masih menjadi hari bergurau di negara yang menggunakan bahasa Spanish.

5, Budaya perbodohkan/ mengenakan orang wujud pada Dinasti Joseon di Korea Selatan di mana keluarga diraja (berdasarkan hierarki) boleh bergurau dan menipu pada hari pertama musim sejuk dan dijadikan sebagai permainan.

6. Di Scotland, April Fool disebut sebagai Hunt-The-Gowk Day. Gowk bermaksud bodoh dan hari tersebut merupakan hari untuk mereka  'memburu' orang yang bodoh.

7. 1 Mei merupakan hari bodoh untuk orang Denmark dan menyebutnya sebagai Maj-Kat atau May-Cat. Ia juga turut disambut di Sweden.

8. Di Spain dan Ibero America, 28 Disember menjadi hari untuk perayaan Kristian iaitu 'Day for Holy Innocents'


Dan untuk senarai lawak yang bodoh/pelik/kelakar yang pernah terjadi, klik List of Idiot Cases

Untuk maklumat lanjut sila rujuk:

P/s: biarkan 1 April anda berlalu dengan bijaksana, Happy 1st April everyone~

#tmg2013

Sunday, 24 February 2013

Melayu Sarawak: Bermukun dan Bergendang

Ghazal, zapin, kuda kepang dan sebagainya antara warisan budaya Melayu di Malaysia. Tapi budaya gendang Melayu Sarawak atau bermukun masih kedengaran baru di telinga masyarakat Malaysia. Tetapi, budaya ini tidak asing bagi masyarakat Sarawak. Ia sudah lama wujud dan bertapak di Bumi Kenyalang sebagai hiburan santai yang mendidik, menghibur, dan mengkritik perilaku masyarakat.




Sejarah budaya bermukun


Budaya bermukun dikatakan bermula sebelum era Brooke ataupun lebih awal. Gendang melayu ini wujud untuk mendidik budaya berbahasa juga mendidik akhlak menerusi pantun dan tandak (tarian) mudah. Namun, budaya ini pernah disalahgunakan oleh segelintir individu sebagai medium 'menjerat' dan maksiat. Isu tersebut menjadi sindiran menerusi novel Melati Sarawak oleh Mohamad Rakawi Yusuf terbitan tahun 1932 mengenai kelonggaran akhlak masyarakat Melayu Sarawak dalam bermukun pada tahun 1927 dan 1928. Pandangan serong terhadap seni gendang tersebut ternyata memberi konflik terhadap golongan bangsawan, perabangan, pengiran, syed dan tunku yang tergolong dalam istilah 'Melayu Sarawak'. Disebabkan perkara tersebut, mereka yang menggemari budaya ini memenuhi kehendak mereka dengan memakai topeng bagi menyembunyikan wajah sambil berpantun dan bertandak. Sejak itu, lahirlah istilah 'menopeng' dalam budaya bermukun.


Seni pantun mukun Melayu Sarawak


"If one of the assets of poetry at its best is the magic and beauty accomplished by language, the Malay pantun can be placed among the highest achievements of mankind in this form of art..." - Francois Rene Daillie[La Lune et les estoiles: le pantoun malais- Belle Lettres, 2000]


Terdapat tiga elemen penting dalam budaya bermukun iaitu:
1. Dendangan (Seh Gendang)
2. Menopeng
3. Bertandak


Selain dari tiga perkara di atas, terdapat elemen sampingan lain seperti koreografi, zapin dan alat muzik seperti biola, akordian dan gong.


Bagi acara berpantun, nyanyian pantun berubah-ubah mengikut kemahiran Seh Gendang dan penggesek biola Irama pantun tersebut berdasarkan pembayang maksud pantun tersebut. Antara iraman pantun mukun yang terkenal ialah:

1. Labuan (juga dijadikan nyanyian tidur anak kecil oleh datuk saya).
2. Menyubuh
3. Asam Paya
4. Samsudin
5. Air Amboi
6. Selendang Mayang
7. Bintang Beralih
8. Sayang Serawak
9. Bercerai Kasih
10. Air Pasang
11. Laila Majnun

