Showing posts with label book review. Show all posts
Showing posts with label book review. Show all posts

Tuesday, 17 December 2019

Buku Rujukan Sejarah Sarawak

Sugeng sonten (selamat petang)! Tiba-tiba aku guna bahasa Jawa. Well, as Javanese jangan lupa jati diri. Gitu deh. Okay sebenarnya entri kali ni bukan nak belajar bahasa Jawa tapi aku cuma nak kongsi bahan bacaan aku untuk tahun ni. Kalau dikira, aku dah baca 20 buah buku, agak sikit sebenarnya tapi aku nak jaga kualiti bacaan aku dan aku pun perlu menulis dan bekerja. Bukan senang nak bahagikan masa sebenarnya.

Tapi entri ni aku cuma nak kongsikan buku ilmiah yang selalu aku guna sebagai rujukan untuk kajian sejarah Sarawak. Aku sebelum berjinak-jinak baca novel, antologi dan kumpulan, aku dulu cenderung baca buku ilmiah dan ensiklopedia. Buku ilmiah ni aku rasa sangat membantu untuk aku menulis terutama sekali semasa aku nak siapkan novel pengembaraan fantasi aku yang pertama iaitu Acang Merpati terbitan DBP. Buku tu banyak menggunakan maklumat sejarah, jadi aku perlu invest duit untuk beli buku yang berkaitan.

Okay, mari perkenalkan buku-bukunya~

Judul: Menelusuri Lembah Sungai Sarawak Sebelum 1840an
Penulis: Tom McLaughlin, Suriani Sahari
Tahun cetakan: 2019 
Rumah penerbitan: FK Creative Resources Sdn. Bhd.
Jumlah mukasurat: 340

Buku hasil kajian dua pengkaji sejarah Sarawak ini merupakan satu usaha persendirian yang menggali sejarah Sarawak melalui site-visit ke tempat-tempat bersejarah, melalui penceritaan semula secara lisan dari orang tua-tua yang mewarisi kisah dari nenek moyang mereka dan juga melalui beberapa kertas kerja dari pelbagai sumber. Buku ini mencatatkan sejarah Sarawak secara demografi, sosial, kisah mitos/legenda, penstrukturan salasilah kerabat dari Brunei, Sambas dan Santubong serta maklumat berkaitan dengan tapak-tapak arkeologi. Turut diselitkan senarai appendiks mengenai kampung di sepanjang sungai Sarawak, kepercayaan mantera/tuca zaman dahulu, beberapa sejarah lisan berkaitan dengan pahlawan, asal usul tempat, bencana dan kesusasteraan orang Sarawak. Buku ini dilihat menarik kerana ia banyak menerapkan kisah lisan yang amat jarang didengari dan juga senarai salasilah yang hampir hilang.

Judul: Sejarah Sarawak
Penulis: Haji Buyong Adil
Tahun cetakan: 1974
Rumah penerbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Jumlah mukasurat: 147

Buku terbitan tahun 1974  ini merupakan satu usaha dari pihak DBP untuk mencatat sejarah Sarawak dalam bentuk bahan bercetak. Buku ini mengandungi beberapa bahagian mengenai sejarah Sarawak dari awal permulaan, era pemerintahan Brooke yang dipecahkan kepada tiga dinasti iaitu Rajah Putih I, Rajah Putih II dan Rajah Putih III, era penjajahan Jepun dan Sarawak menjadi crown colony pada era penaklukan British dan penyatuan Sarawak ke dalam kesatuan Malaysia. Beberapa huraian menarik turut diselitkan di dalam buku ini seperti keadaan Sarawak pada 600 tahun sebelum Masihi, pemerintahan sebelum era Brooke, senarai pahlawan tempatan yang menentang usaha James Brooke untuk meluaskan empayar dan hubungan pembesar dari Brunei ke atas Sarawak.

Judul: Old Sarawak
Penulis: Craig A.Lockard, Graham E. Saunders
Tahun cetakan: 1992
Rumah penerbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Jumlah mukasurat: 105

Buku ini merupakan kajian bergambar (a pictorial study) mengenai Sarawak pada masa dahulu, menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Buku ini dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu First Impression, Gunboat and Flag, Rural Life, Urban Life, dan The Brooke Raj. Untuk bahagian 1, buku ini mencatatkan gambara pihak Eropah mengenai Sarawak. British dilihat agak lambat dalam mengenali dan sampai ke Borneo sehingga gambaran pertama mereka mengenai Borneo, khususnya Sarawak amat mundur seolah-olah Sarawak tidak ada ketamadunan atau pentadbiran yang konkrit. Bahagian 2 pula memaparkan tarikan pihak Eropah mengenai kepintaran perahu perang di Sarawak ketika di bawah kuasa Brunei dan bagamana Kuching mengalami perubahan selepas James Brooke menjalankan dasar perluasan kuasa. Bahagian 3 memaparkan kehidupan pedalaman khususnya bagi kaum yang dominan seperti Iban dan Bidayuh. Turut diselitkan gambar pelbagai masyarakat pada zaman dahulu dari aspek pakaian, gaya hidup dan seni budaya. Bahagian 4 pula mengenai urban life di Kuching yang pesat membangun selepas dijadikan pusat pentadbiran era Brooke dan senibina yang diwujudkan sepanjang dinasti Rajah Putih.  Bahagian 5 ialah catatan mengenai pencapaian yang dilakukan oleh era Brooke bersama pembesar Melayu dan pegawai Eropah yang bertugas. Turut diselitkan gambar berdamai (peacemaking) dari pihak Brooke dengan masyarakat Iban di Kanowit, dan juga Marudi.

Judul: Sarawak Long Ago
Penulis: W.J Chater
Tahun cetakan: 1969
Rumah penerbitan: Borneo Literature Bureau
Jumlah mukasurat: 120

Buku terbitan Borneo Literature Bureau ini merupakan usaha terawal dari Sarawak untuk mencatat sejarah Sarawak dan dibukukan. Buku ini mempunyai banyak info yang menarik  yang kini lenyap dari Sarawak, antaranya sejarah pesta Chingay yang pernah disambut oleh masyarakat Cina di Kuching suatu masa dahulu, sejarah gunung dan bukit, tapak perkuburan lama Kristian, sejarah bendera Sarawak yang pertama, kisah-kisah seram banglo, kisah mistik tokong di Kuching, kebakaran besar di Kuching pada 1884 dan juga sejarah Masjid Bahagian Kuching. Selain itu, buku ini juga turut menyelitkan maklumat mengenai sejarah Fort Margherita, kediaman Astana, perihal jambatan Satok dan tapak perkuburan Brooke secara terperinci. 

