Friday, 23 September 2016

Kisah Seram Kuching IV

Image result for cute ghost
Selamat petang, readers! Hari ni hari Jumaat, hari kesukaan orang bekerja sebab esok hari Sabtu. Sekarang ni aku masih kat ofis. Sorang-sorang. Kawan sekerja semua dah pulang. Tinggal aku je duduk mengadap PC sambil tengok hujan turun. Beberapa hari lepas, kawan sekerja aku cerita pasal kisah seram. Kebetulan aku baru je siapkan manuskrip novel seram, so aku memang interested nak dengar. Jadi aku nak share kat sini so korang boleh baca pengalaman orang lain. Memandangkan hari ni hari Jumaat, memang afdal sangat aku update entri seram hari ni.

Mari menyeramkan diri~

1. Makcik ke surau

Diceritakan oleh salah seorang kawan sekerja aku, kisah ni berlaku masa mak dia masih berniaga kuih muih di kampung. Setiap awal pagi mak dia akan set up gerai depan rumah. Nak dijadikan cerita, pada malam sebelum kejadian, kawan aku parking kereta kat depan rumah dan bermalam kat rumah mak dia. Pada keesokan harinya sebelum Subuh, mak dia suruh alihkan kereta sebab mak dia nak buka gerai. Jadi, kawan aku pun keluar dan alihkan kereta dia. Masa tu la dia ternampak makcik (kenalan mak dia) berjalan menuju ke jambatan kampung. Kawan aku anggap makcik tu nak ke surau. Tapi beberapa hari kemudian, kawan aku dapat tahu makcik tu meninggal dunia akibat sakit tua. Apa yang paling tak best, makcik tu dah berbulan-bulan terlantar kat rumah dan tak boleh bangun.

Korang rasa, kawan aku tu tengok siapa sebenarnya?


2. Isteri jiran satu apartmen

Kisah ni diceritakan oleh kawan bapak aku yang selalu balik lambat disebabkan syif kerja. Pada malam kejadian, dia tunggang motosikal dan parking motosikal dia kat tempat biasa. Kemudian, dia pun pergi ke arah lif dan masa tu dia terserempak dengan isteri jiran dia yang duduk sambil mengibas-ngibas muka. Kawan bapak aku pun tegur- "Eh, nape duduk sini?". Isteri jiran dia pun balas, "Panas, sebab tu duduk sini." Habis berbual-bual, kawan bapak aku pun naik lif dan sampai ke tingkat rumah dia. Masa tu dia nampak jiran lain bersesak-sesak kat tingkat tersebut. Kawan bapak aku pun tanya kat salah seorang jiran, "Apa hal ni?" Lepas tu, jiran dia pun kata, "Tu...isteri dia meninggal." Apa lagi? Kawan bapak aku pun cepat-cepat pergi menjenguk ke rumah jiran yang baru kematian isteri. Dan, memang sah isteri jiran dia meninggal dunia.

Yang peliknya, isteri jiran tu la yang dia jumpa sebelum masuk lif.

3. Naik Satu Lif

Yang ni berlaku kat kawasan apartmen yang sama. Cuma bukan orang yang sama, tapi kawan bapak aku yang lain. Pada malam kejadian, kawan bapak aku ni baru lepas minum-minum mabuk (dia non-muslim). Jadi mata dia kurang awas malam tu. Sampai je ke kawasan apartmen, dia pun pergi ke arah lif dalam keadaan terhoyong-hayang. Kemudian, dia pun masuk lif dan terserempak dengan isteri jiran dia. Sempat la diorang borak-borak sebelum kawan bapak aku sampai ke tingkat rumah dia. Bila sampai di rumah, isteri dia pun bagitau, "Bang, isteri kawan abang meninggal dalam tidur 3 jam lepas..."

Masa tu, baru kawan bapak aku ingat masa dia tengah borak dengan isteri kawan dia- perempuan tu complete berkain kafan.