Antara contoh pantun dan irama yang digunakan dalam bermukun ialah:

Sayang Labuan pulo di laut,
Khabar berita pulo yang tumbuh,
Salam mu tuan kamek menyambut,
Asal rahsia disimpan teguh [Pantun Melayu Asli Sarawak-irama Labuan]

Asam payak buah di hutan,
Dalam sepompong masak sebiji,
Sungguh kacak wajah mu tuan,
Dalam kampung payah dicari [Pantun Melayu Asli Sarawak- irama Asam Paya]

Ya menantu ya nya anak,
Jangan dikira fikir yang banyak,
Mana yang panjang mana yang pendek,
Barang yang keras disuruh licak [ Pantun Melayu Asli Sarawak- petikan dari Hikayat Datuk Merpati, 1989]

Tuntung dian tuntung pelita,
Hendak menyuluh si batang sirih,
Berperang dandan dengan dewa,
Kerana merebut intan terpilih [Pantun Melayu Asli Sarawak-petikan Dandan Beranyut dari Syair Kitab Tajul Muluk]


Pemikiran bermukun dan bergendang



Bermukun dan bergendang dijadikan medium pemikiran cinta sama ada tersurat atau tersirat. Pemikiran tersebut menjadi fungsi utama bergendang sebagai hiburan santai bagi melegakan jiwa. Pantun yang berlandaskan cinta dan kasih sayang berbentuk ringan, sederhana dan menghiburkan bagi menyampaikan isi dan makna pantun dalam konteks etika dan beradab. Menurut kajian dari Institut Bahasa Melayu Malaysia Kuala Lumpur, pantun bermukun dan bergendang merupakan gambaran world view masyarakat mengenai konsep cinta terhadap Tuhan, manusia, dan alam. Kini, budaya bermukun dan bergendang menjadi aktiviti pelajar pengajian tinggi dan institut perguruan di Sarawak selain dari menjadi acara hari perkahwinan dan majlis-majlis keramaian.

(Dedicated to my grandfather who passed away in 1995).


Tuesday, 3 July 2012

Malay Wedding: It's Wonderful

Malay wedding is unique and now it becomes one of attraction for foreigners. Malay wedding is grand affair where the couple is treated as royalty. The wedding ceremony is divided into 2 parts which are the akad nikah (marriage legal contract) and bersanding (enthronement). Usually, the two parts are been celebrated for 2 days but there is also a gap between 2 parts or combined it together in one day.

During bersanding...

Literally, bersanding means sitting together of the bride and the bridegroom on the bridal couch (also known as pelamin). The bridal couch is the centrepiece, and the ceremony begins with the procession of friends, family, and relatives. Each guests received bunga telur or egg flower (which is not necessary an egg but somehow it can be replace with sweets or small gifts) as a sign of fertility. Since the couple is treated as royalty, so various royal customs are performed for them, including musicians, silat (traditional Malay martial art), and a group of hadrah (played as a background music- one of Sarawak Malay culture).

About merisik (spying custom) and bertunang (engagement)...

Merisik is one of important custom for Malay people as a system of arranging the marriage. The man's family will look around the identify the future bride and the deeper investigation about the woman will go further during merisik. One or more wakil (representatives) from the man's family will pay a friendly visit, and it gives the visitors a chance to see the woman or whether their daughter is interested for the match. It is not a formal proposal, and it is possible 'no progress' may take the place.

Bertunang is the second one of Malay custom in arranging the marriage, which is not very necessary and the purpose of bertunang is to plan the wedding ceremony, preparing wedding gifts, wedding budget and other things that involved before the day of the wedding ceremony.

Images of Malay Wedding ceremony (during my sister's wedding on 1st July 2012)...>>>


The busy Hadrah, enjoying their work...

Photoshoot session, taken by me with Mak Andam

They both hungry, bon appetit!

The couple's room and the wedding gifts.

The given money for the bride.

The modern style of Sirih Junjung..full of chocolates...

The bridal couch/ also known as Pelamin

Akad Nikah ceremony

The Dzikir group...

Berinai session...before wedding ceremony

Photoshoot after Akad Nikah (with my parent...)

Here comes the bride....