Judul: Melayu Sarawak- Sejarah Yang Hilang
Penulis: Sanib Said
Tahun cetakan: 2013
Rumah penerbitan: UNIMAS
Jumlah mukasurat: 221

Buku ini merupakan gabungan kertas kerja dari kajian dan artikel dari penulis sendiri yang merupakan profesor, pensyarah dan pengkaji sejarah Nusantara. Menerusi buku ini, beberapa kertas kerja yang bersifat akademik disusun menjadi bahan rujukan mengenai sejarah Sarawak bermula dari kewujudan Melayu Sarawak secara sejarah, falsafah dan fakta. Seterusnya pensejarahan Sarawak dikupas mengenai mitos Brooke yang digembar-gemburkan, merekonstruksi sejarah melalui ketamadunan Barunai (Brunei), era penaklukan Majapahit dan catatan Negarakertagama. Kemudian buku ini menyelitkan usaha pihak pengkaji dalam menjejaki manuskrip dan puak yang hilang di Sarawak menerusi penyelidikan di perpustakaan dan arkib, bagaimana gambaran masyarakat Melayu Sarawak suatu masa dahulu dari segi pemakaian, pertuturan dan cara hidup. Pada bahagian seterusnya, buku ini menjelaskan pembentukan negeri-negeri Melayu iaitu permulaan Sarawak membentuk ketamadunan yang tersendiri melalui kerajaan-kerajaan tua di Borneo sebelum kedatangan Brooke.  Buku ini turut mengupas lebih lanjut perincian pakaian Melayu Sarawak melalui catatan Hugh Low yang bertugas sebagai penterjermah Brooke. Antara maklumat sejarah lain yang turut diperincikan dalam buku ini ialah manuskrip Melayu-Jawi di Borneo, dinasti Brooke yang merampas kuasa Melayu, identiti politik pada era kolonialisme dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia.


@theMaGi2019

Monday, 7 October 2019

Book Session: Lelaki Harimau (Eka Kurniawan)

Hai Oktober! Finally bulan 10 sudah datang. Teringat awal bulan lepas, aku struggle. Awal bulan ni, aku dapat good news. Dan hari ni aku nak kongsikan hasil pembacaan aku pada minggu terakhir bulan September. Ada banyak buku yang aku baca sebenarnya tapi aku rasa aku tertarik nak kongsi pasal buku ketiga Eka Kurniawan dalam koleksi aku iaitu Lelaki Harimau.

Judul: Lelaki Harimau
Penulis: Eka Kurniawan
Harga: RM28 (beli kat Shopee)
Penerbit: Dubook Indo

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian aku mengenai buku ni sebenarnya. Aku tak nak jadi spoiler alert bagi sesiapa yang belum pernah baca buku ni jadi aku akan cuba sedaya upaya bagi input yang relevan saja. Okay, antara tarikan yang bagus tentang buku ini ialah:

  • Teknik penceritaan. Aku tak tahu istilah yang betul tapi penceritaan buku ni bersifat reverse iaitu mencari semula punca Margio menggigit leher Anwar Sadat sehingga hampir putus. Teknik reverse ni semacam satu penyiasatan yang membuatkan aku excited nak tahu sebab di sebalik pembunuhan tu.
  • Kesinambungan cerita yang smooth. Dalam satu penceritaan ada penceritaan yang lain, peralihan cerita yang tak nampak janggal apatah lagi jumping. Seolah-olah pembaca melihat kejadian tu secara real dan setiap kejadian dilihat dalam perspektif yang berbeza.
  • Aspek ekonomi dan sosial yang ditampilkan secara bersahaja, penuh satira dan digambarkan dengan susunan ayat yang santai tapi jelas.
  • Penceritaan tentang masalah kekeluargaan yang real dari sudut emosi dan psikologi.
  • Pemilihan nama yang semacam random, tapi agak menarik pada pendapat aku. Margio? Mameh? Komar Bin Syueb? Anwar Sadat? What is that? But still, it does make sense to me as a reader.
Jika ada yang bertanya tentang keunikan buku ni, semestinya buku karangan Eka Kurniawan memang unik. Tak ada satu pun buku Eka yang tak unik sebab Eka sangat terbuka dan berani membicarakan hal-hal yang dianggap taboo oleh masyarakat. Penggunaan metafora, simile dan perumpamaan sangat berkesan sampai aku rasa macam tengok sinetron depan mata. Kalau ada keunikan yang lain, mungkin aku boleh katakan:
  • Pemilihan tajuk itu sendiri. Ada apa dengan 'lelaki harimau'?
  • Buku ni tak banyak bab. Tapi satu bab ada banyak cerita yang saling berkaitan antara satu sama lain. Yang menariknya, setiap cerita dalam satu bab langsung tak berserabut.
  • Kisah yang diceritakan sangat simple. Tentang masalah kekeluargaan dalam setiap keluarga iaitu keluarga Komar Bin Syueb, keluarga Anwar Sadat dan keluarga yang membuka penempatan di kampung tersebut. Tapi ia lebih menjurus ke arah masalah kemurungan, penderaan seksual, pengabaian emosi dan juga lemahnya pegangan agama dalam institusi kekeluargaan. Isu yang disampaikan agak berat sebenarnya.
Setakat ni aku dah baca 3 buah buku hasil karya Eka Kurniawan iaitu Cantik itu Luka, Seperti Dendam Rindu Harus Dibayar Tuntas dan Lelaki Harimau. Seperti yang aku tulis kat atas, Pak Eka ni mempunyai kemampuan untuk menggambarkan sesuatu secara real hanya menggunakan kata-kata. Teknik yang menarik (dan aku rasa nak cuba untuk next manuscript) dan membuatkan pembaca terfikir endingnya yang sangat menyentuh hati, buku ni memang highly reccommended untuk avid reader. Memang tak rugi langsung baca buku ni, aku berani jamin.

@theMaGi2019

Friday, 20 September 2019

Book Session: Anjing-Anjing Menyerbu Kuburan

Hai, dearest! Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. Walaupun hari masih berjerebu aku tak nak otak aku pun ikut berjerebu. Makanya, aku habiskan pembacaan. Kali ni buku dari tanah seberang, sebuah antologi cerpen kelolaan KOMPAS dan kebanyakan cerpen diterbitkan pada tahun 1995, 1996, dan 1997. To be honest, masa tu aku masih di bangku sekolah rendah. 

Okaylah, aku nak perkenalkan buku tersebut:

Judul: Anjing-anjing Menyerbu Kuburan (Cerpen Pilihan KOMPAS 1997)
Terbitan: 2017
Rumah Penerbitan: KOMPAS
Mukasurat: 202 

Tarikan Utama Antologi AAMK

Berkenaan dengan buku ni, sebelum aku beli secara online (boleh rujuk Ulat Buku Bookstore Page kalau berminat), aku sebenarnya berdepan dengan konflik. Nak beli buku ni, atau nak beli buku Eka Kurniawan (Eka penulis kegemaran aku selepas Shahnon Ahmad). Tapi tajuk buku ni menarik perhatian aku. Kenapa anjing-anjing tu pergi serbu kubur? Ada apa dengan kubur tu? Dosa apa yang penulis cuba nak kaitkan dengan kubur?