4. Panggilan Dijawab

Kisah ni berlaku kat salah seorang saudara kawan sekerja aku. Kisahnya ringkas je, makcik dia call rumah saudara sebab nak jenguk ke rumah hujung minggu nanti. Anak saudara dia yang belajar kat IPT yang jawab panggilan. Bila makcik tu sampai ke rumah saudara dia, dia terima satu berita sedih. Anak saudara dia yang jawab panggilan tu meninggal dunia disebabkan mati lemas. Apa yang ganjil dalam cerita tersebut ialah- anak saudara dia tu tak ada di rumah sebab bertolak awal pagi untuk ikuti program belia. Sedangkan makcik tu call sekitar pukul 9-10 pagi macam tu. Dan makcik tu diberitahu, tak ada sorang pun kat rumah pada hari kejadian. Semuanya keluar dengan urusan masing-masing.

Korang rasa, siapa yang jawab panggilan telefon tu?

5. Bau wangi

Kisah ni diceritakan oleh pak jaga tempat aku bekerja. Masa malam kejadian, dia sarat nak ke tandas. Kemudian, dia pun jalan la sorang-sorang pergi ke tandas yang terletak kat belakang. Masa tu, dia berselisih dengan bau wangi. Terus dia patah balik masuk pondok jaga. Nawaitu nak buang air pun entah ke mana.



Rasanya, setakat tu je cerita aku. Kalau dah ada stok baru, nanti aku proceed~
@themagi2016

Thursday, 22 September 2016

Selebriti Wanita Trendsetter

Good eve, MaGians! Suka-suki hati aku je aku gelar visitor aku. Hari ni aku tengah santai-santai duduk ofis, baca online news, edit imej, cek emel dan bla3. So, aku decide nak update entri pasal trendsetter. Aku rasa, sepanjang zaman persekolahan aku (dari 1995-2007), ada banyak penyanyi Hollywood yang jadi trendsetter dan lagu-lagu diorang pun kebanyakannya best. Even rap diorang pun lebih clean berbanding sekarang. Aku cadangkan rappers atau singer zaman sekarang, bersihkan sikit lirik lagu korang so telinga pendengar pun tak rasa jijik sangat.

Okay, selebriti bukan pelakon yang jadi trendsetter pada zaman remaja aku ialah:

Image result for avril lavigne 2002
Avril Lavigne
Selebriti yang mulakan trend pakai top,
seluar paras lutut, neck-tie dan
rambut straighten

Image result for gwen stefani 90s
Gwen Stefani
Selebriti yang promote baju midrift,
gaya rambut pelik-pelik dan kaler gincu 
extra terang.

Image result for amy lee
Amy Lee
Selebriti yang tampil gothic dan 
menggayakan pakaian Victoria

Image result for rihanna 2007
Rihanna
Selebriti yang memulakan trend rambut simetri
dan bermacam-macam gaya rambut yang lain.

Image result for beyonce
Beyonce
Selebriti yang memperkenalkan kuasa
'Bootylicious'




Err..ada lagi ke?
@themagi2016

Wednesday, 21 September 2016

Resepi Potato Salad & Egg Salad

Now, I'm back dengan entri kedua. Dah tengah hari rupanya, aku masih stay kat opis. Perut lapar. Kebetulan buat entri pasal makanan. Nak buat macam mana? Redo je la. Hari ni aku nak share resepi mengarut. Lama tak share benda-benda mengarut. Disebabkan aku nak keluar lepas ni, aku nak pendekkan intro. Ini jelah intro aku. Sekian terima kasih.


Resepi Potato Salad

Bahan-bahan:
  1. Kentang rebus (letak sikit garam masa merebus, potong ikut selera, kulit kentang tak payah buang)
  2. Lettuce cabbage (koyak-koyakkan je, tak payah potong)
  3. Lobak merah (potong ikut selera)
  4. Mayonis Thousand Island
  5. Lada hitam (tabur sikit)
  6. Tabur bawang goreng
  7. Lepas tu, nikmati potato salad korang. Boleh letak bahan lain mengikut selera masing-masing.