Rupa-rupanya, anjing tu simbolik. Watak utama belajar ilmu mistik untuk dapatkan kesenangan jadi keluarganya tak hidup miskin lagi. Syarat terakhir ialah dia perlu gigit telinga mayat perawan yang mati pada malam Selasa Kliwon untuk lengkapkan ilmu dia tu. Tapi watak tu tak dapat sempurnakan syarat terakhir sebab anjing-anjing lapar tercium bau bangkai lalu anjing tu pun pergi ke kubur tu. Pada mulanya aku tak faham simbolik apa yang penulis iaitu Kuntowijoyo cuba nak sampaikan? Sebenarnya, cerpen ni menyampaikan maksud kehidupan orang bawahan yang miskin dan bersaing untuk hidup sehingga terpaksa mencuri atau melakukan kerja-kerja haram. Anjing-anjing tu pula melambangkan orang atasan yang pantang nampak peluang, terus nak sambar tanpa fikir kesusahan orang bawahan. Jujur aku cakap, simbolik dalam cerpen ni memang cukup tersirat. Ambil masa juga aku fikir maksud sebenar. Patutlah panel juri pilih cerpen ni sebagai judul antologi.

Kekuatan Antologi AAMK

Secara peribadi, kekuatan sebenar antologi ialah senarai penulis yang dipilih. Bila aku nampak nama Ahmad Tohari, aku tahu buku ni bagus. Tapi bukan Ahmad Tohari saja yang bagus, penulis Kuntowijoyo, A.A Navis, Ratna Indraswari Ibrahim, Ismet Fanany dan Harris Effendi Thahar. Antara cerpen yang aku rasa mempunyai kekuatan yang sangat ketara dari segi jalan cerita, penghayatan, pennyampaian makna simbolik dan juga kreativiti ialah:

  • Anjing-anjing Menyerbu Kuburan (Kuntowijoyo)
  • Jangan Dikubur Sebagai Pahlawan (Kuntowijoyo)- kisah bajingan yang jahat tapi diangkat sebagai pahlawan sebab sebelum mati dia sempat menentang Belanda.
  • Rumah Terbakar (Kuntowijoyo)- kisah seorang alim yang mahu menyelamatkan kampung dari maksiat tapi terbunuh pula pasangan kekasih yang bertemu secara sembunyi.
  • Maria (A.A Navis)- kisah wanita yang feminis dan tinggi semangat emansipasi, kemudian berkahwin dan akhirnya demi membela suaminya yang mahu dihukum bunuh kerana menentang Belanda, wanita itu mati bersama suaminya.
  • Penangkapan (A.A Navis)- kisah penulis yang mahu menentang kerajaan, kemudian dipenjarakan dan sepanjang di dalam penjara mereka makan secukupnya sedangkan anak isteri pula terpaksa merempat. 
  • 17 Tahun 4 Bulan (Ratna Indraswari Ibrahim)- kisah perempuan yang mahu menjadi polis, tapi kerana tak mahu dikongkong dalam menjalani kehidupan seharian, terjebak dengan aktiviti pelacuran. Walaupun cuba diselamatkan, dia menuduh dirinya cuba dimanipulasi dan akhirnya kembali semula menjadi pelacur.
  • Hadiah dari Rantau (Ismet Fanany)- kisah seorang perempuan yang hampir membunuh diri kerana dikhianati tunangnya, diselamatkan oleh seorang lelaki yang baik. Tanpa diketahui suaminya, perempuan itu sebenarnya tidak berniat pun mahu membunuh diri.
  • Kang Sarpin Minta Dikebiri (Ahmad Tohari)- kisah lelaki yang bernafsu besar sepanjang hidupnya, memilih untuk dikembiri kerana bosan ditundukkan oleh nafsu. Belum sempat dikembiri, dia mati akibat kemalangan. Orang kampung melihat dia sebagai lelaki jahat, tapi hanya seorang lelaki saja yang percaya bahawa dia baik, kerana di akhir kehidupannya, dia mahu berubah menjadi lelaki baik.
Ada banyak lagi cerpen yang lain dalam antologi ni sebenarnya, tapi aku cuma senaraikan cerpen kegemaran aku je lah. Yang lain bukannya tak bagus, tapi mungkin tema atau jalan ceritanya dah biasa dibaca atau agak klise di mata aku (pendapat peribadi). Dan ada satu cerpen yang aku rasa macam tak konsisten dan aku tak berapa faham apa maksud yang penulis cuba sampaikan. Aku nak kata kecelaruan tema, aku tak pasti tapi aku faham simbolik yang dia gunakan. Ada unsur Hinduisme dan ada perlambangan dalam tiga peringkat hidup tapi aku kira teknik nak menyampaikan maksud tu kurang berkesan untuk pembaca. Anyway, cerpen Gauhati ni aku rasa tarikannya terletak pada unsur dan perlambangan yang dia gunakan maka sebab itulah cerpen ni dipilih.

Secara keseluruhan, antologi yang banyak menggunakan elemen bahasa Indonesia ni tak susah untuk difahami. Penggunaan simbolik memang sangat kaya. Cerita yang menarik dan ada yang sangat segar sampai aku rasa aku nak buat cerpen macam tu. Aku kena belajar cara untuk sampaikan cerita secara simbolik. Bagi sesiapa yang ingin belajar pengayaan cerita dalam penulisan, aku cadangkan...bacalah buku ni. Tapi sebelum baca, belilah buku ni. Tak mahal, RM38 (tak termasuk postage) untuk ilmu yang bermanfaat.

Aku sangat berpuas hati dengan buku ni. 

@theMaGi2019

Tuesday, 17 September 2019

Book Session: Tirani (Beb Sabariah)

Hai, MaGians! Hari ni baru ada kesempatan nak update blog. Banyak kejadian di bulan September ni. Starting with problems di minggu pertama, minggu yang kedua aku dilimpahi dengan rezeki. Makan free, tengok wayang free, free dessert, dapat hadiah, keluar jalan-jalan, makan sedap. Kawan-kawan pun sentiasa get ready nak teman aku bercerita. It feels really good. Kawan yang baik pun rezeki jugak.

Ok, untuk bulan ni aku berjaya habiskan pembacaan beberapa buah buku. Tapi buku pertama yang aku nak share and review ialah:

Judul: Tirani
Penulis: Beb Sabariah
Terbitan: DBP
Tahun terbitan: 2018 (terbitan asal 2015)
Mukasurat: 350 
Kategori: buku KOMSAS Tingkatan 5

Tentang Penulis

Penulis buku Tirani, Beb Sabariah ni merupakan penulis Sarawak. Aku kenal penulis ni kali pertama pada tahun 2014. Masa tu bengkel pengumpulan manuskrip (dari bengkel inilah lahirnya novel pertama aku bersama DBP, Acang Merpati). Sebagai penulis Sarawak dan penulis yang amat senior, novel Tirani ni banyak menerapkan elemen Sarawak- dari sudut budaya, adat resam, sejarah, geologi, sosiologi dan juga penerapan bahasa tempatan. Aku kira, penulis memang bijak selitkan elemen tersebut sambil meneruskan jalan cerita yang berkisar tentang prinsip emansipasi dan konflik seorang wanita dalam memahami makna kecantikan sebenar.

Daya Tarikan Buku

Aku rasa daya tarikan buku ni terletak pada tajuk buku itu sendiri- Tirani. Terdapat satu quote yang menarik dari buku ni iaitu "Kecantikan dan kesempurnaan itu hanyalah tirani yang berumur pendek." Melalui buku ni, penulis cuba sampaikan trend dan obsesi manusia terhadap kecantikan sehingga ada manusia (seperti watak utama, Waheeda) sanggup mengubah kejadian Tuhan tapi kecantikan yang dianggap dapat memberi kebahagiaan diri akhirnya menyebabkan Waheeda ditimpa masalah di kemudian hari.

Selain dari kemampuan penulis menyelitkan elemen Sarawak yang sangat bermaklumat (ada juga yang aku tak tahu seperti proses nak meminang di Sarawak walaupun aku ni orang Sarawak), aku suka bagaimana penulis memasukkan beberapa quotes dari ahli falsafah dan setiap quotes itu seiring dengan perkembangan cerita. Mungkin ada penceritaan yang aku rasa macam agak panjang berjela-jela, aku skip sebab aku rasa tak begitu mempengaruhi kefahaman dan pembacaan aku, tapi aku suka kosa kata yang digunakan. Kebanyakannya baru, segar dan menarik perhatian. Sedikit sebanyak aku sedar aku perlu lebih banyak membaca dan kosa kata aku tak sebanyak yang aku sangka.

Cuma nak kongsikan sedikit perasaan aku sepanjang membaca buku ni, jujur aku nak bagitahu aku rasa macam dejavu bila baca novel ni. Sebelum aku baca (padahal aku beli novel ni tahun lepas), aku selalu belek-belek. Selalu tengok mukasurat, tapi aku tak pernah serius nak baca. Kemudian bulan lepas masa aku pergi taklimat DPIBN, salah seorang penulis tegur aku punya pendakap gigi dan dia kata dia teringat dengan novel Tirani. Dari situ aku mula tertarik nak tahu tentang buku ni dan sememangnya aku rasa macam ada kebetulan yang aneh dalam jalan cerita buku ni. Aneh bukan sebab Waheeda selalu dibuli sebab dia tak cantik tapi ada perkara lain yang menyebabkan aku rasa dejavu. Mungkin aku boleh katakan:
  • Kisah awal perkenalan Waheeda dan Zahid. Semacam penceritaan semula kisah yang aku pernah dengar sebelum ni.
  • Adat bertekul, kebetulan baru-baru ni aku ada discuss benda ni dengan member.
  • Isu ED (Erectile Dysfunction)- ada orang tanya benda ni kat aku sebulan sebelum aku baca buku ni.
  • Masalah pening yang dihadapi oleh Waheeda lebih kurang sama macam aku. Simptom yang hampir sama.
Ada lagi kebetulan yang ganjil tapi aku malas nak taip panjang-panjang. By the way, buku ni juga ada selitkan info kesihatan seperti masalah kolesterol, isu kemurungan, ujian DNA dan juga masalah ED. Walaupun kandungan buku ni diedit untuk disesuaikan dengan pembacaan pelajar (sebab buku ni dah dijadikan sebagai buku KOMSAS), aku masih dapat rasakan apa yang penulis tu nak sampaikan. Cuma di awal cerita, aku nampak penggunaan nama Waheeda dan nama panggilannya iaitu Eda sering tak konsisten. Pendapat aku, sebaiknya nama panggilan itu digunakan dalam dialog, flashback ataupun teknik yang lain tapi bukan semasa cerita sedang diceritakan (susah juga nak terangkan maksud aku ni). Apa-apapun, aku ucapkan tahniah kepada penulis sebab berjaya hasilkan sebuah buku yang fokus kepada permasalahan wanita pada masa kini dan juga permasalahan lelaki yang berdepan dengan pemikiran stereotaip.

Aku mulakan pembacaan pada Jumaat lepas, dan pada malam Isnin (16 September) pembacaan tamat. Dalam tempoh masa tersebut, aku rasa buku ini memang berjaya menarik perhatian aku.

@theMaGi2019

Thursday, 27 June 2019

Johorror Review

Hai, Magians! Hari ni aku baru ada kesempatan nak update pasal buku yang aku beli masa KLIBF tahun ni. Macam biasa, aku dan cerita seram berpisah tiada. So, tak susah nak habiskan bacaan. Yang susahnya nak cari masa nak membaca. Sebenarnya, buku Johorror ni antara buku yang laris masa KLIBF. Walaupun aku tak dapat tandatangan Chaku tapi at least aku dapat juga beli buku ni dan aku dah baca dan aku suka beberapa cerita dalam tu. Antara cerita yang aku suka ialah:
  • Apollo River View Hotel (aku suka plot twist dalam cerita ni, aku berjaya diperbodohkan, haha)
  • Gunung Ledang (yang ni pun plot twist, tapi ada banyak pengajaran dalam cerita ni)
  • Hentian Sebelah Simpang Renggam (kisah ni mengingatkan aku dengan kisah misteri yang aku sendiri alami masa aku dan member aku balik dari Cameron. Masa nak on the way balik ke KL, kitorang hampir keliru dengan dua simpang. Tiba-tiba signage ke KL bertukar jadi signage ke Lebuhraya Karak)
  • Kukup (cerita ni bagus untuk sesiapa yang berhajat nak explore ke kawasan yang tak pernah di-explore)
  • Ayer Baloi (haha, cerita ni kelakar bercampur seram sebab masa bulan puasa tahun ni aku ada kegilaan terhadap nanas. Lepas baca cerita ni, tiba-tiba aku rasa macam trauma sikit)
  • Pasar Karat Rengit (cerita ni ditujukan kepada semua penggemar barang vintage, termasuk aku)
  • Tanah Perkuburan Mahmoodiah (siapa sangka Siri boleh bercakap dengan jin?)
  • Perpustakaan Sultanah Zanariah (sebagai ex-student in library management UiTM Shah Alam dan aku pernah bekerja sebagai part time librarian di UNIMAS, aku approve cerita ni. Library ialah tempat ilmiah dan seram dalam masa yang sama)
Seperti biasa, saiz buku ni memang sesuai untuk dibawa, disimpan dan dipegang. Font pun bagus. Cover buku is mystery as always, macam gaya Ghospital. Kalau nak tanya pendapat paling jujur, aku lebih suka Ghostpital, tapi Johorror pun ada tarikan tersendiri. Apa yang paling menarik, penulis buku ni tahu pilih judul buku yang simple dan catchy, kudos to you Mr. Chaku! Di sini aku tak berminat nak listkan cerita yang aku tak gemar. Cuma aku nak point out 1 error yang sedikit mengganggu bacaan aku iaitu:
  • Perenggan pertama cerita Apollo River View Hotel berulang sampai 2 kali (page 22)
So, overall untuk buku ni? Aku bagi rating 8/10. Kebetulan aku pun tengah usahakan siri cerita seram aku juga sekarang ni iaitu Kami Sentiasa Ada (siri 1 dan 2 dah diterbitkan di Wattpad atas nama Shield Sahran), maka baca buku seram macam buku Chaku ni bagi inspirasi jugalah sebenarnya. 