Resepi Egg Salad

Bahan-bahan:
  1. Telur rebus (potong ikut selera)
  2. Lettuce cabbage (koyak-koyakkan je, tak payah potong)
  3. Lobak merah (potong ikut selera)
  4. Mayonis Thousand Island
  5. Lada hitam (tabur sikit)
  6. Tabur bawang goreng
  7. Tabur keropok crispy
  8. Lepas tu, nikmati egg salad korang. Boleh letak bahan lain mengikut selera masing-masing.

@themagi2016

Walking Holiday: Spring & Padini

Morning, peeps! Hari ni hari Rabu. Cuti sekolah dah habis. Tapi aku belom update entri pasal aku berlibur masa cuti. Perlu ke aku cakap pasal ni? Perlu kot, sebab aku dah lama tak mengarang pasal walking here & there.

Memandangkan aku dah lama tak jenguk The Spring, minggu lepas (hari Khamis) aku ke sini with sister, mak and anak sedara. FYI, The Spring ialah exclusive shopping mall yang terletak di Kenyalang Park dan bertemakan musim bunga. The Spring ni menyediakan banyak branded outlet, menu domestik dan international di food court, dan mempunyai daya tarikan moden. The Spring pernah menjadi shopping mall terbesar di Sarawak pada tahun 2008 dan lifestyle shopping pertama di Sarawak.

Aku share sikit gambar The Spring.

Image result for the spring kuching
Ini dia~


Dan, aku nak share sikit gambar masa berjalan-jalan kat The Spring

Hari panas, mesti la makan something icy & special

Potato Salad, bukan untuk self-diet tapi untuk anak sedara 

Si kecik tu, anak sedara aku

And yes, Padini. Tengah sell gila masa ni, 50%
dan 70% diskaun. Jomlah beramai-ramai
serang Padini!


@themagi2016

Wednesday, 7 September 2016

Yang Nakal-Nakal~

Good eve, semua~ Entri pertama bulan 9 dan aku sedar manuskrip aku belum siap. Ya, belum siap. So padan muka aku. Memandangkan aku sekarang dalam ofis dan curi masa untuk mengarang entri ni, aku rasa aku agak nakal. Maka, bagi sesiapa yang bersekutu dengan aku, bolehlah korang try baca Yang Nakal-Nakal- hasil karya Usman Awang.

Apa yang menarik pasal buku ni?


Bagi penggemar cerita pendek, korang akan suka bagaimana setiap cerita disusun. Walaupun ceritanya ringkas tapi memberi gambaran jelas terhadap watak dan perwatakan.

Nakal. Cerita dalam buku ni memang nakal. Male readers mesti suka buku ni. 

Sebagai seorang tokoh dalam bidang sastrawi, sangat menarik untuk melihat Usman Awang dari arah yang berbeza. Tak tipikal dan tak stereotaip tapi bersifat lebih jujur serta lebih berterus-terang.

Aku rasa muka depan buku ni menarik perhatian. Maria Menado berkemban batik dan berekor 'devil'...em, village-sexy~

Teknik penceritaan dan perincian sesuatu perkara (e.g: rupa seorang wanita, pakaian yang dipakai, susuk tubuh, lenggok dan cara percakapan) dipaparkan dengan cara yang berkesan. Aku tak nak bagi contoh sebab bunyinya agak sensual. Aku suggest korang beli dan baca sendiri.

As usual, buku yang bagus ialah buku yang berkualiti, berbeza, dan harga tak mahal. Diulang, harga tak mahal. Kalau aku tak hilang ingatan, harga buku ni RM20.

Kalau korang tanya pendapat lain aku tentang buku ni, kesemuanya positif. Sebab tu la aku beli sebab saiz font sesuai untuk pembacaan, yellowish paper sesuai untuk mata aku yang rabun, saiz buku yang compact (comel je kat bookshelf), cover buku cantik (plum colour), imej pun menarik dan overall, aku boleh kata yang aku suka semua cerita.




Mmm...aku ni bias, kan?

@themagi2016