@theMaGi2o19


Tuesday, 19 March 2019

Adopt Mudahnya Move On!


Hai, hai, hai! Mengumumkan...buku antologi pertama aku bersama penulis lain (atau penulis lain bersama aku) yang berjudul Mudahnya Move On! akan dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tahun ni! Yay!


Untuk short entry kali ni, aku cuma nak bagitahu buku ni dah boleh preorder bermula dari 18 Mac 2019. Siapa yang tak nak preorder, boleh tunggu masa pesta buku nanti. Harga buku korang boleh jenguk di Instagram @LejenPress. 

Buku ni bertemakan move on dari toxic relationship, sesuai untuk mereka yang perlukan inspirasi untuk move on. Untuk cerpen aku, kisah yang aku pilih tu based on true story (tapi aku tukar la sikit-sikit untuk menghormati mangsa dan pemangsa, hehe). Ada 19 buah cerpen bertemakan move on, 19 kisah yang berlainan tapi semuanya berkisarkan tentang perjuangan sesudah putus cinta. Korang akan nampak penceritaan dari pelbagai penulis dan bagaimana cerita disampaikan. Well, aku tak arif sangat pasal move on lepas putus cinta sebab aku ni lack of love experience (serius, aku tak pernah involve dalam love relationship sebab aku tak peduli pun tapi kalau move on dari dikhianati kawan tu biasa sangat, heh~)

Okay, apa lagi yang aku nak cakap? Marilah, mari adopt buku terbaru dari Lejen Press! Bagi sesiapa yang interested nak tahu tajuk cerpen aku, kena la beli ya! Emm, nak tengok the cover buku? Ini dia, tengok betul-betul and jangan lupa book-hunting buku ni di PBAKL nanti.

Ta da!

@theMaGi2019

Friday, 15 February 2019

Book Session: Dia Dilanku 1990 & 1991

Hello Februari! Semalam hari Valentine Day. Maaf, aku tak sambut perayaan tu. Tapi aku selesai habiskan pembacaan buku best-seller yang diadaptasi menjadi filem iaitu Dilan. Sebenarnya buku tu aku beli tahun lepas. Aku order bulan April, aku dapat lepas Raya. Baru sekarang ada kesempatan nak membaca tapi yang peliknya, aku tengah siapkan manuskrip, aku tolong member buat artwork, aku join sayembara dan dalam masa yang sama, sibuk siapkan kerja kat tempat kerja. Aku rasa lepas ni aku nak bercuti.

Okay, balik semula ke topik asal. Aku nak introduce sekali lagi buku dalam sesi kali ni iaitu:

Tajuk: Dilan 1990 & 1991
Penulis: Pidi Baiq 
Tahun terbitan: 2015

Berkenaan dengan kedua-dua buku Dilan ni, aku beli sebab kawan aku peminat tegar Dilan. Alang-alang aku tolong dia beli buku tu, aku pun beli sekali. To be honest aku sebenarnya bukan jenis baca novel cinta. Drama pukul 7 tu bukan taste aku. Aku lebih banyak simpan novel seram, novel thriller, novel dewasa, novel yang banyak topik berat dan last sekali....buku ensiklopedia yang maha berat dan boleh digunakan sebagai dumb bell bila perlu. Jadi, before aku baca novel ni, aku cuba tak nak fikir benda-benda skeptikal pasal cinta. Dan aku senaraikan apa yang menarik dan tak menarik perhatian aku dalam novel ni. Untuk pro-Dilan, aku mintak maaf sebab ni blog aku, aku nak bagi honest review.

Yang menarik?

  • Kisah cinta remaja yang detail. Milea, watak heroin menceritakan semula kisah cinta zaman remaja iaitu pada zaman 1990 dan 1991. Aku suka details tentang trend, keadaan semasa, perangai remaja dan suasana sekeliling pada zaman Milea di Bandung. Sedikit sebanyak, kenangan dari fikiran Milea tu memberikan nuansa segar dalam penceritaannya.
  • Aku suka penulis selitkan politik semasa dalam kisah cinta Milea dan Dilan selepas mereka berpisah. Secara tak langsung penulis sampaikan sejarah yang pernah berlaku di tanah seberang.
  • Karakter Dilan ni agak cheesy, tapi Dilan ni macam bagi tips how to treat your woman well dan how to make your woman happy in a very simple way. Dengan kata lain, cara yang Dilan gunakan senang banget iaitu perhatian dan kejujuran yang tidak berbelah bahagi.
  • Melalui kedua-dua buku Dilan ni, penulis berjaya berikan pemandangan zaman remaja dan bagaimana remaja ni berdepan dengan perasaan.
  • Aku suka ilustrasi yang disertakan dalam buku. Sangat membantu untuk aku bayangkan kesemua watak yang terlibat.
  • Aku tertarik dengan puisi dari Dilan untuk Milea. Nampak ketidakmatangan, tapi punya maksud dan manis untuk dibaca.
  • Untuk point terakhir, penulis banyak selitkan kata-kata nasihat, falsafah dan unsur-unsur humor yang menarik melalui dialog Milea dengan Bunda, Milea dengan Dilan, Milea dengan Ibu dan juga Milea dengan Pak Ical. 
Yang kurang menarik?
  • Aku rasa mungkin ada beberapa bahagian kecil yang aku rasa kalau tak cerita pun tak apa. Tapi aku boleh tolerate sebab mungkin penulis kena cukupkan kuota bab atau mungkin dia suka bahagian tu. So, aku skip je bahagian yang aku rasa tak menyentuh pemikiran aku.
  • Aku berpendapat kalau watak Susi dan Yugo tu dikembangkan, mungkin lebih menarik.
  • Beberapa part agak cringy. Mungkin sebab aku ni darkside maka aku tak suka part tu.
  • Tema novel ni biasa, novel cinta remaja- kisah remaja bercinta dan putus cinta.
But still, buku ni satu bahan bacaan yang bagus sebab temanya tak heavy. Kisah cinta remaja. Sekali sekala baca buku yang tak terlalu ilmiah pun bagus sebenarnya, untuk merehatkan otak. Dalam masa yang sama, buku ni membantu aku terkenang balik zaman remaja. Rindu pulak dengan zaman sekolah. Memandangkan aku belum baca buku Milea sebab aku belum beli, so ending cerita ni more to reminisce kenangan cinta zaman remaja dan betapa kehadiran Dilan ni memberi impak besar dalam hidup Milea. Even Milea dah dewasa, dah menikah, dah ada suami dan dah ada anak, Milea masih ingat dengan Dilan. Itulah orang cakap, cinta pertama ni susah nak lupa.

By the way, aku recommend buku ni untuk bacaan sampingan pembaca. Sebenarnya, aku tercari-cari juga kisah cinta yang tak bercinta. Maksud aku, kisah cinta yang lebih ke arah crush/admire, cinta tu kedua-dua pihak tahu tapi kedua-duanya tak bagitahu, kedua-dua saling push and pull tapi at the end, cinta mereka tak mekar pun. Sebaliknya, kedua-dua pilih untuk saling memandang dari jauh. Ada tak buku macam ni? Kalau ada, DM aku. Aku nak beli, bukan sebab aku ni peminat tegar novel cinta tapi aku nak tahu teknik penceritaan penulis tu macam mana.

Jadi, ini jelah entrinya. Sekian, terima kasih~
@theMaGi2019

Thursday, 31 January 2019

Book Session: Pantun dan Xintianyou

Hello last Januari. Aku nak update pasal buku. Selalunya aku nak review novel, kumpulan cerpen, antologi dan puisi. Tapi hari ni aku nak share satu buku ilmiah yang berkaitan dengan seni puisi. Aku rasa buku ni lebih ke arah ilmiah.

Actually bukan satu kebetulan hari ni hari kedua Tahun Baru Cina, buku yang bertajuk Pantun dan Xintianyou ditulis oleh Tan Xiao iaitu seorang pengkaji sastera Melayu di China. To be honest aku tertarik dengan kebudayaan China (dan aku pun ada kecenderungan pakai blaus cheongsam) jadi buku ni ibarat tambahan yang bagus terutama sekali dalam aspek penulisan aku.

Apa yang menariknya pasal buku ni ialah:

  1. Perbandingan antara puisi Melayu dan xiantianyou (puisi rakyat China). Kedua-duanya merujuk kepada perkembangan sosiologi semasa dan kebudayaan yang wujud dalam zaman tersebut.
  2. Susunan struktur ayat mencerminkan corak pemikiran masyarakat
  3. Tahap kepuitisan xintianyou mempunyai persamaan dengan gaya gurindam atau puisi tradisional melayu
Sebenarnya, aku jarang jumpa buku yang fokus pada kesenian puisi dari negara lain tapi perbandingan yang dibincangkan oleh penulis boleh dikatakan menarik kerana ia memaparkan hubungan Nusantara dan China pada masa dahulu melalui seni kata. Dan xintianyou mempunyai karakterisitk yang unik dalam menyampaikan rasa cinta, perasaan, semangat patriotik dan luahan peribadi terhadap sesuatu perkara dan berkemungkinan mempengaruhi sastera Melayu pada zaman dahulu iaitu era Kesultanan Melayu Melaka.

Aku nak kongsi sikit petikan xintianyou yang aku rasa sangat manis bunyinya:
  • Da di liu xia wo de ge, xin tian you dai zou wo de qing, tian shiang xing xing yi dian dian, si nian dao yong yuan (nyanyian saya tertinggal di bumi tanah kuning, xintianyou membawa percintaanku, bintang berkilau-kilau di atas langit, percintaanku berterusan selama-lamanya)
  • Tian bu xia yu di zhang kou, wu gu xia di chu bu liao tou, he li mei shui jin shi tou, ku ri zi sha shi cai dao tou (langit tidak turun hujan, tanah umpama mengangakan mulut, gandum tidak tumbuh sejak disemai, tiada air dalam sungai, yang ada hanyalah batu, bilakah hari penderitaan kita akan berakhir?)
  • Lao yuan jian ni zai shan mao shang zhan, shen guo zhe lan pi ao ye hao kan (memandang kau berdiri di atas gunung yang jauh, memang gagah walaupun memakai jaket kulit yang lusuh)
Menerusi beberapa petikan xintianyou, aku mendapati ada banyak elemen alam serta simbolik gunung disebut berulang kali. Secara jelasnya, menimbulkan nuansa segar pagi, romantis dan bersifat memori. Xintianyou dianggap penting sebagai seni pertuturan lisan dalam menzahirkan pemikiran dan mencirikan kebudayaan bangsa. Untuk penulis, pemuisi dan pembaca buku ilmiah, aku cadangkan buku ni sebagai koleksi. Rugi kalau tak beli. Tak mahal pun, RM 20 SAHAJA.

@theMaGi2019

Monday, 14 January 2019

NIQAB Review

Hai, hai, hai semua! Sekejap lagi aku nak balik rumah. Aku dah siapkan kerja. Aku dah update itu ini. Sekarang masa untuk update entri. Untuk entri yang ketiga bulan Januari, aku rasa aku nak kongsi review pembaca buku ketiga aku iaitu Niqab. Btw aku rasa banyak betul kaitan aku dengan nombor tiga. Lucky number untuk tahun ni kot?

Apa-apapun, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang beri feedback yang positif. Feedback macam ni yang buat aku semangat nak menulis. Plus, aku rasa macam mungkin 6-8 tahun lagi, aku akan jadi penulis sepenuh masa macam dulu-dulu. Setakat ni, kena kerja dulu kumpul duit nak pergi umrah (itu baru niat je, belum betul-betul nak pergi tapi kalau ada rezeki apa salahnya)

Okay, ini je yang sempat aku screenshot dan ternampak di depan mata aku. Sekali lagi terima kasih kepada pembeli dan pembaca. Inilah penghargaan terbesar untuk tukang buat cerita seperti aku... hehe~ (klik imej untuk baca review)










@theMaGi2019

Wednesday, 19 December 2018

Book Session: Membedah Ghostpital

Oo yeah. Dah petang. Aku tak sabar nak balik kerja. Tapi sebelum aku balik, aku rasa aku patut update entri. Ringkas je. Pasal buku. 

Kali ni aku nak kongsikan satu buku yang aku baru je beli hari Sabtu lepas di MPH. Pada mulanya aku dah cross my heart, tak nak beli buku. Sebab aku dah beli more than 10 books dalam tempoh tak sampai 2 bulan. Banyak lagi yang belum dibaca. Tapi itu la, aku ni spesis reader yang tamak lagi haloba. Pantang nampak buku berkenan di hati, terus nak sambar. Dah tu tak ada duit ni beli barang dapur. Padan muka. Tapi buku ni aku tak boleh kata tidak. Sebelum ni aku ada baca kat socmed. Member sekerja pun ada share pasal buku ni dan aku dimaklumkan buku ni takde dijual kat kedai. Kalau nak beli, beli online. Jadi bila aku nampak buku ni dekat bookshelf MPH, aku rasa...whoa (diiringi muzik ala-ala di syurga~)

Maka, aku pun membeli buku Ghospital by Dr. Kamarul Ariffin. Best book of 2016 ni. Lagi-lagi bertemakan kisah seram, memang menepati taste aku. Apa yang best pasal buku ni? Mari, aku bagi list ringkas. Tak nak spoiler alert okay?
  • Aku suka semua cerita. Sebab? Penulis guna bahasa yang santai, ringkas. Terus sampai dia punya punch line.
  • Walaupun buku ni fokusnya pasal seram, penulis selitkan juga info kesihatan. Bagus tu, dapat ilmu tambahan.
  • Another ilmu tambahan? Medical terms yang banyak. Sebagai rakyat marhaen, at least aku dah tahu branula tu apa, lokum tu apa. 
  • Selain kisah seram, ada juga kisah misteri. Macam kisah phantom limbs. I like~
  • Banyak-banyak cerita dalam buku ni, aku dapat ilmu baru. Tentang kes kematian gadis di Paris tahun 1880 dan kaitannya dengan patung CPR Resusci Anne serta lagu Smooth Criminal. Memang eye opener untuk aku.
  • Aku suka macam mana penulis surprisekan aku dengan ending cerita. Especially kisah pesakit kronik mintak Xray.
Disebabkan kesantaian buku ni, aku baca sampai habis tau. Aku tak postpone langsung. Hari Sabtu beli. Hari Ahad baca. Hari Ahad jugak aku khatam. Sebenarnya ni bukan buku seram pertama yang aku baca tentang hospital. Tapi aku rasa cara penyampaian cerita dalam buku ni lebih sesuai untuk aku. 

Thank God aku jumpa buku ni. Memang jodoh buku ni dengan aku. Sebab buku ni tinggal satu je. Kalau nak beli, kedai buku kena restock. Aku memang pantang kalau buku yang aku nak kena tunggu restock baru dapat beli. So, boleh la aku menulis dengan aman selepas selesai baca buku. Aku tengah sibuk ber-Wattpad sekarang ni. Boleh follow tau (cari nama Shield Sahran dalam Wattpad).

Aku dan kisah seram...berpisah tiada ^^
@theMaGi2018

Friday, 14 December 2018

Book Session: Kumpulan Cerpen Debu Merah

Ooh, Disember. Disember, Disember, Disember. Akhirnya, Disember tiba di tahun 2018. Tahun yang banyak cabaran dan masalah. Tapi kalau difikirkan balik, setiap tahun memang ada masalah. Bila masa hidup manusia tak ada masalah? Even orang kaya pun ada masalah- masalah banyak sangat duit, masalah macam mana nak meningkatkan kekayaan, masalah kerugian dalam bisnes dan et cetera. 

Bila sebut tentang masalah, masalah, masalah, buku ialah medium bagus untuk memahami permasalahan manusia. Kali ni, aku nak rekomen satu buku yang selalu jadi kegemaran dan sentiasa digemari for the rest of my life. As far as I remember, aku baca buku ni buat pertama kali masa umur aku 13 tahun. Buku tu sebenarnya buku teks untuk pelajar Tingkatan 6 Atas aliran sastera. Dan buku tu bernama-

Kumpulan Cerpen Debu Merah karya Shahnon Ahmad.

Okay, berkenaan dengan buku Debu Merah, setiap cerpen dalam buku ni diinspirasikan dari kisah di sekeliling penulis itu sendiri sekitar tahun lewat 50an dan awal 60an. Sebagai penulis cerpen, aku tertarik dengan cerpen yang berkisar tentang masyarakat itu sendiri- gaya hidup, mentaliti, perwatakan dan sosiologi mengikut zaman. Kumpulan cerpen ni merupakan satu penceritaan sosiologi yang bersifat kritikan, malah menunjukkan sikap agresif penulis itu sendiri di usia muda. Bayangkan, aku baca buku kali pertama masa aku Tingkatan 1 dan aku belajar pembentukan seseorang individu melalui perkembangan sosial.

Antara cerpen yang aku rasa memberi impak besar sehingga aku sendiri jadi penulis cerpen ialah:
  • Di Tengah Keluarga- kisah si bapa yang benci bermenantukan orang putih, memperlihatkan corak pemikiran masyarakat dulu apabila berlaku perbezaan yang dirasakan tidak selari dengan aliran semasa.
  • Pak Utih- kisah orang kampung pergi ke bandar, memaparkan keinginan golongan yang ingin ikut merasa perubahan tapi di sebalik keindahan perubahan, terdapat kekurangan yang tersendiri.
  • Suamiku- kisah pasangan suami isteri yang bergelut mencari kebahagiaan dan kesenangan, tapi akhirnya ditipu oleh manusia lain yang juga bergelut mencari kebahagiaan dan kesenangan.
  • Kepulangan- kisah si bapa yang sangat sayangkan menantunya dan sanggup berhabisan untuk memberi keselesaan pada isteri anaknya, tapi akhirnya kecewa kerana si anak yang lebih mengutamakan hati isteri berbanding hati bapa sendiri.
  • Angin Timur Angin Barat- kisah seorang guru yang mengasingkan kehidupannya kepada dua gaya hidup yang berbeza, dengan niat untuk mencari kepuasan peribadi tanpa menyedari dia cuba untuk menafikan siapa dirinya yang sebenar.
Image result for debu merah shahnon ahmad 1991
source: carousell
Menerusi buku Debu Merah, ada 19 buah cerpen yang banyak berkisar tentang manusia dan masyarakat, keluarga dan politik, serta  jatuh bangun seseorang individu atau sekumpulan manusia secara keseluruhan. Sebelum ni, aku baca Debu Merah cetakan 1991 DBP. Cetakan asal pada tahun 1965 oleh Toko Buku Abbas, manakala cetakan 1980 oleh Teks Publishing Sdn.Bhd. DBP ulang cetak buku ni pada tahun 1992-1995. Lepas tu, tak ada lagi cetakan baru. Jadi, jujur aku bagitahu memang susah aku nak dapatkan buku ni. Bukannya aku tak pernah cuba mintak buku kakak aku, tapi dia tak nak bagi. Maka perasaan aku nak memiliki buku ni makin bertambah la.

Then, buku ni dicetak sekali lagi pada tahun 2014 oleh DBP. Tapi aku terlambat, aku dapat tahun sekitar tahun 2017. DBP dah tak jual lagi dekat kedai buku mereka. Kedai buku lain pun tak ada stok lagi. Sehinggalah pada suatu hari masa aku tengah online cari buku bacaan baru, syarikat jual buku bernama Kawah Buku menjual buku Debu Merah cetakan 2014. Anda fikir saya ada masa nak fikir panjang? Aku terus beli (sebelum aku menyesal) dan akhirnya, Debu Merah dah masuk dalam perpustakaan mini aku.

Bagi akulah, kumpulan cerpen ni telah membentuk minat aku secara perlahan-lahan dalam penulisan cerpen. Selain Debu Merah, minat aku terhadap penulisan cerpen juga dibentuk oleh beberapa buah buku antologi lain. Sebagai contoh, antologi Orang Tua di Kaki Bukit. Tapi sayang, buku tu tak dijual lagi. Aku dapat baca buku tu pun sebab pinjam dari orang lain. Dan aku memang rekomen buku ni untuk peminat cerpen yang lain. Walaupun aku rasa aku belum layak lagi nak cakap banyak tentang cerpen, tapi membaca karya orang lain terutama sekali kumpulan/antologi cerpen penulis terdahulu sebenarnya membantu penulis sekarang. 

Okay, itu je yang aku nak cerita. Nanti aku cerita pasal buku lain pulak.
@theMaGi2018

Friday, 30 November 2018

Adopt Niqab!

The last day of November! Hai, MaGians! Hari ni aku nak mengumumkan kelahiran buku ketiga aku, Niqab yang diterbitkan oleh Buku Fixi. Sebenarnya Niqab diumumkan oleh Fixi pada 13 Oktober 2018 bersama 2 lagi buku yang lain iaitu Pesona dan Pijama. Dan dari tarikh diumumkan sampailah ke hari ni  (30/11), tempahan dibuka untuk sesiapa yang nak beli secara online. Niqab ni juga dah available di Kedai Fixi yang terletak di Sunway Putra dan di kedai buku yang lain di semenanjung Malaysia. Selepas ni, Niqab akan available di kedai buku di seluruh Malaysia.

Related image
Okay, sebelum aku nak cerita pasal Niqab, sebenarnya aku nampak satu post di IG tahun lepas dari rakan penulis, Asmar Shah. Pasal sayembara dari Fixi. Aku terus berminat dan kawan aku pun bagitahu, try la. Mana tahu ada rezeki. So aku pun try masuk. Sebab aku sebenarnya pernah berangan nak jadi sebahagian dari Fixi lepas baca buku seram thriller Tunku Halim terbitan Fixi. 

Image result for Niqab shield sahran
Kemudian, keputusan sayembara diumumkan dan karya aku tak tersenarai dalam 6 yang terbaik. Tapi tak sangka aku dapat saguhati. Serius, tak menang pun tak apa! Sebab asalkan aku dapat terbitkan buku dengan pihak Fixi. Bila aku nampak nama aku diumumkan sebagai penerima saguhati, itu pun dah buat aku rasa bangga. Pat on my back! Tak sia-sia aku tak cukup tidur sebelah malam. Bukan senang nak balance workload kat tempat kerja dan menulis lagi sebelah malam, plus blogging dan buat artwork. 

Dan sekarang, barulah aku nak cerita pasal Niqab!

Judul: Niqab
Penulis: Shield Sahran
Harga: RM19.90
Terbitan: Buku Fixi
Tahun: 2018
Genre: Thriller

Image result for Niqab shield sahranNiqab, bukan sekadar penutup aurat seorang wanita Muslim. Sekarang ia merupakan judul novel thriller yang mendedahkan nilai seorang manusia di pasaran gelap. Aku cuba mengangkat isu pemerdagangan manusia yang panas sejak kebelakangan ini. Tapi tak ramai yang mengupas secara mendalam. Jadi aku ambil inisiatif, berdasarkan kes-kes yang pernah terjadi, ditambah dengan kejadian yang berjaya diselesaikan, termasuk imaginasi dan sudut perspektif aku sebagai manusia. Aku letakkan diri aku sebagai human seller, kalau aku jadi tukang jual manusia, macam mana aku nak dapatkan stok? Macam mana aku nak deal dengan seller lain? Apa strategi yang aku patut sediakan untuk menjalankan kerja-kerja haram ni? Dan akhir sekali, apa akibatnya jika perkara ni diketahui ramai?

Apa yang menariknya pasal buku ni? Peranan ejen yang memegang posisi sebagai 'Nadia'. Peranan Nadia ni simbolik kepada manusia berani dan lemah dalam kehidupan yang dipilih oleh diri sendiri. Dalam masa yang sama, setiap permulaan sesuatu kejahatan sebenarnya bukan berpunca dari niat yang jahat. Kadang-kadang, situasi tak menyebelahi.

To be honest, buku ni juga ada maksud tersirat tentang isu keruntuhan rumahtangga, isu kerosakan sosial, kepincangan masyarakat, kekurangan nilai moral dan juga kelemahan manusia secara individu yang menyumbang kepada perkara-perkara buruk seperti human trafficking. Jadi aku harap dengan lahirnya buku Niqab ni, aku nak pembaca dapat pengajaran yang bermanfaat. As we know, the world is beautiful yet is getting dangerous.

Kepada semua avid readers yang belum adopt Niqab, aku harap korang sudi adopt 'anak ketiga' aku dan meraikan knowledge yang dibawa oleh Niqab. Sebagai seorang penulis, aku rasa sangat berbesar kepada mereka yang dah adopt Niqab sebagai sebahagian dari koleksi mereka. I'm sending my love, my appreciation, my gratitude and my undeniable happiness to all readers who loved Niqab!

Untuk beli online, klik Niqab


@theMaGi2018

Sunday, 21 October 2018

Adopt Acang Merpati!

And now...hari ni, pagi ni (sebab aku tengah free tak tahu nak buat apa), maka aku nak mengumumkan bahawasanya buku kedua aku, novel pengembaraan fantasi Acang Merpati terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka berjaya diterbitkan!

Bagi sesiapa yang nak tahu tentang buku kedua aku ni (also the 1st with DBP), aku nak buat sneak-a-peak okey?

Judul: Acang Merpati
Penulis: Shield Sahran
Tahun terbitan: 2018
Jumlah mukasurat: 517
Harga: RM30
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Buku ni merupakan satu usaha untuk mendedahkan budaya, sejarah dan hikayat Sarawak dalam bentuk novel fiksyen pengembaraan fantasi. Dalam novel ni, aku gabungkan watak atau karakter mitos, legenda dan tokoh sejarah Sarawak ke dalam garis masa yang sama iaitu abad ke-15. Boleh dikatakan sesiapa yang suka baca mitos atau legenda, korang boleh try baca buku ni. Also bagi sesiapa yang minat sejarah, nak buat kajian tentang sejarah Sarawak atau nak dapatkan persepsi baru tentang legenda Sarawak, aku memang suggest buku ni. Secara ringkasnya, buku ni ialah starter pack untuk mengenali Sarawak.

Apa yang menarik pasal buku ni? Semestinya kewujudan watak legenda yang 'disegarkan'. Ada Puteri Santubong dan Sejinjang, buaya 7 beradik, Tugau, Kumang dan Keling, Datuk Merpati dan Datuk Permaisuri, Tok Landeh, Dayang Isah, Dayang Puteri, Puteri Raja dan Buah Bunut, Datu Gudam, Temenggung Abdul Kadir dan banyak lagi. Tapi kesemua watak legenda ni bukannya standalone character, watak mereka dikembangkan seiring dengan watak utama fiksyen iaitu Jali. 

Novel ni juga merupakan satu impian aku untuk mengangkat sejarah Sarawak dalam bentuk fantasi seperti yang dilakukan J.R.R Tolkien dalam novel beliau, Lord of The Rings. Inspirasi novel ni juga datangnya dari drama Barat Once Upon a Time yang menghimpunkan watak-watak legenda mereka. Aku rasa kalau Barat dapat gabungkan watak legenda dalam satu jalan cerita, kenapa kita tak boleh? 

By the way, bagi sesiapa yang dah adopt Acang Merpati ke dalam koleksi bacaan mereka, aku ucapkan jutaan terima kasih sebab support penulis dan support sejarah tempatan. Bagi yang belum, aku harap korang sudi adopt 'anak kedua' aku sebab aku menulis buku ni atas dasar aku percaya bahawa sejarah, mitos dan legenda tempatan kita sehebat negara luar.

Beli secara online, klik Acang Merpati


"Penghargaan tertinggi buat penulis adalah dengan membeli bukunya"- Joko Pinurbo

@theMaGi2018